Apa itu Kuew Teow ?

>> Tuesday, April 1, 2008



Antara masakan kegemaran saya adalah Kuew Teow Goreng. Sebenarnya ianya tidaklah terlalu hebat jika mahu dibandingkan dengan makanan sedap lain. Cuma ianya mudah untuk dimasak dan mudah juga untuk menelan. Saya mahu kongsi resepinya.


60 ml minyak
4 ulas bawang merah } ditumbuk
3 ulas bawang putih }
1 sudu besar pes cili
300 gm udang sedang - buang kulit
200 gm sawi – dipotong 3 cm
1 paket bebola ikan – dibelah 2
500 gm kuew teow
150 gm taugeh - dibuang ekor
Daun bawang, cili merah (hiasan)
Gula secukupnya

Bahan A (campur):
2 sudu kecil kicap manis
1½ sudu besar sos tomato
2½ sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili

Cara membuat:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan pes cili hingga terbit bau.
2. Bubuh bahan A, gula dan udang, kacau rata.
3. Masukkan batang sawi dan bebola ikan, kacau hingga udang separuh masak.
4. Campurkan daun sawi, gaul hingga separuh layu.
5. Akhir sekali, masukkan kuew teow dan taugeh.
6. Bila taugeh hampir layu, angkat. Taburkan daun bawang dan cili merah.


5 comments:

Anonymous April 2, 2008 at 8:47 AM  

aisemen bro..ni awek nye resepi ke??
hoho..bile nk masak untuk aku? :)

MS Rizal April 2, 2008 at 5:57 PM  

Datanglah rumah aku masa cuti ..huhu

Letting the time pass me by April 3, 2008 at 8:39 AM  

Kuew Tiow... Aku baru lepas makan kuew tiow.. Antara kuew tiow yang best ialah Kuew Tiow Padang Kota Penang la... teringat masa zaman student dulu... Malam minggu lepak kat Padang Kota makan Char Kuew Tiow..

kak ja April 8, 2008 at 3:41 AM  

Salam msrizal,

Nampak sedap kuew teow tu... pandai memasak rupanya tuanrumah ni... Nanti kja try resipi msrizal ni dan jdkan entry my blog plak...

MS Rizal April 8, 2008 at 10:44 AM  

Saya tidaklah pandai sangat memasak. Cuma minat memasak itu ada... Insyaallah saya akan letak resepi lain pulak untuk lain entry.

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP