Pak cik..Pak cik...

>> Sunday, December 30, 2007


Hari tu aku balik kampung.
Aku tolong adik aku menjaja yang kebetulan dia pun tengah cuti sem.
Menjaja depan rumah je.
Jual makanan kanak-kanak.

"Abang, nak ais krim ban satu!"
Seorang kanak-kanak perempuan dah terpacak depan rumah aku dalam jam 11.30am.
Padahal kami start niaga lepas pukul 5 pm.

"Ais krim ban, kejap ye!"

"Alamak, ais krim ban dah habis la dik....Sori ye."

"Hmm...Takpelah." Kanak-kanak tadi berlalu hampa.

"Datang lain kali, ada la kot ais krim ban nye!"
Cewah, aku cuba berbahasa.

Seronok layan kanak-kanak ni.
Tapi tak semua yang friendly. Ada juga yang jenis takut-takut.
Aku berfikir, kalau aku sergah yang penakut ni..mau tak nampak dah batang hidungnya.

Tapi aku jadi kelakar bila ada kanak-kanak yang bertanya,

"Pak cik..Pak cik.. nak sosej satu!"

Aku senyum, lantas bertanya pada adik aku..

"Muka aku ni dah nampak tua ke?"..huhu



Continue Reading...

Read more...

Aku bukan ustaz la Syeikh!

>> Wednesday, December 19, 2007


Ada rakan yang panggil aku ustaz.
Aku tergamam.
"Ya Allah sesungguhnya aku takut dengan fitnah ini."

Bagaimana mahu menjelaskan.
Aku tidak layak digelar ustaz.
Apakah aku layak digelar hanya kerana aku berusaha Istiqomah di Masjid.
Sungguh itu kewajipan seorang lelaki mukmin.
Tiada yang istimewa untuk mereka.
Apakah aku layak digelar ustaz hanya kerana aku suka berkopiah putih.
Sungguh ramailah orang yang berketayap putih. Tiada istimewa pada aku.
Apakah aku layak digelar ustaz hanya kerana sesekali-sekala mengimamkan solat?
Sungguh itu pekerjaan seorang lelaki mukmin jua.

Jadi kenapa aku layak digelar ustaz?
Tidakkah aku ini hanya mencalit tompok-tompok hitam pada gelaran mulia ini?
Oh, rakan-rakan andai mereka tahu aibku. Maka pastilah mereka meninggalkan aku.
Menuding jari padaku." Kau pun samalah!"

Aku tiada ilmu untuk menyuluh.
Juga dahan untuk berteduh.
Aku gusar akan goyangan tiupan taufan,
Sekali tiup aku akan hilang segala-galanya.

Lalu ketika itu siapakah yang dapat menghulur bantuan?
Title 'ustaz' itukah?
Kalau ianya bersalut dengan emas budi dan permata daei.
Alangkah bahagianya daku.
Tapi aku gusar ianya penuh bersalut lumpur ego dan rasa hipokrit.

Oleh itu sebelum title ini kau ulangkan, baik aku jawab dulu:
"Aku bukan Ustaz la syeikh!"



Continue Reading...

Read more...

Bomoh dan Permasalahan

>> Friday, December 14, 2007


"Boleh tak kalau apabila kita disihir dengan bomoh Siam, kita berubat dengan
bomoh Siam juga?"

Seorang ahli usrah aku bertanyakan soalan.
Aku diam sejenak. Membiarkan ahli usrah lain jawabkan dahulu.
Aku faham yang si yang bertanya mencontohkan soalan kepada dirinya.

"Keburukan itu tetap keburukan. Ianya tak boleh ditutup dengan keburukan juga." Aku bermukaddimah.

MASALAH BOMOH

Sihir, gangguan jin dan mendatangi bomoh adalah masalah yang membelenggu manusia yang kurang Tawakkalnya kepada Allah SWT.
Aku faham kadang-kadang ada juga manusia yang mencari ikhtiar dengan
menggunakan bomoh ni.
Entah mengapa, bomoh dan melayu amat sinonim.
Sehinggakan ada orang berpangkat besar yang pada mulanya tidak percaya
tentang jin ini pun akhirnya menggadaikan prinsip egonya kepada Tok Bomoh.

Kalau kat tempat aku ni, kalau ada orang hilang duit. Bomoh dicarinya.
Percayakan apa yang dikatakan bomoh itu. Dituruti itu dan ini lalu teraniayalah orang yang tak sepatutnya teraniaya.
Dahulu masa kes Yin hilang, ramai pula bomoh menawarkan pertolongan.
Kes Nurin pun samalah.
Masa kes hilang Nuri dahulu di Genting Sampah, hikmat bomoh juga digunakan.
Ada juga satu tempat di kem askar, bomoh hujan digunakan untuk menghindarkan hujan di hari Acara Kawad.


Mengapa bomoh amat dipercayai?
Kalau kita lihat zaman Firaun dahulu, ahli sihir dan tukang tenung dipandang agung.
Mereka mempunyai tempat-tempat istimewa di sisi Firaun.
Ini kerana kebanyakan mereka tidak beriman dengan ajaran Tauhid.
Bandingkan dengan zaman sekarang. Ya lah, kata akhir zaman...


HUKUM MENDATANGI BOMOH

Amalan mendatangi Bomoh atau Kahin, ‘arraaf (tukang tenung nasib),
mempercayai Horoscope dan mempercayai apa-apa yang karut mengenai nasib
malang dan kedatangan roh secara realiti adalah karut dan boleh membawa kepada syirik.
Malahan mempercayai ada orang jauh akn datang rumah bila lihat rama-rama masuk rumah pun boleh dikira meramal nasib.
Hati-hatilah teman, banyak contoh dan larangan dalam Al-Quran dan Al-Hadith mengenai dosa syirik ini.

Ketahuilah ianya adalah dosa terberat. dan tidak diampunkan Allah SWT.
Ianya merosakkan akidah yang menjadi teras kepada Iman, Islam dan Ikhsan.
Maka si pengamal syirik ini sengaja menempah kepada kezholiman diri sendiri,
menjatuhkan martabat di sisi Allah, menghapuskan semua amalan baik dan
diharamkan syurga sekaligus menempah azab neraka.

Aku petik daripada Al-Quran

Ertinya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia
mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang
dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia
telah berbuat dosa yang besar." ( Al-Nisa' / 4 : 48 )

Ertinya: "Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah,
maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka,
tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun." ( Al-Maidah / 5 : 72 )

Aku petik daripada Hadith shohih, maksudnya:

Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu
dia membenarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya
selama empat puluh hari." ( HR Muslim )

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi maksudnya :

"Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu
katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. "( HR Abu Daud )

MENGELAKKAN SIHIR DAN GANGGUAN JIN

Nabi s.a.w. seperti sabda baginda yang bermaksud:
Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kawasan perkuburan. Sesungguhnya
syaitan akan lari daripada rumah yang di bacakan di dalamnya surah al-Baqarah.
(Riwayat Muslim, Tarmizi, dan Ahmad).

Hidupkanlah amalan membaca Al-Quran di rumah. InsyAllah ini cara terbaik
menghindarkan gangguan jin.

Cara yang terbaik adalah bertawakkal kepada Allah SWT.
Amalkan bacaan Al-Mathurat pagi dan petang bagi memohon perlindungan Allah daripada makhluk-makhluk jahat.

Bersabar adalah amalan terbaik. Ketahuilah bahawa pahala sabar itu tinggi.
Ini semua adalah ujian musibah yang datangnya daripada Allah SWT,

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah - buahan. Dan berikanlah berita
gembira kepada orang - orang yang sabar, (yaitu) orang - orang yang apabila
ditimpa musibah mereka mengucapkan : “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi rajiuun
(kepada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali)
(QS Al-Baqarah: 155 - 156)


SIKAP SAIDINA UMAR

Saidina Umar pernah kehilangan bekalan tamar yang diinggalkan di sisi masjid.
Padahal ketika itu dia betul-betul lapar dan berniat untuk makan.
Tetapi dia tidaklah sampai mencaci, atau pergi berjumpa bomoh supaya di cari
pencuri itu. Tetapi dia lantas berdoa;

"Tuhan, kalaulah pencuri itu mengambil makanan itu untuk menjadi makanannya
seorang, maka aku halalkan.
Kalau ia mengambilnya lalu dimakan bersama anak dan isteri,maka aku halalkan.
Tetapi kalau pencuri itu memang kerjayanya mencuri sahaja sepanjang hayat,
biarkanlah pekerjaan ini menjadi yang terakhir untuknya."

MasyaAllah, hebat Tawakkal insan soleh ini.
Mendoakan orang yang menganiyainya.
Kita bagaimana?
Continue Reading...

Read more...

Kelkatu yang membawa rahmat

>> Thursday, December 13, 2007


Kelmarin hujan di KL turun renyai-renyai dari pagi sampai ke malam.
Apabila aku bangun pada pagi harinya, kulihat penuh di atas lantai binatang ini.
Binatang yang bergelimpangan dengan sekutu-kutunya yang ramai.
Penuh puas setelah bermandikan cahaya lampu pendaflour hampir sepanjang malam.
Juga mungkin puas dapat berzikir kepada Allah SWT yang menganugerahkan mereka sepasang sayap untuk bisa terbang walaupun sekadar satu malam.
Bintang apa tu?

"Kelkatu daa!"

Bagus juga ada kelkatu ni. Rajin sikit la aku nak menyapu ruang tamu kat depan ni. Selalu aku sapu 2 ke 3 hari sekali je. Itupun kalau dah nampak betul-betul berhabuk. Mujur ada rakan serumah yang membantu.
Berkerjasama membersihkan rumah.
Kata;
'KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN'

Aku teringat la masa aku kecik-kecik dulu. Ada la masa tu aku dalam darjah 4.
Waktu tu aku tinggal di rumah kampung.
Sekitar rumah aku dulu penuh pokok-pokok dusun.
Nak dijadikan cerita satu hari hujan lebat menimpa kampung aku.
Siap ada petir sabung-menyabung.
Keseokan harinya, masa aku bangun pagi.
Aku terkejut!
Kelkatu memenuhi rumah aku dalam keadaan luar biasa.
Penuh lantai rumah aku digenangi kelkatu. Hampir tiada ruang yang tinggal untuk aku bebas berjalan tanpa memijak kelkatu. Masa tu pulak elektrik tak ada sebab mungkin kilat terlampau kuat malam tu.
Kiranya subuh tu aku hanya mendengar rumah aku berdengung dengan kelkatu.
Dan di bawah saki-baki sinar bulan yang menerjah masuk apabila pintu dibuka, aku nampak rumah aku dah dibanjiri dengan kelkatu.

"Uii..Banyaknye kelkatu." Aku bersuara.

Jenuh la mak aku aku tengok mak dan bapak aku menyapu semua kelkatu tu.
Dikumpul-kumpul. Dan dibuang ke laman rumah.

Kenapa ke laman rumah?

Rupa-rupanya bapak aku nak bagi makan kelkatu tu pada binatang lain.
Burung-burung!

MasyaAllah, itulah kali pertama aku lihat burung-burung liar menjadi begitu jinak!
Hinggap dihalaman rumah aku untuk mematuk segala kelkatu yang ada.
Juga waktu itu aku nampak pelbagai jenis burung.
Cantik-cantik belaka. Lepas tu ada seekor burung yang agak besar sedikit datang bertenggek di dahan pokok rambutan di halaman rumah.
Burung ni aku tak tahu jenis apa. Tapi cantik. Burung ni datang tak makan pun.
Tapi dia mengeluarkan bunyi seolah-olah memanggil burung-burung lain.
Seolah-olah panggilan yang mungkin menyatakan," Ke marilah hamba-hamba Allah yang bersayap.Di sini Allah SWT telah melapangkan rezekimu, kemarilah."

Tak habis setakat itu sahaja.

Bapak ku menambah,"Ni kalau ada kelkatu banyak-banyak ni, mesti ada cendawan busut yang tumbuh sekitar-sekitar sini."

Aku berfikir,"Mungkin betul bapak aku cakap ni."

Selalunya kalau hari sabtu, aku tak buat apa-apa kecuali merayap di dalam dusun. Bukan ada buah pun sebab waktu itu bukan musim buah.
Aku selalu merayap berseorangan.
Kebetulan hari kejadian kelkatu itu berlaku pada hari sabtu.
Aku pun merayau-rayau. Tengok perkara-perkara baru.
Kiranya memang dari kecik dah biasa dengan hutan la..konon..

"Eh, ada cendawan!" Tiba-tiba aku terjumpa satu batang cendawan.

Aku pun ambil dan petik-petik payung cendawan tu sambil langkahku menuju ke rumah.
Sekali masa sampai kat rumah bapak aku terpandang yang aku bawa balik cendawan.
Bapak aku bertanya mana aku dapat?
Aku tunjukkan tempatnya yang tak jauh dari rumah aku.
Rupa-rupanya apabila bapak aku selongkar semak di tempat aku terjumpa cendawan tu, banyak cendawan yang tumbuh.
Hipotesis bapak aku tepat!

Nyatalah kelkatu yang banyak tu bukan sahaja menandakan rezeki Allah kepada burung-burung malahan juga kepada diri yang naif ini.
Continue Reading...

Read more...

Amanah-nilaikan tahapmu!

>> Sunday, December 9, 2007


Ketika aku menjalani praktikal kerja di Markas Sistem Armada TLDM, Lumut.
Aku dikehandaki membantu seorang pegawai mencatat kes bicara seorang anggota bawahan.
Kesnya, PECAH AMANAH!

Terdapat satu kisah yang telah diceritakan oleh Abdullah Ibnu Dinar.

"Pada suatu hari, saya berjalan bersama Khalifah Umar Al-Khatab di Mekah,
waktu itu saya bertemu dengan seorang budak pengembala kambing yang sedang
mengembala kambingnya.
Kemudian Saidina Umar berkata kepada budak pengembala kambing itu :
" Juallah kambing itu kepadaku ."

Budak itu menjawab;
" Kambing ini bukan kambingku, tetapi kepunyaan tuanku ".

Kemudian Saidina Umar sekali lagi cuba menawarnya;
" Bukankah engkau dapat mengatakan kepada tuan engkau, bahawa satu di
antaranya telah dimakan serigala, dan pasti tuan engkau tidak akan mengetahuinya.

" Tidak, saya tidak mahu, " kata budak itu, " Sesunggguhnya Allah maha
mengetahui ".

Kemudian setelah mendengar yang demikian, menangislah Saidina Umar dan
berkata kepada pengiringnya supaya memanggil tuannya, Saidina Umar telah
membeli budak itu lalu dibebaskan oleh beliau, dengan berkata : " Sejak hari ini
engkau bebas merdeka di dunia dan engkau akan lapang di akhirat ".


Amanah adalah satu hak yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang samada
tanggungjawab itu milik Allah (hak Allah) mahupun hak manusia (hak insan) baik
berupa pekerjaan mahupun perkataan dan pekerjaan hati.
Pengertian amanah bererti menempatkan sesuatu pada tempatnya yang wajar,
seperti sesuatu kedudukan tidak diberikan kecuali kepada orang yang betul-betul
berhak dan yang betul-betul mampu menunaikan tugas dan kewajipannya dengan
benar.

Skop amanah itu luas dan tidak terhad hanya pada hal kewangan atau kebendaan
sahaja malah lebih pada itu.

Kita lihat hadis ini, diriwayatkan daripada Muslim;
Dari Abu Zhar, dia berkata : " Saya berkata " : Ya Rasulullah mengapa engkau
tidak memilih saya. "
Rasulullah bersabda " Hai Abu Zhar engkau seorang yang lemah, sedangkan itu
sebagai amanah pada hari kiamat hanya akan menjadi penyesalan dan kehinaan.
Kecuali orang yang dapat menunaikan hak kewajipannya dan memenuhi
tanggungjawabnya.
Amanah juga berbentuk tanggungjawab kepimpinan, juga menunaikan janji."

Sabda Rasulullah s.a.w. seperti mana yang telah diberitahu oleh Anas bin Malik
yang bermaksud; Tidak sempurna iman seseorang yang tidak dapat dipercayainya.
Dan tidak sempurna agama orang yang tidak menunaikan janji.
Tetapi mengapakah terdapatnya kes pecah amanah ini?

Masalah manusia adalah memiliki nafsu amarah yang digambarkan oleh
Imam Al-Ghazali sebagai tahap nafsu terkebawah dan rendah nilainya.
Pemilik nafsu ini memiliki 4 sifat umum:

a) Sifat-sifat ketuhanan(rubbubiyah):

Manusia dikurniakan oleh Allah Taala sangat sedikit sifat-sifatNya.
Antara sifat-sifat tersebut adalah manusia sukakan pujian, takabbur, ingin berkuasa,

ingin menjadi penyelamat dan mengusai apa-apa yang diingininya di hadapan mata.
Jika tidak pandai maka lahirlah ramai manusia yang meraasakan drinya Tuhan.

b) Sifat-sifat syaitan (Syaitaniah):

Sifat-sifat Syaitaniah juga ada dalam diri manusia.
Contohnya; tamak, sombong, haloba, bongkak, iri hati, kedekut, langgar

hukum-hukum Allah dan lain-lain lagi.

c) Sifat-sifat kebinatangan(Bahimyyah):

Antara sifat ini adalah; suka merampas, mengambil kesempatan, tidak ada
peraturan dan tidak peduli akan hal orang lain.

d) Sifat-sifat kebuasan (Subaiyyah):

Perasaan marah, berdendam, membunuh, mencedarakan orang adalah termasuk
dalam kategori ini.

Sifat-sifat diataslah menyumbang kepada pengkhianatan amanah.
Amanah adalah amalan paling berat.
Jika tidak ditangani dengan elok akan merosakkan diri dan juga orang lain.
Hanya kembali kepada Allah Taala sahaja dapat mengelakkan kita daripada

terbelenggu dengan dugaan sifat-sifat hawa nafsu ini.

Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 161 yang bermaksud :
" Tidak mungkin seorang nabi mengkhianati dalam urusan rampasan perang itu, maka pada hari kiamat dia akan datang membawa apa yang dikhianatinya; kemudian tiap-tiap diri akan diberi pembalasan tentang apa yang ia kerjakan dengan (pembalasan) setimpal, sedangkan mereka itu tidak teraniaya ."

Continue Reading...

Read more...

Kunci Syurga; harga yang perlu dibayar

>> Wednesday, December 5, 2007


"Aku rasa tak wajar hukuman penjara dijatuhkan kepada pesalah-pesalah jenayah pada zaman sekarang." Syukri memulakan perbincangan.

Kami dalam keadaaan bersiap-siap untuk tidur.
Katilnya bersebelahan dengan katil aku.
Waktu itu kami berada dalam dalam Tingkatan 5, Sekolah Menengah Teknik Ipoh, Persiaran Brash.
Dorm F-13 sudah sunyi, semua penghuninya sudah tidur.

"Kenapa pulak?" Soalku kembali.

"Yelah, kau lihat ulama-ulama dahulu! Kebanyakan daripada mereka menjadi penghuni penjara. Jika hukuman penjara dikenakan kepada orang baik, maka yang bersalah patut dijatuhkan hukuman yang lebih lagi."

"Hmm..betul juga, lihat Imam Hanafi, dipenjara dan disiksa hanya kerana menolak jawatan kadi di Baghdad." Aku menambah.

Perbincangan kami berlarutan sehingga masing-masing tertidur...

Penjara, penyiksaan, pemulauan, penindasan malah dibunuh adalah amat sinonim dengan kisah hidup pejuang-pejuang dakwah.
Bermacam-macam dugaan diterima, namun inilah hakikat yang perlu ditelan dalam perjuangan menyebarkan perkara yang haq.
Para pejuang dakwah tidak pernah berputus asa, malah ada yang sampai mengatakan;
"Setiap kali kami dicambuk dan mengalir darah di kepala kami, maka disitulah kami rasakan saat kemanisan dakwah."

Apakah rahsia besar kejayaan mereka dalam memperteguhkan prinsip memperjuangkan dakwah?
Mereka sama sekali bukan mengimpikan kemenangan, tetapi merasakan diri bertanggungjawab di atas amanah Iman dan Islam.
Inilah harga yang mereka bayar, untuk membeli kunci syurga.
Dunia bukanlah tempat berenak-enak bagi mereka.
Tak malulah kita, apabila merasakan diri boleh masuk syurga jika mahu dibanding dengan kisah-kisah perjuangan mereka?

Aku baca kisah-kisah pejuang agama.
Kebanyakan daripada mereka ketika hidup, adalah orang buruan,
dipenjara, disiksa dan bermacam-macam lagi dugaan dikenakan.

Imam Abu Hanifah mati di dalam penjara.
Tetapi selepas kematiannya ilmunya diguna pakai, malah dikenang sehingga sekarang sebagai salah seorang Imam Besar.

Imam Malik disiksa kerana mempertahankan prinsip fatwanya sewaktu menjadi Mufti Madinah. Pendapatnya bercanggah dengan gabenor.
Kemudian Imam Malik dihukum dengan dera dan diikat dengan tali dan dinaikkan ke atas punggung unta, lalu diarak keliling Kota Madinah.
Ia tidak pernah takut menerima hukuman asalkan ia berada pada jalan kebenaran. Kerana memang setiap perjuangan itu memerlukan pengorbanan.
Imam Al-Laits, seorang alim menjadi mufti Mesir ketika itu, saat mendengar bahawa Imam Malik dihukum lantaran fatwanya ia berkata: “Aku mengharap semoga Allah mengangkat darjat Imam Malik atas setiap pukulan yang dijatuhkan kepadanya, menjadikan satu tingkat baginya masuk ke syurga.”

Imam Syafei difitnah sebagai seorang Syiah, sehingga beliau diikat dan dirantai. Tetapi perjuangannya menyebabkan kemudian dia digelar sebagai 'NasirunSunnah'.

Perjuangan Imam Ahmad bin Hambal yang dicambuk kerana menetapkan pendirian bahawa Al-Quran itu bukan makhluk juga pendirian yang sama dipegang oleh ulama Ahmad bin Naser Al-Khuza’i yang dipancung dan digantung kepalanya.

Syed Qutb dipenjara dan dibawa ke tali gantung. Imam Hassan Al-Banna dibunuh.
Dan ramai lagi kisah-kisah pejuang Islam ini.

Melihat dugaan mereka, amat kerdillah rasanya diri.
Tak malu kerana mengharapkan syurga tetapi hidup hanya bersenang-senang sahaja.

Surah Al-Baqarah, ayat 286.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."


Continue Reading...

Read more...

Mesej Yang Tak Sampai

>> Tuesday, December 4, 2007



"Kau fikir cerita macam 'Mutiara Hati' tu Islamik ke?" Soal Fajarul pada aku dan Iskandar.

"Entahlah... Islamik kot!" Aku menjawab.

"Cerita tu nampak je Islamik. Tapi sebenarnya liberal."

"Macam mana tu?"

"Yelah, kau tengok bila insaf pergi masjid pakai telekung. Lepas tu habis solat pakai balik jeans ketat tak pakai tudung."

Hmm.....

Aku berfikir tentang kenyataan Fajarul ini.
Berdakwah melalui Hikayat Televisyen.
Sampaikah mesej disebalik mesej tu?

Yang aku nampak cerita seperti Mutiara Hati berkesan dalam melariskan tudung fesyen Arini.
Dan tak kurang juga filem Kiamat sudah Dekat melariskan kain pelekat Pak Haji.

Itu cerita seberang.
Cerita kita?

Aku ada terbaca statement Prof. Abd Razak Mohaideen berhubung filem terbarunya Nana Tanjung 2.
Dia kata yang dia sebenarnya ingin menyampaikan mesej baik disebalik lawak jenaka yang di badutkan oleh Saiful Apek dan Pak Cik Pie.
Dia mencontohkan kepada Nana Tanjung.
Mesej yang ingin di sampaikan adalah taat kepada ibu bapa.
Ini salah satu contohlah.
Mungkin dia kena tambah yang mesej yang tak berapa nak sampai pulak adalah pakai tudung ni optional sahaja, pakai rambut palsu ni dibolehkan dalam agama, mengkhianati dan memperbodoh-bodohkan perjanjian takpe demi cinta suka sama suka, dan antum tambah lagilah....

Aku bawa teori ni bila aku tonton filem Prof. Razak Mohaideen seterusnya, OTAI (aku baru tengok petang tadi dalam bilik).
Mesej yang aku dapat petik adalah poligomi dibolehkan syarak.
Tak boleh ditentang, tak payah buat persatuan menentang poligami...
Mesej yang tak sampai....malas nak komen ,banyak, macam biasalah filem-filem Melayu ni...

Dakwah adalah baik.
Berdakwah dan menyumbanglah demi Islam.
Kerana kita yang mukmin ini akan ditanya di hadapan Mahkamah Mahsyar tentang apa yang kita lakukan dalam memikul amanah Iman dan Islam.
Tetapi berdakwah juga perlu relevan, kelak agama itu nampak kontradik, mengelirukan dan memayahkan.
Sedar tak sedar cara ini boleh membawa orang jauh daripada Islam.

Aku sedar yang mesej poligami dalam filem OTAI ini ditujukan kepada pertubuhan seperti Sisters In Islam.
Tetapi boleh bayangkan tak apa yang akan mereka rasa?
Senyum menyindir, ataupun marah berhujah!
Menyindir kerana watak penyindir tu pun banyak kelemahannya, banyak langgar syaraknya.
Marah berhujah kerana fakta-fakta liberal mereka yang dirasakan sudah cukup untuk membisukan mulut ranting-ranting penentang mereka.

Aku rindukan filem Islamik!!!!
Continue Reading...

Read more...

Kedekutnya!!!


Kadang-kadang aku rasa diri aku ini amat kedekut.
Entahlah aku cuba buang.
Tapi aku juga berpada-pada jika jadi terlampau boros.
Aku suka untuk bersedekah.
Tapi ini tidaklah bermakna aku orang yang rajin bersedekah.
Aku boleh jadi tak sedekah jika ada orang yang meminta-minta.
Entahlah mungkin ini sifat buruk ku.

Aku menyapa seorang muallaf.
Dah tua. Dalam lingkungan 40-50 tahun.
Kurus. Dia selalu lepak masjid Jame'.
Cerita latar belakangnya aku tahu serba sedikit dari pak cik siak masjid ni.
Tak perlulah aku menceritakan latar belakangnya.

Masa tu kami bertiga.
Aku, Muadz dan Zuriyadi.
Muadz dulu yang menyapa Pak cik ni.

"Assalamualaikum Pak Cik Amin." Seraya menyalamnya.

"Eh, Muadz tau nama Pak Cik ni?" Soal ku di dalam hati.

Aku pun turut salam. Zuriyadi juga menghulurkan tangan.
Pak Cik tu agak terkejut.
Aku fikir mungkin dia dah lupakan aku dan Muadz.
Sekali masa aku dekat dengan dia.


Dia bersuara perlahan...

"Belanja saya makan, saya tak makan lagi.."

Aku terkejut dengan permintaannya.
Sifat buruk aku tiba-tiba menjelma.
Tak suka dengan orang yang meminta-minta.

Aku jadi serba salah..

"Err...Takpelah Pak Cik. Saya nak cepat ni." Aku memberikan alasan buat-buat tak dengar.

Aku pun pergi mendapatkan Muadz yang sudah sedikit ke hadapan.

"Pak Cik tu tanya apa?" Tanya Muadz kepadaku.

"Dia suruh aku belanja dia makan."

"Lepas tu?"

"Aku cakap aku nak cepat."

"La, apasal tak bagi duit je?"

"Haah betul la. Apasal aku tak hulur duit je?"Aku menyoal kembali diriku. Singkatnya pemikiranku.

Lepas tu aku singgah ke satu SuperMarket.
Aku buka wallet. Ada 2 keping wang RM 50.

"Eh, takde duit kecil. Kalau aku seluk poket tadipun belum tentu aku bagi duit kat Pak Cik tu." Aku berfikir.

Balik kolej. Aku tarbiyyahkan diri balik.
Banyak betul kesilapanku.
Adakah aku hanya bersedekah jika ada baki lebihan duit kecil?
Macam mana kalau Pak Cik tu betul-betul lapar tak makan?
Dah 2-3 hari tak makan?
Banyak betul sangka buruk kau Rizal!
Bertubi-tubi soalan menyalahkan diri menjelma.

"Ya Allah hambamu ini kikir.

Allahumma, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah.
Dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil.
Dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang."

Aku berazam nak hulur-hulur kat Pak Cik kalau aku jumpa lagi....


Continue Reading...

Read more...

Cerita Ringan

>> Sunday, December 2, 2007



Aku cuba menyelitkan jenaka di dalam usrah.
Ketika membincangkan tentang topik berani melaungkan azan,
Aku menyelitkan sedikit lawak jenaka.
Memang kebiasaannya kami berusrah secara santai.
Dipetik daripada kitab Al-Mustatraf. Karya Syekh Syihabuddin Muhammad bin Ahmad.
Ada beberapa cerita yang aku ingin kongsikan:

Cerita 1

Seorang muazzin telah ditegur kerana azannya terlalu perlahan.
“Kami tidak mendengar suara azanmu, kuatkanlah sedikit”


Maka si Muazzin menjawab;
“Aku dapat mendengar suaraku dari jarak satu Batu”

Lalu seseorang berkata bahawa dia melihat muazzin
melaungkan azan, kemudian keluar dari masjid dan
lari seperti mengejar sesuatu.

“Hendak kemana engkau?”tanya orang itu.

“Aku ingin mendengarkan azanku sampai kemana gemanya.”

Cerita 2

Seorang berazan sambil melihat lafaz-lafaz azan
yang ditulis pada sehelai kertas.
“Engkau tidak hafal azan?” tanya mereka(jemaah kebanyakan).

Lalu jawab Muazzin;
“Jangan tanya kepada aku, tapi pergilah kepada Kadi?”
(Kadi pada zaman itu berjawatan seperti hakim, bukannya jurunikah seperti zaman sekarang)

Mereka pun pergi ke rumah Kadi dan mengucapkan:

“Assalamualaikum, wahai tuan Kadi.”

Kadi tidak segera menjawab, tapi masih
mengeluarkan sehelai kertas lalu dibacanya:

“Wa alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh.”

Maka orang-orang surau itu pun datang kepada si
Muazzin dan meminta maaf setelah mengetahui
bahawa kadinya juga tidak hafal Assalamualaikum...

Cerita 3

Seorang perempuan mendengar muazzin melaungkan
azan Subuh setelah terbit matahari.
Ketika sampai pada,
"Asshalatu khairum minannaum... (Solat itu lebih baik daripada tidur)

Perempuan itu menjawab:

"Tidur lebih baik daripada solat kalau
dah siang macam ini."



Cerita seperti ini hanyalah sekadar hiburan.
Aku amat kagum dengan ulama’-ulama’ dahulu.
Dalam keseriusan memberikan ilmu masih ada santapan hiburan.
Malah, sewaktu aku membaca kisah Tok Kenali(seorang ulama Kelantan).
Aku juga mengetahui bahawa beliau menyelitkan hikayat-hikayat yang direkanya sendiri.

Untuk apa?
Pertama untuk memudahkan pemahaman.
Keduanya sebagai santapan hiburan.

Walaupun aku berusia 21 tahun.
Tetapi aku tetap boring jika pensyarah aku tidak menyelitkan apa-apa cerita sepanjang kuliah.
Seolah-olah tiada connection antara pensyarah dan kami.
Wajar sebenarnya para pengajar bercerita.

Paling kurang serba sedikit tentang kisah hidup.
Kerana ini dapat membuatkan hubungan antara manusia itu makin rapat.
Berceritalah selagi usia berjalan….




Continue Reading...

Read more...

Pemikiran Stereotaip menjadikan anak tidak kreatif.

>> Friday, November 30, 2007


Orang kata dalam setandan pisang pasti ada busuknya...

Persoalan 1
Kawan saya bercerita tentang jiran sebelah rumahnya ada seorang makcik yang punya anak-anak yang berjaya.
Tetapi tidak bagi anaknya bongsunya . Kurang sedikit dalam pelajaran. Ramai jiran-jiran memperkatakannya.
Mungkin dia dikaitkan dengan perumpaan di atas.

Persoalan 2
Lecterur saya menyelitkan sedikit dalam kuliahnya.
Dia punya adik beradik yang agak bagus dalam pelajaran.
Tetapi dia punya seorang adik lelaki yang agak 'kureng' sikit dalam pelajaran.
Dia mengaitkannya dengan perumpaan di atas.


Persoalan 3
Saya ada 6 beradik.
Adik saya yang paling bongsu baru darjah 2.
Agak risau sedikit tentang pelajarannya.
Sering corot dalam kelas.
Saya memikirkan tentang masa depannya.
Adakah saya perlu membuat kesimpulan seperti perumpamaan di atas?

Jawapan 1, 2 dan 3.
Perumpamaan di atas cuma tanggapan manusia.
Sesetengah Ibu Bapa terlampau memikirkan apa yang perlu anaknya jadi bila dah dewasa nanti.
Ini disebabkan terkesan dengan pandangan sekeliling.
Pastinya terbayang-bayang di fikiran mereka yang anak mereka perlu menjadi Doktor, Engineer, Lawyer, Lecterur atau apa-apa sahajalah yang bertaraf Profesional.
Jadi mindset anak-anak sudah terarah kepada yang apa yang diset oleh Ibu bapa.
Beruntunglah jika berjaya,tetapi jika gagal?

Busuk sangatkah pisang yang busuk tu?
Masih ada manfaat.
Masih ada hikmah.
Allah tidak jadikan manusia itu sia-sia.
Lihat seperti apa yang diceritakan oleh kawan saya dalam soalan pertama tadi.
Anak bongsu makcik tu mungkin dinampak tak berjaya.
Tapi jasanya juga besar pada ibunya.
Abang dan kakaknya yang berjaya semuanya merantau ditempat lain.
Jadi yang menjaga ibunya adalah dia seorang sahajalah.
Sakit pening semua dia jaga.
Ini mungkin salah satu hikmahnya.

Pemikiran Stereotaip membuatkan anak-anak tidak kreatif.
Pemikiran yang lurus kadang-kadang membawa kita kepada kejumudan.
Biasanya orang yang berfikir tentang apa-apa yang diputar-putar masyarakat adalah orang yang berfikiran lurus.
Lihatlah ulama-ulama dahulu corak pemikiran meraka yang melangkaui masyarakat dan juga zaman membuatkan mereka dibantah dan dibenci pemerintah.
Kebanyakannya di penjara.

Jangan sampai anak kita menjadi orang yang terdesak disebabkan didikan kita.
Ikutlah apa yang orang dah buat.
Asal dirinya berjaya.
Saya tidak katakan pelajaran itu tak penting!
Pelajaran itu nombor wahid.
Tetapi janganlah disebabkan gagalnya seseorang itu di dalam pelajaran dia terus dianggap bodoh atau tak berpelajaran.
Walhal ramai ahli-ahli perniagaan terkenal tak belajar tinggi pun.
Syed Mokhtar Al-Bukhari takat SPM je(tapi SPM zamannya sudah dianggap tinggi).
Bill Gate kena tendang daripada sekolah lagi.

Rezeki manusia itu berbeza-beza...
Man Jadda wa Jada
Continue Reading...

Read more...

Bwang Merah Bawang Putih. Cerita 1

>> Wednesday, November 28, 2007


Mengapa perlu sedih?
Sedangkan limpahan nikmat Allah padamu terlalu banyak.
Tidak disedari pilihan yang dianggap silap adalah kekuatan itu dirimu.
Ikuti perbualan mereka;

Bawang Putih: Hari-hari adik berlalu sedih, tiada apa yang tak sedih
melainkan sedih belaka.

Bawang Merah: Apa yang kau sedihkan adik Bawang Putihku sayang?

Bawang Putih: Impian adik tak tercapai, pilihan adik silap. Kalaulah
dulu....

Bawang Merah: Ha..a..a..ah..Hentikan perkataan 'kalaulah dulu...'.
Ianya hanya membuka pintu Syaitan. Pasti Syaitan akan
memperdayakan adik supaya berfikir lebih melampau..

Bawang Putih: Terus....?

Bawang Merah: Ialah... Syaitan akan memasangkan angan-angan pada
adik untuk kembali ke zaman silam. Menyoroti zaman silam untuk
memperbaiki kesilapan dalam pilihan. Ini tak lebih daripada
angan-angan yang tak akan menjadi kenyataan adik Bawang Putihku sayang.

Bawang Putih: Tapi...kan seronok kalau dapat kembali ke zaman silam kak?

Bawang Merah: Angan-angan daripada Syaitan itu memang seronok.
Tapi sebenarnya melalaikan, tak betul dan menyesatkan.
Qada' dan qadar Allah itu sudah tersurat.
Salah satu daripada rukun Iman tu.
Percaya dan yakinlah dengan pilihan yang telah dibuat.
Ianya memang datang daripada Allah dan memang ada hikmahnya.

Bawang Putih: Akak memang suka membuat perumpamaan.
Apa pulak perumpamaan akak kali ini?..

Bawang Merah: (Sambil tersenyum) Tak mungkin adik dapat mengembalikan susu kambing kembali kepada puting susunya.
Mengembalikan bayi yang dilahirkan kepada rahim ibuya.
Menarik kembali malam untuk mendapatkan waktu siang.
Mengembalikan hujan kembali kepada awan dan mengembalikan mata air yang di hilir ke hulunya.

Bawang Putih: Terus?..

Bawang Merah: Susu lembu yang diperah dari kambing boleh diminum
dan diambil manfaatnya.
Bayi yang dilahirkan boleh dibentuk untuk dijadikan manusia hebat.
Siang akan datang juga setelah beredarnya malam.
Hujan sebagai barakah dan rahmat daripada Allah SWT dan air
di hilir sebagai penghubung antara hulu sungai dan laut.

Bawang Putih: Maksud akak semua ada manfaatnya?

Bawang Merah: Ya, betul. Dan semua peristiwa ada putarannya.
Hikmah yang terkandung itu luas.
Percaya dan yakinlah kepada Allah SWT.
Berbaik sangkalah dengannya.
Sambil tak putus-putus berdoa.

Bawang Putih: Hmm..benar. Terima kasih akak Bawang Merah kerana menasihatkan adik.
Eh, ada orang datang rumahlah.
Mungkin Putera Raja Pasai nak meminang akak kot?

Bawang Merah: Ada-ada jelah. Sudahlah..Tolong hulurkan jilbab akak tu. Agar tak
terpandang oleh lelaki ajnabi nanti...
Continue Reading...

Read more...

kafir tak kafir...

>> Saturday, November 24, 2007


"...sedap-sedap hati je panggil kami ni kafir.!"

Telinga aku menangkap pertengkaran kecil antara 2 makhluk ciptaan Allah.
Seorang cina dan seorang lagi melayu. Terjadi ketika aku memintas perjalanan 2 rakan ini.

"Yelah, dah kamu ni memang kafir.."

Aku tergamam dengan jawapan daripada si Melayu ni.
Selepas itu aku tak dengar lagi perbualan mereka kerana kakiku sudah bergerak pantas.
Tapi akal-ku ligat berfikir, wajarkah rakan-rakanku di kalangan bukan muslim dipanggil kafir. Pasti 'mereka' merasa gelaran itu seangkatan dengan syaitan, iblis atau makhluk jahat lain yang terdapat di muka bumi ini.

"Kamu belajar kena rajin,selalu berdoa, selalu solat. Baru ilmu berkat. Jangan bandingkan diri kamu dengan 'kapiaq-kapiaq'(bukan muslim) tu."
Terluncur perkataan ini daripada seorang makhluk Allah semasa menasihati aku dan rakan-rakan supaya rajin-rajin beribadah untuk mendapatkan ilmu yang berkat.

Sekali lagi persoalan ini timbul, wajarkah mereka dipanggil kafir?

Mari kita singkap.....

Kafir muncul dari perkataan arab 'kaf fa ra'. Selain itu terbit perkataan kafara, kaffar, kaffarah,kafur, kufran dan kaffara, dalam bahasa Arab.

Lawan bagi kafara atau kafir adalah amana yang daripadanya terbit perkataan-perkataan yukminu, iman, mukmin dan sebagainya. Ia bermaksud percaya atau iman, orang-orang yang percaya, atau orang-orang yang beriman.



Cuba kita baca ayat ini;

Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman...Al-Baqarah,6.

Lihat pada ayat ini. Perkataan kafir digunakan untuk makhluk yang telah diberikan peringatan tetapi masih tidak mahu mengikut.
Untuk orang yang sudah tertolak imannya.
Jadi yang masih belum tertolak imannya, masih ada ruang untuk hidayah.
Maka wajiblah orang beriman untuk memberi peringatan.
Tetapi berapakah jarak masa untuk memberi peringatan ?
Jawapannya, selagi nyawa dikandung badan.
Nabi Nuh as pun berdakwah hampir 950 tahun.

Berhati-hatilah untuk menyebut perkataan kafir, kerana Allah SWT sahaja yang tahu siapakah sebenarnya yang tertolak imannya dan siapa yang belum mendapat petunjuk.

Adalah lebih selamat untuk kita menganggap bahawa orang yang bukan Islam itu adalah orang yang belum lagi diberikan petunjuk, belum lagi diberitahu dan masih lagi terdapatnya salah faham mereka kepda Islam dan orang Islam itu sendiri.

Jangan sesekali fikir yang kawan-kawan kita yang tak muslim ni akan masuk neraka.
Takkan masuk Syurga.
Ingat kisah ahli-ahli sihir Firaun. Paginya mereka kufur, di pertengahannya mereka beriman, dan petangnya mereka syahid.
Allah memberikan petunjuk kepada siapa sahaja yang mahu diberi petunjuk.

Justeru sebelum memanggil mereka kafir atau musyrik, tanyalah dahulu diri sendiri.
Apakah yang pernah diri ini lakukan untuk memahamkan mereka tentang Islam?
Atau memberikan gambaran serba-sedikit tentang maksud isi Al-Quran.
Jangan berikan jawapan, "Ini bukan tugas aku!"
Kalau begitu baik dibungkus sahaja Islam kita ini baik-baik dalam kain yang cantik.
Dilipat, diwangikan dan simpan di tempat paling selamat.
Supaya kita tahu di mana nak dapatkan 'Islam' untuk ditempekkan di dahi saat menjelangnya ajal nanti.


Tempatkan 'mereka' di celah-celah doa kita..... Continue Reading...

Read more...

Nasihat daripada sahabat tak baik kepada sahabat baik...

>> Thursday, November 22, 2007



Aku membaca sepotong ayat ini dipermulaan kalam..
Saranan dari seorang ustaz sebagai pembenteng daripada kemarahan.
Mudah-mudahan coretan ke bawah ini terhindar dari pengaruh nafsu amarah.

Aku ingin menasihati seorang sahabat.
Harap Yang Berbahagia beliau membacanya.
Andaikata entry dikatakan mengumpat, tidak..jauh niatku untuk mengumpat..
Mungkin bagi yang seangkatan mengetahui gerangan orangnya, namun bagi yang tidak seangkatan tetapi sama perjuangan menuju ke arah redho terimalah dengan hati lapang.
Entry ini adalah timbal balik nasihat antara aku dan sahabat baik.

Sahabat baik,
Hikmah adalah satu perkataan agung yang disemai di dalam sifat para Nubuwah.
Di dalamnya terkandung 5 ikatan sifat;
bijaksana, berani, amanah, menyampaikan dan benar.
Hikmah disaran.
Kenapa disaran?
Ianya amat berguna di dalam melakukan proses Tajdid atau perubahan.
Tanpa hikmah si Mujaddid atau pemimpin yang mahu membuat perubahan akan gagal.
Gagal di dalam kedua-duanya.
Dicemuh oleh orang ramai yang menentang dan tiada pengikut yang akan mengikut.
Bukankah Nabi Muhammad SAW itu contoh terbaik?
Sabar dalam dakwah dan tidak pernah terburu-buru untuk membuat perubahan atau mengadu tentang kedegilan kaumnya.
Bijaksana dalam menanamkan akidah dalam permulaan Islam dan menyebarkan hukum Islam di tengah-tengah perkembangannya.

Sahabat baik,
Terburu-buru adalah sifat gelojoh yang mendatangkan kerugiaan pada diri sendiri.
Teraniayalah orang yang tak sepatutnya teraniya.
Walhal orang teraniya kebiasaannya berlapang dada.
Dan dunia terasa luas oleh mereka
dek kerana sokongan daripada orang sekeliling yang mengadili.
Dan diri yang terasa benar walhal secara tak sengaja telah menganiya kerana kurang hikmah merasakan sempit sekelilingnya kerana cemuhan dan pandangan sinis umum.

Sahabat baik,
Tahukah anta apa itu kesempurnaan?
Mujaddid, Daei atau Pemimpin soleh tidak maksum seperti para Nabi Saw,
tetapi mereka sering mahu mencapai kesempurnaan dahulu.
Jika syariat Allah yang diperjuangkannya, maka mereka akan mematuhi syariat itu dahulu secara maksimum kemudian baru memperjuangkannya.
Dan jika ada yang memperjuangkan syariat ma'nusiawi mereka melaksanakan dahulu syariat ma'nusiawi itu dahulu dengan 'lengkap' baru melaksanakannya.
Dimanakah kesempurnaan seorang pemimpin yang mahu menegur orang yang melanggar satu juzuk daripada peraturan yang dia sendiri mungkin telah mengikutinya tetapi tidak berani menegur kesalahan besar sebab dia sendiri pun melanggarnya?
Contohnya; etika dewan makan(mungkin anta buat)
dantidak hadir ke latihan TTS(ana perasan yang anta pun sering ponteng).

Sahabat baik,
Jika mahu menjadi pejuang agama. Jadilah.. Tetapi jangan jadikan agama sebagai platform orang mengenali anta
Pengamal Islam tidak terletak hanya pada kekerapan dia pergi ke Masjid.
Atau pada kekerapan lantunan tilawahnya di corong speaker.
Atau kekerapannya menjadi Imam fardu atau solat terawih.
Atau kekerapannya menjadi bilal solat Jumaat.
Atau juga menjadi tekong Tahlil dan Yassin.
Atau komennya yang dirasakan betul tentang perkembangan Wahabbi di kampus.
Jika ini sudah cukup untuk anta melabelkan diri anta sebagai orang warak beragama, alim dan wajar dijadikan ikutan, anta silap!
Anta hanya membawa orang ramai jauh daripada agama!
Pengamal Islam itu sentiasa ikhlas.
Takut untuk menunjuk-nunjuk kehebatannya.
Seboleh-bolehnya mahu menyembunyikan amal ibadahnya(kecuali yang fardu kifayah).
Menghindarkan diri dari fitnah pujian manusia.
Tawaduk dan tidak bererti berjalan menunduk, tidak juga sombong dan takbur dengan pangkat tetapi sentiasa memilih jalan wasotiyyah.
Tidak hanya menasihati orang secara mulut di dalam masjid tetapi menunjukkan contoh secara amali di luar masjid.
Tidak juga memperkatakan perkara yang dia sendiri jahil tentangnya
Dan tidak tidak terlibat di dalam perdebatan yang dia rasa boleh menang dengan pengaruh orang atas.
Tidak juga bermuka-muka dengan orang atasan padahal mengumpatnya di belakang.
Tidak mencarut-carut apabila marah.
Sentiasa senyum, senyum itu tabarruj orang alim.

Sahabat baik,
Jika saranan di atas anta tidak ikuti,
maka sedarlah bahawa orang ramai hanya memandang anda sebagai seorang hipokrit.
Atau mungkin bahasa kesatnya 'berperangai Munafiq'!
Ana tidak mengatakan yang anta munafiq, tapi pengamalan ciri-ciri Munafiq.
Bukan Iktikadnya Munafiq, tetapi Munafiq dari segi amali.
(ana berani mengatakan, kerana mungkin ada juga pada diri ana..
tetapi ana cuba hindarkan..InsyaAllah)
Jika zaman salafussoleh dahulu Munafiq tidak diambil tindakan kerana dipenuhi ramai orang-orang soleh dan faham apa itu Islam.
Maka zaman ini yang sudah amat kurang orang-orang soleh, mungkin ana, anta atau sesiapa sahaja yang berperangai begitu kurang bernasib baik di mana hukumnnya seperti para Zindiq, Nauzubillah...

Sahabat baik,
Sedarlah kekuasaan manusia tidak lama.
Kekuasaan Allahlah yang kekal.
Dan Allah itu sebaik-baik penguasa kerana dia Maha Adil lagi Bijaksana.
Apabila anta berada di atas jangan sesekali pijak kepala orang berda di bawah,
kerana orang berada di bawah mungkin tidak ragu-ragu untuk pijak kepala anta bila mereka berada di atas.
Teringat kata-kata Prof. Hamka; "Jangan takbur! Siapa takbur pasti lebur!"

Sahabat baik,
Ana coretkan ini kerana ana sayangi seorang sahabat baik.
Ana mengaku ana pun punya silap, malah lebih tak baik daripada anta yang baik.
Dan ana redho jika anta tarik ana ke hukuman disiplin.
Kerana ana mahu menjadi seperti Amru bin al-'As redho dihukum qisas oleh Umar RA.
walaupun itu sahabatnya.
Dan ana mahu anta juga menjadi seperti Umar RA, menerima walaupun ditegur oleh seorang wanita di khalyak ramai.

Daripada seorang sahabat tak baik kepada sahabat baik...... Coretan berakhir pada jam 0820H bersamaan 12 Zulkaedah 1418H, 22 November 2007(Ulangtahun kelahiranku ke -21)...


Continue Reading...

Read more...

Luasnya Lautan..

>> Tuesday, November 20, 2007


"dud..dud..dud..."
Ah, macam mana aku nak tiru bunyi enjin Kapal!
Tak reti....

Senja nan merah, selepas selesai jama' dan qasar Solat maghrib dan Isyak aku aku naik keatas kapal.
Mencapai sebuah kerusi dan duduk menghadap laut yang terbentang luas.
Tiada sempadan, tiada pulau, tiada burung-burung berterbangan.
Perjalanan menaiki kapal milik TLDM menuju ke Lumut masih jauh lagi.
Kapal yang menggunakan dua enjin dari jenis Daihatsu Diesel Co.Ltd, 45 A, 6CCY, 400 480mm, 3600 Ps @ 550 rps itu meneruskan
perjalanan membelah Laut Cina Selatan.

Tetapi ada sesuatu yang lebih menarik di sini..
Masya Allah, pujian bagimu Tuhan...
Sungguh indah alam ini dijadikan. Melihat matahari yang seolah-olah tenggelam di dasar laut, cukup indah.
Siapakah yang mengaturnya?
Melihat kapal yang berlayar tanpa tenggelam.
Siapakah yang menahannya?

Melihat air laut yang banyak, melimpah.
Membuatkan aku tiba-tiba teringat tentang sepotong ayat Al-Quran.


Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)." Al-Kahfi,109.

Ya, sesungguhnya aku dapat hayati ayat ini melalui apa yang aku pandang di depan mata. Sungguh hebat Ilmu Allah SWT.
Dan betapa kerdilnya manusia itu, namun masih berani melawan Allah SWT.

Teringat saranan seorang Ustaz; "Apabila kita membaca Al-Quran maka lihatlah alam.
Kerana disitu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah SWT."
Benar, melihat alam sahaja sudah cukup untuk merasakan kehebatan Tuhan.
Tidak payahlah manusia mahu mengembar-gemburkan gambar-gambar kalimah Allah yang tertera pada badan Ikan Flower Horn, atau pada sarang lebah, atau pokok yang rukuk menghadap kiblat.
Kerana itu semua kecil sahaja.
Lihatlah alam!
Bukankah alam itu luas terbentang dengan gunung-gunung sebagai pasak?
Lihatlah diri sendiri.
Bukankah ianya satu kesempurnaan?
Lihatlah burung-burung.
Siapa yang menahannya dari jatuh?
Lihatlah pada Ikan-ikan.
Bukankah ajaibnya ia berenang-renang di dalam air?

Apabila melihat laut yang bergelora,
teringat aku pada kisah insan Soleh bernama Yunus bin Matta (Nabi Yunus as).
Ketika mana Nabi Yunus meninggalkan kaum Newnowa kerana marah tiada yang menerima seruan Baginda.
Lalu Nabi Yunus menumpang sebuah Kapal.
Ditengah amuk gelombang laut yang hampir menenggelamkan kapal, Nabi Yunus diundi terjun.
Walau tanpa kerelaan anak kapal, Nabi Yunus terjun jua disebabkan dia tahu itu kehendak Allah Taala.
Bagaimana mahu mendalami kisah saat genting ini tanpa kita jua berada ditengah amukan gelombang laut?

AllahhuaAkhbar..Kehendak Allah Taala menyuruh ikan Nun menelan Nabi Yunus tanpa merosakkan tubuh badan Nabi Yunus as.
Beradalah Nabi Yunus di dalam perut ikan yang gelap, di dalam lautan yang gelap, ditambah dengan kegelapan malam.
Pada ketika ikan Nun itu membawa diri Baginda berputar-putar di dasar lautan yang luas, dan membawa tubuhnya melayang-layang
di perairan masin dan berombak besar, Baginda mendengar suara-suara bacaaan tasbih kepada Allah SWT yang keluar dari mulut ikan.
Baginda juga mendengar sayup-sayup bacaan tasbih dari terumbu-terumbu laut kepada Zat yang menumbuhkan benih.
Bacaan tasbih kepada Pemilik kerajaan langit dan bumi.

Maka dalam keadaan lemah itulah Dzun Nun berdoa;


Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap[967]: "Bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." Al-Anbiya', 87.


Allah mendengar dan mengampunkan Nabi Yunus dan menyuruh ikan Nun memuntahkan Nabi Yunus....

Subhanallah..Hamba cuma menyampaikan...



Continue Reading...

Read more...

Kanak-kanak dan Masjid

>> Friday, November 16, 2007


"Hish, budak-budak ni bising je!!"
Rungut seorang Brother apabila melihat kanak-kanak sedang bermain di luar surau.
Ketika itu sedang berlangsung kuliah Maghrib di surau Kampung Pasir.
Bersebelahan dengan Taman Perumahan tempat keluarga aku tinggal.

Aku menjengukkan sedikit kepala ke luar, budak-budak sedang bermain panjat-panjat.
Riang wajah mereka.
Hari tu aku tak bawa Izuan ( adik bongsu aku) bersama. Kalau tak, mesti dia pun join sama dengan budak-budak ni.
Ustaz yang berkuliah buat tak tahu je budak-budak bising, diteruskan je kuliah Maghrib tu.

"Hish.." , Brother ni merungut lagi.
Kali ini dia bangun, langkahnya pantas. Seolah-olah geram yang amat sangat.
Kalau anak dia yang buat bisang tu, mungkin dah ditamparnya.
Aku membiarkan sahaja. Tapi telinga aku pasang juga, sebab aku duduk dekat dengan tingkap.

Mata aku terus memandang Ustaz yang berjanggut ni berkuliah, orang yang agak disenangi. Tak sombong. Mungkin dia belajar tak tinggi, tapi akhlak dia aku kagumi. Banyak lagi ilmu akhlak yang aku perlu belajar daripada orang macam ni.
Tapi aku agak kurang khusyuk selepas Brother ni keluar untuk 'sound' budak-budak bising ni.
Memang berhasil senyap, keselesaan sebentar buat kariah dewasa yang belum tentu ikhlas dan belum tentu bagus ni.
Tapi kasihankan budak-budak yang putih bersih dari dosa ini.
Kalau tak main diorang nak buat apa sementara menunggu waktu Isyak ni?
Dengar kuliah ustaz?
Tajuknya berat, tak menarik minat mereka sangat.

Aku tak suka bila budak-budak diganggu keseronokan mereka dalam usaha untuk kita mengajar mereka bermesra dengan Masjid.
Biarlah mereka buat bising pun, boleh diingatkan.
Tapi biarlah secara hikmah.
InsyaAllah, budak baik seperti mereka memahami.
Bukan di marahi, ini cuma menjatuhkan air muka mereka.
Mereka pun ada perasaan. Seharusnya dilayan seperti remaja baru mereka rasa dihargai.
Apalah yang mengasyikkan di zaman kanak-kanak selain bermain, biarlah... mereka belajar sesuatu daripada situ.

Seingat aku masa zaman kanak-kanak, aku dan rakan-rakan tak pernah di marahi oleh kariah Masjid jika kami bermain-main dalam Masjid (Masjid tempat aku selalu solat sebelum berpindah rumah).
Cuma adalah Pak Cik yang dia pun jarang nampak mukanya di Masjid ni selalu marah kami.
Akulah selalu jadi sasaran Pak Cik tu...haha
Teringat aku, betapa tak seriusnya kami solat...
Kalau ada seorang yang sengaja menjatuhkan kopiahnya ketika sujud, habis satu soff kanak-kanak tu jatuhkan kopiah mereka.
Koriah tetap tak marah..
Kalau Tok Imam yang dah tua jadi Imam. Aku boleh tergelak dengar bacaan Tok Imam tu.
Koriah tetap tak marah...
Kalau rasa panjang sangat Tahiyyat Akhir tu, aku boleh sesuka hati bagi salam awal. Sambil berlalu pergi sempat juga tersenyum kat kawan-kawan yang menoleh kat aku sedangkan solat mereka belum selesai, Tok Imam tak beri salam lagi!

Alhamdulillah, disebabkan tak marah itulah aku mula semaikan diri untuk mencintai Masjid.
Untuk merajin-rajinkan diri membersihkan Masjid.
Untuk baik-baikkan diri dengan Pak Cik-Pak Cik Masjid.
Membesarkan diri di sebalik Masjid yang dah di 'besar'kan.
Untuk mengertikan diri bahawa Masjid adalah sepatutnya rumah kedua ku.

Aku balik Kampung beberapa bulan lepas itu.
Budak-budak dah kurang, yang ada cuma dua tiga orang je.
Brother tu pun dah tak nampak muka.
Surau jadi sepi.
Yang ada hanya suara jemaah Pak Cik-Pak Cik pencen bersembang sementara menunggu Isyak.

"Izuan, jom balik kejap...sementara tunggu waktu Isyak", aku mengajak adik bongsu ku.



Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
An-Nahl, 125

Hikmah: ialah perkataan yang tegas dan benar yang dapat membedakan antara yang hak dengan yang bathil.
Continue Reading...

Read more...

Hilang Kasut di Masjid Jame'

>> Sunday, November 11, 2007


Kalau anda mahu bersolat di Masjid Jame', Kuala Lumpur maka simpanlah kasut
anda elok-elok.
Bukan apa, dikhuatiri hilang. Banyak pencuri kasut.
Alamat ada yang balik berkaki ayam nanti.

Suatu hari saya dan rakan-rakan mengadakan usrah di Msjid Jame'.
Ini adalah 'port' biasa kami mengadakan usrah.
Masanya lepas Zuhur sehingga Solat Asar.
Pasal kasut jangan risau, kami baik dengan Siak Masjid.

Dia selalu menawarkan untuk menyimpan kasut dan barang-barang kami.
Tapi, seorang sahabat saya tidak memberikan kasutnya kepada Siak ni.
Kerana dirinya beranggapan kasutnya murah je. Takde orang akan curi.

Seusai sahaja usrah dan solat Asar, ternyata jangkaannya meleset.
Kasutnya hilang.
Mujurlah dia seorang yang periang, redho jelah dengan kasutnya yang hilang.
Lalu dia pun pinjam selipar wakaf masjid dari Siak ni.



Tapi, rupa-rupanya ada seorang Jemaah sedang mencari-cari kasutnya.
Lingkungan umur dalam 50-60 tahun. Saya dan rakan-rakan menegur;
"Kenapa Pak Cik? Kasut hilang ke?"
"Kasut saya pun hilang juga Pak Cik", sampuk kawan saya yang kehilangan kasut
ni sambil tercari-cari juga kasutnya.

Pak Cik ni pun mengomel tanda marah dengan pencuri kasut ni.

Tapi ada satu ayat yang meluncur dari mulutnya yang membuatkan kami
tergamam, berbunyi lebih kurang;
" Tulah kasut aku pun hilang, korang jangan undi kerajaan. Kasut aku pun boleh hilang".

Kami diam lalu berpandangan sesama sendiri, tapi tidak membalas demi menjaga
hati.
Mata aku menyorot pak cik yang hilang kasut ni berlalu pergi sambil kakinya
sudah bersarung selipar wakaf masjid.

Dalam hati aku bermonolog;
"Apa kena mengena hilang kasut dengan Kerajaan?"

Moga Allah merahmati kita bersama Pak Cik....... Continue Reading...

Read more...

Merasakan diri baik.




Antara selang waktu lapang, aku gagahi diri untuk menonton filem Indonesia bertajuk Kiamat sudah Dekat.
Filem ini memang sudah lama dikeluarkan, namun baru sekarang aku berpeluang menontonnya.

Cerita ini berkisarkan seorang Pemuda yang jahil ilmu Islamnya berkeinginan untuk menyunting anak gadis seorang Pak Kiyai.
Sememangnya cerita ini menghiburkan dan banyak pengajaran.

Tetapi tanpa aku sedar, syaitan membisikkan sesuatu ke telinga.
Dihembusnya ke dada, ditinggalkan disepanjang urat-uratku yang dijalaninya.
Apabila melihat akan kejahilan pemuda itu, Syaitan cuba membelokkan hatiku, dikatakannya bahawa diriku ini seorang yang baik.
Dikatakannya kepada diriku bahawa aku sudah boleh dikatakan baik kerana sudah tahu solat, sudah tahu mengaji, sudah tahu ilmu agama dan sebagainya sebagai pembanding kepada pemuda itu.

Aduhai diri.
Kubisikkan kembali kepada mu. Apakah solatmu itu diterima Allah? Apakah tertegaknya ia dengan ikhlas? Apakah bacaan Al-Quranku cukup untuk membenteng diriku dari godaan? Dapatkah kau jamin amalanmu terangkat ke langit? Atau hanya dilemparkan kembali ke wajahmu. Apakah dengannya aku semakin dekat dengan Allah Azzawajalla?

Aduhai diri.
Apakah kau fikir dirimu sudah cukup baik?
Tak lain itu semua merupakan sangkaan sahaja.
Bukan kerana orang memandangmu baik maka dirimu sudah terbukti baik.
Tetapi pandangan Allah Azzawajjalla lebih utama.
Jika dia menyingkap segala aib dirimu, apalah lagi yang tinggal untuk dirimu?

Aduhai diri.
Ingin kukisahkan kau suatu cerita.
Masih ingatkah lagi kau dengan tulisan Ibnu Taimiyyah?
Ketika mana dia berdialog dengan seorang penganut aliran al-Bataihiyah, satu gerakan pengamal Tasawuf sesat.

Orang itu bertanya kepada Ibnu Taimiyyah; "Apa yang ada padamu Ibn Taimiyyah? Jika kami pergi kepada kamu, iaitu Ahl Sunnah, wibawa kami luntur, tetapi jika kami pergi ke Tartar-Mongolia yang kafir itu wibawa kami malah muncul?"

Ibnu Taimiyyah langsung menjawab;
"Tahukah kamu perumpaan antara kami, kamu dan orang-orang Tartar itu? Kami tidak ubah seperti kuda-kuda yang berwarna putih, kamu tidak ubah seperti kuda belang, manakala orang-orang Tartar itu tidak ubah seperti kuda hitam.
Jika yang belang masuk ke dalam kelompok kuda hitam, maka akan nampak putihlah ia dikalangan kuda-kuda hitam itu.
Tetapi jika yang belang itu masuk ke dalam kelompok kuda putih, maka akan nampak hitamlah ia dikalangan kuda-kuda putih itu.
Kamu masih mempunyai sedikit cahaya.
Jika kamu masuk di celah-celah orang kafir maka nampaklah cahaya itu dan jika kamu masuk di celah-celah orang Ahl Sunnah yang mempunyai cahaya besar maka nampaklah kegelapan dan warna hitam yang ada pada kamu.
Demikianlah perbandingan antara kamu, kami dan orang-orang Tartar."

Untuk diriku?
Masih jauh lagi perjalananu itu. Jangan pandang ke belakang untuk berhenti. Tetapi pandanglah ke belakang untuk menarik.




Adapun orang-orang yang putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam rahmat Allah (surga); mereka kekal di dalamnya.
Al-Imran,107. Continue Reading...

Read more...

Ukuran dunia.

>> Thursday, November 8, 2007


Kadang hidup adalah sangat membosankan.
Kadang pula amat membahagiakan.
Ianya datang silih berganti.
Yang suka berganti duka.
Yang bahagia berganti bosan.
Dimanakah sebenar terletaknya ukuran dunia?

Oh, adakah aku lupa pada Utbah bin Ghazwan!
Seorang sahabat Baginda Rasul yang terkenal. Beliau hairan pada ketika sekali-sekala berkhutbah Jumaat. Beliau mengenang saat duka, pedih derita ketika bersama-sama berjuang di sisi Baginda Rasul.
Ya, ketika yang tinggal untuk dimakan adalah daun sahaja, saat waktu lapang bersama baginda dan saat kebahagiaan. Hidupnya dirasakan tidak berharga lagi selepas kewafatan Rasul.

Oh, adakah aku lupa pada Saad bin Abi Waqqash!
Menjadi bingung ia apabila diangkat menjadi penguasa di Kufah sesudah kewafatan Rasul. Bukan kegembiraan yang dirasainya sepertimana kebiasaannya orang yang diangkat menjadi penguasa.
Bagaimana dia tidak bingung? Kehidupannya jauh berbeza dengan baginda Rasul.
Manakan tidak Baginda Rasul hanya makan tetumbuhan, kulit kambing yang sudah kering,
dipanggang, ditumbuk lalu direbus dengan air.

Oh, adakah lupa pada Umar Al-Khattab!
Ketika Umar masuk ke rumah Baginda Rasul dilihatnya hanya yang ada bekas tikar di punggung Baginda Rasul dan hanya ada bekas gandum yang tergantung di rumahnya.
Tanpa sedar menitis air mata di pipinya.
Satu pemandangan yang cukup menyentuh kalbu.
Bukan terjadi pada rakyat biasa. Tetapi pada pemimpin seluruh umat manusia.
Sehingga terbit ucapan dibibirnya;" Wahai Baginda Rasul, engkau sudah mengetahui cara hidup Kisra dan Kaisar."
Baginda menjawab:"Wahai Ibnu al-Khattab, relakah engkau jika akhirat menjadi kepunyaan kita dan dunia menjadi kepunyaan mereka?"


Jika ditanya dimana perginya kemiskinan?
Oh,rupanya ianya ada terselit dicelah-celah serban para ulama'!
Ternyata ukuran dunia itu bukan terletak pada kemewahan. Tetapi pada jiwa besar orang yang
menghuni dunia. Bukan pada keselesaan tapi kesengsaraan menegakkan kebenaran.
Beringatlah, jika kita diuji. Amatlah kecil berbanding ujian yang dihadapi Baginda Rasul dan Sahabahnya. Continue Reading...

Read more...

Kisah mesej

>> Wednesday, November 7, 2007




Minggu ni dah start Final.
Aku kira-kira campur dengan Foundation year, dah 7 sem aku tempuhi.
Dulu aku pernah dengar orang cakap yang ambik degree ni letih.
Sekarang baru aku tahu macam mana letihnya. Nak habiskan 5 tahun.
Perlu ketabahan, silap-silap diri boleh kecundang.

Masa nak siap-siap pergi exam pagi tadi, seorang sahabat menghantar satu mesej;

"Good luck in your exams coming soon in this 2-3 weeks..may hidayah and barakah will be along your path".

Terharu betul.
Aku pun reply balik;

"Thank you so much for ur wish. InsyaAllah Allah will guide our future with his Rahmat. Good luck for u too."

Doa rakan-rakan amat aku hargai.
Aku amat hargai kepada rakan-rakan yang suka menyuntik semangat melalui mesej.
Terima kasih juga kepada seorang sahabat yang hantar mesej ni kat aku;

"Tika kau lemah, jadikan Allah sebagai tempat untuk meluah rasa. Tika kau goyah, kau perlu kuat kerana kau pembawa agama. Tika kau rebah kau harus tabah kerana kau mujahid muda."

Alhamdulillah, aku simpan mesej ni sampai sekarang. Sememangnya ianya memberikan semangat waktu sedih ku.

Tapi,
Aku aku tak boleh blah, bila seorang member hantar mesej ni;

"Crocodile hunter nyekeli boyo, endas singo tugu singapuro, kulo sekeluargo ucapne slmt hari royo, keluputan seng ahkeh-ahkeh digapuro, godong kupat janor kelopo, manggan jenag karo silo, baju royo mu werno opo, ojo adani langsir kulo. Baju ne sampen ne ijo, sarapan gemblong tutl le koyo, seng okeh eleng nyowo anak bojo, ati-ati nek mandu neng dalan royo ketemu mene, salam aidilfitir seko koncomu sekuluorgo."

Sekali pantun jawa daa.... Continue Reading...

Read more...

Mencari Tuhan di Sebalik Mitos Ilusi dan Fantasi

>> Monday, November 5, 2007















Dalam tahun-tahun kebelakangan ini Hollywood ghairah mencedok apa sahaja adaptasi komik atau apa sahaja kisah-kisah yang boleh diolah dengan ilusi fantasi.
Dan yang menarik, hal ini menjadi kegilaan bagi ramai peminat panggung.

Bohonglah jika aku katakan aku tak pernah tengok filem-filem seperti Spiderman, Transformers, Fantastic Four atau apa sahajalah.
Tetapi aku hanya berminat untuk rengok di bilik sahaja.
Paling terbaru, muncul pula filem Evan Almighty. Sebuah filem yang diadaptasi dari kisah Nabi Nuh as yang dicedok dari Old Testamant.
Tetapi malangnya cerita ini memperlekehkan sirah agung Nabi Nuh as.
Tidak langsung menjaga sensitiviti agama.

Superhero menggantikan Tuhan

Apabila aku menonton filem Fantastic Four dan Transformers. Aku seolah-olah dibawa ke satu alam dunia fantasi yang lain.

Wow, hebat betul dunia ini! Ada super power.
Dimana kejahatan itu datangnya dari Planet yang lain.
Muncul pula superhero yang hebat dan gagah.

Ya..Hebat betul korang! Melawan makhluk jahat yang mahu menghancurkan bumi.
Lalu muncullah Superhero untuk menyelamatkan bumi ini.
Kenapa munculnya superhero?

Sebab dunia fantasi ini tiada Tuhan.

Apabila tiada Tuhan. Muncullah Superhero menggantikan Tuhan untuk menyelamatkan dunia.


Dialah Aoutobot Prime! Dia rasa dia Tuhan paling gagah sekali.!

Dialah Sue Storm! Dia rasa dia Tuhan wanita jelita.!

Dialah Evan Baxter Nabi utusan akhir zaman ini diutus oleh Tuhan Badut kulit hitam bernama Morgam Freeman.


MAHA SUCI ALLAH DARIPADA MEMPUNYAI SEKUTU!
TIADA TUHAN SELAIN DIA, KEPADANYALAH AKU BERTAWAKKAL DAN HANYA KEPADA-NYALAH AKU BERTAUBAT!

Namun Insan itu tetap Insan.
Bagaimana mahu menjadi Tuhan? Sedangkan manusia ini berfantasi tak lebih daripada yang berputar di daerah pancainderanya.
Fantasi manusia itu tak lebih daripada apa yang pernah disentuh, dirasa, dilihat, dihidu dan didengarnya.

Sebab itu jika Hollywood menghadirkan Makhluk Asing sekalipun, ianya tak lari dari ciri-ciri manusia.


Aku hairan bagaimanalah seorang bapa ingin mengajar anaknya bahawa kuasa yang paling gagah di dunia ini ialah Allah Taala. Jika si bapa pun menggalakkan anaknya menonton filem-filem cacat akidah ini.
Seperti Ketam mengajar anaknya berjalan betul!


Minimalis vs Maksimalis


Dahulu Hollywood dipegang oleh kelompok Maksimalis yang mengolah filem tetapi menjaga kesucian agama. 'The Passion of the Christ' misalnya, walaupun dikecam hebat tetapi membawa kebenaran sejarah. 'Muhammad Mesengger of God' dibawah arahan Moustapa Akad memperlihatkan Islam dari kaca mata kesucian dan kebenenaran.

Tetapi,
Setelah golongan minimalis iaitu generasi pewaris Hollywood sekarang yang merobek kebenaran untuk membawanya kepada kekeliruan dan kekaburan.
Disini munculnya filem 'Alexendar The Great' seorang Homosexual.

Munculnya filem '300' yang membawa pembohongan sejarah dan prejudis Barat terhadap Iran.


Jelas filem-filem mnimalis ini mengabur dan merobek apa yang ada di antara realiti dan agama.

Realiti adalah ruang dan masa, sedangkan agama adalah hukum atau sistem yang menghidupkan ruang dan masa itu.
Maka filem-filem ini mengutarakan bahawa realiti dan agama adalah tidak berguna yang boleh dilihat dari titik kabur ini.

Rukun Negara


Hairan aku bagaimana filem seperti Evan Almighty ini boleh dibawa masuk?

Kalau aku pandang dari sudut Patriotik, jelas ianya telah melanggar prinsip Rukun Negara yang pertama; "Kepercayaan kepada Tuhan".
Adakah kerana masyarakat kita cukup matang?
Kalau tidak takdelah berlakunya gejala 'ayah Pin' dan 'Kahar Rasul'....

Continue Reading...

Read more...

Msrizal...Hunuskanlah senjatamu..

>> Friday, October 26, 2007



Msrizal duduk di atas 'thinking chair' berwarna hijau.
Meletakkan tangan di atas 'thinking desk' berwarna coklat+hitam.
Msrizal menghadap bukunya.
Dia perlu habiskan baca. Tulis. Kira. Hafal.
Exam nak dekat!!!

(Soundtrack muzik filem Muhammad The Messenger beralun dari speaker )..

Wah..Wah..Muzik berlatarbelakangkan peperangan Badar.
Menaikkan semangat betul.
Tetapi apakah Msrizal berani untuk berhadapan dengan perang?

Kalau dia selesa dengan tilam empuknya. Lupakanlah.
Kalau rasa kenyang dengan makan mewah bersama Menteri. Bersendawa sahajalah.
Kalau dia asyik dengan nasyid cintanya. Duduk sahajalah.
Kalau dia hanya pandai berkata-kata sahaja. Sondolkan sahaja Mikrofon ke mulutnya.

Tetapi kalau dia beraspirasi dengan karya agung ciptaan Tuhan.
Warisan agung kurniaan zaman. Sirah Nabawiaah Rasul Junjungan. Maka ambillah dia.
Beri perhatianlah padanya. Sarungkanlah pedang perwira kepundaknya.

Ketika itu kalau dia tidak menjadi lelaki dewasa. Mungkin dia seperti Umair Bin Abu Waqqas.
Remaja belasan tahun yang bertekad untuk mengikut Rasulullah SAW walaupun dipujuk pulang oleh baginda.
Atau mungkin juga dia menjadi salah seorang daripada dua orang belia yang tidak diyakini
kemampuan mereka oleh Sahabah Rasul Abdul Rahman Bin Auf.
Namun mereka berdua berjaya membunuh Abu Jahal.
Merekalah Muaz bin Amru bin Al Jamuh dan Muaz bin Affa'.

Atau bisakah dia menghayun senjata seperti Ali Karamallahuwajhah. Masih muda yang berjaya membenamkan pedangnya ketubuh gagah Kafir Al-Walid.
Atau menjadi berani seperti Abu Dajjanah si pemilik 'Serban Merah' di perang Uhud.
Sahabat yang diberikan pedang Rasulullah untuk menghayunnya di pentas agung itu.
Berjalan dengan megah dan semangat. Ketika dia menggebarkan serban merahnya dan melilitnya ke kepala,
berkatalah orang-orang Ansar: "Abu Dajjanah telah mengeluarkan serbannya".
Tanda kehebatannya.

(Muzik latar belakang semakin perlahan...)

Apabila perang tamat. Dan kau masih hidup Msrizal? Atau jika kau terkorban Msrizal?
Apakah lagi yang kau harapkan daripada orang ramai?
Popularkah? Mahu nama disebut sebagai pahlawankah?
Bukan semua pahlawan dikatakan pahlawan.
Malah ada yang di fitnah seperti anggota perang Badar bernama Tsalaabah r.a.

(Muzik berhenti...)

Huh...Msrizal juga berjuang di meja ini. Menuntut Ilmu.
Ditekadkan bulat-bulat. Bukan tujuan menuntut Ilmu untuk pujian.
Bukan jua untuk pekerjaan.
Bukan mengharap redho insan.
Hanyalah di hati untuk mendapatkan keredhoan Tuhan. Continue Reading...

Read more...

Budak Demam di Pagi Raya

>> Monday, October 22, 2007



Alhamdulillah..
Setelah sebulan menyempurnakan puasa Ramadhan, akhirnya jumpa juga aku dengan 1st Syawal.
Tapi ternyata Hari Raya tahun ni aku kurang ligat sikit. Tapi tak bermakna raya sebelum ni aku ligat. Cuma tak banyak rumah yang aku kunjung.

Kenapa?
Aku dapat demam. Aku ni mudah demam. Puncanya mungkin sebab aku rush balik kampung 1st Syawal. Keluarga aku semua dah balik kampung awal. Aku balik lambat sikit. Aku berkira-kira untuk bertolak awal, jam 5 pagi dari rumah. Aku balik naik motor.
Malam raya tu lepas solat Isyak, aku ditahan oleh Pengerusi Surau. Suruh ikut bertakbir dari ke rumah.
Sorilah Pak Cik. Aku bagi alasan yang aku kena tidur awal, sebab esoknya nak bertolak awal balik kampung abah kat Taiping. Lagipun rumah aku tak de orang jaga masa tu.

Esoknya, aku terbangun tepat-tepat masa orang azan Subuh. Habislah aku, aku kelam-kabut bersiap. Takut-takut tak sempat sembahyang raya.
Last-last pukul 6.30 pagi aku bertolak. Laju juga aku bawa masa tu. Akhirnya alhamdulillah sampai juga rumah. 7.30 dah sampai. Sejam je.
Tapi.... Aucum!!
Bersin!
Memang sah akan demam.
Tak mengapalah demam. Demam ini kan kifarah kepada dosa. Hai, banyak betul dosa aku.Waktu demam ni Allah tarik nikmat sedikit. Ya, baru sedikit! Dah tak keruan hidup. Bukankah ini satu pelajaran dalam hidup supaya bersyukur dengan apa sahaja nikmat yang kita dapat. Lagipun masa demam nilah banyak orang take care kat kita.

Aku gegas bersiap. Mandi Sunat Hari Raya sudah kuniatkan masa mandi subuh tadi.

Aku ikut bertakbir. Apabila bilal bangun menyeru kepada solat, aku gegas bangun.
Imam bertakbir, aku ikut bertakbir. Pada rakaat pertama dan kedua Imam membacakan surah An-Naba'.
Aku hayati bacaannya, surah yang mengisahkan tetang ancaman Allah tentang hari Kiamat.
Surah yang dimulai dengan pertanyaan. "Amma Ya Tasaaluun" -Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?

Kuhayati lagi. Oh, Sungguh adil Allah Taala itu. Setiap kali hati hiba dan gerun mendengar ancaman neraka. Pasti ada rasa gembira tentang berita indahnya syurga.

Habis salam, Imam/Khatib membacakan khutbah. Khatib mengingatkan kembali tentang keindahan Ramadhan. Dan sikap kita apabila tibanya Ramadhan. Khatib mengingatkan supaya amalan-amalan semasa Ramadhan diteruskan dalam bulan lainnya. Diteruskan solat malam. Disambung dengan puasa sunat 6. Fadhilatnya seolah-olah berpuasa selama setahun. Khatib mengingatkan janganlah kita seolah-olah menyembah Ramadhan. Dan barangsiapa yang menyembah Ramdhan, ingatlah! Bahawa Ramadhan itu tidak kekal dan berlalu pergi. Tetapi sesiapa yang menyembah Allah, Allah itu kekal sampai bila-bila.

Bersalam-salaman selepas solat, jemputan-jemputan ke rumah bergema. Aku hanya sempat pergi 3 rumah je. Balik aku tidur. Petang itu hujan pulak. Memang sedap betul tidur. Tapi malam tu tidur aku terganggu. Kenapa? Sebab aku demam.

Apa-pun raya ini tetap mempunyai maknanya kepada aku. Jika dikatakan raya adalah untuk berseronok, setakat manalah keseronokan itu dirai. Adakah seperti agama lain meraikan hari raya mereka. Seperti orang Kristian menyambut Krismaskah? Jika ya, tak mustahil adanya orang yang membunuh diri di Hari Raya.
Seronok rasanya berkumpul bersama sanak-saudara.
Pada yang lama tak jumpa pasti soalan-soalan ini diajukan; "Eh, dah besar Rizal", "Buat apa sekarang? Kerja ke belajar lagi?". Buat yang dah tahu di mana aku belajar." Sampai bila cuti, Rizal?"
Almaklumlah, aku ni jarang sangat ada kat rumah.

Balik kampung mak, meriah juga di sana. Aku tengok wajah atuk, ada raut tua di wajahnya.Namun wajah itu tetap bercahaya tanda dia menjaga solatnya. Tak sangka dia boleh tanyakan aku satu soalan. "Hang dah ambik balik kopiah hang tertinggal kat rumah Tok Long dahulu?"
Terkejut aku dengan soalan tu.Aku pun dah tak ingat bila aku tertinggal kopiah tu, mak aku cakap masa aku sekolah rendah dahulu. Ingat lagi atuk aku ni. Ini tandanya aku dah lama tak balik sini.

Buat rakan-rakan yang ingin berkunjung ke rumah, tapi tak dapat sebab aku balik kampung. Sorilah takde rezeki.
Buat rakan-rakan yang mempelawa aku datang ke rumah. Sorilah jika tak dapat pergi. Aku demam.
Tak larat raya rumah orang banyak-banyak.

Eidul Mubarak buat antum sekalian..
Maaf Zahir dan Batin.. Continue Reading...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP