>> Wednesday, August 29, 2007






"Kita berbangga dengan pencapaian Universiti kita ini dalam

sukan, agama, pelajaran dan sebagainya.."

Begitulah lebih kurang ucapan daripada Naib Cancelor U***
dalam perhimpunan bulannya Isnin tadi.

Aku termenung sebentar mendengar perkataan 'agama' yang

diucapkan oleh NC aku ni..
Ucapan itu diberikan selepas beliau menyampaikan hadiah untuk

kumpulan Nasyid U aku ni yang telah menjadi johan nasyid

inter-varsiti.

Bukan apa;

1. Aku kurang setuju jika dikatakan menang nasyid adalah

pencapaian dari segi agama... Sedangkan Nasyid yang

dinyanyikan adalah lebih kepada hiburan semata-mata dan tidak

menekankan konsep dakwah. Bagi aku, dah lama aku anggap

nasyid komersial ni sebagai 'nasyid geli-geli' yang banyak

diminati oleh kaum perempuan sahaja.

2. Perkataan 'agama' yang diucapkan selepas perkataan 'sukan'

seolah-olah membahagikan bab agama ini sebagai salah satu bab

dalam kehidupan.

Persoalan yang ingin diuntai;

Apakah agama(Islam) itu hanya satu juzuk dalam kehidupan?

Apakah sukan itu bukan satu bab dalam agama(Islam)?



Islam adalah agama yang syumul..
Jadi mengapa memperkecilkan kesyumulan itu menjadi satu juzuk

dalam Islam sahaja.

Sering orang beranggapan bahawa aktiviti beragama adalah

perkara yang berkaitan dengan masjid. Kalau nak sambut

perayaan dimulakan dengan baca Yassin dan tahlil. Asal ada

sambutan je nak bagi nampak beragama sikit, kita buat baca

Yassin dan Tahlil. Nampak agamakah itu?

Ataupun kalau nak nampak macam sesuatu majlis itu diberkati

bacalah doa sikit sebagai pembuka majlis, lantak pi lah lepas tu

akhlak ko nak tonggang terbalik ke, atau melalak sampai tengah

malam ke.. Nampak beragama jugakah ini?

Bagaimana pula kita memandang orang yang agamawan?
Sering dalam Drama Televisyen menunjukkan orang yang alim

atau agamawan ni pakai serban, jubah, pegang tasbih, jalan

sorang-sorang dan cakap secara slow-slow...
Agamawankah ini?

Atau dalam realitilah, budak-budak lelaki yang baik sering

digambarkan dengan pakai kopiah, jalan slow juga, cakap

baik-baik, suka dengar nasyid(atau jadi penyanyi nasyid(",))


Lihat siapa Umar Bin Al-Khattab..
Beliau adalah seorang ahli fiqh yang faqih...
Pemimpin yang ulung..

Apabila dia bercakap, dia bercakap dengan lantang,

apabila dia menumbuk, si kena tumbuk akan berasa sakit,

apabila dia berjalan, dia berjalan dengan laju..

Ini menggambarkan bahawa lelaki Islam itu dituntut supaya

gagah,
Tapi lemah apabila berhadapan dengan Tuhannya...

Continue Reading...

Read more...

Khalifah Umar bin Abdul Aziz - Khalifah Yang Agung





Biodata Ringkas

Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Nama Ibu : Laila binti ‘Asim bin Umar bin Al-Khatab
T/Lahir : 61H
Umur : 39 tahun
Tarikh M/Dunia : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan

Pendidikan

Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.

Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)

Sifat-Sifat Peribadi

Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.

Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.

Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah spt berikut ;

“Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah.”

“Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya”

“Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat.”

“Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin”.

“Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya.”

“Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : “Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga” Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang”

Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :

1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : “Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan”

2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : “Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah”

3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : “Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : “Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil”.” Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya”.

4) Qais bin Jabir berkata : “Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun”

5) Hassan al-Qishab telah berkata :”Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz”
6) Umar b Asid telah berkata :”Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :”Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu”. Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya”

7) ‘Atha’ telah berkata : “Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha’ setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka.”

Umar Ibnu Aziz Sebagai Khalifah
Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :

1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran

2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal

3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah

4) menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Selain daripada itu, beliau amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.

Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa’ Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya…..
Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan

2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan….

Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat…........kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri..

Semua ini adalah jasa Khalifah Umar b Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini….hanya 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman..satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan ornag yang benar-
benar ikhlas…..
Continue Reading...

Read more...

cukup..cukup

>> Wednesday, August 15, 2007






"Aku rasa aku dah cukup!"

"Ah, tipulah, manusia mana pernah cukup!"

"Cukup di sini sahaja."

" Makan sikit mana pernah cukup"

"Gaji aku yang sikit kau kata cukup?"

Apa sahajalah dialog tentang cukup, aku rasa dah muak.Boleh bagi jaminan kat aku yang ada tak manusia yang merasa cukup kat dunia ni.?

"ada?"

"siapa?"

Sudah lumrah kejadian manusia merasa tidak cukup sentiasa.Serba-serbilah tak cukup.

Rehat tak cukup.

Makan tak cukup.

Masa tak cukup.

Gaji tak cukup.

Jadi bila nak cukup?

Pernah dengar Qonaah? Ya, iaitu merasa cukup dengan nikmat
yang diberi.
Boleh ke? Boleh, tapi kena tau konsepnya dahulu....

Cerita 1:

Satu hari tu aku makan tengah hari lewat sikit.. Biasalah makan
lewat ni dapat sisa-sisalah. Menu hari tu lauk ayam. Tapi, sebab
aku turun lambat sikit dapatlah lauk ikan. Takpelah alhamdulillah,
lagipun kalau kat rumah memang menu tiap-tiap hari aku ikan.
Adalah member aku ni, turun lambat sikit. Dia agak tak puas
hatilah dapat ikan(anak orang kaya kot). Dah ambik nasi dan lauk
datang tempat aku.

" B**i betul, dapat ikan je!"

Terkejutlah aku dengan perkataan mamat ni. Walaupun reaksinya
macam geram je. Tapi aku geram jugalah sebab sampai menghina
makanan.

Hina, sangatkah ikan berbanding ayam?
Kalau orang melayu buat peribahasa pun menggunakan
ayam sebagai perumpamaan kepada perkara yang pura-pura sahaja
atau tak berapa bagus. 'ajak-ajak ayam','tidur-tidur ayam', 'bapak
ayam'..etc

Bukan ni soalnya.. sebenarnya mungkin dia tak faham apa itu erti
qonaah..Walaupun aku, awak atau dia mengatakan ayam itu sedap..
Tapi bukan sebab lauk tu bernama ayam ianya sedap.
Tapi Allah SWT lah yang menyedapkannya.
Tak kiralah kalau kau nak makan batu
pun, kalau Allah Taala bagi ianya sedap. Sedap juga!

Bukan dengan nasi yang banyak atau ambik lauk lebih tanpa
menghiraukan hak orang lain yang mengenyangkan kita tapi Allah
Taala yang memberi kita kenyang. Walaupun kita makan sebutir
sahaja nasi sebagai menu tapi kalau Allah Taala nak beri kita
kenyang kita kenyang juga.

Cerita 2:

Suatu hari aku habis kuliah pukul 1245 tengah hari. Tak bestnya
aku rasa sebab ada kuliah pukul 2 petang. Aku makan dah habis
masa 15 minit. Pulak tu rasa mengantuk yang amat. Jadi aku
berkira-kira untuk tidak ke berjemaah ke Musolla Zuhur hari tu.
Lalu balik bilik dan tidur.

Konon kalau rehat kejap lalu tidur dalam 1/2 jam boleh rehat
kejaplah. Kesudahannya aku terjaga tepat pukul 2 dengan rasa tak
puas tidur dan rasa malas menyerang diri, dengan zuhur tak
tertunai lagi dan member-member aku dah pun bergerak ke kelas.
Dan aku terkejar-kejar solat zuhur dan sampai agak lewat ke bilik
kuliah.

Pengajarannya: Aku merasa dengan masa yang sekejap tu kalau di
isi dengan tidur boleh membuatkan aku segar dan bertenaga.
Rupa-rupanya silap. Kuasa Allah untuk mencukupkan masa bagi
aku. Mungkin dengan segera bersolat zuhur, Allah Taala akan bagi
aku nikmat masa seminit seperti 10 minit. Atau lebih hebat lagi
seminit macam sejam. Boleh ke? Kuasa Allah yang menentukan
untuk hamba-hambaNya.

Jadi sebenarnya, konsep Qonaah bukanlah kecukupan yang
datangnya dari kita, tapi dari Allah Taala.
Jangan fikir dengan gaji anda RM 10,000 sebulan anda merasa
lebih cukup daripada ibu bapa anda yang miskin cuma bergaji Rm
800 sebulan. Kalau tak macam mana ibu bapa anda boleh
membesarkan anda.?

Jangan ingat dengan anda lulus dengan cemerlang dalam
peperiksaan walaupun meniru anda akan lebih berjaya daripada
kawan anda yang keputusannya lebih rendah daripada anda.Kalau tidak mengapa nasib selalu tak menyebelahi anda walaupun
realitinya anda adalah orang berjaya..
Aku petik satu terjemahan ayat al-Quran:

Surah Faathir ayat 37:

"Dan mereka berteriak di dalam neraka itu : "Ya Tuhan kami,
keluarkanlah kami niscaya kami akan mengerjakan amal yang
saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan." Dan apakah
Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk
berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang
kepada kamu pemberi peringatan? maka rasakanlah (azab Kami)
dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun
.
"

Continue Reading...

Read more...

LURUSKAN SAFFMU

>> Wednesday, August 8, 2007


KALIMAT yang sering kita dengar dari mulut imam sebelum memulakan solat adalah "Luruskan saf dan rapatkan saf". Namun berapa ramai yang benar-benar mengikuti arahan imam tersebut? Berapa ramai yang mengetahui apa maknanya meluruskan saf mengikut sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih?

Para ulama sepakat bahawa saf pertama adalah saf terbaik dan besar keutamaannya bagi jemaah lelaki dalam bersolat. Manakala bagi saf jemaah perempuan, saf paling utama adalah saf paling akhir sekali. Ia sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :

Sebaik-baik saf barisan lelaki yang paling depan, dan yang terburuk ialah yang paling belakang, dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir, dan yang terburuk ialah yang paling depan. (Riwayat Muslim)

Sebaliknya ada pula yang datang awal ke masjid tetapi setia untuk memenuhi saf belakang, sama ada untuk berborak atau mudah untuk keluar awal dari masjid apabila telah selesai solat.

Alangkah ruginya mereka ini. Sesungguhnya Rasulullah menyatakan bahawa sesiapa yang secara sengaja memenuhi saf belakang, maka Allah akan membelakangkan mereka.

Daripada Abu Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah melihat ada sebahagian sahabatnya yang tidak mahu maju ke saf pertama, maka baginda bersabda: Majulah dan ikutilah saya, sedangkan orang-orang di belakang harus mengikutimu pula! Sesuatu kaum yang selalu suka di belakang, tentu akan dibelakangkan pula oleh Allah. (Riwayat Muslim).

Adakah kerugian yang lebih besar daripada kerugian dibelakangkan oleh Allah?

Rasulullah SAW sebelum memulakan solat, akan memastikan makmum di belakangnya meluruskan saf terlebih dahulu. Anas bin Malik berkata, ketika telah iqamah untuk solat, Rasulullah menghadap kepada kami dengan wajahnya seraya bersabda: Luruskan saf dan rapatkanlah kerana sesungguhnya aku melihat kalian dari belakangku. (Riwayat Bukhari)

Kebiasaan yang kita lihat di masjid-masjid, para imam hanya melaungkan "luruskan saf", "luruskan saf" tanpa melihat jemaah di belakang sama ada mereka mematuhi perintahnya atau tidak.

Mereka seperti hanya melepaskan batuk di tangga. Sedangkan Rasulullah akan menghadap para makmum dan memastikan arahan meluruskan saf benar-benar dilaksanakan oleh para sahabat. Malah ada riwayat yang menyatakan Baginda pergi ke setiap barisan untuk melihat sama ada saf benar-benar telah lurus sebelum memulakan solat.

Daripada Albara' bin 'Aazib berkata: Adalah Rasulullah memasuki celah-celah barisan (saf) sambil mengusap dada dan bahu kami. (Riwayat Abu Daud).

Pada zaman Umar al-Khattab pula, beliau mewakilkan tugas meluruskan saf kepada seseorang. Beliau tidak akan bertakbir (memulakan solat) sehingga orang yang membantunya dalam meluruskan saf itu memberitahu bahawa saf telah benar-benar lurus. Begitu juga dengan Uthman al-Affan dan Ali bin Abu Talib, mereka berdua bersepakat melakukan apa yang telah dilakukan oleh Umar. Dulu, Ali selalu mengatakan: "Maju wahai si fulan! Mundur sedikit wahai si fulan!"

Meluruskan saf dalam solat berjemaah merupakan sunah Nabi s.a.w. Malah ada ulama yang memandang penyempurnaan saf dalam solat adalah wajib.

Namun, terlalu sedikit di kalangan masyarakat kita yang mengamalkannya. Pada tanggapan mereka kesempurnaan saf hanyalah dengan mempastikan barisan solat itu lurus. Sebenarnya ada beberapa perkara lain yang juga telah diperintahkan oleh Rasulullah berkaitan kesempurnaan saf:

1. Merapatkan bahu dengan bahu orang yang solat bersebelahan dengannya.

2. Merapatkan lutut dengan lutut orang yang solat bersebelahan dengannya.

3. Merapatkan buku lali dengan buku lali orang yang solat bersebelahan dengannya.

Hanya dengan mempraktikkan perkara-perkara di atas barulah tercapai kesempurnaan saf dalam solat berjemaah dalam erti kata sebenar. Hadis-hadis berkaitan dengan perkara di atas adalah seperti berikut:

* Daripada Nu'man bin Bashir berkata: "Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan melekatkan mata kakinya (buku lali) dengan mata kaki saudaranya." (Riwayat Abu Daud).

* Daripada Anas bin Malik daripada Nabi s.a.w. bersabda:

(Pada waktu solat) setiap kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya (buku lali) dengan telapak kaki saudaranya. (Riwayat Bukhari).

Ramai dari kalangan jemaah akan menjauhkan buku lali dan lutut masing-masing ketika ada yang cuba merapatkan saf tersebut.

Mereka seolah-olah tidak selesa merapatkan dan meluruskan saf dengan cara begini. Sedangkan ianya menuju kearah kesempurnaan solat.

Mungkin ada yang beralasan sukar untuk bergerak atau duduk tahiyyat akhir. Sepatutnya kita sbg umat, tidak sepatutnya mencari-cari alasan yang tidak relevan dalam untuk mengamalkan sunnah Nabi saw.

Jadi mulakanlah merapat dan meluruskan saf saudaraku. Jika orang lain malu untuk berbuat demikian, mengapa tidak anda yang memulakan.

Continue Reading...

Read more...

Cara senang menghafaz al-Quran;

>> Tuesday, August 7, 2007

hafazlah Al-Quran selagi sihat nie...


Ini just suggestion, ini ikut-ikutlah tak nak ikut sudah....

Rasulullah SAW diturunkan wahyu ketika berumur 40 tahun dan selesai diturunkan pada umur 63 tahun. Nabi SAW akan menghafaz setiap wahyu yang diturunkan. Jadi mengikut perkiraan Nabi SAW mengambil tempoh menghafaz selama 23 tahun..

Anda sebagai umat biasa?

Okey, katakan anda berumur 20 tahun dan ditakdirkan anda hidup lama. Tak sampai umor 60 tahun anda dah jdi seorang al-hafiz. Al-Quran dibahagikan kepada 30 juz.

Apakata anda hafaz 1 juz setahun?

Lamanya 30 tahun.....

Banyak tu satu juz...

tak de masa lah..

senang lupalah...

Pak cik dah tua, dah terlambat dah..

Ho..ho.. ini alasan biasa

30 tahun tu untuk mantapkan hafazan 100%

satu juz tu sikit kalau nak dibandingka percent ko buang masa, tengok TV, sembang...

Masa boleh dicari, kalau bijak mencari...

Berdoalah supaya senang mengingat..

Jangan fikirkan kuantiti hafalan Pak cik, tapi effort pak cik..

Lihat kaedah yang ingin aku beri;

Pertama hafallah 3 baris Al-Quran setiap hari(Termasuk terjemahannya)..

Mulakan dengan hafaz surah-surah popular, seperti; As-sajaddah, Al-Mulk, Al-Jumuah, Ar-Rahaman, Al-Waqiah, Al-Insaan, surah Qof…… Cuma 30 minit je..5 minit baca dengan betul,10 minit hafaz dan lihat,15 minit hafaz tanpa lihat…

Masa terbaik adalah selepas tahjud sebelum subuh, tapi kalau terlambat bangun hafallah selepas subuh…

INGAT 3 BARIS JE! BUKAN 3 AYAT TAPI 3 BARIS.





saudara Muadz bersama-sama Ustaz Zambri dan ustaz Ashraff







30 minit tu hanya disimpan dalam kotak memori sementara sahaja, cara nak letak dalam kotak memori kekal adalah dengan ulang 3 baris ayat tu dalam solat sunat sebelum zuhr(dalam 2-2 rakaat), Solat zuhr dan solat sunat selepas zuhr. Ulang untuk asar, maghrib dan Isyak. Insyaalah dapat kekal. 6 rakaat solat dalam 4 waktu solat.. maknanya 24 kali anda ulang..takkan tak ingat lagi?

Untuk satu muka Al-Quran biasanya ada 15 baris. Bahagikan 15 dgn 3 dapat 5. Maknanya ada 5 hari untuk hafaz satu muka,. Dalam seminggu ada 7 hari- 5 hari digunakan untuk hafaz dan 2 hari lagi digunak untuk gabung satu muka…

Mengikut perkiraan, anda boeh hafaz surah penting ni dalam masa kurang 7 bulan.

Menarikkan? Cubalah…semoga Allah Taala mempermudahkan kita…

Continue Reading...

Read more...

penyakit berjangkit

>> Friday, August 3, 2007


Sedarkah kita yang kita hidup di dalam masyarakat yang sakit. Ya, ini bukan sakit ringan-ringan. Tapi sakit yang boleh berjangkit. Sakit yang dimaksudkan adalah kegilaan pada harta atau ‘materialistik’. ‘Materialistik’ adalah penyakit yang sungguh bahaya. Ada orang sanggup bersusah payah seumur hidupnya demi untuk membayar hutang kereta dan rumah. Makan kais mengais demi berkereta berjenama. Hutang keliling pinggang demi untuk bergaya. Paling tak bermanfaat, berhutang demi membeli rokok.

Diulangi, ini bukan penyakit biasa tapi penyakit berjangkit! Lihatlah betapa seorang kawan boleh mempengaruhi kawannya untuk sama-sama ber’Materialistik’. Kawan pakai baju berjenama, member pun nak. Kawan pakai kereta mahal, member pun rasa tercabar nak juga.

Sedar tak sedar kita telah meletakkan martabat seseorang itu berdasarkan hartanya. Oh, penyakit nie, habis dimana letaknya martabat orang berilmu?. Kalau orang berilmu tapi kaya takpe, ni orang berilmu yang tak kaya. Duduk rumah papan, pergi mana-mana pun jalan kaki, naik basikal, naik bas atau tumpang orang. Sapa nak hormat diorang nie? Of Course orang yang sama berilmu akan hormat. Tapi bagaimana dengan orang yang tak mengendahkan langsung martabat ilmu?

Selalunya orang yang gila pada harta ni adalah orang yang tak sentiasa tak cukup dengan apa yang dia ada. Kalau soal gaji pulak, selalu je tak cukup…. Makin bertambah gaji makin tak cukup. Ni bahaya betul, habis macam mana nak tambah pahala dengan menginfak sedikit duit, kalau untuk diri sendiri pun tak cukup. Wah, bahaya betul penyakit berjangkit nie. Kadang-kadang terkena juga pada diri aku penyakit ni. Tapi, Alhamdulillah aku mungkin ada mewarisi sedikit mak aku, iaitu berkira-kira waktu berbelanja. Walaupun kadang-kadang kawan pandang serong, tapi sekurang-kurangnya aku dapat manfaatkan duit aku pada benda berguna, beli buku-buku ilmiah ke, melawat saudara mara atau belanja keluarga. Ini lebih baik daripada aku pasang girlfriend, ajak dating, tengok wayang, lepak kedai makan..huha…huha..buang masa.! Ikhlasnya aku, terasa gaji aku berkat dan Alhamdulillah jarang ‘putus’ duit dan jumlah aku berhutang tiap-tiap bulan adalah ‘0.00’.

Aku nak tekadkan azam untuk lebih bijak berbelanja dan berusaha keras untuk ‘memberkatkan’ gaji aku. Sekurang-kurangnya aku dah buktikan dengan still pakai handset Nokia 3100 walaupun perkembangan handphone di sekelilingku amatlah pesat dan pantas. Keluarga aku berada ditahap kemampuan kewangan yang sederhana. Jadi semestinya aku duduk satu perumahan dengan keluarga-keluarga sederhana. Jadi bila aku balik cuti aku akan jumpa kawan-kawan lama. Tak boleh dielaklah, penyakit ni ada di mana-mana. Ada yang pakai kereta smart, motor mahal. Tapi sayangnya ‘poket kosong’. Ha..ha.. aku lebih senang hati naik motor cabuk tapi tak kedekut untuk sedekah, guna pada benda faedah dan ringan-ringan tangan untuk hulur-hulur kat mak ayah.

Barulah hidup aku menuju kebahagiaan…..

Continue Reading...

Read more...

Pembukaan al Quds~Di tangan umat yang zuhud

>> Thursday, August 2, 2007


Kota Iliia' merupakan pintu utama untuk memasuki al Quds. Oleh itu, pihak Rom telah memperhebatkan lagi sistem pertahanan kota itu dengan menggunakan pelbagai kecanggihan teknologi masa itu untuk menghalang kota tersebut daripada ditembusi pihak lawan.



Amru bin al As r.a bersama pasukannya telah mengepung kota Ilia'. Pasukannya menghadapi kesukaran untuk menawan kota ini kerana sistem pertahanan kota ini begitu sukar ditembusi. Pada hari kesebelas selepas pengepungan dilakukan, pasukan tentera Muslimin yang diketuai oleh Abu Ubaidah al Jarrah bersama pasukan Khalid al Walid, Syarahbil, Yazid tiba di Ilia'.



Kedatangan mereka disambut dengan laungan takbir dengan suara yang bengit dan lantang. Pihak Rom yang belum pernah mendengar laungan takbir sekuat itu bertambah gementar dan gerun kepada tentera Muslimin.

Dan mereka yakin yang datang itu adalah Amirul Mukminin Saidina Umar r.a yang akan membuka al Quds sebagaimana yang diberitahu oleh paderi mereka. Kehairanan orang Rom terjawab apabila paderi itu menjawab mengikut ilmunya bahawa dunia akan dibuka di antaranya Palestin oleh seorang lelaki yang berbadan tinggi, berkulit hitam manis dan bermata hitam yang amat hitam dan mata putih yang amat putih. Sekiranya dia datang, tiada cara untuk berlawan melainkan berserah diri. Sifat yang disebutkan tersebut, adalah sifat-sifat Saidina Umar r.a.


Lalu si paderi tampil menemui tentera Muslimin untuk memperkenalkan dirinya dan untuk berkenalan dengan ketua Muslimin masa itu. Apabila mengetahui ketua tentera Muslimin ketika itu bukannya Saidina Umar r.a, si paderi terus mengarahkan supaya tenteranya meneruskan serangan ke atas tentera Muslimin. Cuaca yang sejuk ditambah pula dengan salji dan hujan yang turun tidak mematahkan semangat kaum Muslimin untuk mengepung kota tersebut sehingga genap empat puluh hari.



Tentera Muslimin telah memutuskan sumber-sumber bekalan Rom hingga menyempitkan keadaan mereka. Selepas menghadapi tekanan yang amat hebat, si paderi meminta tentera Muslimin menyifatkan ketua Muslimin yang berada di Madinah. Apabila diberitahu oleh utusannya tentang sifat Saidina Umar r.a yang sama dengan apa yang disebutkan dalam kitab suci mereka, si paderi meminta agar genjatan senjata bersama Ketua Tentera Islam. Maka Abu Ubaidah al Jarrah datang. Si paderi lalu bertanya "mengapakah kamu mahu membuka negeri yang suci ini? Sesungguhnya orang yang berkehendakkannya akan dimurkai Allah Taala dan dibinasakan oleh-Nya", Abu Ubaidah al Jarrah lalu menjawab, "Sesungguhnya ia adalah negeri yang mulia, di situlah Nabi kami dimi'rajkan ke langit dan ianya amat dekat. Ia adalah lombong para anbiya"



"Dan di situlah kubur-kubur mereka. Kami lebih berhak daripada kamu untuk memilikinya dan kami akan sentiasa berjuang untuk memilikinya, sehinggalah Allah Taala memilikkannya kepada kami sebagaimana kami memiliki tempat yang lain". Si paderi berkata lagi "Maka apakah yang kamu mahu dari kami?" Kata Abu Ubaidah al Jarrah, "Sama ada Islam, atau jizyah atau perdamaian". Si paderi memilih untuk berdamai dan mensyaratkan supaya kota al Quds tidak dimasuki oleh sesiapa pun sebelum Saidina Umar r.a.



Apabila membaca surat yang diutuskan oleh Abu Ubaidah al Jarrrah. Saidina Umar r.a pun dengan pakaian yang compang-camping bersama seorang budak menuju al Quds dengan menaiki unta secara bergilir-gilir. Tatkala sampai di al Quds, masa itu giliran si budak menaiki unta dan Saidina Umar r.a berjalan kaki, si budak mengesyorkan supaya Saidina Umar r.a menunggang unta namun dia menolak. Mereka berdua memasuki al Quds dalam keadaan tersebut. Apabila kaum muslimin melihat kedatangan Amirul Mukminin, mereka pun bertakbir dan bertahlil. Orang-orang Nasrani begitu taajub dengan situasi ini dan mereka berfikir adakah betul orang yang dilihat iitu adalah Amirul Mukminin. Apabila Saidina Umar r.a sampai di kawasan yang becak, si budak sekali lagi menawarkan kepada Khalifah supaya menaiki Unta, tapi Saidina Umar r.a sekali lagi menolak, maka Khalifah terus memecat kedua seliparnya mengharungi becak sehingga basahlah bajunya. Orang ramai sekali lagi taajub dengan situasi ini.



Apaila si paderi melihat situasi ini, dia merasa gerun dan gementar lalu berkata kepada kaumnya: "Sesesorang pun tidak mampu untuk berdepan degan mereka, oleh itu menyerahlah kamu nescaya kamu selamat".



Kemudian selepas itu, perjanjian Umariah yang terkenal dimeterai dan Khalifah menjamin keamanan untuk kaum Nasrani dan tempat ibadah serta tempat suci mereka. Dengan pembukaan al Quds, boleh dikatakan bahawa operasi untuk membuka Syam telah sempurna dan cahaya Islam telah menyinari keseluruhan bumi Syam.



Sesungguhnya bumi Syam akan tetap menjadi benteng pertahanan umat Islam sehingga ke akhir zaman. Semoga kita semua digolongkan untuk bersama-sama tentera Muslimin yang akan membebaskan al Aqsa daripada tangan-tangan Yahudi laknatullah a'laihim. Continue Reading...

Read more...

~Aku yang tak sempurna~

kursus asas bakal Pegawai yang wajib dihadiri


Untuk pengetahuan semua, aku ni InsyaAllah akan menjadi seorang Pegawai Tentera bila dah grad nanti. Tapi untuk menjadi seorang Pegawai kenalah mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Kadang-kadang aku rasa aku ni kurang keyakinan diri. Aku percaya benda ni semua orang alami.... Kenapa aku cakap macam tu ?

Lihat aku bagi contoh: Al Qashash

33. Musa berkata: "Ya Tuhanku sesungguhnya aku, telah membunuh seorang manusia dari golongan mereka, maka aku takut mereka akan membunuhku.

34. Dan saudaraku Harun dia lebih fasih lidahnya daripadaku[1123], maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkata- an)ku; sesungguhnya aku khawatir mereka akan mendustakanku. "

Aku hanya nak bagi contoh terjemahan bukan nak tafsir Al-Quran. Aku tak khatam lagi tafsir Ibnu Katsir. Bagiamana Nabi Musa as khuatir dan tidak yakin dakwahNya akan tercapai tanpa bantuan Nabi Harun as.

Keyakinan berkait dengan kepimpinan, nak tak nak semua orang akan menjadi pemimpin. Tak kiralah Perdana Menteri ke, tokey kedai biskut ke, Suami yang menjadi ketua keluarga atau isteri yang menjadi pembantu suami.

Jadi, macam mana nak jadi pemimpin kalau keyakinan tiada. Nak ajar orang tapi diri sendiri tak betul. Nak nasihat anak buah, tapi cakap kat depan pun lutut terketar-ketar. Huh..buat malu je..

Aku pernah cakap kat member aku yang untuk cakap kat depan nie perlukan kepoyoan tertinggi. Tapi aku tarik balik kata-kata aku ni. Poyo dan bakat lain. Tak semua orang dikurniakan bakat kepimpinan. Seperti mana semua orang tak sama tahap IQnya.. Begitu juga tahap kepimpinannya.

Tapi yang buat-buat poyo ni memang ramai. Dan kebiasaanya anak buah akan tak sukalah. Jadi macam mana nak bagi anak buah suka.

Aku menghayati sebuah hadis Nabi SAW:

“ Sebaik-baik pemimpin kamu ialah yang kamu mencintai mereka dengan mereka mendoakan kamu. Dan seburuk-buruk pemimpin kamu ialah yang kamu membenci mereka dan mereka membenci kamu, yang kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk kamu”

(Riwayat Muslim)

Berapa ramai yang memimpin dengan menyintai anak buahnya. Tak ramai.. bukan menuduh tapi ini adalah realiti…

Teringat aku pada kisah Hassan Al-Basri iaitu seorang khalifah pada zaman Bani Abbassiyah..

Dimana ketika satu musim haji dia berdiri di satu bukit sambil memandang Kaabah dan rakyatnya yang sedang tekun menunaikan ibadah haji. Dia berkata kepada Perdana Menterinya yang baik dan bijak. “wahai perdana menteri lihatlah betapa ramainya rakyatku”

Lalu Perdana Menteri menjawab;” Apalah yang hendak dibanggakan dengan rakyat yang ramai. Sesungguhnya mereka akan ditanya tentang diri masing-masing diAkhirat kelak. Sedangkan kamu akan ditanya tentang diri kamu dan juga rakyat-rakyatmu ini.”

Mendengar sahaja jawapan ini , maka menangislah Hassan Al-Basri.

Kadang-kadang aku rasa apabila aku diberikan jawatan maka aku akan lebiih bertanggungjawab dan dapat menonjolkan bakat kepimpinanku..

Tapi perlukah jawatan sebagai menjaid wadah semangat, keyakinan dan kepimpinanku.

Aku rasa tidak. Teringat kisah Khalid Al-Walid meneruskan juga peperangan walaupun telah dilucutkan jawatan sebagai Panglima perang dan digantikan dengan Abu Ubaidah Al-Jarrrah. Namun Khalid menyembunyikan perlucutan jawatan ini demi mengelakkan keadaan kelam kabut.

Selepas perang barulah, orang ramai tahu. Dan alangkah kagumnya aku pada ucapannya yang mahsyur ini; “Aku berperang kerana Allah bukan kerana Omar

Continue Reading...

Read more...

Biodata Peribadi



Nama: Leftenan (Eng.) Mohd Shah Rizal Bin Samsudin Grad. IEM PPA TLDM

Tarikh Lahir: 22 November 1986

Tempat Lahir: Kampung Parit Abu Samah, Kuala Kurau, Perak.

Nama Bapa: Samsudin Bin Hj. Ismail

Nama Ibu: Norsilah Binti Hj. Mukhtar

Jumlah adik beradik: Enam orang (anak kedua)

Alamat Surat-Menyurat:

42, Persiaran Chepor 11,
Taman Chepor Jaya,
31200, Chemor,
Perak.

Email: msrizal86@yahoo.com

Pendidikan:

1. Sekolah Kebangsaan Chepor (SKCC), Chemor, Perak. -(1993-1998)
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah (SMKIS), Parit, Perak. -(1999)
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Mohd Taib (SMKDHMT), Chemor, Perak. -(1999-2001)
4. Sekolah Menengah Teknik Ipoh, Persiaran Brash (SMTIPB), Ipoh, Perak. -(2002-2003)
5. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sg. Besi, Kuala Lumpur. -(2004-2009)

Pencapaian Akademik:

1. Penerima Anugerah Kecemerlangan PMR 2001 SMKDHMT.
2. Penerima Anugerah Terbaik Percubaan SPM 2003 dan Kedua Terbaik SPM 2003 SMTIPB.
3. Tamat Foundation Year di UPNM pada tahun 2005.
4. Menyambung Pengajian di dalam Jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di ATMA/UPNM.
5. Pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Elektrik dan Elektronik ATMA-UTM.

Pencapaian Kokurikulum:

1. Pemegang Tali Pinggang Hitam Taekwando 1st-Dan.
2. Bekas Pemain Hoki SKCC, SMKIS, SMKDHMT, SMTIPB dan ATMA/UPNM.
3. Kebolehan Sukan; Bola Sepak, Hoki, Bola Tampar, Marathon, Berenang, Sepak Takraw dan Badminton.
3. Bekas Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Dakwah UPNM
4. 5 Tahun pengalaman sebagai Pegawai Kadet UPNM(dahulu Akademi Tentera Malaysia, ATMA)
5. Pegawai Teknikal/Jurutera TLDM.

Pengalaman Bekerja:

1. Bekerja di kilang membuat pasu-2004-selepas SPM
2. Latihan Pendedahan Kerjaya Tentera selama 2 bulan di Markas Sistem Armada TLDM.-2007
3. Latihan Industri di Usrahlite Engineering Sdn. Bhd.-2008

Pengalaman Tarbiyah:

1. Bermula tahun 2006 mengikuti usrah di bawah kendalian QYC UIAM.
2. Berguru Al-Quran di sekolah Al-Quran Al-Ikhlas, Kuala Lumpur.
3. Berguru dengan Mejar (Ustaz) Daud di dalam pembelajaran Feqah.
4. Penulis separuh masa untuk edaran dakwah dan bahan cetak di UPNM.
5. Cenderung untuk aktif di dalam persatuan dakwah UPNM bagi menghasilkan seminar, pertandingan dakwah dan sebagainya.
6. Bercita-cita untuk syahid di jalan Allah.


Sedikit Bingkisan:

Segala puji bagi Allah diatas keagungan dan kebesarannya. Kita memujiNya dan meminta perlindungan daripadanyaNya. Maha Suci Allah, kita berlindung kepadaNya di atas kejahatan diri kita dan kejahatan amal perbuatan kita. Sesiapa yang diberikan hidayah oleh Allah maka tidak ada satu pun yang dapat menyesatkannya. Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat memberikan hidayah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung yang sudi membaca tulisan penulis di dalam blog ini...

Penulis ingin menzahirkan perasaan dhaif dan kerdilnya keupayaan diri di dalam mengupas sebarang isu. Sayugia di atas terhadnya ilmu penulis di dalam menulis bahan tazkirah dan dakwah di dalam blog ini kerana penulis tidak berlatar belakangkan pendidikan agama.

Blog ini bukanlah blog politik. Jika sesetengah pandangan condong kepada mana-mana pihak tidak bermakna penulis bermaksud mempromosikan pihak tersebut. Itu semua tidak lain adalah pandangan penulis dari sudut mata hati. Penulis lebih suka dikenali sebagai penulis neutral yang sayangkan agama Islam tanpa taksub pada mana-mana pihak pun. Cita-cita penulis adalah untuk menjadi seorang penulis profesional yang suatu hari nanti dapat menghasilkan buku-buku yang bermanfaaat kepada masyarakat. Penulis amat suka menambah rakan dan tidak sukakan permusuhan. Oleh itu sebarang komen di dalam blog ini minta dijauhkan daripada sebarang emosi dan pertelagahan. Moga blog ini mendatangkan manfaat kepada semua insan. Sesungguhnya manusia itu sendirilah yang menentukan sama ada dia mahu menjadi baik atau buruk. Dan hidayah itu adalah milik Allah selamanya.

Salam ukhwahfillah kepada pembaca...



Kali Terakhir Biodata Ini Dikemaskini: 12 Jun 2011

Continue Reading...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP