Andaiku pantas berlari

>> Wednesday, December 10, 2008

Bagaimana saya mahu memulakan mukadimah ini? Dengan menulis dialog senyum? Tetapi bukannya saya senyum sentiasa, kadang-kadang intonasinya menjadi sedih pula. Adakah dengan menerangkan pangkal permulaan cerita atau bagaimana?


Saya menemani Syafiq menonton filem hebat Singapura keluaran tahun 2003 'Homerun'. Filem ini berlatarbelakangkan kehidupan adik-beradik yang hidup di dalam serba kesusahan pada tahun 1965. Suatu tarikh yang simbolik kepada perpisahan antara Malaysia dan Singapura. Mungkin ada di antara kita yang tidak pernah mendengar pun tentang filem ini. Bagaimana mungkin, filem ini disekat daripada ditayangkan di Malaysia kerana sindiran politik yang sinis terhadap ikatan yang penuh pantang larang antara Malaysia dan Singapura.

Letakkan isu sindiran itu ditepi. Bukan itu mesej sebenar yang mahu disampaikan. Ini kisah tentang kesusahan, persahabatan dan kasih sayang antara adik beradik yang cukup menyentuh perasaan.
Pengarah filem ini Jack Neo telah mengadaptasi filem hebat dari Iran, 'Children of Heaven'. Dimana kisah dua beradik yang terpaksa berkongsi kasut untuk ke sekolah akibat kemiskinan. Begitu juga untuk cerita ini si adik perempuan, Chew Seow Fang yang terpaksa berlari seusai pengajian sesi pagi di sekolah untuk bertukar kasut dengan si abang, Chew Kiat Kun yang bersekolah pada sesi petang pula.

Sering kali Seow Fang lewat untuk bertukar kasut dengan abangnya yang sudah menanti di pertengahan jalan. Akibatnya Kiat Kun sering di denda pengetua yang rajin menunggu pelajar di hadapan pintu sekolah.

Tan Beng Shoon muncul sebagai watak anak orang kaya yang sering mempergunakan Kiat Kun untuk menyiapkan kerja rumahnya. Habuannya dia akan menaja kasut bola untuk Kiat Kun dan rakan-rakannya bermain bola. Juga tidak ketinggalan sepasang kasut untuk adik perempuan Kiat Kun. Tetapi Beng Shoon seringkali mengkhianati perjanjian dan sering kali mengambil kesempatan terhadap Kiat Kun. (Anda fikir watak ini simbolik untuk siapa di mata mereka?)

Akhirnya Kiat Kun menyertai satu pertandingan larian semata-mata untuk mendapat tempat ketiga di mana hadiahnya berupa sepasang kasut. Dia perlu menang untuk menghadiahkan kasut itu kepada Seow Fang.

Filem ini telus pada kehidupan. Latar belakang kesusahan membuatkan sesiapa sahaja akan berfikir, kebahagian itu sesuatu yang bukan terletak pada material dan kekayaan. Kesusahan juga membuatkan dua adik beradik Chew ini menjadi kuat mengharungi kehidupan. Ikatan adik-beradik sering membuatkan mereka saling belajar tentang erti persaingan dan bantu membantu untuk berjaya di dalam kehidupan.

Memetik kata-kata Bob Hope yang dinukil di dalam buku Zabrina A. Bakar, 'Life is an Open Secret';

"I grew up with six brothers. That's how I learned to dance-while waiting for the bathroom."

Syabas untuk filem hebat ini!





MS Rizal,
Kuala Lumpur,
12 Zulhijah 1429H,
http://msrizal.blogspot.com/

3 comments:

Anonymous December 14, 2008 at 1:23 PM  

em..sgt2 best cter nih...

NiaMubs December 15, 2008 at 5:07 PM  

saya teringin nak tengok citer nie, rasa2 ada lagi jual mana2 kerdai DVD tak?

MS Rizal December 15, 2008 at 6:46 PM  

Saya pun tidak berapa mantap untuk menjawab di kedai mana, kerana saya bukan penggemar filem dan wayang sebenarnya. Seingat saya kali terakhir saya membeli DVD adalah 3 tahun lepas, bertajuk 'Anapolis'. Yang lain itu saya tengok kalau di ajak rakan sahaja.

Tetapi, saya rasa ada terjual di kedai-kedai VCD/DVD. Yang disekat cuma di panggung wayang sahaja. Lagipun cerita ini mendapat kutipan yang tinggi dan salah satu filem yang mencipta rekod tersendiri di Singapura.

Harap-harap Sis NiaMubs berjaya mencarinya.

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP