Final Exam baru bermul@

>> Tuesday, April 22, 2008



Bermula dari tahun 2004 saya menapak di Institusi Pengajian Tinggi ini. Bermula dikenali sebagai Akademi Tentera Malaysia(ATMA) yang terletak di Sg. Besi, Kuala Lumpur yang kemudiannya dinaiktaraf pada tahun 2006 dan dikenali sebagai Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM).

Saya sudah berada di penghujung tahun ketiga pengajian. Bermula dengan tahun asas, tahun satu, tahun kedua dan sekarang dipenghujung tahun ketiga. Masih berbaki dua semester lagi untuk saya menamatkan pengajian. Walaupun Universiti ini sudah dinaiktaraf, namun program Ijazah Sarjana Muda saya masih lagi dibawah kendalian UTM.

Hari ini, bermula kertas pertama saya untuk peperiksaan semester 2 2007/2008. Peperiksaan akhir ke lapan saya semenjak menjejakkan kaki ke menara gading 'berloreng' ini. Semester ini saya mengambil subjek;

1. Mikropemproses
2. Asas VLSI Digit
3. Kawalan Analisis dan Rekabentuk
4. Prinsip Perhubungan
5. Kemahiran Komunikasi Berkesan (English Oral)
6. Makmal Khusus Tahun ke 3(Tiada Peperiksaan Akhir)

Usaha, Doa dan Tawakkal. Bermula dari 22 April sehingga 29 April. Agak singkat unutk menghabiskan lima kertas peperiksaan. Selepas itu saya akan melaporkan diri ke firma swasta untuk menjalani Latihan Industri.

Buat sebaik mungkin msrizal!!

6 comments:

Anonymous April 23, 2008 at 1:32 AM  

salam msrizal.

bittaufiq wan najah fil imtihan.ana doakan anta berjaya.(dan cepat kawen)

usaha dulu.result nanti lain cerita.

kirim salam ikhwah2 di sana.rindu fillah pada antum semua.

MS Rizal April 23, 2008 at 5:39 AM  

Allahuakhbar..ana pun rindu ikhwah-ikhwah di UIA.. InsyaAllah ana akan bermastautin selama 2 bulan di rumah sewa dekat dengan UIA. Bolehlah ana join kuliah di malam hari ..insyaAllah..

Anonymous April 23, 2008 at 6:22 PM  

semoga dipermudahkan sheikh... jauh ke usrahlite dgn comintel??

MS Rizal April 23, 2008 at 7:18 PM  

Jauhlah juga..haha..comintel ye...

Anonymous April 23, 2008 at 11:03 PM  

salam msrizal, moga anda tekun belajar dan mendapat keputusan yang baik :)

MS Rizal April 23, 2008 at 11:43 PM  

Terima kasih syam..ko pun sama.. moga success dalam pelajaran dan business

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP