Engineer or Mathematician?

>> Saturday, September 29, 2007



Saya mengambil jurusan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.
Walaupun saya cenderung untuk menjadi Mathematician, tetapi disebabkan ruang pilihan kursus yang terhad di sini, maka saya mengambil keputusan untuk memilih kursus ini.

Suatu hari saya menghadiri kuliah subjek Microelectronic. Pensyarah subjek ini adalah seorang yang friendly. Dia bertanyakan tentang Ujian 1 subjek ini yang kami ambil hari semalamnya.
Ramai rakan-rakan saya mengeluh yang mereka sukar untuk menjawab kerana meramal banyak soalan calculation. Tetapi hakikatnya yang keluar banyak soalan fakta.

Pensyarah ini tersenyum sahaja. Dengan tenang dia berkata, "Kamu bukan nak jadi Mathematician, tapi nak jadi nak Engineer! Engineer bukan hanya calculate je tau. Suatu hari nanti kalau ada orang reka calculator Engineer, alamat kamu tak ada kerjalah."
Erk.. Pulang paku buah keras namanya ni.


"Ok, saya nak cerita tentang beza Mathematician dengan Engineer." Lecterur mengumpan.

" Ada seorang Profesor Fizik ni, dia nak kahwinkan anaknya perempuannya yang jelita. Dia ada 2 anak murid yang bijak dan pandai. Seorang Mathematician, dan seorang lagi Engineer.
Jadi untuk menguji sesiapa yang berjaya memiliki anaknya, dia membuat keputusan untuk menguji mana satu yang paling bijak antara duanya.

Dia meletakkan 2 orang bakal menantu ni secara bertentangan dalam jarak beberapa meter.
Dan dia meletakkan anaknya di tengah-tengah antara mereka.
Si Profesor ni meminta kedua-duanya berjalan mendekati anaknya, tetapi dengan syarat setiap kali melangkah, langkah seterusnya akan berkurang sebanyak 1/2 langkah dari langkah terdahulu.

Kiranya kalau nak dibuat formula Matematiknya macam nilah;

x+(x-1/2)+((x-1/2)/2)+(((x-1/2)/2)/2)+........= dapat @ tidak dapat anaknya.

Jadi sebelum melakukan ujian mereka diberi masa untuk berfikir.

Si Mathematician ni sibuk mengira dari tempatnya dia berdiri sampai ke tempat anak Profesornya berdiri. Buat kira-kira pakai rumus apa-apapun dia akhirnya mendapat result kosong. Dan malangnya titik kosong tamat tidak sampai jarak dengan anak perempuan Profesor.

Akhirnya dia mengalah, dan surrender.

Si Engineer ni pulak hanya berdiri sahaja dari tempatnya, dan tersenyum.
"Dalam Engineering tak wujud angka kosong!", sahutnya sinis.
Dia terus berjalan seperti condition yang ditetapkan. Sampai disatu titik dia berhenti.
"Cuba anak Profesor juga berjalan ke arah saya dengan condition yang sama."

Anak gadis Profesor pun berjalan dan sampai betul di titik yang sama dengan si Engineer tadi.
Si Engineer terus merangkul si anak gadis Profesor.
"Sekarang saya menang". Akhirnya dapat kat Engineer juga.

Nampak beza Engineer dan Mathematician.?"
Soal pensyarah saya sambil tersenyum.

Satu kelas tersenyum.
Kelas berlangsung seperti biasa....

Continue Reading...

Read more...

Berjuang untuk hidup Part 2



Saya bukanlah orang yang pandai. Hanya orang kampung yang diberi sedikit nikmat untuk terus belajar.
Saya amat bersyukur kepada Allah Taala yang memandu hidup saya dengan kekecewaan yang penuh dengan hikmah;

1. Masa Form 1; Saya ditawarkan untuk mengikuti program rancangan khas hoki di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh- Tapi saya tolak dan menyesal akhirnya, kerana melihat kawan-kawan yang berjaya dalam bidang ini sampai ada yang wakil Malaysia lagi.

2. Akibatnya saya memilih untuk belajar di Sekolah Asrama biasa. Tapi tak boleh belajar sebab homesick-Buat langkah nekad, panjat pagar lari asrama dan akhirnya pindah sekolah harian.

3. Masa pindah sekolah baru, saya dapat tumpu pelajaran sebaiknya. Akhirnya dapat nombor 1 pada peperiksaan akhir tahun.

4. Form 2 jadi leka, mula kawan dengan member yang 'karut-marut'. Pelajaran down.

5. Form 3, ada selisih faham dengan member rapat. Saya seperti dipulaukan, baru saya tahu mana kawan, mana lawan. Tapi sebenarnya akibat terlampau berkawan yang membuat saya leka. Saya ganti waktu bersama rakan-rakan dengan belajar, ternyata saya berjaya mendapat keputusan yang memuaskan. Anak mak dapat 7A tapi tak pandai BI(org kampung) dapat c je. Alhamdulillah..

6. Form 4-form 5 masuk asrama. Masa ni saya tak toleh belakang, belajar nekad demi untuk menyambung pelajaran keperingkat yang maksimum. Ada cita-cita nak sambung ke Jepun. Tetapi result last dapat 6A1 3A2 dan satu 7D(Hairan bin Ajaib English lagi).
Saya jadi frust..... Tapikan Allah itu sehebat-hebat perancang...

7. Tahun Asas, saya terpilih untuk menghadiri satu sesi temuduga untuk melanjutkan pelajaran ke United States Naval Academy, Anapolis,USA. Saya bukanlah tidak boleh berbahasa Inggeris. Malah saya dapat menjawab soalan yang diajukan dengan yakin dalam berbahasa Inggeris. Saya menolak tawaran ini atas dasar ruang Tarbiyyah diri. Risau-risau tiada daya untuk menahan dugaan. Juga atas dasar calon lain lebih hebat dan sangkaan saya peluang amat tipis untuk terpilih. Hakikatnya , keputusan keesokan harinya menyatakan saya mendapat rangking 1st. Tetapi disebabkan saya menolak awal-awal lagi , maka nama saya disingkirkan. Bingung bercampur sesal dengan keputusan ini pada awalnya, tetapi dapat menerima hakikat sesudahnya.

Tiada Jalan Untuk Bahagia Kecuali Dengan Redhonya...

Hakikatnya, saya pegang satu. Bersangka baik dengan Allah Taala.
Bagaimana berjayanya saya pun dari mata masyarakat tetapi ini tidak ada makna apa-apapun tanpa Redho dan Berkat Allah AzzaWajjall.

Apa-apapun saya perolehi, saya tetap orang berjaya jika saya sentiasa berada di dalam landasan orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Iaitu beri'tikad bahawa semua pekerjaan adalah untuk mencari Redho Allah AzzaWajjall.

"........Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " Surah Al-Baqarah, Ayat 216.. Continue Reading...

Read more...

Berjuang untuk hidup Part 1


Seusai sahaja solat Asar berjemaah, saya duduk termenung untuk tarbiyyah diri. Terlalu banyak nikmat yang Allah Taala beri kepada saya. Tapi adakah saya di antara orang yang bersyukur?
Mudah-mudahan..

Saya adalah anak kedua daripada enam orang adik beradik. Kehidupan saya semasa kecil amat memilukan juga. Keluarga saya bukan orang berada. Bapa saya hanyalah seorang JAGA berkelulusan darjah 6. Mak saya pula bekerja kilang demi untuk membantu meringankan bapa saya. Jadi semenjak kecil saya di didik untuk hidup berdikari, pandai mengurus diri. Dalam keadaan serba kurang, saya tekadkan diri dari dahulu untuk berjaya dalam pelajaran.

Masih saya ingat, ketika rakan2 sebaya lain mewah berbelanja seringgit atau dua ringgit sehari, saya adik-beradik cuma berbelanja 30 sen-40 sen sahaja. Kadang-kadang ketika bermain, hanya mampu memandang sahaja rakan-rakan yang kehidupan mereka baik sikit ni berbelanja.

Baju jarang berganti, koyak dan tampal tu biasa sahaja. Disebabkan ibu tiada di rumah bekerja, saya terpaksa buat semuanya sendiri. Saya juga dibiasakan oleh bapa untuk mengikutnya mencari rezeki. Saya selalu membontoti bapa saya untuk pergi menjala, mencari pucuk paku, memancing. Kalau tiada rezeki sememangnya makan pucuk paku je malam tu...


Sebab kemiskinan saya sering disisihkan rakan-rakan. Malah, saya masih ingat lagi ada bapa seorang kawan saya ni tak bagi kawan dengan saya, mungkin sebab keadaan saya yang dianggap sebagai budak serba tak cukup ni.

Saya belajar bersungguh-sungguh, pelajaran saya paling minat adalah Matematik. Saya minat Matematik sejak dari darjah satu lagi. Teringat ketika saya bingung untuk menyelesaikan masalah Matematik. Sewaktu itu saya darjah 4, saya tak tahu nak buat apa. Nak tanya mak dan ayah, saya tak fikir mereka boleh selesaikan disebabkan mereka memang tak memantau pelajaran saya kerana mungkin pelajaran mereka yang rendah.

Akhirnya saya nangis, menangis kerana frust. Bapa saya datang, dia tanya kenapa saya menangis? Saya pun beritahu yang tak boleh buat soalan dalam buku tu, bapa saya ambil pensel dan dia tunjukkan saya cara menyelesaikannya. Saya jadi terkejut, saya sangka bapa saya tidak tahu menyelesaikannya. Saya jadi gembira, teruskan selesaikan masalah Matematik itu sampai habis..... Peristiwa ini sebenarnya membawa impak yang besar kepada saya dalam memandu untuk berjaya di dalam pelajaran.... Continue Reading...

Read more...

Amanah Bernama Wanita

>> Friday, September 28, 2007



Saya ada terbaca satu statement daripada blog : http://www.alhudapk.com/forum/forum_posts.asp?TID=1635&PN=6&TPN=1

ini kandungannya:

Fatima’s Letter

In the name of God, the Merciful, the Mercy-giving. “Say He is God the One; God the Source [of everything]; Not has He fathered, nor has He been fathered; nor is anything comparable to Him.” [Qur’an, Surat 112 “al-Ikhlas”]

I chose this noble Surah from the Book of God because it has the greatest impact on me and on all of you and it strikes a particular kind of awe in the hearts of Believers.

My brother Mujahideen in the path of God! What can I say to you? I say to you: our wombs have been filled with the children of fornication by those sons of apes and pigs who raped us. Or I could tell you that they have defaced our bodies, spit in our faces, and tore up the little copies of the Qur’an that hung around our necks? God is greatest! Can you not comprehend our situation? Is it true that you do not know what is happening to us? We are your sisters. God will be calling you to account [about this] tomorrow.

By God, we have not passed one night since we have been in prison without one of the apes and pigs jumping down upon us to rip our bodies apart with his overweening lust. And we are the ones who had guarded our virginity out of fear of God. Fear God! Kill us along with them! Destroy us along with them! Don’t leave us here to let them get pleasure from raping us! It will be an act to ennoble the Throne of Almighty God. Fear God regarding us! Leave their tanks and aircraft outside. Come at us here in the prison of Abu Ghurayb.

I am your sister in God (Fatimah). They raped me on one day more than nine times. Can you comprehend? Imagine one of your sisters being raped. Why can’t you all imagine it, as I am your sister. With me are 13 girls, all unmarried. All have been raped before the eyes and ears of everyone.

They won’t let us pray. They took our clothes and won’t let us get dressed. As I write this letter one of the girls has committed suicide. She was savagely raped. A soldier hit her on her chest and thigh after raping her. He subjected her to unbelievable torture. She beat her head against the wall of the cell until she died, for she couldn’t take any more, even though suicide is forbidden in Islam. But I excuse that girl. I have hope that God will forgive her, because He is the Most Merciful of all.

Brothers, I tell you again, fear God! Kill us with them so that we might be at peace. Help! Help! Help! [Wa Mu'atasima!]'''

Alangkah sedihnya membaca surat sister Fatimah dan wanita-wanita lain di penjara Abu Gharib yang dirogol hampir 9 kali setiap hari..

Hati saya boleh bersabar ketika melihat pemuda Islam mujahid ditembak di seperti anjing jalanan , disepak terajang dan sebagainya.
Tapi hati saya luluh, hiba, sedih apabila membaca tentang penganiayaan kepada wanita, kanak-kanak, orang tua dan seangkatan lemah dengannya.

Tambahan pula wanita beriman yang diperlakukan sedemikian rupa oleh Tentera kuffar.

"Ya Allah sesungguhnya hamba ini tidak sanggup hanya melihat, berikanlah hamba ini kekuatan untuk menentang musuhmu"..

Apabila meletusnya peperangan, perkara yang pasti terlintas pada askar2 kuffar pastinya wanita2 didalam negara itu.

Adat ini bukan baru, malah sudah lama...Dicanangkan oleh sesiapa sahaja yang berperang bermatlamatkan nafsu.
Ini amatlah berbeza dengan jihad dalam Islam..Tentera Islam hanya berperang dgn tentera kuffar sahaja, tidak melibatkan wanita,kanak2 dan orang tua. Malah tanaman dan kebun2 pun dilarang dimusnahkan.

Sememangnya wanita Islam telah ramai yang menjadi mangsa rogol tentera kuffar. Hendak dibentangkan peristiwanya terlalu banyak.

Lihatlah operasi penyembelihan umat Islam Palestin di Kem Shabra Shatila, di Selatan Beirut, pada tanggal 17 Sept 1982. Harga nyawa dan jiwa umat Islam ketika itu terlalu murah, sehingga rejim Israel telah membunuh, mencederakan, serta merogol pelarian umat Islam Palestin dan Lubnan seramai 2000 orang dalam masa 40 jam di bawah arahan Ariel Sharon, Menteri Pertahanan Israel pada ketika itu.


Adakah rentetan ini cukup dijadikan iktibar oleh wanita2 Islam di Malaysia? Ketika ini masih ramai wanita Islam di zalimi dan bermatian-matian mempertahankan aurat dan kesucian mereka daripada direngut.
Tetapi mengapakah segelintir wanita Islam di sini mudah sahaja menggadaikannya?

Beringatlah, yang kita sentiasa dalam perjuangan memanusiakan manusia, bukan menafsukan manusia...

Sungguh saya takut dengan amanah Allah Taala ini....
Takut tidak ada kekuatan mempertahankannya...
Mempertahankan amanah agung buat lelaki bernama wanita....

Continue Reading...

Read more...

Gila ke aku?

>> Monday, September 24, 2007


Pernah buat kerja Gila?
Pernah tak sesekali orang sound; Ko ni gila ke apa?

Aku tak tahulah benda yang pernah aku buat ni gila atau tak.
Pada masa cuti semester lepas aku dihantar training kat pangkalan TLDM, Lumut. Aku takdelah macam universiti lain, balik kampung cuti.

Satu hari aku dapat cuti hujung minggu. Disebabkan rumah dekat je, ambil masa 1 jam setengah je nak sampai Ipoh. So, aku pun ambil keputusan balik jelah. Tapi hari dah agak lewat. Aku dapat bas pun dalam pukul 9:45 pm.

Tapi malangnya, bas aku naik tu rosak tengah jalan. Tengah sedap-sedap tidur boleh ada asap pula dalam bas. Kami terkandas berapa lama pun aku tak kira. Aku turun bas terus lepak tepi bangunan rumah kedai, dan sambung tidur aku balik. Tak lama lepas tu ada bas lain datang angkut. Naik jelah. At last sampai Ipoh dekat pukul 1 lebih la.

Masa tu aku fikir nak telefon bapak aku ke tak. Tap kesian pulak kacau tidur dia. Rumah aku jauh lagi dari stesen bas ipoh. Ada dekat 20 KM la. Nak naik teksi, sori boleh rabak aku malam tu. Dia ambik double plak.

Aku malas nak fikir panjang, 20 KM adalah jarak 'adik-adik' je bagi askar macam aku ni. Bukan nak berlagak, tapi realiti.
Aku pun jalan jelah. Aku sumbat earphone kat telinga kau, pasang kaset ceramah Dr Asri. Berjalanlah aku dengan santainya ikut bahu jalan lawan arah kenderaan yang lalu.

Macam-macam pulak dugaan yang aku terima. Kena kacau anjing jangan cakaplah. Kira-kira adalah dekat 5 ekor anjing yang tunggu aku sepanjang jalan. Tapi aku buat relax je, walaupun risau gak. Pegang batu buat-buat nak baling.

Mat Rempit pulak banyak. Bawa motor laju macam pelesit. Aku mundur sikit ke tepi, risau-risau jadi mangsa terjahan pulak.

Ada dekat 7-9 KM aku jalan. Aku nampak polis buat block plak. Hehe..banyak betul motor yang diorang tarik, bersusun boleh buka kedai motor. Polis-polis tu pandang aku yang jalan sorang-sorang tengah malam. Jam dah pukul 2 lebih dah masa tu. Tapi sebab aku dress pun macam budak skem je(seluar slack+t-shirt kolat tight out)...diorang tak syak apa-apalah.

Aku jalan depan sikit, nampak aksi kejar-mengejar polis dengan mat rempit..ha..ha..terhibur aku.
Ada Mat Rempit yang lalu, tapi patah balik lepas tengok kat depan tu ada 'Otek'(Istilah untuk Polis kat tempat aku)...
Mat-Mat rempit ni tengok aku dengan pandangan yang macam tak puas hati. Aku rasa mungkin diorang ingat aku Polis yang tengah stand-by kat depan. Lantak kaulah Mat Rempit.....

Sampai juga aku kat Rumah dekat pukul 4 lebih. Mak aku cakap aku buat kerja gila. Aku boleh selamba je jawab; " Nak bersenam je mak".
Risau betul mak aku, kalau jadi apa-apa. Ini tanda dia sayang. Aku pun sayang mak juga. Sorilah mak ye.

Tapi sekurang-kurangnya aku dapat uji keberanian aku daripada gangguan dari 2 syaitan. Jin dan Manusia.. Continue Reading...

Read more...

Masyarakat yang parah

>> Friday, September 21, 2007



Setelah membaca akhbar pagi tadi tentang kes culik Nurin Jazlin Jazimin, 8 aku termenung seketika.

Sungguh parah masyarakat zaman sekarang , seorang budak perempuan yang cerdas diperlakukan begitu. Tapi, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Berat sungguh ujian yang diberikan Allah SWT kepada kedua ibu bapa Nurin.

InsyaAllah, Nurin yang telah pergi ini akan ditempatkan di dalam Syurga Allah SWT. Kerana kanak-kanak yang belum baligh tidak menanggung dosanya.
Tapi kita? Kita belum tahu kedudukan kita di Akhirat kelak.

Apa tindakan kita? Bagaimana untuk mengurangkan kes seperti ini. Ya, sekarang kita sedang berada di dalam situasi masyarakat yang perlu diubati. Kita sudah alpa daripada zaman untuk mencegah.

Paling tidak pun, pastikanlah sesiapa yang bernama perempuan di sisi anda supaya tidak menjadi fitnah lelaki. Tak kiralah isteri,adik perempuan, kakak, ibu, awek, tunang, jiran sebelah rumah dll. Cegahlah mereka daripada mendedahkan aurat.

Temanilah mereka se'syariat'nya. Lindungilah mereka.. Kerana fitrah lelaki yang menjadi pelindung bagi wanita... arrijal qauwmu an-nisa'... Continue Reading...

Read more...

Bercakap di khalayak ramai. PART 3

>> Thursday, September 20, 2007





Aku nak kongsi beberapa Tips untuk bercakap dikhalayak ramai;


1) Buatlah persiapan yang sewajarnya. Kalau anda mahu berucap dalam 30 minit, maka buatlah persiapan dalam masa seminggu. Pemidato yang hebat pun buat persiapan tau.


2) Pakailah pakaian yang lebih menonjol daripada audiens. Kalau boleh letaklah sebatang pen yang mahal di poket baju. Nampak macam tak de apa , tapi besar sumbangannya. Terutama kepada psikologi. Ianya ibarat seorang paglima perang yang mahu berperang menggunakan senjata . Cuba bayangkan jika senjata itu tidak ada. Pastinya panglima perang itupun lemah semangat untuk berperang.

3) Kekemasan itu penting , pakailah pakaian yang terbaik. Dan bentuklah rasa hormat diri tertinggi. Ianya bukan riak , tapi ianya lebih untuk memberikan keyakinan. Tapi kalau memang berniat nak riak , tak boleh cakap apalah.....


3) Cuba pandang terus kepada seorang atau dua orang audiens yang anda lihat seperti suka pada penyampaian anda. Pandang secara kerap. Ini akan menaikkan semangat anda untuk terus berucap.


4) Cubalah berucap dahulu di cermin , adili diri anda dahulu.


5) Yakinlah gugup ni bukan sesuatu yang anda akan rasa selama-lamanya. Mula-mula je.
Jadi kalau baru pertama kali atau jarang-jarang naik pentas tu , buatlah persiapan yang heavy punya. Jangan tiru orang lain , kemampuan masing-masing tidak sama. Itu sahaja.... Continue Reading...

Read more...

bersantun dalam menuturkan ilmu


Apabila menjelangnya bulan Ramdhan , YM aku telah dipenuhi dengan sebuah hadis yang berbunyi;

Malaikat jibril Menjelang Ramadhan

“Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.”

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak3 kali.


Apabila aku mendapat hadith ini , macam biasalah aku takkan forwardkan..
Aku bukan agen forward-memforward ni.. Mana tahu yang disampaikan itu fitnah , tak betul , hadith palsu dll maka secara automatiknya aku dapat sharenya sama.

Satu lagi ilmu itu disampaikan dengan adab dan diterima dengan adab , jadi faham-fahamlah...
Aku rujuk masalah ini di beberapa laman web yang thiqoh atau boleh dipercayai. Ternyata dari 400 kitab hadis yang disemak , hanya 24 buah kitab sahaja yang terdapat persamaan tetapi ianya tidak sama. Hadis yang dimaksudkan adalah;


ثُم رَقى الثَانية فَقال : ( آمِينَ ) ثُم رَقى الثَالثة فَقال : ( آمِينَ ) فقالوا : يا رسول الله سَمعنَاك تَقولُ : ( آمينَ ) ثَلاث مَرات ؟ قال : ( لَما رَقيتُ الدَّرجةَ الأُولى جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ، ثُم قَال شَقي عَبدٌ أَدرك والدَيهِ أَو أَحدَهُما فَلم يُدخِلاهُ الجنَّةَ . فَقلتُ : آمينَ . ثُم قَال شَقي عَبدٌ ذُكرتَ عِندهُ ولَم يُصلِ عَليك . فَقلتُ : آمينَ )

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”.

Para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.

Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “.

Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.”


( hadis ini diriwayatkan oleh tirmidzi, ibn hibban, Ahmad, Ibn Khuzaymah, Al-Hakim & disetujui oleh Az-Zahabi, Abu Yu'la, At-Tabrani dalam Al-Kabir & al-Awsat, At-Tayalisi, Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad, Ibn Al-Ja'd, )


Jadi pesan dari aku yang kurang ilmunya ini , berinteraksilah dengan hadith seperti mana para sahabat RA.

Ada 3 langkah;

[1] Menyelidik dan menyemaknya bagi yang berkemampuan.

[2] Bertanya kepada yang lebih mengetahui terutama mengenai ilmu hadis .


[3] Berdiam diri daripada menyebarkannya sekiranya tidak mampu melakukan kedua-dua perkara diatas sehinggalah telah jelas hujah bahawa ianya sahih dan selamat disebarkan.



Bukan apa , takut kita termasuk dalam golongan yang dimaksudkan dalam hadis shahih dibawah ;

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع

Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta dengan menceritakan apa sahaja yang dia dengar. [Sahih Muslim - hadis no: 5]

Dan ancaman yang menggerunkan daripada Rasulullah yang berbunyi;

Ancaman yang dimaksudkan itu adalah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار

Barang siapa yang berdusta atasku (yakni atas namaku) dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya (yakni tempat tinggalnya) di neraka. [Sahih Muslim – no: 3]

WallahuTaala'alam... Continue Reading...

Read more...

Bercakap di khalayak ramai. PART 2

>> Wednesday, September 19, 2007

Semasa aku bersekolah di sekolah menengah, aku tidak berminat dengan jawatan pengawas. Mana taknya, jadi Pengawas kena minta. Bukan macam masa aku sekolah rendah dulu , cikgu yang pilih.
Dan Pengawas dilabel sebagai 'poyo', ampu cikgu , dll . Orang tak respectlah, nak diringkaskan cerita..

Sememangnya masa aku sekolah menengah, aku tak tumpukan sangat tentang kepimpinan..
Dan aku lebih berusaha untuk jadi ulat buku dan score tinggi-tinggi dalam peperiksaan.
Prinsip ini aku pegang dan bawa ketika aku bertukar sekolah.

Tapi akibatnya keyakinan aku untuk bercakap dikhalayak tumpul. Tumpul yang amat sangat.
Sehinggakan pada suatu ketika , aku dikehendaki untuk membacakan doa pada perhimpunan hari Isnin. Kaki aku menggeletar , dan suara aku tak berapa nak sampai.
Dan ketika aku pernah menjadi imam subuh, perkara sama juga berlaku. Jangankan jadi imam, masa nak melaungkan azan pun lutut aku boleh menggeletar.

Seusai sahaja SPM aku memilih untuk belajar di ATMA. Aku pasti pilihan aku di sini mungkin tepat untuk membina balik keyakinan diri aku. Daripada orang yang tidak berapa pandai untuk bersosial (bukan bersosial secara melampau), aku sudah bolah bina kembali. Malah, aku juga sudah tidak takut untuk bercakap dikhalayak ramai.(Walaupun tidak seratus peratus keyakinan itu datang).

Masa aku praktikal di Lumut. Aku ditugaskan untuk memberikan ucapan ringkas kepada anggota lain-lain pangkat (Pegawai Waren kebawah).
Alhamdulillah, aku dapat hadapinya dengan tenang dan yakin. Walaupun ada kesilapan tapi aku tidaklah menunjukkan reaksi gelabah.
Sekarang aku masih dalam usaha untuk perbaiki keyakinan diri aku.
Aku pegang kata-kata Sukaerno (rasa-rasanya dia) ; "Seorang pemimpin itu dinilai pada apa yang diucapkannya dikhalyak ramai' Continue Reading...

Read more...

Bercakap dikhalayak ramai. PART 1.

Bercakap dihadapan khalayak ramai bukannya mudah.

Seingat aku , kali pertama aku bercakap dikhalayak ramai adalah ketika darjah 2.
Waktu itu aku menyertai pertandingan bercerita kisah teladan.
Setiap darjah dikendaki menghantar 2 wakil , macam mana entah cikgu boleh main letak je nama aku . Aku yang masih blur-blur je masa tu ikut jelah.
Waktu itu aku naik kepentas tanpa apa-apa persediaan. Tajuk cerita yang aku pilih adalah 'Sang Lembu dengan Buaya'. Aku pilih tajuk ni sebab aku suka tengok cerita kartun ni kat TV pendidikan yang start pukul 3 petang tiap-tiap hari sekolah.

Ha...ha.. aku boleh bercerita main sedap mulut je sambil sedang menyedut apa sahaja yang view yang aku ingat tentang cerita ni. Sedar tak sedar orang ramai gelakkan aku sebab aku bercerita sambil membuat gaya lembu yang bercakap...hehe


Semasa aku darjah 5 barulah aku bergerak 'serius' dalam bercerita.
Aku mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita kisah-kisah Al-Quran.. Waktu itu, barulah munculnya perasaan gementar. Aku dah tak macam darjah 2 lagi.
Hakikatnya aku seolah-olah sedang bercerita pada lantai...langsung tak tengok depan.. takut!..

Tapi, aku dah dapat keyakinan selepas mewakili sekolah dalam pertandingan Pidato, walaupun kalah tapi sekurang-kurangnya persembahan aku mendapat pujian.

Dan semasa darjah 6 aku dilantik sebagai Pengawas. (kali pertama dan kali terakhir aku jadi pengawas). Waktu itu barulah menonjolnya sifat aku yang tak gentar berucapa dikhalayak ramai.

Tapi keyakinan ini semua runtuh bila aku masuk sekolah menengah............... Continue Reading...

Read more...

Puasa..puasa..


Setelah agak lama tak update blog aku, alhamdulillah.. hari ni baru aku berkesempatan untuk menulis.
Beberapa blog yang aku jenguk, rata-ratanya memperkatakan tentang Ramadhan Al-Mubarak.
Rasanya, masih tak terlambat lagi untuk aku mengucapkan salam Ramadhan.

Suasana Ramadhan aku kat sini, agak meriah... Adalah nampak ke'Ramadhan'annya..
Apa yang Ramadhannya? Biasalah ada Bazar Ramdhan petang-petang depan blok aku ni. Tapi, aku takdelah berminat sangat nak menjenguk Bazar ni.. Menu sama je tiap-tiap hari. Lagipun aku lebih senang berbuka puasa di Masjid. Dapat juga aku mengerjakan beberapa sunnah Nabi SAW; Berbuka puasa dengan segera serta tidak berlebih-lebihan, lepas tu dapat menyegerakan solat Maghrib secara berjemaah dengan kadar segera. Ada satu lagi bonus tambahan aku dapat, rasa redho dengan rezeki yang Allah Taala beri dan sekaligus memberikan aku kekhsyukan solat Maghrib yang tidak sama dengan bula-bulan lainnya. Bagi aku, kekhusyukan Solat Maghrib dalam selepas 'Ifthar' adalah kemuncak dalam menyempurnakan ibadah Puasa.

Puasa disebut 'sauwm' dalam Al-Quran.. Allah Taala melatih kita berpuasa supaya jadi seperti seakan-akan sifat Malaikat.. Cuba bandingkan Malaikat tidak makan, tidak minum, tidak bernafsu, banyak ibadahnya dll.
Jadi inilah sebenarnya yang perlu kita ingat. Janganlah ketika berbuka, telah hilang segala sifat Malaikat terus bertukar sifat kepada rakan Syaitan. Melampau dalam makan, hisap rokok, bersembang samapi terlepasa waktu Maghrib dll.....Nauzubillah

Beringatlah, bejana yang paling dibenci oleh Allah Taala adalah perut yang penuh dengan makanan.
Ikutlah sunnah Nabi SAW, ruangan perut dibahagi kepada 3. 1/3 makanan, 1/3 minuman, 1/3 lagi udara.


Beberapa hari lepas aku jadi bilal untuk solat terawih. Aku sebenarnya berfikir berkali-kali untuk mahu jadi bilal atau tidak. Risau-risau, penyakit hati bernama riak muncul. Tambahan pula, selawat yang diisi diantara ruang-ruang solat terawih ni tidak terdapat dalam sunnah Rasulullah SAW. Tetapi setelah melihat beberapa orang junior aku yang bagus-bagus pembawakannya tapi agak kurang yakin dengan lantunan suara kita mengimamkan selawat, aku rasa aku perlu lakukan juga. Sudahku duga pasti ada pujian daripada rakan-rakanku.. Terima kasih rakan-rakanku, aku tahu diri kalian penuh dengan sifat keikhlasan. Tapi sememangnya diri ini kurang mampu untuk menahan penyakit hati.. Pergi..pergilah..penyakit hati, di dada ini sudah tidak ruang lagi untukmu..

Tapi yang bestnya sesi tadarus.. Siap on-air lagi, siapa yang tak biasa join..cuba-cubalah.. Jangan malu-malu kalau anda baca merangkak-rangkak, kerana anda perlu sedar bahawa orang yang tegur bacaaan anda itu dulu pun orang yang pernah baca merangkak-rangkak juga..

Inilah yang penting sebenarnya, Ramadhan adalah bulan sekolah untuk umat muslim. Bersekolahlah balik dalam ibadah..
Bagi yang tak biasa tepati waktu dalam bersolat..Cuba-cubalah.
Bagi yang tak biasa berjemaah, biasa-biasakanlah..
Bagi yang kadang-kadang membuka Al-Quran, kerapkanlah..
Bagi yang merangkak-rangkak untuk membaca, lancarkanlah..
Bagi yang mengafal cuma 3 Qul je dalam Al-Quran, tambah-tambahlah..
Biasa yang suka bersembang kosong, kurang-kurangkanlah dan isilah dengan banyak berzikir.
Pokoknya bulan sekolah adalah belajar dan bulan seterusnya adalah bulan praktikal.. Continue Reading...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP