Mati katak vs Mati Syahid?

>> Sunday, January 6, 2008


"Nak jadi askar, jadilah askar yang taat kepada Allah dan Rasul." Seorang pak cik memberi nasihat kepada aku.

"Jangan mimpi nak mati syahid jika diri banyak terbabit dengan maksiat. Kalau mati dalam perang sedangkan diri masih bermaksiat itu mati katak namanya, bukan mati syahid." Dia menambah.

Subhanallah, tersentuh sekali mendengar nasihat pak cik ni.
Ya, kelemahan tentera Islam sekarang bukan disebabkan jumlah kita yang sedikit.
Bukan juga disebabkan peralatan perang kita yang kurang canggih.
Tapi atas kerana maksiat yang berleluasa di kalangan umat Islam.

Lihatlah surat yang dihantar Khalifah Umar Al-Khattab pada Sa'ad bin Abi Waqqas, ketua turus tentera ketika itu yang sedang daalm operasi jihadnya;

Sesungguhnya aku memerintahkan kepada kamu wahai Saad! Dan juga mereka yang bersama-sama kamu supaya bertaqwa keapda Allah s.w.t. dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya bertaqwa keapda Allah s.w.t adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sekuat-kuat tipu daya dalam peperengan. Aku memerintahkan kepada kamu dan mereka yang bersama kamu supaya lebih menjauhi maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam lebih aku takuti dari musuh-musuh Islam.

Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan dari Allah s.w.t. disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh. Jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada kekuatan bagi orang Islam.
Jumlah bilangan tentera kita jika mahu dibandingkan dengan pihak mushu adalah terlalu kecil. Begitu jugalah dengan persiapan serta kelengkapan pertahanan kita jika hendak dibandingkan dengan pihak musuh. Kita tidak sekuat mereka. Maka, jika amalan serta tingkah laku kita sama dengan pihak musuh dalam melakukan maksiat , nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak musuh.


Jika kita tidak mendapat pertolongan dari Allah s.w.t. ke atas musuh-musuh ini, sudah pasti kita tidak akan dapat menanndingi kehebatan mereka. Ketahuilah!!! Bersama kalian ada malaikat yang menjaga keselamatan dan mereka adalah wakil dari kerajaan Allah s.w.t
Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan maka hendaklah kamu merasa malu terhadap apa yang ingin kamu lakukan dan janganlah kamu berkata, "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, mereka tidak akan mengusai kita meskipun kita sama-sama melakukan kejahatan." Kemungkinan kaum yang mengusai mereka adalah lebih jahat daripada mereka, seperti pengusaan ke atas Bani Israel apabila mereka mengetahui kemurkaan Allah kafarah kepada majusi.


Firman Allah SWT yang maksudnya;


"
Maka apabila sampai masa janji(membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua(kederhakaan) itu. Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang gagah dan admat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau(membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku."

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP