Aku impikan jalan sederhana
>> Saturday, September 6, 2008
Angin malam sepoi-sepoi bahasa, suasana tenang seusai Isyak. Orang ramai sedikit demi sedikit meninggalkan surau menuju ke kelas untuk prep malam.
Saya duduk sebentar berbual.
"Astaghfirullah, bercakap hal dunia di dalam masjid!" saya disapa dari belakang oleh seorang rakan.
Sambil bersalam, dia tunduk zuhud dan menghulurkan salam. Lalu berlalu pergi. Saya hanya bungkam, "Pergh..berasap telinga."
Ini adalah salah satu situasi yang menunjukkan saya sememangnya agak tidak sekepala dengan ajk surau sekolah. Semasa itu saya bersekolah di Sek. Men. Teknik Ipoh, Persiaran Brash. Maklumlah saya ini dikenali sebagai orang yang suka memberontak, menentang birokrasi dan hipokrasi sekolah. Semasa berada di Tingkatan 5, hari-hari terakhir sebelum bermulanya SPM.
Tahun depannya iaitu semasa di Tingkatan 5 saya mula melihat perubahan beberapa orang AJK Surau ini. Termasuklah dia. Gayanya tidak lagi zuhud, dan nampak peubahan perwatakannya. Tidak perlu rasanya saya nyatakan di sini.
Satu contoh yang 'baik'!
Saya membuka akaun friendster semasa tahun 1 di sini. Sebelum saya membuangnya semester lepas. Tujuannya hanya untuk berhubung dengan rakan-rakan lama. Saya terjumpa profile bekas AJK surau yang disegani. Bukan rakan di atas tadi, tetapi AJK surau lain yang lebih konsisten sehingga tingkatan 5. Agak kecewa sedikit, foto yang penuh dengan gambar dia dan 'awek'nya seawal tahun 1. Maaflah, saya rasa mereka belum berkahwin.
Saya terjumpa blog seorang lagi AJK surau. Namanya Aliff, orangnya zuhud semasa di sekolah dahulu. Dan saya memang tahu dia memang ikhlas dengan zuhudnya. Alhamdulillah dia masih di atas jalan 'ini' sehingga sekarang dan akan datang. InsyaAllah.
Saya berjumpa rakan lama. Mereka ini biasa-biasa sahaja semasa sekolah dahulu. Tetapi, sekarang sudah semakin meningkat potensinya.
Apa yang saya mahu ceritakan? Soalnya kesederhanaan.
Seorang alim, apabila sasau dia bisa jadi jahil.
Seorang pandai, apabila dia bodoh dia memang nampak tidak berguna.
Bersederhana itu lebih baik. Tidaklah perlu menonjolkan diri sebagai seorang warak, sekadar hanya untuk mendapatkan perhatian orang. Tidaklah perlu meninggikan diri agar nampak pandai supaya orang kagum padanya.
Laut itu punya pasang dan surut. Begitulah juga kita, janganlah sampai apabila kita terasa tinggi kita berkata dan nasihat itu dan ini. Takut-takut nanti diri sendiri terpaksa menelannya kembali.
Jika kita impikan penghormatan manusia maka bersederhanalah dalam berbicara , berbatas-batas tatkala bergurau senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.
Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya.
p/s: Terus terang saya sendiri terkesan dengan artikel ini, mungkin saya sendiri sedang melakonkan kembali watak-watak sahabat AJK surau sekolah saya ini.
6 comments:
dak teknik brash produk berjaya!!
Afham budak Izzudin Shah yang prolifik. Kelakar juga, sekolah sebelah-sebelah tapi tak pernah jumpa.
Di sini budak teknik brash dan izzudin shah boleh kamcing pula..haha
slm..akak juga amat terkesan dgn tulisan adik pada kali ini..terlalu ramai akk jumpa rakan2 akk yang mana dulu bersekolah agama namun, dgn sewenang2nya menyingkatkan tudung, sehingga memakai hanya anak tudung, trend terkini..pening akk memikirkannya..Ya Allah, jauhilah adik2 beradik serta saudara mara kita berkelakuan demikian.. sedangkan masa sekolah dulu, hatta stoking kaki amat2lah dititikbertkan..pentingnya pentarbiahan masa sekolah, namun manusia blh berubah mengikut arus..na'uzubillah, kita mengikut arus yang songsang itu.."Ya Allah, tetapkanlah hatiku di atas jalanMu.."
Namun ada juga rakan2 yg dulu agak nakal, namun bertemu hidayah Allah..
Terima Kasih Kak Izma kerana sudi membaca.
Mungkin ada yang tidak kena dengan tarbiyah yang membuatkan rakan-rakan berbuat begitu.
Sebab itu pentingnya penanaman kalimah as-syahadatain di dalam diri. Dengan itu kita akan rasa kita lebih ikhlas dan hidup untuk mencapai peningkatan mutu kita di sisi Allah SWT.
Sebenarnya kita sendiri boleh menilai siapa orang-orang sebegini disekeliling kita.
'Fastaqim kama umirta'
haha..semoga persahabatan kita dapat kekal abadi..insyaALLAH..
Amin..amin...
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...