Takutkan rahmat?

>> Friday, February 29, 2008



Mengapa mahu bercakap besar?
Adakah kerana diri ini tahu apa yang ada dihadapannya? Atau merasa selamat daripada ancaman Allah SWT? Sedarlah bahawa jangankan murka Allah kita takut. Tetapi rahmat Allah pun kita takut. Kerana kita ini hamba. lemah dan tak berdaya. Semua yang kita peroleh adalah nikmat Allah yang dipinjamkan kepada kita sahaja.
Rahmat Allah pun kita takut?
Ya, pernahkah anda dengar orang lari daripada rahmat?
Bukankah hujan itu juga rahmat?
Dan kebiasaannya rahmat ini didahului oleh petir dan guruh..
Tetapi disebalik rahmat ini juga mungkin terkandung murka Allah SWT.

Ata' Bin Saib menceritakan pada suatu hari Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik berpergiaan bersama perdana Menteri yang juga sepupunya Umar bin Abdul Aziz.
Di tengah-tengah perjalanan langit menjadi mendung secara tiba-tiba. Keadaan gelap dan angin bertiup laju menggoyangkan setiap pokok.
Terdengar bunyi petir yang sangat kuat seperti membelah bumi. Khalifah ketakutan sehingga merapatkan dadanya pada benda yang yang berada dihadapannya.

Anehnya Umar BIn Abdul Aziz ketawa.

"Apa yang engkau tertawakan wahai Umar? Bukankah kita berada dalam keadaan disergah petir?" Tanya Khalifah.

"Wahai Amirul Mukminin! Yang terdengar itu adalah kesan bunyi rahmatNya, engkau sudah begitu ketakutan. Bagaimana denagn suara seksa dan murkaNya pula?" Jawab Umar bin Abdul Aziz.

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP