Warak mengukuhkan yang syarak?
>> Tuesday, January 1, 2008
Assalamualaikum waramatullah hiwabarakatuh..
Segala puji bagi Allah SWT, di atas keagungan dan rahmatnya yang menganugerahkan kita nikmat Iman dan Islam.
Kita berlindung kepada Allah dari segala kejahatan jiwa kita dan dari keburukan amal perbuatan kita. Barangsiapa diberi hidayah oleh Allah, maka tidak ada satupun yang mampu menyesatkannya. Dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada satu pun yang mampu memberinya petunjuk.
Terima kasih kepada sahabat yang menampal artikel mungkin sebagai kontra ilmiah ataupun mungkin sebagai menegakkan hujah yang harus hukumnya memakai gelang tangan untuk tujuan perubatan.
Terus-terang saya nyatakan yang artikel asal Ustaz Abdul Kadir Ishak ini telah saya baca terlebih dahulu sebelum artikel Ustaz Zainuddin Hashim.
Artikel asal ini boleh di rujuk di:
1. http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=44594
2.
http://soaljawab.wordpress.com/2007/12/08/hukum-lelaki-pakai-gelang-untuk-perubatan/
Ini adalah text artikel.
Kandungannya menyatakan syarah hadis kitab Al-Musnad daripada Imam Ahmad..
Walaubagaimanapun jika si pembaca fahami betul-betul artikel ini.
Dan baca kesimpulan di bawahnya, maka si pembaca akan dapat 3 kesimpulan:
1. TIDAK HARAM berubat dengan gelang yang terbukti melalui kajian saintifik atau pengakuan individu yang berkelayakan dan boleh dipercayai agamanya.
2. Larangan memakai gelang yang dinamakan al-Wahinah di dalam hadith bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal.
3. Orang-orang yang menggunakan gelang atas sebab-sebab yang dibenarkan hendaklah memerhatikan yang mereka tidak sampai ke tahap yang dilarang seperti pembaziran dan menyerupai wanita dalam penggunaannya.
*Dan jika saudara bandingkan kedua-dua artikel ini. Saudara akan dapati kedua-duanya sepakat ianya membawa kepada haram jika TIADA BUKTI SAINTIFIK!
Dan saya pun ada minta seorang kawan untuk menilai hadis ini kembali.
Dia membaca syarah 'shaikh syuaib al arnout':
Ini textnya dalam bahasa Arab;
حدثنا عبد الله حدثني أبي ثنا خلف بن الوليد ثنا المبارك عن الحسن قال أخبرني عمران بن حصين : ان النبي صلى الله عليه وسلم أبصر على عضد رجل حلقة أراه قال من صفر فقال ويحك ما هذه قال من الواهنة قال أما انها لا تزيدك الا وهنا انبذها عنك فإنك لو مت وهى عليك ما أفلحت أبدا
تعليق شعيب الأرنؤوط : إسناده ضعيف
Dia tolong translate kepada saya(sebab saya tak pandai bahasa Arab), dan menyatakan sanad hadith ini dhoif.
Ini salah satu pendapat yang saya kutip.Ianya masih belum terhukum palsu dan tidak mutlak! WallahuTaala'alam...
Ok. Saya tidak mahu membincangkan tentang satu hujah sahaja.
Artikel asal daripada Ustaz Zainuddin Hashim saya hormati, saya percaya dia lebih arif begitu juga dengan Para ustaz yang menyatakan hujah lain.
Memang ada keterbukaan di dalam fatwa. Dan yang menilainya adalah orang-orang yang ada ilmu tentangnya sahaja.
Dan saya rasa tidak bijak untuk menampal sesuatu syarah hadis yang terdedah kepada betul salahnya untuk tatapan umum.
Saya risau orang ramai akan menjadi keliru.-Sangka buruk saya sahaja.
Saya menampal artikel ini, setelah mendengar kuliah Ustaz Azhar bin Yaakob di Masjid Jame' Kuala Lumpur bertarikh 28 Dis 2007, start kuliah pukul 1215 H bertajuk 'Pengharaman Gelang bagi lelaki.'
Dalam kuliahnya dia membawa banyak hujah. Bukan satu sahaja. Dan salah satunya adalah hadis tadi. Mungkin kemalasan saya hanya mengambil begitu sahaja artikel Ustaz Zainuddin Hashim(artikel pertama saya) membuatkan hujah ini tidak berdiri kukuh.
Dan juga atas dasar tidak mahu memeningkan pembaca yang bukan semuanya suka membaca matan dan syarah hadis.
Baik. Ustaz Azhar berhujah menggunakan dalil Tasyabuh(lelaki menyerupai perempuan).
Telah saya huraikan di artikel pertama. Dalil lain selain hujah Tasyabuh adalah tangkal yang membawa kepada hujah ulama'-ulama' yang menyatakan pemakaiannya haram.
*Dan saya fikir, kebanyakan daripada kita memakainya atas dasar berhias!
Berbanding sahabat ini yang mahu mengukuhkan pendapat gelang tangan ini terbukti berkesan dari segi saintifik dengan menyatakan dari fakta sains dari Dr UKM, terima kasih banyak2.
Bagaimana pula kalau saya bawa hujah yang menyatakan ianya tiada manfaat dari segi perubatan?
Saudara boleh rujuk di:
1.http://www.csicop.org/si/9807/magnet.html
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Magnet_therapy
3.http://www.edymium.com/new/web/articles.asp?cat=2
Dan saya rasa dalil perubatan dan sains tidak kukuh dijadikan hujah agama. Kelak jika ada penemuan menolak hujah perubatan dan sains ini, maka agama ini kembali dipersoalkan.
Dan saya baca, fatwa daripada Mufti Selangor:
Dibolehkan memakai gelang golf bermagnetik bagi tujuan perubatan sekiranya tidak menyalahi syara' dan ada pengesahan dari pakar perubatan.
Dan lain-lain hujah, semuanya berbalik kepada pakar perubatan.
Tetapi pakar perubatan yang bagaimanakah?
Sudah tentu daripada pakar perubatan yang yang berkelayakan dan Thiqoh(boleh dipercayai agamanya).
Dan jika ada pengesahan pun, tentunya ia bersifat khusus untuk sesorang individu dan bukannya bersifat umum-semua orang layak pakai.
Terpulanglah kepada saudara untuk menilainya. Bagi saya sendiri, jika ketetapan syarak telah mencondongkan kepada haram walaupun ada hujah untuk menegakkannya kepada harus.
Tetapi atas dasar warak, saya rasa perkara ini harus di jauhkan...
WallahuTaala'alam....
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...