Selamat Tinggal AAN?
>> Thursday, January 17, 2008
Aku bukanlah orang terlayak untuk mengulas.
Juga bukan diminta untuk mengulas.
Tapi, aku tetap mahu mengulas..aku sedih.
(Ketika menaip ni aku tengah menghayati alunan piona David Lanz berjudul Return to My Heart)
Sudah agak lama aku tidak berkunjung ke laman web Al-Ahkam.net.
Tapi kerana agak lama juga inilah yang membawa kepada perpisahan selama-lamanya(mungkin)..
Umum jejari ini mendapat isyarat daripada otak bahawa jika online je.. Buka dulu 3 laman web ini..
1.SaifulIslam
2.Zaharuddin.net
3.msrizal.blogspot.
Tetapi semalam, selepas puas menendang dan menerajang bola futsal di waktu petang hari, aku membelek-belek SaifulIslam.. Satu artikel yang menggemparkan diriku.. Al-Ahkam.net telah ditutup!
Sejarah Al-Ahkam bagi diriku adalah pada tahun 2005 aku telah diserang dasar kekaguman kepada tokoh agama yang telah menjadi Mufti Perlis sekarang.
Ceramah pertama yang aku tonton(senior aku buat tayangan) adalah ulasan beliau berkenaan hadis palsu. Disusuli pula oleh Debat Astora dan Dr Asri.
Kemudian muncullah pula isu Wahabbi.
Ketika itu ramai orang bertanyakan pada aku apa itu Wahabbi.
Lalu merangkak-rangkaklah budak surau yang tak berapa nak tau ni mencari sumber.
Alhamdulillah, ada rakan menyuluh fikrah. Dicanangkan kepada ku laman web Al-Ahkam.net.
"Ko bukalah laman tu... Anak Zainul Abidin tu pun ada." Rakanku memberi saranan.
Bermula dari itulah aku menjadi pengunjung setia laman web ini.
Aku daftarkan diri. Cuba berdiskusi dan bertanyakan soalan.
Aku guna nick name 'ghulam' .. Sememangnya aku masih 'budak' lagi dalam berilmiah.
Al-Ahkam.net bagiku adalah penerang fikrah. Memperkenalkan aku pada kitab-kitab.
Pada ustaz-ustaz kotemporeri.
Tapi lama kelamaan aku sedar ada satu kekosongan dalam diriku. Dalamanku!
Kebanyakan forum di dalam Al-Ahkam.net yang bertitle kontroversi membawa diriku kepada sifat suka berdebat atas nama ilmu.
Juga terkadang berburuk sangka kepada jemaah lain yang bertitlekan Tabligh dan Tarekat.
Entahlah ini pasti kesilapan diriku sendiri!
Hasilnya aku membawa diri ini ke laman web Saiful Islam. Cuba memahami fikrah Ustaz Hasrizal. Juga kewujudan laman blog ini adalah selepas aku tertarik dengan cara pembawakan Ustaz Hasrizal di dalam blognya.
Lantas aku jadikan beliau mentor dalam diam.
Dan aku jadi gembira apabila beliau pernah melawat laman blog ku ini.
Walaubagaimanapun, aku masih sayangkan Al-Ahkam.net.
Nyata kedukaanku ini dikongsi bersama oleh ramai anak-anak muda yang cintakan ilmu pengetahuan.
Tidak keterlaluan untuk aku katakan, Al-Ahkam.net menjadi Universiti tak rasmi bagi anak-anak muda yang baru atau sudah lama mendapat kesedaran Islam.
Apa-apapun Syukran Jazilan. Jazakallahhu Khairan kathira...buat semua moderator Al-Ahkam.net...
(Artikel berakhir dengan alunan piano oleh Eric Tingstad berjudul Madrona-semuanya beralun sedih tapi macam ada sinar di hujungnya.)
1 comments:
Al-Ahkam dah ada balik la bang...
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...