Merangkak-rangkak kubelajar kantonis

>> Friday, December 5, 2008

"Yatt, yee, sam, se'...."

Pelik benar raut muka rakan saya melihat mulut saya terkumat-kamit menghafal sesuatu.

Saya tersenyum.

"Aku tengah mengira dalam bahasa kantonis ini ha!" saya menjelaskan.


Azam saya! Sebelum menamatkan pengajian yang masih berbaki satu semester ini, saya berazam mempelajari bahasa kantonis dengan seorang rakan berbangsa cina. Bukan saya tidak biasa dengan bahasa kantonis, saya pernah bersekolah harian sewaktu tingkatan 1 hingga tingkatan 3 dahulu.

Kelas saya ketika itu seimbang kapisitinya antara bangsa melayu dan bangsa cina. Adalah tambahan dua orang berbangsa india. Saya selesa sebenarnya sekelas dengan bangsa cina ini. Bukan cina bandar yang fasih berbahasa Inggeris. Tetapi cina kampung yang ada segelintirnya hanya boleh berbahasa kantonis. Bayangkan situasi saya yang dilantik menjadi ketua kelas pula ketika itu!

Saya belajar sedikit, sedikit bahasa kantonis. Tetapi tidaklah sehingga fasih.

"Seefat aucho!!!"teriak Chea Kar Wah kepada seorang rakan lain. Terburai ketawa rakan-rakannya yang lain!

Terpinga-pinga saya dibuatnya. Lepas diselidiki barulah tahu maksudnya. "Punggung busuk!!!" ceh, bahasa longkang! Apa punya turr...

Saya tidak melihat kepentingan belajar bahasa kantonis melainkan selepas berkecimpung di dalam lapangan tarbiyah. Menyesalnya saya selama 3 tahun duduk di dalam kelas yang sama dengan bangsa cina tetapi tidak dapat mengusai bahasa kantonis dengan baik. Alangkah beruntungnya kelebihan ini digunakan di dalam lapangan dakwah. Amat besar impaknya.

Menteri Besar Perak,

Menteri Besar Perak mempunyai kelebihan yang jarang terdapat pada pemimpin politik yang lain. Beliau boleh berbahasa cina dan tamil. Malah sewaktu dijemput pertama kali berucap di forum "What's coming next" yang kebanyakannya dihadiri bangsa cina, MB Perak telah menyelitkan sedikit bahasa mandarin, kantonis dan tamil. Sungguh ucapannya itu membuatkan bangsa cina terpukau dan kagum dengan kemampuan beliau.

Saya melihat perkara ini di dalam ruang lingkup dakwah. Dakwah yang berjalan dari semenanjung arab diserakkan ke merata dunia dengan asas-asas yang tidak membebankan penganutnya. Islam tidak memaksa untuk memeluknya mereka terpaksa belajar bahasa Arab terdahulu. Tetapi cukuplah ianya bermula dengan akidah yang sejahtera terlebih dahulu. Kemudian barulah belajar sedikit demi sedikit tentang asas-asas ibadah yang memerlukan hafalan bahasa arab, juga mempelajari al-quran yang diturunkan di dalam bahasa arab.

Islam datang tidak menghapuskan budaya,

Islam tidak datang untuk menghapuskan budaya. Malah meraikan budaya yang tidak langsung bercanggah dengan akidah. Sinis saya memandang individu yang memaksa untuk seseorang memakai songkok sedangkan orang itu tidak mahu. Apa kapasti yang digunakannya? Perlembagaan pun tidak pernah memaksa.

Pendakwah perlu berfikir dan berusaha,

Untuk mendekati bangsa yang bukan melayu perlulah bijak dan berhati-hati. Jangan sesekali melabel mereka dengan gelaran yang tidak mereka sukai. Jangan sekali memandang mereka jijik, sedangkan diri sendiri belum tahu kebersihannya. Mereka akan lebih selesa dengan pendekatan kita jika kita juga selesa untuk bermesra dengan persekitaran mereka. Bonusnya berbicara dalam bahasa mereka. Sampaikan keindahan Islam di dalam bahasa mereka. Percayalah mereka akan cepat jatuh cinta!

"Hmmph.."

"Apa hmmph?" rakan saya bertanya.

"Hmmph itu '5' lah.." saya menjelaskan.

"Bukan 'Wu' ke?"

"Itu mandarinlah!"

Bahasa yang melembutkan hati pemilik bangsanya!




MS Rizal,
Kuala Lumpur,
4 Disember 2008,
http://msrizal.blogspot.com/

2 comments:

Nurhidayah Jaafar December 5, 2008 at 5:26 PM  

Bahasa tidak menghapuskan budaya. Tetapi menghapuskan bahasa, menghapuskan budaya. Menghapuskan budaya, menghapuskan jatidiri.

hairan kan, kenapa kerajaan Malaysia ni nak menghapuskan bahasa Melayu scr halus, melaksanakan P&P dalam bahasa Inggeris.

tiada tamadun yang boleh membangun dgn bahasa asing. Bahasa di Malaysia ni byk, sebanyak masyarakat yg berbilang bangsa. Kenapa tak memberi peluang rakyatnya mempraktikkan bahasa masing-masing, sibuk dgn bahasa asing?

Jepun dan korea semakin membangun dengan bahasanya...kita pula semakin menangguhkan pembangunan krn sibuk belajar bahasa inggeris.

PPSMI yang merugikan!

MS Rizal December 5, 2008 at 10:00 PM  

PPSMI banyak pro dan kontranya. Tetapi saya katakan condong kepada mudharat. Saya telah menulis tentang isu ini dahulu, rujuk;

http://msrizal.blogspot.com/2008/09/sains-dan-matematik-dalam-bahasa.html

Sebab Al-Quran diturunkan di dalam bahasa Arab adalah kerana Nabi berbangsa arab dan penyampaian dakwah juga di dalam bangsa arab.

Orang bijak di sini tak pernah mengambil ibrah tentang ini.
Sekarang wujud pula perkembangan bahasa mandarin yang pesat sehingga boleh dikatakan bahasa kedua terpenting di dunia. Jika bahasa mandarin berjaya mengatasi bahasa Inggeris, adakah wujud istilah 'PPSMM' pula?

Saya juga berada dibelakang kalian menyanggah PPSMI.

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP