Nasihat daripada sahabat tak baik kepada sahabat baik...

>> Thursday, November 22, 2007



Aku membaca sepotong ayat ini dipermulaan kalam..
Saranan dari seorang ustaz sebagai pembenteng daripada kemarahan.
Mudah-mudahan coretan ke bawah ini terhindar dari pengaruh nafsu amarah.

Aku ingin menasihati seorang sahabat.
Harap Yang Berbahagia beliau membacanya.
Andaikata entry dikatakan mengumpat, tidak..jauh niatku untuk mengumpat..
Mungkin bagi yang seangkatan mengetahui gerangan orangnya, namun bagi yang tidak seangkatan tetapi sama perjuangan menuju ke arah redho terimalah dengan hati lapang.
Entry ini adalah timbal balik nasihat antara aku dan sahabat baik.

Sahabat baik,
Hikmah adalah satu perkataan agung yang disemai di dalam sifat para Nubuwah.
Di dalamnya terkandung 5 ikatan sifat;
bijaksana, berani, amanah, menyampaikan dan benar.
Hikmah disaran.
Kenapa disaran?
Ianya amat berguna di dalam melakukan proses Tajdid atau perubahan.
Tanpa hikmah si Mujaddid atau pemimpin yang mahu membuat perubahan akan gagal.
Gagal di dalam kedua-duanya.
Dicemuh oleh orang ramai yang menentang dan tiada pengikut yang akan mengikut.
Bukankah Nabi Muhammad SAW itu contoh terbaik?
Sabar dalam dakwah dan tidak pernah terburu-buru untuk membuat perubahan atau mengadu tentang kedegilan kaumnya.
Bijaksana dalam menanamkan akidah dalam permulaan Islam dan menyebarkan hukum Islam di tengah-tengah perkembangannya.

Sahabat baik,
Terburu-buru adalah sifat gelojoh yang mendatangkan kerugiaan pada diri sendiri.
Teraniayalah orang yang tak sepatutnya teraniya.
Walhal orang teraniya kebiasaannya berlapang dada.
Dan dunia terasa luas oleh mereka
dek kerana sokongan daripada orang sekeliling yang mengadili.
Dan diri yang terasa benar walhal secara tak sengaja telah menganiya kerana kurang hikmah merasakan sempit sekelilingnya kerana cemuhan dan pandangan sinis umum.

Sahabat baik,
Tahukah anta apa itu kesempurnaan?
Mujaddid, Daei atau Pemimpin soleh tidak maksum seperti para Nabi Saw,
tetapi mereka sering mahu mencapai kesempurnaan dahulu.
Jika syariat Allah yang diperjuangkannya, maka mereka akan mematuhi syariat itu dahulu secara maksimum kemudian baru memperjuangkannya.
Dan jika ada yang memperjuangkan syariat ma'nusiawi mereka melaksanakan dahulu syariat ma'nusiawi itu dahulu dengan 'lengkap' baru melaksanakannya.
Dimanakah kesempurnaan seorang pemimpin yang mahu menegur orang yang melanggar satu juzuk daripada peraturan yang dia sendiri mungkin telah mengikutinya tetapi tidak berani menegur kesalahan besar sebab dia sendiri pun melanggarnya?
Contohnya; etika dewan makan(mungkin anta buat)
dantidak hadir ke latihan TTS(ana perasan yang anta pun sering ponteng).

Sahabat baik,
Jika mahu menjadi pejuang agama. Jadilah.. Tetapi jangan jadikan agama sebagai platform orang mengenali anta
Pengamal Islam tidak terletak hanya pada kekerapan dia pergi ke Masjid.
Atau pada kekerapan lantunan tilawahnya di corong speaker.
Atau kekerapannya menjadi Imam fardu atau solat terawih.
Atau kekerapannya menjadi bilal solat Jumaat.
Atau juga menjadi tekong Tahlil dan Yassin.
Atau komennya yang dirasakan betul tentang perkembangan Wahabbi di kampus.
Jika ini sudah cukup untuk anta melabelkan diri anta sebagai orang warak beragama, alim dan wajar dijadikan ikutan, anta silap!
Anta hanya membawa orang ramai jauh daripada agama!
Pengamal Islam itu sentiasa ikhlas.
Takut untuk menunjuk-nunjuk kehebatannya.
Seboleh-bolehnya mahu menyembunyikan amal ibadahnya(kecuali yang fardu kifayah).
Menghindarkan diri dari fitnah pujian manusia.
Tawaduk dan tidak bererti berjalan menunduk, tidak juga sombong dan takbur dengan pangkat tetapi sentiasa memilih jalan wasotiyyah.
Tidak hanya menasihati orang secara mulut di dalam masjid tetapi menunjukkan contoh secara amali di luar masjid.
Tidak juga memperkatakan perkara yang dia sendiri jahil tentangnya
Dan tidak tidak terlibat di dalam perdebatan yang dia rasa boleh menang dengan pengaruh orang atas.
Tidak juga bermuka-muka dengan orang atasan padahal mengumpatnya di belakang.
Tidak mencarut-carut apabila marah.
Sentiasa senyum, senyum itu tabarruj orang alim.

Sahabat baik,
Jika saranan di atas anta tidak ikuti,
maka sedarlah bahawa orang ramai hanya memandang anda sebagai seorang hipokrit.
Atau mungkin bahasa kesatnya 'berperangai Munafiq'!
Ana tidak mengatakan yang anta munafiq, tapi pengamalan ciri-ciri Munafiq.
Bukan Iktikadnya Munafiq, tetapi Munafiq dari segi amali.
(ana berani mengatakan, kerana mungkin ada juga pada diri ana..
tetapi ana cuba hindarkan..InsyaAllah)
Jika zaman salafussoleh dahulu Munafiq tidak diambil tindakan kerana dipenuhi ramai orang-orang soleh dan faham apa itu Islam.
Maka zaman ini yang sudah amat kurang orang-orang soleh, mungkin ana, anta atau sesiapa sahaja yang berperangai begitu kurang bernasib baik di mana hukumnnya seperti para Zindiq, Nauzubillah...

Sahabat baik,
Sedarlah kekuasaan manusia tidak lama.
Kekuasaan Allahlah yang kekal.
Dan Allah itu sebaik-baik penguasa kerana dia Maha Adil lagi Bijaksana.
Apabila anta berada di atas jangan sesekali pijak kepala orang berda di bawah,
kerana orang berada di bawah mungkin tidak ragu-ragu untuk pijak kepala anta bila mereka berada di atas.
Teringat kata-kata Prof. Hamka; "Jangan takbur! Siapa takbur pasti lebur!"

Sahabat baik,
Ana coretkan ini kerana ana sayangi seorang sahabat baik.
Ana mengaku ana pun punya silap, malah lebih tak baik daripada anta yang baik.
Dan ana redho jika anta tarik ana ke hukuman disiplin.
Kerana ana mahu menjadi seperti Amru bin al-'As redho dihukum qisas oleh Umar RA.
walaupun itu sahabatnya.
Dan ana mahu anta juga menjadi seperti Umar RA, menerima walaupun ditegur oleh seorang wanita di khalyak ramai.

Daripada seorang sahabat tak baik kepada sahabat baik...... Coretan berakhir pada jam 0820H bersamaan 12 Zulkaedah 1418H, 22 November 2007(Ulangtahun kelahiranku ke -21)...


5 comments:

Anonymous November 22, 2007 at 2:43 PM  

beshnyer...beshnyer..........

Anonymous November 22, 2007 at 2:44 PM  

huhu..salam rizal..mendalam sungguh maksudnya :D takpe2 mungkin aku tak kisah sgt pasal tak kena kat aku..tapi sbg ingatan utk yg lain2 dan diri sendiri..bnyk manafaatnya dari entri tersebut :D

Anonymous November 22, 2007 at 3:24 PM  

teguran daripada seorang sahabat kepada sahabatnya yang amat baik...

cume nak komen pasal tindakan disiplin ni.tindakan disiplin memang perlu dilaksanakan demi menjaga tahap disiplin yang tinggi di kalangan para penuntut universiti ini. walaubagaimanapun tidakan disiplin yang diambil perlulah mengikut beberapa garis panduan yang boleh memastikan sesuatu tindakan yang diambil itu dapat memberikan kesan positif dan diterima ramai. walaupun aku ni bukanlah manusia yang 'perfect' dalam bab-bab disiplin ni dan aku rasa semua orang tahu, aku tetap nak kongsi garis panduan yang aku petik daripada buku Supervision tulisan Samuel C. Certo ni agar boleh dijadikan penduan hidup kepada kita semua bakal-bakal pegawai ni dalam mengambil sebarang tindakan disiplin ke atas orang bawahan (takkan korang nk amik tindakan disiplin kat superior lak kan?)

sesuatu tindakan disiplin yang diambil mestilah:

1. dibuat serta-merta; serta-merta di sini bukan bermaksud terus memberi hukuman kepada pelanggar disiplin, tapi perlu didahului dengan nasihat/teguran pada kesalahan pertama, kemudian amaran dan selepas itu barulah hukuman. dengan syarat tindakan-tindakan ini mestilah diambil serta-merta,bukannya hari ini ada orang buat kesalahan,esok subuh baru nak buat.

2. beri tumpuan kepada menyelesaikan masalah yang tekini; bukan kesalahan-kesalahan lama pun nak ungkit time2 tu jugak atau kesalahan-kesalahan yang akan datang korang dah boleh agak dia nak buat apa.

3. pastikan emosi tidak mempengaruhi anda; semasa mengambil tindakan disiplin, janganlah melibatkan emosi kerana emosi boleh mempengaruhi tindak tanduk kita (silap-silap tanduk pun keluar mase tu)

4. tangani masalah disiplin secara peribadi; maksud di sini komunikasikan masalah disiplin seseorang secara berdua-duaan je dengan dia(bukan aku suruh korang buat maksiat),bukannya pergi tengking-tengking atau jerit-jerit depan orang ramai,tapi kalau hukuman dah dijatuhkan,memang kena public supaya menjadi pengajaran kepada yang lain,ok?

5. konsisten; ambil tindakan disiplin secara konsisten atau istiqamah(betul ke ni,kalau salah tolong betulkan),bermakna bukan hangat-hangat tahi anjing mahupun binatang lain yang seangkatan dengannya,tidak memilih bulu,apatah lagi memilih bulu kaki, dan melakukannya dengan sabar seperti kata rizal di atas ini...

sekian sahaja info yang aku dapat kongsi bersama rakan-rakan, dan aku rase macam aku dah ikut suka aku tambah entry kat blog orang ni..heheh..kalau ade salah silap,minta maafkan...

Anonymous November 22, 2007 at 5:33 PM  

Saya tidak mahu membela diri sendiri..
Apalah yang hendak dibela?
Perkara dah terjadi,alhamdulillah gaji saya tak dipotong pun sebab ini.
Saya rela pun kena kawad 4-6 jam, tak kisah sangat. Tetapi mungkin ada masalah sikit sebab masih berbaki 1 paper untuk keesokan harinya

Saya ikhlas menasihatkan sahabat yang juga rakan usrah saya.
Ada cita-cita yang sama pada perkembangan Islam di UPNM.
Tetapi saya nampak tindakannya yang betul tapi kurang berhikmah membuatkan orang ramai benci padanya.
Bagaimana dia hendak berdakwah jika orang sudah benci?
Itu yang saya maksudkan 'membawa orang jauh dari agama'.

Sedari semalam saya dihujani oleh rakan-rakan yang bersimpati dan tidak kurang juga yang mengutuk-ngutk sahabat baik ini.
Yang berani sikit-terus kutuk pakai YM.
Tetapi, saya cuba diam dan alihkan tajuk.

Saya sekadar menasihati, percayalah saya berat hati untuk upload entry ini.
Saya tahu yang membenci akan bertepuk sorak, memikirkan yang saya mungkin 'sekapal' dengan mereka.
Tetapi apalah yang saya dapat?
Hanya permusuhan antara saya dan dia...

Saya harap tiada yang berburuk sangka, cuba-cubalah berlapang dada...
Mohon maaf kalau ada yang terasa...

Anonymous November 22, 2007 at 6:20 PM  

all the best to u...

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP