Ukuran dunia.

>> Thursday, November 8, 2007


Kadang hidup adalah sangat membosankan.
Kadang pula amat membahagiakan.
Ianya datang silih berganti.
Yang suka berganti duka.
Yang bahagia berganti bosan.
Dimanakah sebenar terletaknya ukuran dunia?

Oh, adakah aku lupa pada Utbah bin Ghazwan!
Seorang sahabat Baginda Rasul yang terkenal. Beliau hairan pada ketika sekali-sekala berkhutbah Jumaat. Beliau mengenang saat duka, pedih derita ketika bersama-sama berjuang di sisi Baginda Rasul.
Ya, ketika yang tinggal untuk dimakan adalah daun sahaja, saat waktu lapang bersama baginda dan saat kebahagiaan. Hidupnya dirasakan tidak berharga lagi selepas kewafatan Rasul.

Oh, adakah aku lupa pada Saad bin Abi Waqqash!
Menjadi bingung ia apabila diangkat menjadi penguasa di Kufah sesudah kewafatan Rasul. Bukan kegembiraan yang dirasainya sepertimana kebiasaannya orang yang diangkat menjadi penguasa.
Bagaimana dia tidak bingung? Kehidupannya jauh berbeza dengan baginda Rasul.
Manakan tidak Baginda Rasul hanya makan tetumbuhan, kulit kambing yang sudah kering,
dipanggang, ditumbuk lalu direbus dengan air.

Oh, adakah lupa pada Umar Al-Khattab!
Ketika Umar masuk ke rumah Baginda Rasul dilihatnya hanya yang ada bekas tikar di punggung Baginda Rasul dan hanya ada bekas gandum yang tergantung di rumahnya.
Tanpa sedar menitis air mata di pipinya.
Satu pemandangan yang cukup menyentuh kalbu.
Bukan terjadi pada rakyat biasa. Tetapi pada pemimpin seluruh umat manusia.
Sehingga terbit ucapan dibibirnya;" Wahai Baginda Rasul, engkau sudah mengetahui cara hidup Kisra dan Kaisar."
Baginda menjawab:"Wahai Ibnu al-Khattab, relakah engkau jika akhirat menjadi kepunyaan kita dan dunia menjadi kepunyaan mereka?"


Jika ditanya dimana perginya kemiskinan?
Oh,rupanya ianya ada terselit dicelah-celah serban para ulama'!
Ternyata ukuran dunia itu bukan terletak pada kemewahan. Tetapi pada jiwa besar orang yang
menghuni dunia. Bukan pada keselesaan tapi kesengsaraan menegakkan kebenaran.
Beringatlah, jika kita diuji. Amatlah kecil berbanding ujian yang dihadapi Baginda Rasul dan Sahabahnya.

3 comments:

Anonymous November 14, 2007 at 12:37 AM  

semenjak 2 ni abang suka menulis tentang harta dan kekayaan yang tidak membahagiakan.
Saya baru berbual dengan rakan-rakan di Masjid tadi...
Topik yang kami bincangkan adalah harta warisan.
Ternyata kami membuat kesimpulan, harta warisan banyak membuatkan anak-anak berpecah belah.
Lihatlah Para Nabi dan Ahl Abid. Mereka tidak pula meninggalkan harta kepada anak-anak kecuali ilmu.
Umar bin Abd Aziz tidak meninggalkan harta kepada anak-anaknya walhal beliau adalah khalifah..
Ya, benar kemiskinan adalah kenikmatan bagi orang yang mengerti bahawa indahnya akhirat itu seumpama orang yang lapar berpuasa kerana dia tahu nikmatnya waktu berbuka itu.

MS Rizal November 14, 2007 at 12:42 AM  

Ya, benar abang terasa sedikit selesa sekarang. Hidup sebagai pelajar ATMA cukup mewah. Cukup mewah pada tanggapan abang yang berasal dari keluarga miskin.
Jadi abang beranggapan, abang boleh mencapai kehidupan yang lebih mewah, entry ini tak lebih daripada nasihat kepada diri abnag sendiri. Telinga yang paling dekat mulut yang berbicara hikmah adalah telinga sendiri, dan hati yang paling dekat pula adalah hati sendiri....

Anonymous November 15, 2007 at 4:26 PM  

beshnyer...... beshnyer.......

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP