Melabur untuk dilebur?
>> Monday, July 28, 2008
"Assalamualaikum Bema. Aku nak berhenti ASB la. Kau ada suggestion untuk aku melabur tempat lain tak!"
Saya menekan pepunat 'send'. Mesej ini tertuju ke nombor Ahmad Bema(disebut Bima). Siapa dia? Rakan sekelas saya.
Pandangan saya dilontar ke tepi tingkap kereta. Ketika itu saya dalam perjalanan menuju ke Hulu Kelang.
"Aku mesti berhenti juga!" Benak hati saya memberi keyakinan.
Selang beberapa minit kemudian Ahmad Bema menelefon. Memberi salam dan memberi jalan. Ada harapan dijelmakan dihujung talian.
"Nanti aku cerita lebih lanjut!" Ahmad Bema membina janji.
"Ok, borang dah siap isi. Hang tandatangan sini, slip nanti minggu depan aku beri kat hang." Ahmad Bima menunjukkan borang. Jari telunjuknya di tujukan ke ruangan tandatangan.
Oh, Ahmad Bema rupa-rupanya sudah menjadi Unit Trust Consultant secara sambilan!
Selesai!
Saya telah memindahkan sejumlah besar simpanan saya ke dalam CIMB Wealth Advisor. Not yang tertinggal di dalam buku akaun adalah dividen sahaja. Nantilah saya fikir di mana mahu dilupuskan duit berkenaan sebelum akuan ini akan tutup terus. Eh, nanti kejap! Akan tutup terus selagi ASB tidak melantik panel syariah di dalamnya!
Sebenarnya artikel Al-Fadhil Ustaz Zaharuddin berkaitan ASB amat memberi kesan kepada diri saya. Saya tidak pernah menjangka, di sebalik galakan untuk melabur di ASB terdapat juga tegahan untuk membiarkan wang saya menari-nari di dalamnya.
Walaupun majlis fatwa baru-baru ini telah mengeluarkan fatwa bahawa pelaburan ASB adalah harus, namun saya masih tidak dapat menerima alasannya. Siapalah saya untuk menolak pendapat ulama-ulama tanah air tercinta ini. Namun saya juga punya pendirian. Pelaburan ini tetap saya anggap syubhah. Ya, seperti kata mereka! Mereka kata kalau mahu jadi warak hindarkanlah yang syubhah. Warak itukan mengukuhkan yang syarak!
Hasil pelaburan yang tidak jelas perlu dititikberatkan sebenarnya. Tetapi hal ini sering sahaja dipandang enteng sesetengah pihak. Mereka ingat soal agama itu hanya solah, mengaji, puasa dan naik haji sahaja. Tetapi pengamalan seharian itu yang penting, apakah ianya selari dengan ruh islam?
Bukankah hasil pelaburan yang tidak jelas itu bisa membuatkan kita makan hasil wang riba?
Dan bukankah ada ingatan yang menggerunkan di dalam surah Al-Baqarah ayat 278-279;
Allah SWT berfirman;
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.
Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.
Ya, bukan main-main lagi. Allah Taala mengisytiharkan perang dengan sesiapa yang tidak mahu meninggalkan saki-baki riba. Apatah lagi sebesar-besar riba?
Ibnu Abbas r.a. menafsirkan ayat ini;
"Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat, "Ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT" "(Jami al-Bayan 'An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68)
Imam Abu Hanifah pula mengatakan: "Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan."(Ibid, At-Tabari, 3/72)
Sebenarnya ada pelbagai lagi alternatif untuk para mukmin-mukminat untuk melabur berlandaskan syariah. Cuma perlu rajin mencari sedikit. Tetapi perlulah sedar bahawa pelaburan secara unit amanah Islamik tidaklah dijamin sebagaimana ASB kerana secara mudharabah rugi dan untung dikongsi bersama. Apabila harga jatuh nilai pelaburan turut juga jatuh. Tetapi tidaklah perlu khuatir kerana unit akan sentiasa bertambah. Kalau jatuh pun sekadar sekejap sahaja disebabkan faktor perubahan iklim ekonomi dan politik.
Saya bukan Unit Trust Consultant.
Tetapi kalau mahu tahu lebih, apa kata cuba berurusan dengan Akh Ahmad Bema Bin Abdul Rahim (H/P: 019-268 3867). Mungkin beliau boleh membantu.
Melabur itu bijak tetapi jangan sampai ada yang terlebur...
4 comments:
Simpan emas sedikit, lebih kurang 20% drpd keseluruhan aset.
drpd keseluruhan emas itu, bahagi2 antara emas fizikal dengan emas buku.
so, Dinar Emas Kelantan untuk fizikal, public bank untuk buku.
Ha ya! Saya tertarik dengan pelaburan emas!
Ianya juga boleh digunakan sebagai pelaburan alternatif. Kalau dilihat di pasar khadijah, Kelantan makcik2 ramai yang pakai gelang dan rantai emas. Tujuannya untuk simpanan di masa hadapan.
Bezanya dengan emas pelaburan adalah emas hiasan lebih mahal kerana ditambah ongkos ukiran.
Pelaburan emas sebenarnya kurang diminati kerana ianya bersifat 'slow and steady' namun agak selamat sebenarnya.
Emas boleh dikira sebagai "pelaburan" jika harga emas berada dibawah nilai sebenar.
Akan tetapi ia hanya menjadi "pertahanan" sahaja apabila harga emas sudah berada pada pada harga sepatutnya, in case kalau berlaku hyper inflasi.
"Dinar Emas Kelantan" jauh lebih murah daripada emas di kedai emas. caj 5% berbanding kedai emas 20%.
tapi alang2 dah beli emas untuk simpan (premium rendah), belikan lah sedikit untuk isteri agar sama-sama suka.
sumbangan dalam takaful juga apa salah ny...di samping melindungi kewangan kita,ia juga membantu kita menyimpan dan juga menyumbang untuk sesama islam..lembaga pengawasan syariah ny sendiri diketuai oleh mufti perak..
http://elza-1112.blogspot.com/
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...