Kasut kotor...
>> Saturday, January 5, 2008
Aku belek-belek kasut sukan aku hari ni.
"Habis penuh lumpur!"
Semalam.
Aku main hoki kat padang, masa tengah bawa bola boleh terpijak lumpur.
Tergelincir pula. Aku tak pakai kasut turf masa tu. Pakai kasut jogging je.
Memang padanlah kalau terjatuh.
Aku tonyoh....
Tonyoh....
Ikut hati, nak sumbat je dalam mesin basuh.Tapi takut jahanam pula mesin basuh tu.
"Susah juga nak tanggal kesan lumpur ni..."
Hmm..Aku berfikir sejenak.
Senang betul kalau nak bagi kotor pakaian.
Tapi nak cuci dan kembali bersihkan seperti sediakala memang sukar.
Aku fikir tentang buat dosa.
Ye lah, nak buat maksiat, nak buat benda lagho, nak buat dosa.. Senang je.
Tapi, nak cuci dosa..
Subhanallah..Tidak tenteram rasanya hati.
Diburu rasa bersalah yang bertalu-talu.
Risau,bimbang, takut-takut Allah tak maafkan dosa.
Takut-takut Allah tarik hidayah ini.
Kalau kat rumah masa kecil-kecil dahulu, balik petang-petang habis baju comot.
Walaupun mak berleter, mak tetap basuh baju tu.
Sental elok-elok. Sidai sampai kering. Lipat cantik-cantik.
Akhirnya kembali bersih seperti sediakala.
Mulia betul mak. Pengasihnya mak.
Macam tulah aku nak kaitkan kita dengann Allah Taala.
Jika mak yang melahirkan kita mempunyai tahap kasih yang luar biasa.
Bandingkan Allah Taala yang menciptakan kita,menjadikan kita dan mak kita, mustahil rasa kasih ini tiada langsung. Sedangkan Allah itu Maha Pengasih.
Aku memperingatkan diri.
Allah itu At-tawabb.
Maha penerima Taubat.
"Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan."
Asy Syuura,25.
"Ya Allah,Tiada Tuhan Selain Engkau! Sesungguhnya aku termasuk orang yang zalim.!"
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...