Hmm..Cerita Tabligh lagi...

>> Saturday, April 26, 2008



"Kenapa Tuan tak nak ikut Tabligh?" Zul, bertanya. Dia adalah pelajar tahun 1. Kami selalu duduk bersama berbincang di dalam masjid.

"Ada banyak lagi cara berdakwah. Bukan ikut tabligh sahaja." Saya menjawab.

"Cuba bercerita, apa sebabnya?" Zul seperti mendesak.

"Tabligh terlalu obsess dengan apa yang mereka lakukan. Aku tidak mengatakan keseluruhan Tabligh. Tetapi Tabligh di sini...." Saya menyambung.

"Tetapi ini usaha atas iman." Zul membalas.

Selepas daripada tu saya menyambung hujah. Sebahagiannya saya keluarkan hujah seperti saya tulis di dalam artikel Jawlah Satu Kemestian?

Semua ini bermula apabila kemasukan pelajar baru sesi 2007/2008 menubuhkan sinar baru di masjid.
Oleh kerana Masjid di Univ. saya ini masih belum ada imam dan bilal tetap, maka perancangan masjid juga begitulah arakiannya.
Maka fahaman Tabligh dibawa masuk. Alhamdulillah semakin lama semakin ramai.
Kebanyakannya pelajar-pelajar baru juga yang mengikutnya.

Namun seperti yang mereka maklum dan anggota dakwah juga maklum.
Pasti ada yang menentang. Yelah dengar sahaja Tabligh. Ramai juga telinga-telinga berdengung. Pintu bilik terkunci rapat. Rumah yang tadinya riuh menjadi sepi. cakap-cakap belakang mula kedengaran.

Bagaimana dengan saya?
Saya bukan ahli Tabligh. Saya ikut mana yang saya rasa perlu. Saya bantah mana yang saya rasa perlu juga.
Sehinggalah saya pernah diziarahi. Menerangkan tujuan itu dan ini....
Oh, inilah sebab orang lari. 5 minit diminta, menjadi satu jam setengah akhirnya.
Pulak tu menerangkan seperti jalan mereka sahajalah yang mendekati sunnah.
Berziarah dan bercakap sahaja dakwah? Menulis bukankah? Tunjuk akhlak baik bukankah? Hormat-menghormati bukankah?

Keadaan menjadi agak tegang. Bila emosi menguasai diri saya minta undur diri.
Cari titik persamaan. Buang titik pertelagahan.
Mungkin sebab itu saya menulis dengan panjang lebar dalam artikel Jawlah satu kemestian?
Saya print lalu saya sampaikan kepada yang berkenaan. Alhamdulillah saya berjaya menjelaskan.

"Setiap orang yang berusaha meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena, dan lidah." Sayyid Abul 'Ala al-Maududi.



6 comments:

Anonymous April 27, 2008 at 12:45 AM  

think positive bro..tol2..kita tk cakap mende tu salah..
ambik yang baik..

MS Rizal April 27, 2008 at 6:56 AM  

Fahami betul-betul apa yang aku tulis afham...
Bercampur dengan ramai orang.. Nilailah secara dalam dan luar..

Gen.@mir April 28, 2008 at 7:46 PM  

aku pernah join aktiviti tabligh.tidak ade yg salah mereka lakukan.cume faktor masa sentiasa orang jadikan alasan,dan juga faktor keadaan yg menjadi kerumitan..

menegakkan islam bukanlah semata2 tabligh itu sendiri tetapi ianya satu cabang dari 4sifat rasul s.a.w...itu kita tidak mampu menafikan..

cuma org sukar untuk menerima apabila telur ayam,dikatakan telur..harimau dikatakan kucing..masa adalah satu faktor yg tidak boleh diketepikan.jika 5minit,make it sharp as possible...jgnlah gunakan alasan kerta ataa iman,yg membenarkan kita melebihi kontrak perjanjian masa awalan itu...

dan tidak semestinya tabligh itu satu cara yg terbenar dalam menyampaikan iman...namun tabligh tetap menjadi keutamaan..

~convinced,confused~

Anonymous April 28, 2008 at 9:14 PM  

Terima kasih atas comment bernas gen.@mir.

Yang jelas saya tidak menolak apa sahaja wasilah dakwah..asalkan jauh daripada ketaksuban dan berhemah dalam dakwah..

Jangan sampai jemaah lain berkecil hati sudah..

Anonymous June 25, 2009 at 1:47 AM  

Seketika berada di Jalan Allah lebih baik daripada dunia dan seisinya...

Kalau tuan2 xkeluar ..tuan2 xkan tahu....
dan ketidak keluaran tuan kerana cintanya pada masa tuan2..

ketika keluar..Seriously...sya sgt tersiksa..kerana keluar tabligh sememangnya dibenci nafsu..

tetapi..turuti nafsu bukan perkara yg baik bukan..??

Maulana Yusuf rah. pernah beritahu: Sesungguhnya...mata pena(dakwah yg dibuat maulana yusf seblom tabligh), tidak pernah mampu utk bersaing dengan tapak-tapak kaki org Mewat yg keluar di Jalan Allah.

Apa yg lebih mulia dari golongan yg tinggalkan keluarga mereka kerana Allah?

Sedangkan orang2 Mewat ketika itu miskin2...

wallahualam

sood September 17, 2009 at 2:07 AM  

salam..

apa yg penting lihatlah kebaikan, bukan keburukan.. kalau nak dicari buruk.. diri kita pun berderet keburukan dok ada..

dan yang penting sekali org yg merasa alim mcm enta ni jgn la berhati nyamuk sgt, jadikn la hati tu lautan, x de la mcm pondan jer cerita cenggini pun nak letak dlm blog, ish3..

itulah sebenarnya keadaan masyarakat yg kita kena hadapi, diorg yg dtg buat dakwah pun ntah hape2.. seharusnya pendakwah sejati dan owg alim mcm enta ni x de la amik hal sgt, owg2 baru jer tu, biasa lah..

dan enta yg mengaku org alim ni adalah sgt tidak adil bila enta hanya menilai sesuatu tu hanya dari luaran sahaja.. zhalim bila yg enta jumpa adalah dari kalangan owg2 awam, yg baru nak berjinak2 dengan agama, terus enta kata: hah inilah tabligh!, kalu enta betul2 ikhlas pergi la sana jumpa owg2 alim diorg, ikut sekurang2nya 40 hari ker.. baru enta de maklumat yg jelas, jgn hanya menilai dari luar jer.. masuk la ke dalam..

sood

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP