Msrizal...Hunuskanlah senjatamu..

>> Friday, October 26, 2007



Msrizal duduk di atas 'thinking chair' berwarna hijau.
Meletakkan tangan di atas 'thinking desk' berwarna coklat+hitam.
Msrizal menghadap bukunya.
Dia perlu habiskan baca. Tulis. Kira. Hafal.
Exam nak dekat!!!

(Soundtrack muzik filem Muhammad The Messenger beralun dari speaker )..

Wah..Wah..Muzik berlatarbelakangkan peperangan Badar.
Menaikkan semangat betul.
Tetapi apakah Msrizal berani untuk berhadapan dengan perang?

Kalau dia selesa dengan tilam empuknya. Lupakanlah.
Kalau rasa kenyang dengan makan mewah bersama Menteri. Bersendawa sahajalah.
Kalau dia asyik dengan nasyid cintanya. Duduk sahajalah.
Kalau dia hanya pandai berkata-kata sahaja. Sondolkan sahaja Mikrofon ke mulutnya.

Tetapi kalau dia beraspirasi dengan karya agung ciptaan Tuhan.
Warisan agung kurniaan zaman. Sirah Nabawiaah Rasul Junjungan. Maka ambillah dia.
Beri perhatianlah padanya. Sarungkanlah pedang perwira kepundaknya.

Ketika itu kalau dia tidak menjadi lelaki dewasa. Mungkin dia seperti Umair Bin Abu Waqqas.
Remaja belasan tahun yang bertekad untuk mengikut Rasulullah SAW walaupun dipujuk pulang oleh baginda.
Atau mungkin juga dia menjadi salah seorang daripada dua orang belia yang tidak diyakini
kemampuan mereka oleh Sahabah Rasul Abdul Rahman Bin Auf.
Namun mereka berdua berjaya membunuh Abu Jahal.
Merekalah Muaz bin Amru bin Al Jamuh dan Muaz bin Affa'.

Atau bisakah dia menghayun senjata seperti Ali Karamallahuwajhah. Masih muda yang berjaya membenamkan pedangnya ketubuh gagah Kafir Al-Walid.
Atau menjadi berani seperti Abu Dajjanah si pemilik 'Serban Merah' di perang Uhud.
Sahabat yang diberikan pedang Rasulullah untuk menghayunnya di pentas agung itu.
Berjalan dengan megah dan semangat. Ketika dia menggebarkan serban merahnya dan melilitnya ke kepala,
berkatalah orang-orang Ansar: "Abu Dajjanah telah mengeluarkan serbannya".
Tanda kehebatannya.

(Muzik latar belakang semakin perlahan...)

Apabila perang tamat. Dan kau masih hidup Msrizal? Atau jika kau terkorban Msrizal?
Apakah lagi yang kau harapkan daripada orang ramai?
Popularkah? Mahu nama disebut sebagai pahlawankah?
Bukan semua pahlawan dikatakan pahlawan.
Malah ada yang di fitnah seperti anggota perang Badar bernama Tsalaabah r.a.

(Muzik berhenti...)

Huh...Msrizal juga berjuang di meja ini. Menuntut Ilmu.
Ditekadkan bulat-bulat. Bukan tujuan menuntut Ilmu untuk pujian.
Bukan jua untuk pekerjaan.
Bukan mengharap redho insan.
Hanyalah di hati untuk mendapatkan keredhoan Tuhan. Continue Reading...

Read more...

Budak Demam di Pagi Raya

>> Monday, October 22, 2007



Alhamdulillah..
Setelah sebulan menyempurnakan puasa Ramadhan, akhirnya jumpa juga aku dengan 1st Syawal.
Tapi ternyata Hari Raya tahun ni aku kurang ligat sikit. Tapi tak bermakna raya sebelum ni aku ligat. Cuma tak banyak rumah yang aku kunjung.

Kenapa?
Aku dapat demam. Aku ni mudah demam. Puncanya mungkin sebab aku rush balik kampung 1st Syawal. Keluarga aku semua dah balik kampung awal. Aku balik lambat sikit. Aku berkira-kira untuk bertolak awal, jam 5 pagi dari rumah. Aku balik naik motor.
Malam raya tu lepas solat Isyak, aku ditahan oleh Pengerusi Surau. Suruh ikut bertakbir dari ke rumah.
Sorilah Pak Cik. Aku bagi alasan yang aku kena tidur awal, sebab esoknya nak bertolak awal balik kampung abah kat Taiping. Lagipun rumah aku tak de orang jaga masa tu.

Esoknya, aku terbangun tepat-tepat masa orang azan Subuh. Habislah aku, aku kelam-kabut bersiap. Takut-takut tak sempat sembahyang raya.
Last-last pukul 6.30 pagi aku bertolak. Laju juga aku bawa masa tu. Akhirnya alhamdulillah sampai juga rumah. 7.30 dah sampai. Sejam je.
Tapi.... Aucum!!
Bersin!
Memang sah akan demam.
Tak mengapalah demam. Demam ini kan kifarah kepada dosa. Hai, banyak betul dosa aku.Waktu demam ni Allah tarik nikmat sedikit. Ya, baru sedikit! Dah tak keruan hidup. Bukankah ini satu pelajaran dalam hidup supaya bersyukur dengan apa sahaja nikmat yang kita dapat. Lagipun masa demam nilah banyak orang take care kat kita.

Aku gegas bersiap. Mandi Sunat Hari Raya sudah kuniatkan masa mandi subuh tadi.

Aku ikut bertakbir. Apabila bilal bangun menyeru kepada solat, aku gegas bangun.
Imam bertakbir, aku ikut bertakbir. Pada rakaat pertama dan kedua Imam membacakan surah An-Naba'.
Aku hayati bacaannya, surah yang mengisahkan tetang ancaman Allah tentang hari Kiamat.
Surah yang dimulai dengan pertanyaan. "Amma Ya Tasaaluun" -Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?

Kuhayati lagi. Oh, Sungguh adil Allah Taala itu. Setiap kali hati hiba dan gerun mendengar ancaman neraka. Pasti ada rasa gembira tentang berita indahnya syurga.

Habis salam, Imam/Khatib membacakan khutbah. Khatib mengingatkan kembali tentang keindahan Ramadhan. Dan sikap kita apabila tibanya Ramadhan. Khatib mengingatkan supaya amalan-amalan semasa Ramadhan diteruskan dalam bulan lainnya. Diteruskan solat malam. Disambung dengan puasa sunat 6. Fadhilatnya seolah-olah berpuasa selama setahun. Khatib mengingatkan janganlah kita seolah-olah menyembah Ramadhan. Dan barangsiapa yang menyembah Ramdhan, ingatlah! Bahawa Ramadhan itu tidak kekal dan berlalu pergi. Tetapi sesiapa yang menyembah Allah, Allah itu kekal sampai bila-bila.

Bersalam-salaman selepas solat, jemputan-jemputan ke rumah bergema. Aku hanya sempat pergi 3 rumah je. Balik aku tidur. Petang itu hujan pulak. Memang sedap betul tidur. Tapi malam tu tidur aku terganggu. Kenapa? Sebab aku demam.

Apa-pun raya ini tetap mempunyai maknanya kepada aku. Jika dikatakan raya adalah untuk berseronok, setakat manalah keseronokan itu dirai. Adakah seperti agama lain meraikan hari raya mereka. Seperti orang Kristian menyambut Krismaskah? Jika ya, tak mustahil adanya orang yang membunuh diri di Hari Raya.
Seronok rasanya berkumpul bersama sanak-saudara.
Pada yang lama tak jumpa pasti soalan-soalan ini diajukan; "Eh, dah besar Rizal", "Buat apa sekarang? Kerja ke belajar lagi?". Buat yang dah tahu di mana aku belajar." Sampai bila cuti, Rizal?"
Almaklumlah, aku ni jarang sangat ada kat rumah.

Balik kampung mak, meriah juga di sana. Aku tengok wajah atuk, ada raut tua di wajahnya.Namun wajah itu tetap bercahaya tanda dia menjaga solatnya. Tak sangka dia boleh tanyakan aku satu soalan. "Hang dah ambik balik kopiah hang tertinggal kat rumah Tok Long dahulu?"
Terkejut aku dengan soalan tu.Aku pun dah tak ingat bila aku tertinggal kopiah tu, mak aku cakap masa aku sekolah rendah dahulu. Ingat lagi atuk aku ni. Ini tandanya aku dah lama tak balik sini.

Buat rakan-rakan yang ingin berkunjung ke rumah, tapi tak dapat sebab aku balik kampung. Sorilah takde rezeki.
Buat rakan-rakan yang mempelawa aku datang ke rumah. Sorilah jika tak dapat pergi. Aku demam.
Tak larat raya rumah orang banyak-banyak.

Eidul Mubarak buat antum sekalian..
Maaf Zahir dan Batin.. Continue Reading...

Read more...

Sederhana





Wasotiyah atau bersederhana adalah sifat terbaik yang perlu diamalkan manusia.
Cuba baca beberapa perkataan berkenaan kesederhanaan di bawah;

Jika perlu marah , marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar ;
jika perlu menangis , menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan
tenang ;
jika perlu patuh , patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan .

Jika mahu miskin , miskinlah tetapi jangan terlalu miskin , nanti mudah
menjadi kufur ;
kalau mahu kaya , kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa
perkataan sedekah ;
jika mahu menjadi warak , lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan
sampai terlupa keperluan dunia .

Kalau mahu sebuah kereta mewah , belilah selagi mampu dan menepati keperluan
semasa ;
kalau mahu dua buah rumah , belilah asal jangan sampai tak tahu makna
perkataan puas ;
kalau mahu menimbun harta , bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa
ibadah .

Kalau mahu berhibur , berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi
syariat ;
kalau mahu memperkatakan hal orang , berkatalah asal jangan sampai
mengumpat ;
kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang , cemburulah asalkan anda pun
berusaha kuat sepertinya .

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya .
Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara .
Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis ;
orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau ;
orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak tidak
berdaya .

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba
kepada harta ;
binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia ;
binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan sampai hilang kepercayaan
orang dan tercalar maruah diri .

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk
makan minumnya terpaksa meminta-minta . Seeloknya bersederhana dalam
beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah , membuang halangan di jalanan
juga ibadah , menasihati orang juga ibadah .

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia . Dia tidak akan
dihina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor dek kerana popular. Dia
terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang
mulia . Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada
rasa dingin dan panas yang membakar .

Sayidina Ali r.a . berkata , " Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah
menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan ."

Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin ; menyimpan harta jangan sampai
digelar si bakhil , beribadah jangan sampai semakin jahil .

Kata sayidina Ali r.a . lagi , " Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang
yang bersifat tawaduk dan lemah lembut ."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhana yang nyata , membangkitkan kasih
sayang dan menumbuhkan cinta tulus . Jika anda impikan penghormatan manusia
maka bersederhanalah dalam berbicara , berbatas-batas tatkala bergurau senda
dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira .

Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya . Continue Reading...

Read more...

Bagaimana mahu menjelaskan?



Pernah suatu waktu aku berjumpa dengan seorang kawan lama.
Bersalaman, bertanyakan khabar, sembang-sembang.
Moga Allah SWT merahmatinya, dia bertanyakan aku satu soalan yang aku kurang gemar.

"Rizal, kau dah ada awek?"

Soalan yang aku memang tak suka, lalu aku menjawab;

"Takdelah". Jawapan ringkas, tanda tak suka soalan ini.

"Takde lagi? Kau ni Gay ke apa?"

Terbeliak aku dengan soalannya itu. Memang dasar 'kawan lama'. Soalan itu aku biarkan tak berjawab. Aku cuma tersenyum. Tetapi sebenarnya aku agak marah dengan soalan itu.

Suatu yang pelik ke lelaki yang berumur 21 tahun macam aku ni tak de awek?
Muka tak hensem?
Aku bersyukur dapat muka tak hensem. Terselamat aku daripada fitnah minah-minah jiwang masa zaman sekolah dahulu dan juga sekarang.
Lidah tidak pandai bertutur?
Bukan untuk mengorat wanita penggunaannya.
Kurang daya memikat?
Mahal nilainya tu, pada isteri jua tempatnya.
Tidak pandai berfesyen?
Aku bukanlah model. Memang aku tak pandai berfesyen pun.

Habis tu?
Minda aku berputar, adakah aku orang yang pelik zaman ini? Takde awek sampai dikatakan gay. Aku takdelah Islamik. Tapi memang aku cuba untuk menjadi seorang yang Islamik.
Aku takdelah baik. Tapi aku cuba untuk jadi baik.


Aku ada misi. Misi apa? Misi untuk sedarkan bahawa remaja muslim adalah golongan yang dafiq.(panas)
Kalau tak tercapai pada masyarakat, pada adik-beradik telah aku laksanakan.

Jika tidak, mengapa kita adalah golongan sasaran orientalis.
Lihatlah sekarang, couple adalah sesuatu yang biasa. Dimana sahaja mereka berlingkaran.
Sehinggakan mungkin ada yang menjadi malu apabila masih tak punya pasangan.
Kalau penyakit ini berterusan mungkin remaja kita akan datang akan menjadi seperti remaja barat zaman kini. Remaja wanita jadi malu apabila dikatakan mereka masih perawan ....Nauzubillahiminzalik..

Aku terhanguk. Ya, mungkin untuk membuat sesuatu yang benar sekarang aku akan dianggap orang yang pelik. Mungkin dipandang lari dari fitrah.
Pengalaman aku bercampur dengan kawan-kawan yang cuba membawa Islam di dalam semua aspek kehidupan; mereka merasakan diri seperti orang ganjil.

Buat kawan lamaku," Aku bukanlah orang yang tak punya keinginan terhadap wanita, tetapi aku adalah orang yang cuba menghargai wanita. Akan ku petik mawar harum itu bila sudah tiba masanya."

Waktu sekarang aku perlu bentuk peribadi muslim, kerana impianku bukan sekadar memiliki pasangan hidup tetapi memiliki zuriat keturunan yang soleh dan menyumbangkan sesuatu kepada Islam.
Apa yang kuingini ada pada jawapan bapa Imam Malik.
Ketika ditanyakan bagaimana beliau membentuk peribadi Imam Malik. Beliau menjawab yang peribadi Imam Malik telah dibentuk 20 tahun sebelum Imam Malik itu lahir. Maknanya beliau membentuk peribadi dirinya dahulu.

"...Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."-Al-Furqan(25) Continue Reading...

Read more...

Merdeka. Kemana hendak pergi?



Mungkin artikel ini agak lewat temponya.
Yelah, kita bukan berada di bulan kemerdekaan.
Tetapi sekurang-kurangnya aku menulis dalam tahun kita masih lagi menyambut kemerdekaan ke 50.

Apa yang tak kena dengan sambutan kemerdekaan?
Semakin lama aku tengok, sambutan kemerdekaan seperti sesuatu yang tiada makna.
Kita sekadar berdiri berjam-jam depan Dataran Merdeka, sambil tengok tarian-tarian oleh sang wanita yang tidak menutup aurat. Dan kita berdiri dalam keadaan berhimpit-himpit lelaki dan wanita. Lepas tu tepat jam 12 , kita melaungkan; Merdeka! Merdeka!
Takpe malam merdeka. Inilah caranya untuk menyambut merdeka.

Aku tidak menyalahkan kerajaan. Apalah gunanya aku menyalahkan, sekadar menyalahkan....
Diri sendiri tak betul, nak salahkan orang lain.

Cuma, sambutan kemerdekaan kita adalah kesinambungan daripada sambutan kemerdekaan yang pertama sekali.
Dah dari dahulu sambut macam tu, ada siapakah yang berani nak buat kelainan? Nanti dikatakan tak hormat sejarah pula...Ehem..Ehem..

Aku jadi agak kaget apabila ditanyakan kepada golongan muda; apakah itu kemerdekaan? Apa mereka tahu tentang kemerdekaan?
Jawapannya mudah, merdeka adalah sambutan kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman telah berjaya membawa balik kemerdekaan kepada negara.
Kemerdekaan adalah keamanan.
Ada yang tak tahu.


Apa itu sejarah kemerdekaan?

Kemerdekaan yang dicapai di tangan Tunku Abdul Rahman adalah hasil gelombang pergerakan pembebasan Islam Tanah Melayu dari tangan British.
Tapi adakah Tunku Abdul Rahman sahaja yang patut dikenang?
Cubaan untuk menuntut kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman adalah hasil daripada beratus-ratus malah mungkin beribu kali cubaan rakyat Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan.
Setujukah jika dikatakan Komunis juga adalah pejuang kemerdekaan? Ya, orang Melayu yang menganggotai Komunis tidak sebenarnya menganut fahaman Karl Marx.
Ala, Karl Marx yang mengatakan agama itu adalah candu rakyat!
Mereka masih Islam, cuma mereka melihat ini adalah salah satu wadah untuk memperjuangkan kemerdekaan.
Malah selepas pengumuman kemerdekaan mereka masih memandang yang Tanah Melayu masih tidak bebas sepenuhnya dari cengakaman British.

Sebenarnya....
Sebenarnya Brirtish amat takut dengan gerakan Islam di Tanah Melayu.
Kehadiran gerakan Islam di tengah-tengah percaturan politik orang Melayu selepas
perang Dunia Pertama dan Kedua yang dimonopoli oleh PKMM dan Umno telah
menimbulkan keresahan kepada pihak yang bekerjasama dengan British. Pengalaman
British dengan umat Islam Othmaniyyah Turki (1914-1918), Mekah (1910-1915) dan
Palestin (1924-1948) telah meletakkan British begitu anti dengan gerakan Islam.
Mereka yang sebenarnya pejuang kemerdekaan adalah ulama-ulama yang di penjara, di hukum bunuh, di buang negeri.

Aku kira adakah generasi sekarang sanggup menerima ulama-ulama ini sebagai agen Kemerdekaan? Kehebatan ulama seperti Adipati Yunus di Melaka berjihad menentang Portugis, Tuan
Guru Haji Hassan bin Munas ( Tok Janggut ) yang bangkit bermandi darah di Pasir
Puteh, Kelantan pada tahun 1915. Di Terengganu pula, Tuan Guru Haji Abdul Rahman
Limbong, Tuan Guru Haji Musa Minangkabau telah memimpin kebangkitan ummah,
menentang kemaraan penjajah British yang cuba memijak kemuliaan Syariat Islam.
Penjajah Siam yang telah menyerang negeri Melayu Utara juga menghadapi tentangan
sengit daripada alim ulama seperti Sheikh Abdul Samad al Palembani.


Menurut....
Menurut YTM Dr Raja Nazrin, Raja Muda Perak di dalam titah baginda di Muzakarah
Ulama’ pada 5 Julai 2007;
“Maahad al Ehya as Shariff, Madrasah Diniah PadangRengas, Madrasah al Idrisiah di Kuala Kangsar,The Malay College Kuala Kangsar dan Sultan Idris Training College merupakan tapak-tapak awal yang dinyalakan semangat kesedaran bangsa.
Antara tokoh-tokoh yang terlibat aktif menyalakan semangat
kesedaran bangsa adalah Dr Burhanuddin al Helmy, Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Ustaz
Baharuddin Abdul Latif, Dr Zulkifli Muhammad, Syeikh Junid Tola dan Syeikh Mohamad
Tahir Jalaluddin.”

Kemana hala tujunya kemerdekaan ini?

Walau apapun wawasan yang digerakkan oleh PM. Kemerdekaan ini menampakkan sinar Islamnya.
Jika dilihat di Perancis, perundangan mereka sudah kembali kepada asalnya daripada peruntukan British kepada peruntukan Perancis kembali.
Malaysia? Kita sedang menanti saatnya.

Malaysia bukan negara Islam?
Apabila TPM Dato' Seri Najib mengumumkan Malaysia adalah sebuah negara Islam selepas merasmikan persidangan Antarabangsa IKIM pada 17-18 Julai yang lalu kecoh jadinya di Parlimen.
Pihak MCA yang menjadi sekutu kanan dalam Barisan Nasional membidas pernyataan itu.

Yang jelas peruntukan-peruntungan perundangan di Malaysia ada membawa kelebihan kepada Islam. Ini membidas balik sanggahan pihak MCA.
Tunku Abdul Rahman dikatakan meninggalkan sebuah kerangka negara sekular. Bagaimanapun jika kita lihat peruntukan-peruntukan yang ada itu jelas bahawa Tunku seperti 'cakap lain, buat lain'.
Definisi sekular itu pula boleh ditafsirkan semula.
Yang pasti aku nampak definisi sekular ita tidaklah seperti apa yang dipraktikkan di Barat.
Dan apa yang pasti sekarang, Islam sudah dilaksananakan tetapi ianya cuma belum memadai atau sempurna.

Walau apa pun, Aku tetap bangga menjadi anak Malaysia! Continue Reading...

Read more...

1 Syawal 1428H

>> Wednesday, October 10, 2007




Disaat ini aku nak ucapkan Salam Eidulfitri buat semua umat Muslim.
Continue Reading...

Read more...

Syukur bila senang, redho bila susah



Apabila aku keluar sejenak merenung dunia luar.
Betapa kemewahan itu satu keselesaan besar yang perlukan bayaran mahal.
Bukan tentu kegembiraan akan menjelma di dalam longgokan material di depan mata.

Jika ya, berapa ramai orang kaya yang tersenyum puas akan kekayaannya?
Jika ya, mengapa terdapatnya orang miskin tetapi boleh tersenyum ceria menghadapi hari-hari sukarnya?

Ini tidak lain hanyalah dengan pengertiaan erti syukur. Syukur yang bukan luahan dengan kata-kata. Tetapi syukur yang ditafsir melalui hati. Digerakkan oleh amal perbuatan. Dituturkan oleh lidah fasih dari akal yang bijaksana.

Rezeki yang sedikit menjadi berkat dengan redho. Rezeki yang melimpah ruah menjadi ujian dengan hadirnya tamak. Ingatlah hidup bukan menongkat langit. Selagi tak runtuh langit selagi itu kita tak tumbang.

Ular yang menyusup di bawah akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah jua dengan orang kaya. Malah kita disaran untuk melihat orang yang lebih malang daripada kita, sebagai tarbiah untuk mensyukuri nikmat yang kita perolehi.

Sungguh aku hairan dengan sifat orang mukmin Mutaqqin itu.Semua urusan adalah kebaikan baginya, dan tidaklah sedemikian bagi orang selainnya. Sekiranya ia beroleh kesenangan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Sekiranya ia ditimpa bencana dia redho dan bersabar, maka itu adalah kebaikan juga baginya.


" Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku." Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui. " (Az Zumar,49. ) Continue Reading...

Read more...

Was-was. Dimana jalan keluar? Part 1

>> Monday, October 8, 2007


" Arr... Rizal, pakaian aku kotor ni. Boleh solat ke?"
Seorang rakan bertanyakan aku. Kami waktu itu sedang berehat tengah hari. Ada latihan menembak menggunakan Styer AUG.

Aku tengok pakaiannya. Kesan lumpur yang memenuhi seluar celorengnya.
"Apsal tak boleh pulak? Tanah bukan najis."

Agak biasa dengan soalan seperti ini. Ini mungkin satu soalan yang tidak berat.
Sebenarnya ramai juga yang menangguhkan solat hanya kerana satu alasan. Was-was terhadap kebersihan diri dan pakaian.

Tak kiralah. Ada yang tak yakin dengan kebersihan seluar. 'Kencing tak lawas'lah. Pakaian kena darahlah...
Aku kira, jika masalah pakaian menjadi hal yang rumit untuk lelaki, yang aurat mereka adalah dari separas bawah lutut sehingga atas pusat. Bagaimana pula kiranya dengan wanita?

Was-was datangnya dari Syaitan.
Nampak baik, Okje, Terpuji..Tapi sebenarnya menyusahkan!
Islam itu mudah jadi jangan menyusahkannya.

Sebab itu anak murid kepada Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah iaitu Ibnu Qayyim Al-Jauziyah menulis satu kitab bertajuk Talbisun Iblis=Was-was dari Iblis.

Masalah ini kalau berlaku kepada orang awam biasa je takpe. Tapi aku biasa jumpa perkara ini kepada orang-orang 'agama' itu sendiri. Mungkin agaknya mereka sangkakan dengan berhati-hati terhadap kebersihan dan untuk menjaga hati.Tak nak komen panjang aku bukan alim pun.
Masalah was-was dalam solat jangan cakaplah...macam-macam aku jumpa. Bermula dari ambik wuduk, sampai ada yang dah nak salam terus membatalkan solatnya.

Masalah wuduk:
Ada yang berwuduk dengan menderu-deru air. Macam air tu dia yang bayar. Yelah air masjid...free katakan. Asalkan dia dapat menakung air yang banyak di tangan lalu dilempiaskan ke muka.
Tak kisahlah kalau kena orang sebelah. Sedangkan seafdhalnya, air untuk wuduk adalah sedikit sahaja.
Tidak boleh membazir dalam wudhuk. Meskipun pada sungai yang mengalir.(Rujuk hadis yang
membicarakan tentang ini).

Seeloknya berwuduk dengan air sebanyak satu cawan. Satu cawan? Mana cukup?
Lihatlah bagaimana Imam Ahmad Bin Hambal. Ketika dia mahu berwuduk, beliau menyuruh
pembantunya melindunginya dari dipandang umum. Bimbang nanti ada orang nampak, dan
memperkatakan tentang sedikitnya air yang digunakan untuk berwuduk.

Pengalaman aku, aku pernah hanya mengusap tapak tangan di atas padang rumput untuk mengambil wuduk. Lalu bersolat Maghrib di atas kot Bola Keranjang, tanpa lapik!. Betul ke apa aku buat?

Masalah solat:
Angkat takbir berulang-ulang. Aku yang berdiri kat sebelah ni sabar jelah.
Kenapa ini berlaku?
Masalah niat. Sangkaannya niat adalah melafazkan sebelum takbir. Lalu ketika mengangkat takbir disusun maksud lafaz niat itu di dalam kepala. Kalau bertabur niat tu, alamat berteraburlah solatnya.
Sehinggakan kalau berjaya pun, lafaz takbir menjadi panjang;
"Allahhhhhhhhhhhhhuuuuuakbaaaaaaaaarrrrr". Mak aih, panjangnya. Kalau tersalah takbir, boleh lari maksud. Elok-elok 'Allah Maha Besar' jadi 'Allah siapa Maha Besar?'. Nauzubillah...

Niat adalah dari hati. Tiada kena mengena dengan mulut atau otak. Seorang yang berjalan ketempat solatnya sudah dikira niat.
Lawan niat adalah 'tak sengaja'. Jadi kalau berjalan ke tempat solat itu bukan niat. Tak sengajalah jawabnya? Hebat betul orang yang tak sengaja solat ni. Macam kawan aku yang mimpi, bangun dari tidur terus solat. Selesai salam, aku tegur. Baru dia tahu dia mimpi. Yang ni baru betul tak sengaja.
Masalah niat nilah, yang membuatkan orang tak solat sunat. Tak Jama' dan Qasar. Huh, sebab masalah niat je. Pandai betul ko syaitan menyesatkan manusia.


Eh, panjang la entry ni sambung siri 2 plak..... Continue Reading...

Read more...

Sepetang di Masjid India

>> Wednesday, October 3, 2007



Hari Sabtu lepas...29 september..sekitar 4:50 pm..lepas solat Asar..

Kaki kiri MSRIZAL memulakan langkah meninggalkan Masjid Jame' Kuala Lumpur.
Haluannya menuju ke Masjid India.
Butang hijau handset Nokia model 3100 ditekan.

"Hello Shamil, kat mana skrang? Dah sampai Masjid India ke?"
Rupa-rupanya ada berjanji dengan teman di sana.

Berjalan..berjalan..Akhirnya sampai juga Masjid India, Alhamdulillah..

Tak kelihatan pun Shamil di sana.
"Tak sampai lagi Shamil ni." Getus hati MSRIZAL.
Mujur ada seorang rakan lain sedang menunggu rakannya juga di pinggir pintu masuk Masjid India..

MSRIZAL menegur+bersalaman+bertanya khabar+menyatakan tujuan+mengumpat...Upss!

Tiba-tiba..

"Allahu Akbar..Allahu Akbar!"

MSRIZAL kehairanan+melihat jam..
"Eh, lambatnya Azan". MSRIZAL tengok jam.Dah pukul 5 pm.

"Apasal Masjid ni lambat sangat azan ha?" Rakan bertanya.

" Tak tahula...." Jawab MSRIZAL malas nak fikir...lantas menjawab azan yang dilaungkan.

Ada seseorang yang berjalan sebelah MSRIZAL sambil bercakap," Masjid ni kalau tak pukul 5, dia tak azan." MSRIZAL pandang orang yang lalu ni.

MSRIZAL kehairanan. " Ye ke?" Bermonolog dalaman sebentar.

Tiba-tiba baru dia teringat...

"Owh, lar..Baru ingat, Masjid ni pakai kiraan waktu Asar mengikut Mazhab Hanafi. Mengikut Mazhab Hanafi, waktu Asar ditentukan dengan mengukur panjang bayang-bayang yang mesti 2 kali lebih panjang dari objek asalnya. Kalau mengikut kiraan Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali, kiraannya hanya bayang-bayang sama panjang dengan objek asal.
Perbezaan ini hanya pada waktu Asar je. Adapun menentukan waktu solat lain, tiada khilaf dalam 4 Mazhab ni."

Jawapan yang membuatkan si rakan kehairanan sebentar.

Proses penerangan...Bla..Bla..
Si rakan berpuas hati

"Assalamualaikum".

Shamil memberi salam sambil mengangkat tangan kepada MSRIZAL dan rakannya.

"Hah, sampai pun Shamil. ".......


p/s: bila nak wujud Masjid Cina pulak? Continue Reading...

Read more...

Wanginya Minyak Wangi..

>> Tuesday, October 2, 2007



Saya pernah tersilap semasa membeli minyak wangi di sebuah pasar raya. Jarang saya membeli minyak wangi yang mahal. Selalu saya beli minyak atar berharga RM 5 je. Tetapi oleh kerana nak sedikit perubahan saya pun menukar haluan 90 degree untuk membeli minyak wangi di Pasar Raya.

Apa yang silapnya? Saya terbeli minyak wangi perempuan!
Saya tak tahu pun itu minyak wangi perempuan. Sebab saya nak beli minyak wangi yang kuat dan tahan lama baunya. Jadi memang minyak wangi perempuanlah yang saya dapat. Tapi tak kisah pun, bagi saya tiada beza minyak wangi antara lelaki dan perempuan.

Masa mula pakainya memang biasa je. Tapi pernah ketika saya dan rakan-rakan menumpang kereta seorang jurulatih, dia tegur bau wangi yang kuat.

"Siapa pakai minyak wangi perempuan ni?" Tegurnya.
Saya diam jelah. Benda ni tak perlu jadi soal. Sunnah hukumnya bagi lelaki berwangi-wangian.

Kenapa ada minyak wangi khas untuk perempuan dan lelaki? Yang hairannya, minyak wangi yang dikhaskan untuk perempuan lebih kuat baunya daripada minyak wangi lelaki. Sepatutnya lelaki yang disunnahkan berwangi-wangi dan bagi perempuan cukup untuk berwangi bagi suaminya sahaja.

Saya tak faham apabila bertembung dengan siapa-siapa sahaja bernama perempuan pasti tercium bau wangi yang kuat. Ye lah bukan semua perempuan, tapi ramailah juga.

Kalau jalan dengan kawan-kawan-lepas tu bertembung dengan mana-mana perempuan, adalah yang bermulut nakal bersuara, " Mak aih, wanginya! Sebatu dah boleh cium baunya!"

Oho, tak faham kenapa ini berlaku. Adakah kerana kejahilan. Atau beralasan perempuan lebih cepat busuk berbanding lelaki.? Dunia dah terbalik.


Sabda Rasulullah SAW, terjemahannya:

أيما امرأة استعطرت , فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية , وكل عين رأت زانية

Ertinya : "Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih)

Continue Reading...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP