Ada apa dengan Latihan Industri?

>> Thursday, September 4, 2008

Saya di hadapan office.

Saya agak sibuk untuk menulis, namun azam untuk terus tegar mengemaskini blog ini tetap tinggi. Dalam kesibukan, saya teringat pengalaman saya menjalani latihan Industri di USrahlite Engineering Sdn. Bhd. Walaupun kerja-kerja yang saya lakukan adalah lebih kepada elektrikal bukan elektronik, tetapi ianya sudah tentu pengalaman yang amat berguna.

Antara kerja yang paling mencabar dilakukan adalah memasang lampu jalan, hampir 43 buah lampu dipasang oleh team kami yang terdiri daripada 2 orang juruteknik dan 2 orang pelajar praktikal. Walaupun letih, tetapi seronok! Ditambah dengan pengalaman terkena sedikit renjatan elektrik di atas tiang itu, mujurlah hanya dapat lenguh-lenguh pada tangan sahaja. Selain daripada memasang lampu, kami banyak membuat kerja-kerja pendawaian elektrik.

Sedikit gambar untuk dikongsi bersama. Walaupun saya tidak gemar untuk berkongsi gambar, namun apalah salah kiranya kita bertaaruf.


Boss beri saya meja. Bukan sentiasa kosong macam ni. Tiada kerja, bawa notebook surf internet je la.
Antara kerja-kerja yang dilakukan. Memasang fius agihan 3 fasa.

Rakan sepraktikal, Hafis. Sedang dalam persiapan sebelum bergerak ke destinasi.
Lihat, tiada lampu! Tugas kami untuk memastikan jalan ini bercahaya.
Saya dan juruteknik, abang Bob. Saya berdiri di sebelah kiri, memakai topi keledar keselamatan.
Siap! Moga orang kampung ini mendapat manfaat.Tiadalah tinggi sangat. Tetapi abang Bob boleh gayat pula, walhal dah selalu naik!Giliran hafis dan abang Sani(juruteknik) pula. Saya dan abang Bob dah penat."Ha, kenapa tak menyala tu?"
Penat, Kita minum dahulu! Untung buat kerja di kampung ni. Ramai yang bermurah hati beri minum dan makan.

7 comments:

Anonymous September 5, 2008 at 6:50 AM  

wargh...sronok bile cite balik zaman LI..
alangkah seronoknye sekiranya diketemukan gadis kampung..
sejak bile anta berpose nie..salam taaruf...

MS Rizal September 5, 2008 at 6:56 AM  

Moga anta dapat gadis kampung Afham..haha apa lah melalut ke situ.

Anonymous September 5, 2008 at 11:45 AM  

cube tgk gmbr last..:P

MS Rizal September 5, 2008 at 12:05 PM  

Takkan terliur kot afham?
Puasa tu kena ikhlas Afham..haha..

Anonymous September 5, 2008 at 10:57 PM  

bukan terliur..ko cakap orang kampung pemurah..kalo dapat gadis kg alangkah indahnya..

Ainey Nan September 11, 2008 at 4:50 PM  

Gadis kampung yg mcam mana tu? Yang belum tercemar dengan budaya luar ke?

Untuk jumpa gadis yang betul2 alami, tak tercemar gaya hidup mahupun pemikiran, hampir pada mustahil. Bercakap dari pemerhatian, carilah perempuan yang boleh dididik dan tidak jumud. Anak-anak yang berpotensi banyak dipengaruhi cara berfikir dan didikan ibu. Fikirkan nasib anak-anak. Percayalah.. kerana saya juga membesar di kampung.

Tiada yang membezakan, melainkan akal fikiran dan keteguhan iman..

Ainey Nan September 11, 2008 at 4:54 PM  

Uhye.. akhi MS Rizal,

bolehlah pasang lampu kat tempat saya. gelap gelita~

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP