Bervariasi dalam jemaah

>> Monday, January 21, 2008



Apabila memperkatakan tentang kedudukan dunia Islam, ramailah yang bangkit dan mengemukakan pendapat.
Tak terkecuali aku?
Aku cuma duduk dan dengar sahaja.
Jaga hati kawan, menyampaikan sedikit apa yang aku tahu.
Tapi takdelah sampai aku nak buat-buat tahu.

"Ish, aku geram betul dengan Bush tu."

"Kesian umat Islam kat Palestin."

"Umat Islam kat Iraq."

Ya, sekurang-kurangnya aku lega sedikit.
Masih tinggal sensitiviti di kalangan umat Islam ini.
Hatta, jika seseorang itu tidak solat, banyak fasiknya.. Tetapi atas nama Islam sahaja mereka masih punya sensitivitinya.

Manakan tidak, nafikanlah apa jua. Manusia sentiasa menginginkan jemaah.
Buat apa pun nak berjemaah.
Nak jadi follower kena ada jemaah.
Nak jadi pemimpin pun kena ada jemaah.
Nak main bola dalam jemaah.
Gotong Royong pun berjemaah.
Malah di dalam jemaahlah semangat bersatu itu dilaungkan.

Dan umat Islam itu sama ada dia solat atau tidak, hisap rokok atau tidak, kaki maksiat atau tidak dia masih mengaku yang dia masih dalam kelompok lingkungan Islam.
Masih mahu merayakan AidilFitri.
Masih mahu jasad mereka apabila mati dikebumikan secara Islam.
Masih ada gentar kepada balasan tuhan.
Pendek kata seteruk mana manusia bernama Islam kita sebenarnya masih lagi menginginkan lindungan kelompok Masyarakat Islam.

Setiap manusia mempunyai naluri ingin berpuak-puak, ada pengaruh dan ada kekuatan sendiri. Agak malang apabila semangat ini disalirkan ke tempat lain. Ke JSM(Jemaah Songsang Malaysia). Lalu wujudlah JSM yang tidak punya ideologi jelas.
Mencedok segala-galanya atas nama memberontak.

Kamilah Jemaah Punk Malaysia.
Kamilah Jemaah Rempit Malaysia.
Kamilah Jemaah Hip Hop Malaysia.
etc...

Agak malang, mereka menyalurkan semangat berjemaah ini ke tempat lain.
Sedangkan Jemaah yang ditubuhkan atas nama Islam dan Dakwah amat memerlukan mereka ini.
Tidaklah ahli Jemaah hanya dihuni oleh golongan 'ustaz dan ustazah' sahaja.
Jemaah ini memerlukan sesorang yang ganas. Berbadan tegap. Ala-ala Rockers, Petah berkata-kata.
Wanita yang ala-ala tomboy dan lelaki yang agak-agak lembut.
Semua ini perlu kita tarik dan garap menjadi ramuan yang utuh lagi berviarasi demi kepentingan dakwah.


Kita lihat ais kacang. Apakah dengan meletak Ais dan Kacang sahaja ianya sudah sedap?
Masih juga dicampur air gula. Masih juga perlu perwarna.
Jadi mengapa dibiarkan Jemaah dihuni oleh orang yang nampak berpewatakan Islam sahaja.
Dan berpewatakan Islam bukanlah hanya dipandang pada orang berkopiah putih sahaja, wanita bertudung labuh sahaja.
Tetapi semua pihak yang ada potensi dalam memantapkan Jemaah itu.
Tidak kiralah kaki samseng jalanankah, wanita tidak bertudung, lelaki berseluar 'steng' etc...

Kerana kita perlu sedar yang kita ini asalnya daripada tanah.
Dan hakikat tanah itu bersatu daripada pelbagai unsur pasir, batu dan lumpur.


1 comments:

Anonymous May 6, 2008 at 5:26 PM  

Good issues.

Ahli jemaah sama sekali tak boleh di'monotonous'kan. Semua sama fesyen, sama personaliti..oh, come on! Allah menjadikan kita berbeza, kerana setiap perbezaan dalam kejadian itu ada hikmah. Lain daie,lain persona, lain audience yang lebih mudah untuk dia dekati.

Saya sangat-sangat against idea menjadikan semua ahli jemaah sekata. That is soo not realistic.

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP