Anda bertanggungjawab ke atas mulut dan tulisan anda!
>> Sunday, April 20, 2008
Hala tuju mike mungkin betul. Impian mike mungkin satu titik daripada securah manisan kebenaran.Tetapi alangkah jijiknya kerana ia tidak mengikut jalan yang sebenarnya dalam menempuh kebenaran ini.
Mana mungkin kebenaran itu dapat menerima mike. Sedangkan lidah mike penuh dengan kata-kata hina dan kutukan. Baik orang dikutuk dan dihina itu pemimpin atau tidak, apakah yang memberikannya lesen mike berbuat demikian?
Alasan kebenarankah? Minta maaflah kapal kebenaran yang mahu berlayar menuju kepuncak kejayaan tidak akan berlabuh untuk mengambil mike.
Sokongan kebenaran tidak pantas diambil daripada mike. Hatta mike punya serban setinggi 1 meter. Janggut panjang mencecah lantai. Bukan, bukan itu faktor mike diterima.
Terkadang teman terfikir. Apakah kesan solat yang didirikan oleh mike? Apakah ianya membawa penghayatan kepada kehidupan mike seharian.
Jika mulut itu penuh kemas dan tartil nya mengalunkan bacaan al-quran dan zikir dalam solat dalam keadaan merendah diri. Tersasul sedikit dirisaukan batal solatnya. Lalu kemanakah tartil ini dibawa kepada kehidupan sehariannya. Tidak risaukah terbatalnya iman mike kesan daripada ini.?
menyamatarafkan dengan beruk? bukankah manusia itu telah diangkat kedudukannya?
Ataupun pendedahan video lucah yang entah betul atau tidak adengan Khairy Jamaluddin. Semua ini membuatkan teman tersinggung.
“Bukanlah seorang Mukmin itu seorang yang suka mencela, tidak pula seorang yang suka melaknat, bukan seorang yang keji dan kotor ucapannya.” (HR. Bukhari dalam Kitabnya Al Adabul Mufrad halaman 116 dari hadits Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu. Hadits ini disebutkan oleh Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadi’i hafidhahullah dalam Kitabnya Ash Shahih Al Musnad 2/24).
Dan melaknat itu bukan pula sifatnya orang-orang yang jujur dalam keimanannya (shiddiq), karena Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda : “Tidak pantas bagi seorang shiddiq untuk menjadi seorang yang suka melaknat.” (HR. Muslim no. 2597)
Cuba bayangkan. Bayangkan ye! Jika tulisan kejian itu dibaca oleh junjungan Nabi Muhammad SAW. Apakah mike rasa Rasulullah akan merestuinya? Ataupun tengah-tengah dok ceramah kutuk-kutuk dan gelak itu, Rasulullah SAW hadir mendengarnya. Apakah pantas untuk mike ketika itu mengatakan mike menjalankan sebahagian daripada sunnah baginda.
Bertaubat nasuhalah orang-orang yang gemar mengutuk dan menghina yang tak kena tempatnya ini. Mike bukan sekapal dengan pemimpin yang mendokong kebenaran ini. Dan teman juga mencurigai wala'(kesetiaan) yang ditunjukkan mike. Mike kena sedar tu ye.
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." Al-Hujuraat, ayat 11.
Buat pengikut pula. Ketahuilah bahawa suara mereka ini tidak layak didengar. Nilai lah secara mata hati.
"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas." Al-Kahfi, ayat 28.
2 comments:
gambar Abdullah bertelinga besar seperti itu adalah merujuk kepada pernyataan Abdullah yang berkata : I have big ears - Saya ada telinga besar - yakni sanggup mendengar....
Begitu pula dengan gambar Abdullah menutup mata - boleh diibaratkan dia sedang tidur atau dia tidak mahu tahu apa yang berlaku di sekelilingnya dan begitu juga 'siBeruk Hitam' yang bersamanya-- terpulanglah kepada andaian masing-masing siapa si Beruk Hitam tersebut... terpulang kpd penafsiran masing-masing.kalau begitu pentafsiran awak, begitulah adanya. Saya dgn penafsiran saya sendiri! Rujuklah :Gambar yg tidak baik
Pertama sekali ana mohon maaf jika si penegur ini adalah terlalu muda orangnya. Mungkin dianggap cicipan dan tak layak menegur orang yang jauh lebih tua dan jauh lebih banyak pengalaman.
Gejala ini perlu dihentikan segera. Ini jauh daripada cara untuk mendidik moral masyarakat supaya hormat-menghormati sesama insan. Seseorang pemimpin lawan itu tidak ditentang kerana dia adalah dia. Tetapi kerana ideologinya.
Begitu juga kepimpinan kita. Mereka tidak disokong kerana mereka adalah mereka. Tetapi intipati yang dibawa. Hati manusia beriman ini tenteram kepada kebaikan dan gelisah pada kejahatan. Bertaqwalah kepada Allah.
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...