Hajat yang tidak kesampaian

>> Friday, July 25, 2008


Sinar dhuha memercik ke dahi. Kalis mata dan keningnya diangkat sedikit, reaksi silau. Dibujurkan dirinya tepat dihadapan rakan-rakan sekelas. Mereka rancak berbual di kantin sekolah, dikala waktu rehat. Sesi persekolahan baru beberapa minggu bermula sebenarnya. Kini Rizal sudah berada di tingkatan 4. Setelah berhempas pulas menghadapi peperiksaan PMR, alhamdulillah ianya membuahkan hasil. Beberapa hari lagi dia akan mengangkat tangan sayonara buat sekolah berjasa ini.

"Rizal..err..Suzalisa(bukan nama sebenar) kirim salam.." Nurul menyapa Rizal dari belakang. Rakan sekolah Rizal sedari kecil lagi.

Ketika itu Nurul sudah duduk tepat di kerusi panjang meja belakang. Menghadap ke arah Rizal yang membelakanginya. Disebelahnya Sharifah yang lagaknya seperti wakil menawarkan pinangan.Menunggu masa untuk berpantun. Dan disudut sebelah seberang meja mereka adalah pihak yang berhajat. Tertunduk malu, menantikan jawapan.

Apa semua ni?..ceh!
Dia tahu. Si berhajat, sudah menunjukkan reaksi beberapa kali sebelum ini. Menjeling, mengerling dengan harapan. Entahlah, dirasakan dirinya tidaklah hebat sangat. Tidaklah hensem, dan semacho mana. Mungkin keputusan PMRnya yang jadi faktor tarikan. Ah, tidaklah sehebat mana!

Akhirnya, di saat genting dia mahu berhijrah ini, Si berhajat memutuskan jua. Berbekalkan ingin dan teringin Si berhajat menzahirkan melalui 2 rakan perempuan Rizal yang sememangnya sudah rapat sedari sekolah rendah lagi.

Apa respons mu?

Terima sahaja?

Ah, peduli!!!

Akhirnya, dia buat tak endah. Rizal berpaling, reaksinya beku. Tanda menolak tanpa rayuan. Maka mereka faham. 2 rakan karib Rizal itu faham. Lelaki diam bukan tanda setuju seperti lazimnya perempuan, tetapi memendam amarah yang sukar diterjemah. Maka hampalah si berhajat. Impiannya itu mati di situ sahaja.

"Aduhai remaja..
Waktu ini, adalah waktu mencari ilmu sebanyak-banyaknya. Mencari ilmu bukan untuk diwarta dan dibangga-bangga. Tetapi mencari untuk diamalkan sebanyak-banyaknya.

Aduhai remaja..
Mengapa disibukkan dengan cinta. Bukankah kala ini amat bernilai ertinya? Diwaktu ni engkau sedang mencari arah tujuan. Harapan mendukung sinar impian. Kau cuba untuk terbang tinggi, kala sayapmu masih lagi tidak gagah. Engkau akan tersungkur.

Aduhai remaja..
Bukankah sinar kebahagiaan itu akan tiba jua. Tiba untuk menguatkan perjuanganmu ke medan jaya. Tetapi perjuanganmu itu apa? Bukankah waktu ini kau sudah bisa terjemahkannya?"

Kala ini Rizal tersenyum. Cerita silam buat kenangan. Mujurlah dia tidak pernah bermain-main dengan cinta remaja ini. Sememangnya dia sedar siapa dia dan dari mana asalnya. Namun dia mencoretkan sesuatu di sini. Delima Fahri(karakter novel ayat-ayat cinta) sebelum datangnya tawaran Syeikh Ahmad menempias atma dirinya. Dia mula mencongak siapakah Syeikh Ahmad dengan tawaran itu di dunia realitinya kini. Mudah-mudahan Allah Taala mudahkan jalan....

Apa cerita Suzalisa?
Risik-risik, sudah berkahwin dan beranak dua..Moga Allah memberkati hidupnya...

“Ya Allah, kurniakan kepada kami isteri-isteri dan zuriat kami sebagai penyejuk mata. Dan jadikan kami pemimpin bagi orang-orang bertaqwa”

2 comments:

Ainey Nan July 28, 2008 at 4:46 PM  

assalamualaikum akhi..

erm.. nampaknya tak lama lagi ada org yang mengikut jejak zaid al-akhtar, fatimah syarha, dan habiburrahman el-shirazy menulis novel islam. ameen!

saya tempah satu!

ehem, cerita sendiri ya? huhu. biasalah tu. hidup di akhir zaman seperti air. kalau tak terkocak, masakan dikata orang beriman. tapi jgn ikut arus sungai, orang lain berpacaran, kita pon nak ikut. jadi seperti laut, tidak terpengaruh, tapi dia yg mempengaruh..

dunia akhi lebih banyak berjumpa laut. akhi lebih tahu.. lebih faham..

MS Rizal July 28, 2008 at 10:48 PM  

Allhuakhbar, tiada daya ana nak tulis novel!
Jari makin kecil, otak makin sempit, fikiran makin celaru. Silap-silap novel ana digelar novel 3 suku.

Terima kasih untuk komen, setiap komen pengunjung amat2lah dihargai.

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP