Meletakkan Israk dan Mikraj pada tempatnya
>> Thursday, July 31, 2008
Adakah ustaz yang canggih bermaksud ustaz yang menggunakan laptop di dalam khutbahnya? Menerangkan hukum hakam agama dari sudut sains?
Mata merenung, otak menterjemah, akal berputar dan mulut mahu memperkatakannya.
27 Rejab sana sini masjid dan surau bergendang mengalunkan irama Israk wal Mikraj.Dan di dalam itu jualah kisah-kisah Nabi SAW berjumpa dengan situasi-situasi masa hadapan yang dilihat secara ghaibah di perjelaskan.
Skrip lama diulang semula. Ye lah manusia kan sering lupa!
Nampak hebat ustaz ini, menerangkan sudut cerita ini dari pengamatan sains. Sains itu bukan agama. Tetapi mahu diagamakan sains itu. Dalam keghairahanmengamalkan sains itu sebenarnya satu penolakan logik akal dimasukkan. Ah, apa yang tak kena dengan logik akal?
Sebenarnya, tidak ada yang tidak kena. Cuma Sains bukanlah faktor penentu hukum. Seseorang yang sedaya upaya menerangkan bahawa asbab Anjing itu diharamkan dagingnya kerana mempunyai cacing pita. Namun jika sains dapat memisahkan cacing pita tersebut, adakah hukum ini tertolak?
Begitu juga dengan daging Babi yang dikatakan punya kuman-kuman khusus dan bahaya seperti Porcine Torovirus, Porcine Rotavirus (Variant 4F), PRRS(Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus) dan H3N2 Swine Flu Virus. Jika berjaya dimusnahkan kuman-kuman ini, adakah hukumnya tertolak?
Tidak!
Pokoknya...Sebenarnya..Saya sukakan penceritaan sirah.
Bagaimana mahu menghubungkan antara agama dan dunia semasa. Biar pelajar sahaja yang mengolah. Ceritakan pengajaran untuk kepentingan jiwa dan pembawakan dakwah.
Tolonglah ustaz..
Tolonglah ceritakan saya kisah sebelum Israk Mikraj berlaku. Ceritakan bagaimana kisah ini cukup mempengaruhi jiwa Rasulullah untuk medan dakwah seterusnya.*Berjalan keluarlah Nabi SAW bersama-sama Zaid bin Harithah ke Thoif. Suku Thoqif di Thaif yang subur dan iklim sederhana itu. Medan luar yang mahu diuji kestrategikan dakwah Nabi SAW.
Tetapi bukan sambutan yang diperolehi, balingan batu dan pukulan. Seluruh negeri Thoif tidak menerima. Itulah sebenarnya risiko berdakwah di negeri yang kaya namun meminta perlindungan daripada kabilah Hawazir dan Quraisy.
Nabi SAW berdoa menunjukkan kesedihan....
Terdengarlah doa itu ditelinga Syaibah dan Utbah (kedua-duanya anak Rabiah) pemilik kebun anggur. Merasa kasihan lalu mengutus pembantu bernama 'Addas membawakan anggur kepada Nabi SAW. Ucapan Bismillah terucap di bibir Baginda sebelum menjamah.
Addas terkejut dan mengatakan perkataan itu ganjil dan tidak disebut kaum berdekatan. Nabi bertanya dan 'Addas menjawab. Rupanya 'Addas berasal dari perkampungan Yunus Bin Matta(Nabi Yunus).
Tolonglah ustaz, ceritakan lagi...
Pulangnya Nabi SAW dari Thoif, Allah SWT menghadiahkan hadiah. Jin beriman dengan Nabi! Kemudian Mut'in melindungi Nabi SAW memasuki Makkah, walhal Mut'in tidaklah beriman.
Penindasan orang Makkah, kewafatan Khadijah dan Abu Tholib, penghambatan orang Thoif mengundang kesedihan kepada diri Nabi SAW. Lalu kuasa Allah SWT menghadiahkan Nabi SAW Israk Mikraj. Hadiah yang besar ertinya bagi seorang Daei agung. Dibawa dan melihat, berjumpa dengan para Rasul dan pengalaman Nabi-Nabi terdahulu yang telah melalui dakwah ini dengan keperitan.
Melihat keagungan dan kebesaran ayat-ayat Allah.
Semangat inilah yang membawa kepada wawasan baru sebuah negara Islam sejurus selepas peristiwa Israk Mikraj. Tidak ditabalkan sejurus selepas perlantikan sebagai Nabi dan Rasul, tetapi selepas tempoh 13 tahun.
Apa yang jadi selepas itu?
Ummu Hanni meminta tidak diceritakan, bimbang keselamatan Nabi SAW. Namun Nabi menceritakan dengan ceramah tajaan Abu Jahal. Lucu! Tak masuk akal! Mengambil pasir diletakkan di atas kepala! Bayangkan satu malam ke Masjidil Aqsa dan naik ke Siddratul Muntaha. Seluruh media-media Makkah menghentam.
Muncullah Abu Bakr membenarkan! Aneh, tetapi itulah Abu Bakr! Jika kita berada di situasi demikian? Belum tentu lagi! WallahuTaala'alam.
Seorang yang menegakkan kebenaran. Sesungguhnya ujian, tohmahan dan fitnah sudah tertimpa kepada Nabi SAW dahulu! Tidak peliklah jika berlaku pada yang menegakkan kebenaran. Fitnah, aniaya, dituduh liwat! Ops! Mainan propaganda media bukan pematah kebenaran!
Jika tidak mahu ceritakan ini ustaz, boleh sahaja ceritakan hubungan Israk Wal Mikraj ini dengan PALESTIN!!!
-------------------------------------------------------------------------
*Kisah ini di salin dari ceramah Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin beberapa tahun dahulu mengenai Israk dan Mikraj.
2 comments:
sekadar pandangan...berlapang dadalah terhadap ilmu yang disampaikan. Di satu tahap kita seperti telah meletakan satu persepsi atau expectation terhadap apa yang kita ingin dengar...malangnya jauh dari apa yang kita fikirkan...adalah baik untuk kita merendahkan status diri yang mungkin pernah memberi tazkirah atau membawa usrah. walaupun ustaz itu cuba untuk mengagamakan sains, terimalah seadanya ilmu yang dikongsikan kerana jalan menuju iman kepada Allah adalah dengan bukti naqli dan aqli.
Salam kembali.
Maaf, artikel ini sudah lama... ianya bersifat kotemporari. Terus-terang saya tidak berapa suka ianya di komentar, kecuali beberapa entri terpilih. Saudara boleh menilai entri-entri yang baru.
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...