Secangkir Tazkirah buat diri..

>> Thursday, January 24, 2008




Handset aku dah buat masalah.
Kerap sangat terpadamnya. Macam minta ditukar baru.
Tapi sorilah selagi boleh guna, aku guna.

Di tangan ku ini tergenggam handset model Nokia 3100.
Aku beli by hand daripada kawan aku seawal bulan jun 2005.
Aku ada sifat yang aku sendiri amat kagum.
Aku tak rasa dengki dengan harta orang lain.
Tapi aku dengki dengan kejayaan orang lain. Lain makna tu.

Apabila kawan-kawan aku beli handset baru.
Aku meraikannya. Yelah, orang suka kita pun sukakanlah.
Tapi tak bermakna aku suka aku nak.
Sebab belum tentu perkara yang aku nak menjanjikan kebahagiaan.
Dan aku kena beringat yang tempat yang aku nak, semua boleh dapat hanyalah di Syurga.

Kadang-kadang aku aku jadi jelek dan meluat apabila
berada dikalangan rakan-rakan yang suka sembang bab harta.
Daripada sebesar-besar kejadian sampailah sekecil ciptaan manusia itu dikaguminya.

"Wow, kereta evo!"

"Waa, handset ko mahal ni! Bak sini tengok."

" Ducati..Ducati tu..."

"Fuiyyo..Laptop kau.."

Juga rakan-rakan yang semangat bercakap bab bola.

"Terer gila si Ronaldo tu."

"Aku dah kata dah Man U pasti menang."

Apakah aku tak ternafsu dengan semua itu?
Sungguh aku pun manusia biasa. Punya hawa nafsu.
Punya keinginan. Jika ditabur di depan mata, mungkin aku pun gelojoh merebutnya sama.
Juga diajak melihat bola. Kadang-kadang aku tengok sama.
Tetapi berpada-padalah!
Pujilah tapi jangan melebih!
Sanjunglah tapi jangan melampau!
Kaedahnya mudah, melampau merosakkan sistem.
Jika antum letak sabun berlebih-lebih dalam mesin basuh, lama-kelamaan boleh rosak mesin basuh tu tau...
Melampau pada perkara yang bukan hak? Dirisaukan merosakkan iman.

Tapi alhamdulillah. Aku boleh elak semua itu selagi mana aku berada di kalangan kariah masjid.
Menghabiskan hampir seluruh keperluan percakapan hanya untuk perkara berguna.
Lebih baik aku mengenali jenis-jenis kitab hadis dan tafsir daripada aku sibuk mengejar jenis-jenis handset yang keluar di pasaran.
Lebih baik aku kagum mendongak langit melihat awan ciptaan tuhan daripada melihat sekali imbas kereta mewah yang menyusur di pertengahan jalan.
Lebih baik aku menangis dan ketawa mendengar dan mendendangkan kisah Nabi SAW dan sahabah daripada aku sibuk duk membelek majalah bola untuk menggilai pemain-pemain sensasi zaman kini.

Dunia tak lama Syeikh!
Sebagaimana mustahilnya antum nak bina rumah kediaman di atas amukan ombak
lautan mengganas. Begitulah mustahilnya harapan antum nak bina kehidupan kekal di dunia ini.

Sufyan Ath-Tasuri meriwayatkan bahawa Nabi Isa as berkata:
"Tidak dapat tegak (bertemu) cinta dunia dan cinta akhirat dalam hati seorang mukmin sebagaimana air dan api tidak dapat tinggal dalam satu bejana."

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP