Tuan, ajarkan saya sehingga faham!

>> Monday, December 15, 2008

Terima kasih kerana memahami...

Jari-jemari ini menari selepas diri diziarahi Jamaat Tabligh. Sekali lagi saya diajak mengikut serta.

"Kalau boleh ikut kami ziarah sekaranglah, kalau tidak boleh hari lain pun tidak mengapa," senior saya meminta dengan adab.

Saya menolak dengan baik.

Apa itu menyampaikan?

Suasana pagi itu dingin, angin sepoi-sepoi bahasa. Kami sudah selesai morning exercise, duduk berehat di atas podium menghadap kolam renang. Mari kita mulakan sesi perbualan dengan mengumpat...erk.

Topik yang paling dekat dengan kami hari itu adalah keputusan peperiksaan yang baru keluar semalamnya. Alkisah ada subjek yang kurang memberangsangkan keputusannya. Maka sasaran tembakan tentunya terhadap pensyarah yang mengajar.

"Aku tidak kisah kalau lecterur itu nak marking kertas ikut skema. Tapi diri sendiri itu kena pandai mengajarlah dahulu," seorang rakan meluahkan perasaan.

"Susah juga dapat lecterur yang pandai sangat ini. Banyak perkara dia akan ambil mudah. Akhirnya kitalah yang jadi susah." Tembakan kedua yang mencari sasaran.

"Ya betul, ramai orang mengaku dia pandai. Tetapi bukan semua orang pandai yang boleh mengajar orang lain supaya jadi betul-betul pandai."

Mengajar sehingga betul-betul pandai! Pemikiran saya terarah kepada guru-guru saya semasa sekolah rendah. Ya, mungkin tahap kita yang sudah berada di Universiti. Silibus mencanak petak dan bersegi, memandang enteng untuk mengajar 123 dan ABC. Tetapi untuk kita angkuh dan berkata itu senang sahaja, amatlah tidak patut. Ingatlah asal kita adalah daripada lopong dan menganga. Cikgulah yang menyuapkan ilmu, memberi belaian dan pujian ransangan;

"Cantik tulisan 'a' kecil Rizal ini," puji cikgu seawal darjah satu yang cukup bermakna kepada saya.


Mengajar supaya betul-betul pandai,


Sifat mengajar, menyampai dan mendidik sehingga betul-betul pandai adalah sifat Rasul yang mulia. Nabi SAW sentiasa mengajar dengan hikmah dan menggunakan pendekatan senang. Malah berbeza pula cara penyampaian mengikut waktu dan ketika. Sahabat baginda dilarang bertanya soalan remeh sedangkan berbeza dengan arab badwi yang datang bertanya.

Anas r.a meriwayatkan di dalam shohih bukhari bahawa Nabi SAW apabila mengucapkan satu patah perkataan diulanginya sampai tiga kali sehingga orang mengerti maksudnya. Nabi SAW juga tahu cara mengelakkan orang bosan dengan penyampaiannya, seperti mana diungkap dengan hadis di bawah,

Berkata Abu Wail r.a. katanya: "Abdullah (bin Umar) mengajar suatu jemaah setiap hari Khamis.
Seorang lelaki berkata, "Hai, Abu Abdurrahman, saya berharap supaya tuan dapat mengajar kami setiap hari."

Jawab Abdullah, "Saya khuatir, kalau-kalau anda semua menjadi bosan. Saya memilih waktu yang baik, sebagaimana juga Nabi SAW memilih waktu yang baik untuk kami belajar, supaya kami tidak bosan."
(Hadis Riwayat Bukhari)


Biasa saya melihat guru yang fed up untuk mengajar. Lantas dibiar sahaja murid-murid terkontang-kanting. Walhal bukan murid-murid yang tidak reti bahasa. Cikgu..jangan malas untuk asah bakat menyampai dan mengajar. Tidak sedarkah bahawa ilmu adalah hikmah(ilmu yang hak) yang diberi oleh Allah Taala. Tempatnya juga pada yang hak. Jangan sia-siakannya.

Jangan diberi alasan tidak pandai mengajar. Kalau begitu orang itu juga tidak layak diajar. Belajar adalah proses sehala. Mengajarlah untuk menjadikannya dua hala. Bukankah mahsyur hadis juga menyebut tentang proses dua hala ini;

Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. (Hadis Riwayat Bukhari)


;

Saya menerima mesej daripada YM, "slmtkn diri anda...5 minit*(gelaran sinis untuk Jamaah Tabligh di sini) ada kat aras anda..." Saya marah, lalu membalas dengan hamparan maksud surah Nuh kepada empunya angkara.




MS Rizal,
Kuala Lumpur,
15 Disember 2008,
0021H,

http://msrizal.blogspot.com/

6 comments:

Nurhidayah Jaafar December 15, 2008 at 11:29 AM  

saya juga ada pengalaman mengajar dulu...pernah juga mengajar budak tadika, murid sek rendah dan menengah.

kebanyakan guru hari ini ramai yang tidak ikhlas mengajar. Mengajar memang suatu kerjaya untuk cari makan disamping cari pahala. tapi ramai di antara mereka hanya cari makan sahaja...tidak ikhlas dan serius utk mendidik.

bukankah ilmu itu cahaya, akan masuk ke dalam hati yang ada cahaya. bagaimana pula yg mengajarnya tiada 'cahaya'?

kesimpulannya, cahaya (ilmu) tidak akan masuk ke dalam hati yang gelap (pelajar) melalui jalan yang gelap juga.(guru yg tdk ikhlas @ jln yg salah)..

smg kita dilindungi daripada keadaan ini. Selamat belajar

Anonymous December 15, 2008 at 1:18 PM  

ana quote balik tulisan anta:

"Cantik tulisan 'a' kecil Rizal ini," puji cikgu seawal darjah satu yang cukup bermakna kepada saya."

kadang2 itulah pujian dari hanya seorang guru(bukan lecturer,bukan yg ada pHd,bukan orang yang mewah dgn kerja cikgu) yang kita rasa semangat nak belajar..

pujian dari seseorang yang telah menjadikan kita 'orang' pada hari ini..

tulisan yang baik akh..

zahidzuhri December 15, 2008 at 6:22 PM  

tidak mudah untuk menjadi orang yang dididik dan pendidik yang sempurna, dengan bebanan menyampaikan Islam yang berat...apapu hati untuk menerima dan memberi itu penting...
Err...kat mana kita pernah bjumpa?tak nampak plak muka kat profile anta :p UPNM tu universiti pertahanan nasional m'sia kan?

MS Rizal December 15, 2008 at 6:49 PM  

Terima kasih untuk komen Ustazah Engineer dan Akh Yop. Tuhan sahaja yang tahu betapa saya menghargai komen juga sebagai reaksi dua hala.

Akh Zahidzuhri, Yup betul ana belajar di Univ. itu. Kita pernah berjumpa semasa ana datang buat kali pertama untuk daurah di UIAM. Masa itu yang mengajar, Ustaz Alizi.

Anonymous December 17, 2008 at 4:49 PM  

Salamun'alaik. Sekadar pandangan peribadi. Bukan semua pendidik mempunyai daya sampai yang menyampaikan. Ini juga merupakan kemahiran asas dalam komunikasi. Wahu'allam.

lelucon December 24, 2008 at 5:53 PM  

maaf,komen sikit saudara-saudari.

ustzh: bila kata 'ramai guru tak ikhlas' tu agak kurang adillah. mungkin sbb bebanan tugas (selain mengajar) yg byk, jd mood mengajar tu dah takde (letih dll).
tp bagus juga ramai yg fikir psl peranan guru-murid. Sepatutnya dua-dua pihak kena faham tanggungjwab masing2 utk jadikan sesi belajar-mengajar lebih berkesan.
btul, Nabi pandai mengajar. tp adakah Abu Jahal makan dek ajar? Maksud saya, utk jadikan berkesan, dua2 pihak kena beri kerjasama, dan dengan izin Allah juga... yg penting kita yg faham berusaha seikhlas mungkin (pelajar/pengajar). Isya'allah ada hasil.

wslm.
-yg sdg belajar dan akan mengajar (insya'allah)

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP