Berpijak di bumi yang nyata..
>> Monday, July 14, 2008
Melihat kepada rupa blog ini, saya berfikir apakah hala tuju penyampaian saya sebenarnya. Siapa golongan sasaran dan apakah kriteria yang melayakkan saya untuk memperkatakannya. Sungguh saya minat sangat untuk berbicara tentang perkara asas dan wawasan Islami, tetapi ilmu saya amat-amatlah terbatas kerana saya bukan berada di dalam bidang pengajian pengkhususan agama Islam. Sungguh saya sedar ada benteng yang melantunkan saya kembali apabila saya cuba memanjatnya. Lalu saya berfikir, jangan sampai bidang agama yang dikejar tak dapat, bidang saya ambil ini pula keciciran.
Sememangnya saya sedar bahawa Islam itu adalah agama carian bukan warisan. Dan kesedaran itulah yang menyebabkan keinginan saya menjejakkan kaki, menadah ilmu di bumi Anbiya' itu betali-talu datang.
Lalu kadangkala menyalahkan takdir kerana tidak meniatkan diri untuk meletakkan diri di sekolah agama dahulu. Malah lebih daripada itu, perspektif pemikiran saya mengatakan bidang agama adalah bidang yang tidak menjanjikan jawatan dan gaji lumayan. Sungguh saya keliru!
Namun apalah yang mahu dikenang kisah takdir. Ah, terngiang kata-katanya; "Dunia ini adalah pentas lakonan, kitalah pelakonnya. Dan untuk menjadi pelakon wataknya berbeda, pelbagai ragam dan gaya."
Saya di sini. Di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Menjejakkan kaki dan bermastautin hampir 4 tahun 4 bulan. Allah know the best for me! Dia yang meletakkan saya di sini. Walaupun saya beria-ia mengelak tetapi bening hati saya berirama juga untuk menerimanya. Lalu tidakkah menjadi satu peluang untuk saya mempelopori (atau menyambung) wawasan dan cita-cita Islami yang bersarang disebalik uniform tentera yang disarung ini.
Saya punya rakan-rakan yang mempunyai cita-cita dan harapan yang sama untuk Islam. Bergerak dan berhalaqah seusai Maghrib bersama. Suluh anak muda biasanya berubah-rubah dan tidak tetap. Masakan tidak inilah masa cuba-cuba dan memulakan langkah, kelak 30 an adalah musim berbunga dan 40 an adalah musim menunggu buah.
Saya perlu teguhkan azam disebalik ruang. Untuk itu adalah wajar saya untuk saya menulis serba sedikit tentang Angkatan Tentera Malaysia di sini mungkin. Tetapi bukan secara mendalam kerana saya pun baru berenang-renang di gigian air. Moha Allah jadikan saya seteguh Tariq bin Ziyad dan sepintar Khalid Al-Walid. Amin!
5 comments:
salam akh.
sekiranya anta ana temui di taman-taman bunga,melepak,menghisap rokok,ana boleh beritahu anta apa yang boleh anta sumbangkan untuk Islam.
apatah lagi sekarang,ana temui anta dalam keadaan menjadi bakal seorang leftenan TLDM,anta boleh pastikan ana boleh menyebut deretan tugas dakwah untuk Islam yang boleh anta buat.
jangan putus asa akh! Allah ada perancangan yang lebih baik,insyaAllah.
Moga Allah jadikan anta seteguh Tariq bin Ziyad dan sepintar Khalid Al-Walid. Amin!
Jazakallahhukhair..
Allah yubarikfik...
assalamualaikum akhi..
erm, pernah dengar tak ketika Ali ra yg masih kanak2 masuk islam kemudiannya berkira-kira utk bertanyakan pandangan ibu bapanya atau tidak. kemudiannya Ali ra beritighfar. Allah tidak pernah bertanya sesiapa utk menjadikannya, mengapa pula dia bertanya (minta izin) ibu bapanya utk beriman kp Zat yg menciptakannya..
sebenarnya walau di mana orang yang beriman diletakkan, bantuan-Nya itu dekat. bantu urusan Allah, Allah bantu urusan kita.. amin..
di mana Muslim dicampak, di situ Islam dikembang.. setuju tidak? huhu..
Yup.. hakikat air mutlak cukup bernilai untuk dijadikan iktibar manusia.
Ianya bukan sahaja suci, tetapi juga menyucikan.
Begitulah hendaknya diri yang dhoif ini mahu jadi seperti itu, mahu jd soleh dan menyeru orang jadi soleh..
Salam ziarah.
teruskan berjuang dlm kehidupan:)
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...