Dimanakah letaknya butang merah itu?
>> Thursday, January 24, 2008
Perkara yang aku takuti menimpa diri adalah kealpaan tanpa sedar.
Tiada petunjuk untuk menunjuk.
Tiada papan arah untuk mengarah.
Akhirnya aku tiada butang merah untuk ditekan ketika kecemasan.
Aku melawat rakan-rakanku di sel sementara.
Mereka ditahan reman kerana dituduh mencuri.
Mereka melakukan perkara curi ini dengan menggunakan slogan;
'Mencuri daripada pencuri'.
Soalnya siapakah pencuri itu?
Aku agak sedih, ditengah-tengah ketidaktenteraman mereka,
masih ada lagi yang mempertahankan hujah dangkal;
"Aku bukan mencuri, aku ambik hak aku. Lepas tu aku ambil banyak bukan aku makan sorang je, aku kasi orang lain."
Lalu pantas aku menjawab;"Dosa telah berlaku apabila hati ini tidak tenteram dengan
perkara tersebut dan diri ini rasa resah gelisah dek kerana perbuatan tersebut.
Merayau pukul 2 pagi senyap-senyap tak nak orang lain tengok. Perbuatan berpahalakah itu?"
Difikirkan balik, adakah benar hak mereka telah dirampas?
Atau mereka telah merampas hak orang lain?
Aku sekadar mahu menasihat dan mententeramkan mereka.
Aku pandang walau apapun hukuman yang mereka jalani.
Itu sebenarnya adalah tanda Allah kasih kepada mereka.
Allah telah membuka pintu lembayung rahmatNya kepada mereka.
Jalan-jalan taubat itu luas. Dan ianya boleh dimasuki daripada pelbagai pintu.
Mungkin ini adalah salah satu pintunya.
Buat yang terselamat. Tidak semestinya selamat sekarang kalian akan
selamat selama-lamaya.
Celaka akan menimpa kalian jika kalian masih lagi alpa dan tidak sedar.
Bermuhasabahlah. Insafi diri dan perbuatan.
Disitulah terdapatnya butang merah itu!
Umar ra telah berkata;
"Lakukan muhasabah terhadap diri sendiri sebelum orang lain melakukannya terhadap diri anda, timbanglah dirimu sebelum orang lain menimbangnya, dan hiaslah diri anda untuk hari penampilan yang luar biasa."
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...