Kedekutnya!!!
>> Tuesday, December 4, 2007
Kadang-kadang aku rasa diri aku ini amat kedekut.
Entahlah aku cuba buang.
Tapi aku juga berpada-pada jika jadi terlampau boros.
Aku suka untuk bersedekah.
Tapi ini tidaklah bermakna aku orang yang rajin bersedekah.
Aku boleh jadi tak sedekah jika ada orang yang meminta-minta.
Entahlah mungkin ini sifat buruk ku.
Aku menyapa seorang muallaf.
Dah tua. Dalam lingkungan 40-50 tahun.
Kurus. Dia selalu lepak masjid Jame'.
Cerita latar belakangnya aku tahu serba sedikit dari pak cik siak masjid ni.
Tak perlulah aku menceritakan latar belakangnya.
Masa tu kami bertiga.
Aku, Muadz dan Zuriyadi.
Muadz dulu yang menyapa Pak cik ni.
"Assalamualaikum Pak Cik Amin." Seraya menyalamnya.
"Eh, Muadz tau nama Pak Cik ni?" Soal ku di dalam hati.
Aku pun turut salam. Zuriyadi juga menghulurkan tangan.
Pak Cik tu agak terkejut.
Aku fikir mungkin dia dah lupakan aku dan Muadz.
Sekali masa aku dekat dengan dia.
Dia bersuara perlahan...
"Belanja saya makan, saya tak makan lagi.."
Aku terkejut dengan permintaannya.
Sifat buruk aku tiba-tiba menjelma.
Tak suka dengan orang yang meminta-minta.
Aku jadi serba salah..
"Err...Takpelah Pak Cik. Saya nak cepat ni." Aku memberikan alasan buat-buat tak dengar.
Aku pun pergi mendapatkan Muadz yang sudah sedikit ke hadapan.
"Pak Cik tu tanya apa?" Tanya Muadz kepadaku.
"Dia suruh aku belanja dia makan."
"Lepas tu?"
"Aku cakap aku nak cepat."
"La, apasal tak bagi duit je?"
"Haah betul la. Apasal aku tak hulur duit je?"Aku menyoal kembali diriku. Singkatnya pemikiranku.
Lepas tu aku singgah ke satu SuperMarket.
Aku buka wallet. Ada 2 keping wang RM 50.
"Eh, takde duit kecil. Kalau aku seluk poket tadipun belum tentu aku bagi duit kat Pak Cik tu." Aku berfikir.
Balik kolej. Aku tarbiyyahkan diri balik.
Banyak betul kesilapanku.
Adakah aku hanya bersedekah jika ada baki lebihan duit kecil?
Macam mana kalau Pak Cik tu betul-betul lapar tak makan?
Dah 2-3 hari tak makan?
Banyak betul sangka buruk kau Rizal!
Bertubi-tubi soalan menyalahkan diri menjelma.
"Ya Allah hambamu ini kikir.
Allahumma, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah.
Dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil.
Dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang."
Aku berazam nak hulur-hulur kat Pak Cik kalau aku jumpa lagi....
2 comments:
salam ya rizal..ana mnyanjungi sikap mulia lg disukai Allah tu,yakni pemurah. malah ada mafhum hadis yg menyatakan sikap suka memberi ini jauh dikasihi daripada sikap manusia yg hanya mementingkan ibadat vertical semata.(maaf x bwk matan dan sanadnya) namun ana jg agk sering lepak di mesjid jamek. dan ada mualaf yg kurang Jujur membohongi ramai bhw mereka br masuk islam. sdgkan dah 4 thn da. ini semcm taktik meraih simpati dgn cara yg bathil. info ini pn dpt drp siak masjid.
apa yg nak ana tegaskan, sikap pemurah itu sgt dianjurkan oleh islam. tapi ada lingkungan berhati2 jugak. misal kalu kita benar2 yakin yg si fulan itu berpura2 meminta2. kalau dah yakin dia pembohong, tak perlulah bantu .lg menambah saham maksiat dia.
ujar ana ini skali lagi bkn nak menyekat niat soleh-pemurah ini. tapi just nk menolong anda. sikap simpati semata boleh mengabui kebenaran. ramai pembohong diluar yg berlakun meminta2. jika anda yakin ia benar, hulurkanla... moga Allah bagi taufik pd kita utk beramal soleh..
Jazakallah atas nasihat anta.
Memang kadang-kadang saya pun sering ragu-ragu pada golongan yang mengaku muaallaf di masjid ni.
Tapi fikir-fikir balik, tak salah kalau saya menghulurkan pada golongan meminta.
Walaupun saya tahu meminta itu kurang elok kecuali hal-hal terdesak.
Soal mereka menipu, biarlah itu hal iman mereka. Saya tak berapa kenal mereka dan saya hulurkan sambil mendoakan mereka.
Terima kasih sekali lagi atas komen anta.
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...