Dia hanya layak jadi ibu, bukan Isteri?

>> Friday, July 4, 2008


Antara perkara yang sering di dengar adalah hakikat kebahagiaan antara suami dan isteri dan bagaimana untuk mengekalkannya.

Adalah agak janggal apabila terdapatnya keluhan daripada sang suami; "HUh, perempuan sekarang ini ramai yang layak jadi ibu, tetapi belum tentu layak jadi isteri!"

Pelik bunyinya.
Kalau mengikut kira-kiranya, sudah pastilah gelaran isteri dahulu yang diperolehi sebelum gelaran ibu.(Kecuali kes luar moral insan)
Tetapi mengapa pula status ibu itu lebih menonjol lebih daripada status isteri?

Ditambah pula dengan keluhan biasa baik; "Perempuan apabila bersuami mulalah kurang berfikir. Banyak perkara sengaja diconsultkan dengan suami. Walhal semasa bujang dahulu, berjauhan daripada keluarga boleh pula membuat keputusan."

Hmm..Entahlah..Mungkin nak capai persetujuan atau nak ber'manja' mungkin..erk

Lalu adalah nasihat-nasihar bingar, "Kalau nak kahwin carilah perempuan yang berfikir."

"Alamat lambat kahwinlah aku!"

Lihatlah point ringkas yang saya temui hasil bacaan, apa sebenarnya yang diinginkan oleh seorang lelaki bergelar suami.:

Pertama

Lelaki mahukan perhatian sepenuhnya. Mungkin seperti awal perkahwinan dahulu walaupun disibukkan dengan berbagai komitmen seperti anak, kerjaya dan persatuan.

Kedua

Lelaki meletakkan dirinya sebagai asas penilaian wanita. Jika dia seorang aktivis, dia juga mahu isterinya memahami kehendak berkaitan. Pujian, rangsangan dan perkongsiaan idea yang bernas amatlah diharapkan.

Ketiga

Lelaki yang berpelajaran sering menganggap isterinya sebagai rakan yang cergas. Jika ini dinafikan, maka kemungkinan besar si isteri akan ditinggalkan di rumah demi memenuhi tuntutan persahabatan yang tidak dapat diberikan si isteri.

Keempat

Khas untuk wanita belum berkahwin. Mereka yang terlalu 'terceruk' di dapur atau suka bermain dengan kanak-kanak tidak lagi dianggap sebagai satu kelebihan. Jika dahulu dianggap sebagai satu kelebihan sekarang mungkin dianggap sebagai 'kelemahan'.

Kelima

Dalam dunia yang global dengan semakin banyak anjakan paradigma dan budaya, wanita yang gagal membawa imej cergas dalam banyak segi tidak lagi dianggap berpotensi sebagai calon isteri yang baik.

Hakikat ini mungkin jelas disekeliling kita. Dengan bertambahnya bilangan pelajar perempuan di Universiti, maka nilaian terhadap imej dan pembawakan dirinya juga adalah berbeza daripada dahulu. Wanita sekarang lebih dituntut agar lebih dinamik. Tidak lagi bersifat homely. Sememangnya inilah imej wanita yang berjaya dan menjadi harapan negara.

Satu ciri yang mungkin disangka 'OK' seperti tersipu-sipu, menunduk, mata meliar dan kelihatan kaget menghadapi orang lain sebenarnya tidak lagi 'OK'.
Ciri ini tidak lagi dianggap 'Wanita Melayu Terakhir' dan ciri solehah tetapi menggambarkan ketidakyakinan diri dan tidak 'profesional'nya mengahdapi masyarakat dan dunia moden sekarang.
Namun saya tidaklah berpendapat perkara ini perlu dibuang dan ditangkis sepenuhnya. Kerana ya atau tidak ciri-ciri inilah yang membezakan antara nilai ketimuran dan kebaratan. Walaupun krebiliti ini tertonjol, ini tidak bermakna wanita Islam itu lemah dan ditindas.

Apa-apapun apabila si dia telah menjadi ibu yang baik bagi anak-anak. Apakah nikmat itu belum cukup untuk memuaskan kita yang sering kali tak pernah puas?

3 comments:

ayu_ana July 14, 2008 at 9:57 PM  

kupasan yang menarik dari kacamata seorang lelaki..hmm..betullah lelaki ni unpredictable..tapi camne ye kalau seorang perempuan tu superb..dalam segala hal..still akan terdengar rungutan dari lelaki yang rendah diri..the point is,seorang isteri yang baik akan redha pada jodohnya..asalkan sama2 perpegang pada agama,insyaAllah..perempuan yang baik untuk lelaki yang baik and vice-verse..

MS Rizal July 14, 2008 at 10:17 PM  

Men are from Mars...
Women are from venus..
Perbezaan adalah untuk kenal mengenal dan saling lengkap melengkapi..
Segala puji bagi Allah Azzawajalla!

Ainey Nan July 24, 2008 at 4:09 PM  

assalamualaikum.

sekali baca bunyi agak liberal. dua kali baca, ye, saya setuju! huhu.

sebab itu selalu dengar, rahsia seorang peniaga berjaya atau apa2 kerja sekalipun atas dunia ini.. antaranya kerana mempunyai isteri yg hebat, sama2 berfikir.. dgn 1 jiwa yg sama..

dengan kata lain, SEKUFU..

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP