Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris? (Komen saya dalam sebuah blog)

>> Tuesday, September 2, 2008


Berikut adalah ulasan panjang saya dalam blog http://www.cikguazleen.com/

Salam,

Menukar bahasa pengantar dalam bahasa Inggeris adalah 'langkah tepat' tetapi 'kurang bijak'.

Perkataan 'langkah tepat' digunakan untuk menunjukkan jalan ke arah misi kejayaan tertentu. Dengan menukar bahasa pengantar dalam bahasa Inggeris secara tidak langsung dapat memberikan advantage kepada pelajar-pelajar bandar yang tidak asing dalam berbahasa Inggeris.

Dengan itu misi untuk melahirkan bukan sahaja ramai pelajar pandai tetapi super smart akan tercapai. Maka tidak mustahil kita akan menghasilkan lebih ramai pelajar-pelajar untuk dihantar ke Cambridge dan Harvard.


Perkataan 'kurang bijak' digunakan untuk mereka yang sombong tidak pernah belajar daripada sejarah.

Sejarah telah berhujah berkali-kali bahawa banyak kota-kota unggul di muka bumi ini muncul seiring dengan peningkatan bahasa ibunda mereka. Dengan kata lain, peningkatan penggunaan bahasa ibunda sentiasa beriringan dengan kemajuan.

Malah banyak negara-negara di dunia dahulu dan sekarang yang maju sedangkan mereka langsung tidak mengetahui apa itu 'bahasa Inggeris'?

Dan ini juga yang pernah disebut oleh Prof. DiRaja Ungku Aziz dahulu; "Ada banyak tamadun besar di dunia yang muncul tetapi tidak mengenal bahasa Inggeris."

Jika tidak mahu mengambil iktibar sejarah, ambillah iktibar semasa. Negara India misalnya. Dalam misi untuk menjadi negara maju mereka telah mengambil bahasa penjajah sebagai bahasa ibunda.

Tetapi natijahnya, sejak beberapa tahun lamanya mereka bukan sahaja tidak mencapai taraf negara maju bahkan mereka adalah negara yang mempunyai rakyat miskin tegar yang teramai di dunia!


Sebenarnya dasar kerajaan ini menyerupai dasar ekonomi kapitalis. Malah menyumbang kepada dasar ekonomi kapitalis. Yang kaya akan bertambah kaya, dan yang miskin akan bertambah miskin. Jika adapun orang miskin yang melepasi tahap ini, mereka adalah segelintir sahaja.

Soal pelajar Universiti yang tidak betah berbahasa Inggeris? Ternyata saya juga budak U, dan saya rasa ini bukanlah masalah besar. Malah, saya rasa janggal pula membaca buku-buku Engineering(bidang saya) dalam bahasa Melayu. Pembudayaan ini akan berubah secara automatik.

Menggunakan bahasa pengantar dalam bahasa Inggeris sebenarnya menyanggah hukum Al-Quran. Setiap 'dasar' yang mahu disampaikan hendaklah dalam bahasa watan atau ibunda. Jika sudah advance bolehlah menyampaikannya dalam bahasa lain.
Dan berkesannya dan praktikalnya Al-Quran ini diturunkan dalam bahasa
Arab kepada orang-orang Arab.

Jangan sampai yang dikejar tidak dapat yang dikendong pula berciciran.
Bahasa Inggeris tidak dapat, Sains dan Matematik pula yang keciciran.
Mengapa tidak mahu mengambil iktibar, hai golongan ulul albab?

2 comments:

Ainey Nan September 2, 2008 at 10:08 AM  

Tak tahu pula kesan jangka panjang, tapi, ada betulnya. Cuba buat tinjauan di sekolah2 kampung atau pedalaman, atau sekurang-kurangnya tanya murid-murid yg belajar di situ, kebanyakannya cikgu tak mengajarpun dalam bahasa Inggeris! huhu..

Bukan saja dapat elaun, guru bi dan sains dapat laptop free..hihi.

MS Rizal September 2, 2008 at 11:03 AM  

Malangnya, kita tidak dapat mengeluarkan lebih ramai pelajar-pelajar pintar dari luar bandar untuk berjaya. Logiknya, bahasa Inggeris adalah bahasa asing di Pedalaman.

Tidak mengapa jika dibebankan peralihan ini kepada budak U kerana sekurang-kurang pelajar U ada asas. Tetapi kenapa pula pelajar sekolah rendah pula yang kena tempias?

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP