sepinggan maaruf berlaukkan mungkar

>> Friday, January 25, 2008


'Hidup Susah Mati Pun Susah'..
Slogan ini aku biasa dengar daripada orang yang mengeluh.
Kehidupan yang sentiasa dirundung susah. Ditimpa malang. Dijenguk payah.
Soalnya, apakah individu itu sahaja yang merasa dirinya susah.?
Fikir kita, adakah ada orang di dunia yang tidak ditimpa payah?
Atau adakah jalan untuk merasa senang di dunia?

Sungguh tiada individu seperti itu di dunia.
Tiada individu yang merasa senang dengan keselesaan dunia.
Dunia bukanlah tempat sebegitu untuk hamba Allah.
Dan pada jalan dakwah, apabila jalan ini terasa senang maka ada sesuatu tak kena dengannya.

Terkadang timbul perasaan selesa dalam diri dalam membawa agama ini.
Fikir-fikir dengan hanya mendengar, membaca dan melakukan apa sahaja yang berkaitan Fadhail Amal terasa diri sudah mampu masuk syurga.
Melakukan solat, berpuasa dan menunaikan amal ibadah sudah mampu masuk syurga.

Teringat kata-kata Al-Muslim Al-Khawani;
"Pendakwah yang tidak ditentang kerana dakwahnya maknanya dia bukan berdakwah pada jalan Allah."

Ingatlah diri dengan amaran Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 214.

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?
Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah,
sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. "

Ya, Islam itu bukan hanya terletak pada perkara yang maaruf sahaja.
Bukan tertegak hanya dengan mendirikan solat sahaja.
Tetapi Islam ini bermula dengan peringatan!
Peringatan akan ancaman Allah SWT kepada manusia yang tidak mentauhidkannya.
Ajakan kepada Islam dengan menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah kepada yang mungkar.

Sebab itu wahyu yang kedua diutus kepada Nabi SAW adalah menyuruh baginda bangun daripada selimut dan memberikan peringatan.

"Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan! "
Surah Al Muddatstsir ayat 1 dan 2.

Allah SWT tidak memerintah supaya Nabi SAW bangun lalu memberikan berita kebaikan.
Tetapi Allah SWT menyuruh Nabi SAW bangun untuk memberikan peringatan!

Oleh itu, tidak layaklah diri ini digelar Daei dengan hanya mengajak orang kepada kebaikan.
Tetapi meninggalkan terus peringatan mungkar!
Sesungguhnya memberi peringatan adalah kerja berat. Tak seberat mengajak orang kepada kebaikan.
Kerja yang benar-benar
memberikan cabaran. Kerja yang telah diamanahkan kepada Nabi-Nabi dan Rasul terdahulu.
Berapa ramai orang yang dibakar hanya kerananya?
Berapa ramai pula orang yang dihumban ke dalam minyak panas menggelegak hanya kerananya.
Dan berapa ramai pula orang yang digergaji di kepala hanya kerananya.
Para-para Nabi,Rasul dan Sahabat telah membuktikannya melalui pengorbanan harta, masa, keluarga dan darah.

Sungguh telah sesatlah diri ini daripada jalan dakwah jika hanya mengajak kepada yang maaruf. Dalam masa yang sama membiarkan yang mungkar berlaku.

Lihatlah kepada kalimah Lailahaillah..
Perkataan La'(tidak), membawa erti yang kita perlu menolak segala pengabadian, segala sembahan, segala kepercayaan, segala Tuhan. Kecuali! Kepada Allah!
Ya, Islam bermula dengan pembasmian.
Tiada campur aduk antara jahat dan baik dalam Islam. Runtuhlah masyarakat Islam jika hanya yang ada di dalamnya orang yang mengajak kepada kebaikan, tidak mencegah kepada mungkar.

Lihatlah pada peristiwa Fathul Makkah. Bukankah perkara pertama yang Nabi SAW lakukan adalah membuang segala patung berhala di dalam dan di luar Kaabah? Selepas itu barulah Bilal melaungkan azan. Bukankah ini juga bukti Islam ini tertegak dengan pembasmian yang mungkar dahulu? Kemudian barulah mengajak orang ramai ke arah kebaikan.

Oleh itu kepada sesiapa yang mendakwa kita hanya perlu mengajak kepada orang kepada kebaikan kerana dengan ini sahaja mereka akan menolak kejahatan sebenarnya telah menolak apa yang terkandung di dalam Al-Quran.



...(yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.

Al Hajj. Ayat 41.

So, berjemaahlah.. Tapi ketuk-ketuklah pintu bilik member yang tak solat lagi tu.
Bergelak ketawalah, tapi jangan lupa ingatkan mereka tentang kematiaan.
Berpada-padalah dengan Ikhtilat selagi tiada keperluan penting.
Laranglah daripada orang menipu dan berkata-kata kesat.
Wahai diri, bangun dan cegahlah kemungkaran!

3 comments:

Anonymous January 27, 2008 at 7:17 AM  

hare nyer beruk....

Anonymous January 29, 2008 at 12:30 AM  

mana lebih afdal antara amar ma'ruf dengan nahi munkar? tlg jelaskan!!

MS Rizal January 30, 2008 at 8:40 AM  

Kedua-duanya...Ianya perlu balance.
Tidak bernama dakwah hanya mencegah yang mungkar tetapi tidak mengajak yang maaruf.
Juga tidak dinamakan dakwah jika hanya mengajak yang maaruf dan beranggapan bahawa perkara mungkar akan terhindar sendiri melalu amal maaruf.
Tetapi, ramai yang melakukan yang sedemikian, termasuk diri saya mungkin.

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP