Rokok, sudah lama inginku mengulas...

>> Friday, January 2, 2009

Saya tertarik dengan satu papan iklan yang terpapar jelas di bahu lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Selatan.

"Saya menghabiskan beratus ribu untuk merokok, kini tidak lagi," bicara seorang lelaki berkopiah haji memegang sebotol produk anti-rokok berjenama S'DETOX.


Mari kita kira, harga Dunhill 20 adalah sekitar RM 9.00 sekotak. Jika sehari sekotak, maknanya untuk sebulan ianya menjadi RM 270.00. Anda pasti setuju jika saya katakan jumlah RM 270.00 itu bukanlah satu jumlah yang sedikit untuk ditukarkan dengan barang sia-sia. Jika didarab untuk setahun, ianya menjadi RM 3240.00. Harga rokok akan meningkat untuk tahun-tahun akan datang. Bayangkan jika si perokok terus tegar untuk 40 tahun seterusnya. Tidakkah habis beratus ribu?


Merokok itu 'macho'kah?

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak lelaki remaja, pastinya rokok menjadi musuh masa depan yang menggerunkan. Remaja lelaki yang merokok dianggap jahat oleh orang dewasa. Siapa mahu anaknya digelar jahat? Tetapi hal ini berbeza pula dikalangan mereka dan rakan sebaya. Merokok melambangkan ke'macho'an, matang dan dewasa. Siapa pula tidak mahu digelar budak macho dan matang?
Kontradik bukan?

Hukum itu bukan untuk dilambung-lambung.

Terpampang jelas di hadapan masjid kebanyakan masjid-masjid wilayah persekutuan. 'Merokok itu diharamkan fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam kali ke-37, 1995'. Saya kira ini tindakan terpuji yang telah diambil oleh JAWI. Tetapi soalnya siapakah yang ambil pusing?

"Alah..ada ulama' yang kata makruh.." kata beliau dengan muka tidak kisahnya.

Ya betul, ia sememang makruh. Itu seandainya Majlis Fatwa berkumpul sekadar mengkiaskan rokok dengan jering dan petai. Tetapi malangnya perkembangan teknologi zaman tidak membantu si perokok. Rokok diakui mendatangkan keburukan kepada kesihatan dan pembaziran wang ringgit. Ini jelas ditentang oleh Islam. Saya yakin hampir semua fatwa terkini baik dalam atau luar negara mengharamkan rokok. Inilah hakikatnya.

Apa yang mengesalkan, perkara ini tidak sampai kepada umum atau mungkin yang buat-buat tidak tahu. Bukan sedikit jemaah surau dan masjid yang juga terdiri daripada yang orang merokok. Ada kotak rokok yang tersemat di dalam poket baju melayu. Buat azimat mungkin untuk khusyuk tak mahu terganggu. Simpan untuk dihisap dan dihulurkan bersama rakan-rakan di tangga surau tempat orang menumpang lalu. Buat santapan sementara menunggu Isyak datang bertamu.

Ada pula individu yang apabila bercakap Islam, siasah, Israel & Amerika sampai meletup-letup. Tetapi apabila penat bercakap, kocek diseluknya, berehat sebentar dengan rokok sebagai pemudah bicara. Entah pakcik ini sedar atau tidak dialah penyumbang secara tidak langsung kepada kekayaan Israel itu. Sungguh situasi yang mendatangkan kekesalan.

Anda mampu mengubahnya,

"Jangan, binasa...binasa!!!" mungkin saya tidak akan diendahkan apabila saya menjerit tentang ini di khalyak ramai.

Tetapi inilah yang direkodkan di dalam surah al-Baqarah, ayat 195:

"... dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.."


Peranan pemerintah sebenarnya perlu telus dalam menangani isu rokok ini. Janganlah seperti melepas batuk di tangga sekadar menulis 'MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN AMARAN..BLA..BLA.." di tepi kotak rokok. Ambillah tindakan tegas mencontohi pemerintahan Sultan Murad IV(Kerajaan Uthmaniyah) yang amat kuat memusuhi rokok. Sehingga baginda mengambil tindakan tegas untuk menjatuhkan hukuman bunuh kepada individu yang merokok.

Saya membayangkan, disebabkan kefasikan yang jelas kepada perokok ini. Elok benar Majlis Fatwa tidak membenarkan bapa yang merokok menjadi wali nikah anaknya. Masa itu, baru kendur lutut bapa-bapa yang merokok di Malaysia.!




MS Rizal,
Kuala Lumpur,
02 Januari 2009/5 Muharram 1430,
1100H,
HOME: http://msrizal.blogspot.com/

11 comments:

Unknown January 2, 2009 at 3:46 PM  

KakChik setuju sesangat dengan tulisan ni terutama yang akhir sekali tu. Memang patut dilaksanakan. Tok Guru siap warning sapa nak jadi wakil rakyat, mestilah bukan perokok dan ramai juga yang berjaya berhenti. Tapi masih ada yang sedang asyik merokok, nampak Tok Guru, dikepilkan rokoknya di celah jari dan diletak di belakang. Macamlah Tok Guru takde hidung tak terhidu bau rokok tu. Macam hipokrit je.

Rumah kakchik diletak notis, DILARANG MEROKOK DI KAWASAN INI.

zahidzuhri January 2, 2009 at 5:33 PM  
This comment has been removed by the author.
zahidzuhri January 2, 2009 at 5:34 PM  

Salam...

Adalah penting untuk tertegaknya undang-undang untuk supaya mengharamkan sama sekali benda-benda haram begini.

Namun,apa yang menjadi prioriti kita sekarang bukanlah pelaksanaan semata,namun kesedaran yang hakiki daripada perokok itu sendiri.

Kesedaran itu tak lain dan tak bukan akan berpanjangan atas dasar iman yang mantap dan utuh,justeru kesedaran iman dalam diri perokok dapat secara tak langsung menyelesaikan masalah tersebut.

Bahkan dengan kefahaman Islam yang betul dan iman yang utuh,dia pun boleh juga untuk mengajak perokok lain untuk bersama 'la taqrabu ad-dukhon'

Wallahualam ;)

MS Rizal January 2, 2009 at 10:30 PM  

Saya pernah terbaca di dalam satu majalah tidak lama dahulu bahawa Kelantan tidak mengambil pendekatan mengharamkan rokok. Ini kerana mereka lebih senang mengambil pendekatan mendidik lebih daripada menghukum.

Apa pendapat anda?

Anonymous January 3, 2009 at 7:20 PM  

apa khabayr bro..

Anonymous January 4, 2009 at 7:40 AM  

Sihat-sihat sahaja bro Afham. Tidak mahu mengulas panjang?

Macam mana kehidupan di alam pekerjaan? Semoga terus success bro Afham!

Anonymous January 5, 2009 at 12:57 PM  

Ketagihan merokok adalah sesuatu yang sukar untuk dibuang kerana sudah menjadi tabiat.
Sebagaimana ada pihak yang ketagih dengan pelbagai bentuk ketagihan yang lain seperti alkohol, hiburan malahan mungkin juga ketagih dengan dunia internet...
hehehe sekadar pandangan dari BUKAN perokok!~
P/S:Cuti tak bertandang ke penang ker?

Anonymous January 5, 2009 at 2:28 PM  

Oh ya, ketagihan itu memang punya banyak variasi. Malang benar jika kita berada di dalam kelompok ketagih pada perkara lagho.

Ketagih internet?

Wah, kena cari formula untuk membendungnya! Tetapi apa salahnya jika membawa manfaat sesama manusia.

p/s: Ana dah selesai cuti akh Fitri. Sekarang kembali ke masa-masa sibuk. InsyaAllah ada jodoh, boleh kita berjumpa. Ana teringin berborak-borak panjang dengan anta.

lelucon January 6, 2009 at 10:00 PM  

bab perokok tegar mmg mslh. Nak berhenti perlu kesungguhan yg tinggi. Sesiapa yg belum cuba, baik jangan... Tapi (berdasarkan pemerhatian) ada juga perokok yg cuba merokok jauh dari anak-anak dan ahli keluarga lain. Petanda ada kesedaran. Ini juga kuatkan keyakinan bhw mereka sayang keluarga. Tapi 'tak sanggup' berhenti sbb terlalu ketagih. Mungkin perlu lebih doa dan nasihat.

Irfan Jani January 8, 2009 at 5:47 PM  

Ugh. Aku teringat seorang sahabat yang membenarkan kawannya merokok, dengan mengatakan, "rokok ini ada perbezaan pendapat antara ulama. Merokoklah, asalkan iman islam terjaga."

Arkh. Aku tak boleh bersabar mendengar ayatnya itu. Teringin disekeh saja di situ, apakan daya, orang tua.

Anonymous January 9, 2009 at 12:26 AM  

Kalau orang tua...Simpan di hati sahajalah Irfan. Doakan supaya Allah tunjukkan jalan kepadanya.

-----------------

Argh, malasnya nak update blog! Sebulan pertama ini saya bakal sibuk sangat, entri pun banyak yang tidak habis dikarang. Nasib baik ada blog teman-teman maya sebagai penghibur hati.

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP