Seluas lautan, setitik ilmu kurniaan Tuhan.

>> Wednesday, December 31, 2008

Sebelum saya memulakan mukadimah, izinkan saya berpesan untuk sama-sama kita berqunut nazilah. Setiap kali bumi palestin dinodai lagi, maka setiap itulah jiwa ini sentiasa mengharap akan ada lagi Salehuddin al-Ayubbi di zaman ini. Kabulkanlah Ya Allah.


"Bila nak habis?"

Ini soalan rutin Cikgu Hairuddin kepada saya. Sejurus apabila menjejak kaki di surau yang biasa saya berjemaah apabila pulang ke kampung. Wajar sungguh ditanya soalan ini memandangkan saya yang amat jarang pulang ke kampung. Tahu-tahu sudah hampir 5 tahun saya berteduh di ibu kota cinta ini. Sekejap tenggelam, sekejap timbul!

"InsyaAllah, semester ini yang terakhir cikgu."

Yakin Boleh!!!

Sudah agak lama saya ber'uzlah' (sebenarnya mengeram di dalam selimut) di bilik. Kepulangan saya ke kampung selama hampir seminggu mungkin satu langkah baik untuk saya mengaplikasikan teori. Membaca buku banyak mendedahkan teori, maka mari kita mengaplikasi;

1) Men are from Mars, Women are from Venus:

Saya menemani bonda(saya menyebut mak) ke pasar minggu. Cuma saya dan bonda sahaja, tanpa iringan adik-adik. Setiap kali bonda mahu membeli sesuatu beliau akan meminta pandangan saya. Hampir semua. Hatta, setangkai petai mana yang patut dipilih.

Saya akhirnya rimas,

"Ambil je mana-mana mak, tak jadi hal punyalah," saya bernada seloroh tetapi sememangnya itulah yang saya maksudkan.

Oh, ini bonda. Masih berbunga hormatku pada beliau. Bagaimana pula nanti jika halnya menemani 'adinda'?

2) Apabila Allah mahu memberikan kebaikan.....(ini nukilan hadis)

Lihat ragam ramai orang. Sangkanya sudah baik dengan mengejar-ngejar kecantikan, kekayaan dan digelar 'pandai..pandai'.

Kalaulah demikian, sudah lama Aisyhawara Rai digelar wanita baik yang punya kriteria masuk syurga. Sudah lama juga kita letakkan Bill Gate sebagai calonnya. Mungkin sudah lama juga kita meletakkan Stephen Hawkins atau Albert Einstein di dalam senarai pertama.

Tetapi apabila saya duduk ditembok merenung tanah, mengambil batu yang punya hujung tajam sambil melorekkan tanda pangkah. Jawapannya tidak!

Barangsiapa yang Allah inginkan agar ia menjadi orang yang baik, maka Allah akan tafaqquhkan dia dalam (urusan) agama. (Hadis Sahih, Muttafaq 'Alaihi)


Tafaqquhufiddin syeikh! Bererti faham agama. Itulah yang lebih baik untuk kita pilih dan mengejarnya. Apa usaha saya untuk menyedarkan mereka tentang ini?

"Ewan* dah nak dekat Maghrib! Balik mandi!"

*Memperkenalkan adik bongsu berusia 9 tahun.

Mulakan dengan ahli baitmu dahulu...

3) Mesra. Net(resepi masakan)

Malam itu bonda malas hendak memasak. Saya menawar diri untuk memasak nasi goreng kampung.

"Untung kalau lelaki pandai memasak.." puji bonda sambil menyuap butir-butir nasi kemulutnya.

Pandailah konon, jangan anda cuba bayangkan bagaimana rupanya nasi goreng kampung saya?

;

Bagaimana dengan buku lain? Mungkin belum sampai masa dan suasana yang tidak mengizinkan ianya dipraktikkan. Tidak mengapa, mungkin setakat ini masih boleh digunakan di bawah minda sedar(tidur)...



MS Rizal,
Kuala Lumpur,
31 Disember 2008,
2246H,
Entri penutup untuk tahun 2008,
selepas ini tahun 2009 akan menyusul sekaligus menjadi tahun ketiga daku berblogging,
Home: http://msrizal.blogspot.com/

4 comments:

Unknown January 2, 2009 at 7:09 AM  

Salam tahun baru msrizal.
1. seorang anak yang bagus. nanti bila nak temankan 'adinda' men are from mars women are from venus BUT together forever.
2. rajin juga ya ke myResepi. 'adinda' nanti akan gembira kalau 'kanda' dia selalu-selalu bantu memasak.

hehehe, semoga tahun baru hijrah & masehi menambah iman @ taqwa kepada Allah SWT.

Anonymous January 2, 2009 at 8:26 AM  

"ilmu itu bukan untuk dikumpul-kumpul menjadi koleksi peribadi, tetapi untuk diamal dan disebarkan ke serata negeri."

:D

semuga Allah memberkati setiap usaha sekalian umat Muhammad, terutamanya yang sedang gigih berjihad di bumi palestin.

Anonymous January 2, 2009 at 9:34 AM  

Salam tahun Hijriah Kak Chik, semoga kekal success dan bahagia selalu.

1. Saya masih jauh untuk menjadi anak yang baik. Tulis di blog ini memang nampak positif, tetapi realilti belum tahu lagi. Cuma kerana saya tinggal di asrama sejak sekolah Menengah lagi menyebabkan saya lebih menghargai kasih sayang dan pengorbanan Ibu dan Bapa.

2. Oh, nanti bila nak temankan 'adinda', haha..tahanlah dengan karakter sebenar saya.

Moga Kak Chik sekeluarga bertambah iman, amal dan kebajikan.

Anonymous January 2, 2009 at 9:40 AM  

Moga anda juga terus success Al-Ikhsan. Tahun ini akan bertolak ke luar negarakan?

Saya fikir ilmu saya tidaklah sebanyak mana. Tetapi perlahan-lahan mungkin saya akan menyampaikan dalam bentuk yang berbeza. Inilah gunanya kewujudan blog ini.

Palestin menangis, umat ini juga turut sama terhiris. Generasi Al-Quran akan mengangkat kembali keadilan ini untuk akan datang! Bukan Amerika dan bukan PBB.

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP