Solat Maghrib, jangan sia-siakannya...
>> Friday, January 4, 2008
Kadang-kadang aku merenung kembali persekitaran sekeliling pelajar-pelajar Universiti ku.
Mungkin aku terlalu baik sangka.
Menyangka bahawa semua makhluk Islam yang telah dewasa di sini, tahu
menunaikan tanggungjawab Islam mereka yang sebenar.
Kadang-kadang aku hairan. Semuanya berkelayakan untuk menjadi pemimpin di sini.
Tetapi, pemimpin bagaimanakah yang mereka mahu jadi?
Pemimpin yang disukai Pegawai atasan tetapi dibenci orang bawahankah?
Pemimpin yang hanya mengikut segala tradisi yang ada di tempat kerja merekakah?
Aku rasa tidak cukup. Mungkin akan berjaya, tetapi gagal mengimbang antara keduanya.
Gagal mengimbang antara Tempat Kerja dan Keluarga.
Gagal mengimbang antara Jasmani dan Rohani.
Gagal mengimbang antara Amanah Allah dan Arahan Boss.
Adakalanya aku tidak beri'tikaf di masjid di antara selang waktu Maghrib dan Isyak.
Langkah ku menuju ke bilik.
Bawah blok ku ada Kafe. Aku lihat lebih ramai mereka yang 'beriktikaf' antara
sela waktu Maghrib dan Isyak di sini.
Ada pula yang masih berbaju sukan. Masih berseluar pendek baru lepas main
bola. Sudah tentu aku tidak boleh bersangka baik bahawa si folan itu telah solat Maghrib.
Kalau masuk Maghrib pukul 7.15. Maka tidak menjadi kehairanan bagi
mereka jika tidak menunaikan solat Maghrib walaupun jam sudah menunjukkan
pukul 8.00pm.
Apakah definisi sebenar solat kepada mereka?
Sebagai amalan tradisikah?
Boleh dikerjakan dalam keadaan malas?
Boleh ditangguh-tangguh waktu sehingga hujung waktukah?
Dikerjakan atas dasar malu kepada rakan-rakankah?
Kalau begitu tidaklah sampai motif solat itu.
Sebagaimana yang diingini oleh para Salafussoleh,
Tujuannya untuk mendapat khusyuk dalam solat.
Dari khusyuklah baru lahirnya berkat lain hasil daripada solat.
Membuahkan pahala, memurahkan rezeki, mencemerlangkan diri,
menghidarkan maksiat dll.
Hairan adakah mereka tidak tahu waktu akhir solat Maghrib?
Seminit 2 sebelum Isyakkah?
Tak tahu?
Kalau tak tahu, bagaimana boleh berani solat di akhir waktu?
Solat Maghrib adalah solat ketika terbenamnya Matahari.
Waktunya amat singkat.
Ada pendapat yang menyatakan selagi ada cahaya merah di kaki langit.
Waktunya sekitar 35 minit sahaja. Atau mungkin lebih pendek daripada itu.
Selagi tidak hilang cahaya merah di kaki langit.
Kita balik kepada hadis shohih:
Hadis: “Waktu maghrib ialah selagi tidak hilang syafaq (mega merah)”. -HR Muslim.
Hadis: “Waktu maghrib ialah apabila terbenam matahari selagi tidak jatuh mega merah”. -HR Muslim.
Dan juga umum hadis: “Bukanlah kecuaian pada tidur. tetapi kecuaian ialah
seseorang yg tidak bersembahyang sesuatu solat hingga MASUK WAKTU
SOLAT LAIN”. -HR Muslim.
Memang ada pendapat mengatakan waktu maghrib luput lebih awal, iaitu:
waktu maghrib ialah setakat waktu untuk bersuci, bersedia, dan solat termasuk qabliyyah dan baadiyyah. Selepas itu, habis waktunya walaupun belum masuk waktu isyak.
Inilah pendapat sebenar Imam Syafie dalam qaul jadidnya.
Tetapi pendpat ini ditinggalkan oleh muhaqqiqeen mazhab kerana bersalahan
dgn hadis2 sahih.
Kata Nawawi: Apabila diketahui hadis2 sahih, maka WAJIBLAH berpegang
pendapat ini secara pasti, ditambah dengan kaedah imam syafie:
Apabila sahih sesuatu hadis, maka itulah mazhabku. Majmuk 3/30.
Bersegeralah solat Maghrib sahabat-sahabat...................
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...