Kita kutuk Fitna

>> Thursday, April 3, 2008



Kita bukan umat Jahanam. Kita dibangunkan dengan satu sentuhan. Sentuhan kasih sayang rahmat Allah SWT. Filem Fitna itu memang keji. Tetapi hakikatnya itu bukan satu atau pertama kali. Orang yang membuat filem itu memang keji. Tetapi hakikatnya dia bukannya berdiri seorang dan dia bukan orang yang pertama kali.

Kita punya suara yang lemah? Kita tidak...

Kita hanya dibuai mimpi indah? Kita tidak...

Siapa yang mahu mempertikaikan agama hebat ini? Ia diamalkan bukan atas dasar hujah sahaja tapi praktikal. Ia tidak mendendangkan kepercayaan karut tapi betul. Ia bukannya datang dari seorang lelaki gila tetapi lelaki yang berperibadi mulia. Ia bukan sekadar agama tok lebai atau agama Tahlil dan Yassin tetapi ia adalah agama Syumul lagi Komprehensif. Ajarannya bukan mustahil diikuti malah membawa kebaikan pula.

Justeru kenapa ini berlaku?

Kita sendiri yang membenarkan ianya berlaku.
Saya tipu?

Berapa banyak filem kita sendiri (filem kitakan wajah kita) yang menghina Islam itu secara sinis. Sungguh saya tidak dapat menerima filem yang anti-budaya, menghalalkan ikhtilat, malah mempersendakan sensitiviti kaum Islam di Malaysia. Hakikatnya kita bukan sahaja membenarkan ianya masuk dan ditayangkan. Kita turut sama-sama tumpang gembira untuk menghasilkannya. Lalu apabila filem-filem yang terang-terangan menghina begini sudah disensasikan, kita terang-terang mahu mengajak orang ramai membantahnya.

Minta maaflah, mana dia pengarah filem bertaraf profesor untuk mengulas? Mana dia artis yang bangga berpakaian mencolok mata untuk mengulas? Mana dia pelakon yang merasakan tanggungjawabnya untuk melakonkan watak ranjang untuk mengulas. Kita mahu menentang diluar, tetapi yang di dalam pun lantang berkokok. Kita mahu menyekat diluar, yang di dalam baju pun ligat mengutuk.

Pandang sinis.

Saya melihat kemarahan orang-orang Islam di Malaysia ibarat baling bola ke dinding, kena balik ke muka. Syukurlah jika yang tidak senang ini adalah orang-orang yang dari dahulu mempertahankan kesuciaan Islam. Tetapi bagaimana pula dengan sekadar hangat-hangat tahi ayam? Kita boikot! Tapi yang menyeru boikot tu pun orang yang tak segan silu menyedut asap rokok.

Jeng..Jeng...

Kita mahu boikot mereka? Mereka sendiri mengutuk filem ini. Ibarat baling batu sorok tangan... Siapa mahu dipersalahkan?

Kita mahu boikot mereka? Ah, kalau mahu dikira boikot. Banyak lagi perkara perlu diboikot. Israel yang merupakan kuasa rokok yang besar di dunia. Hampir semua rakyat negaranya bukan orang Islam. Mereka terang-terang menyembelih orang Islam. Kita masih juga membenarkan ianya dibawa masuk. Dihisap dan disedut. Kadang-kadang saya rindu pula pada pemerintahan Islam silam dibawah pemerintahan sultan Murad-IV(memerintah 1623-1640 m). Beliau sangat kuat memusuhi rokok sehinggakan pernah dilaksanakan hukuman bunuh kepada penjual rokok dan perokok aktif di dalam negara.

Apa nak buat?

Bersabarlah, jangan kembali mencemuh agama mereka. Kita boleh mempersoalkan penyelewangan agama mereka. Tetapi bukan mencemuh dan mengeji. Dekatkanlah diri kita serapat-rapatnya dengan Al-Quran. Ini mana orang tak pijak, dah kita main tinggal untuk buat orang pijak!

Sabar, sabar....

Kitakan ada OIC! Kitakan ada OIC! Kitakan ada OIC!( harapan berupa sindiran )

3 comments:

Anonymous April 3, 2008 at 11:42 PM  

aisemen..kata2 mu head shot kena kapla wa ler.. :D

dianz17 April 10, 2008 at 1:03 PM  

-worried bout da development of film industry in malaysia.. skarang dh ada film yg brani menyalurkan anasir2 yg bertentangan dgn aqidah Islam seperti 1 filem yg hangat diperkatakan dulu di negara kta yg menyalurkan fahaman dan pemikiran liberalisme dan pluralisme. Sehingga ada yang memperjuangkan bahawa hak beragama adalah hak individu,mreka bukan sahaja bebas menganut agama kepercayaan mereka, malah boleh menukar agama sesuka hati mereka bersandarkan kononnya, ‘kebebasan beragama’ seperti temaktub dalam Perlembagaan ... wallahu'alam

Anonymous April 10, 2008 at 2:32 PM  

Yang pastinya perkembangan ini membuatkan wujudnya Melayu yang membawa mesej 'moden'. Tetapi malangnya 'moden' itu ditafsir melalui nafsu sahaja. Mereka suka mengulang-ulang istilah jumud. Walhal mereka tak pernah belajar apa itu jumud? Dan siapa yang jumud tu? Thanks for the comment dianz..

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP