Cerpen: Adikku Sayang; Episod 1.

>> Monday, February 11, 2008


"Banjir di Kedah!"

"Banjir akan berlaku dihampir 80% negeri Kedah."

"Kawasan yang dijangka teruk adalah daerah Kuala Muda dan Baling."

"Justeru, orang ramai diminta bersedia di atas sebarang kemungkinan yang berlaku."

Pembaca berita memberikan pengumuman.
2 orang adik beradik tekun mendengar.


Radio lama model Penn State Mk III yang dikeluarkan pada tahun 1985 itu seolah-olah memberikan harapan kepada mereka.


"Sekian. Berita Radio RTM.”

"Wah, hang dengar tu Man! Tak lama lagi tempat kita ni akan naik bah." Terang Munir kepada adiknya.

"Ha ah. Best tu." Jawab Azman.

Kedua-duanya adik-beradik. Anak Along Kadir. Munir berusia 11 tahun.
Manakala adiknya Azman berusia 5 tahun.


"Abang ada plan best!"

Pagi esoknya kelihatan sekumpulan budak-budak berkumpul di bawah sepohon Pokok Asam Jawa.
Munir dan rakan-rakannya.

Dihadapan Pohon Asam Jawa itu ada parit kecil.
Tidaklah terlalu dalam.
Lebar parit ini cuma 7 langkah besar kaki orang dewasa.
Kebiasaannya di situlah mereka berkumpul.
Dahulu mereka berkumpul di bawah pohon Macang.
Tetapi satu hari Munir mendengar cerita daripada seorang Pak Cik di Surau.

Kata Pak Cik tu kalau ditimpa buah Macang boleh mati mendadak.
Terus diubahnya tempat.
Takut-takut tertimpa buah Macang pula.

Asim, Rosman, Akh Janji(Aji), Booraq dan Munir.
5 sekawan yang sebaya.
Berkawan sejak tadika sehinggalah meningkat darjah .

Sekelas pulak tu.
Darjah 5 Nilam di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Kuala, Kuala Muda.

"Apa plan hang ni Munir?" Asim memulakan perbincangan.

Digaru-garunya betisnya yang kegatalan.
Gayanya agak menyesal berseluar pendek. Banyak nyamuk ditempat itu.


"Yelah, beria-ia hang ajak kami berkumpul sini pagi-pagi. Aku tak sempat sarapan lagi tau."

Sahut Akh Janji sambil tangannya mengusap-usap perut, lagak kelaparan.
Tubuhnya agak berisi sedikit berbanding yang lain.

Anak lebai Manaf. Tak hairanlah kemana sahaja kepalanya selalu berserkup kopiah. Memang tak akan ditanggalnya. Bulan Mei lepas pada temasya hari guru, dia bermain bola sepak. Pakai seluar pendek pun dia pakai kopiah.

Sebab itu dia lebih popular dipanggil 'Aji' sahaja. Singkatan kepada Haji.

"Alah, hang ni Aji. Jangan tipulah. Hang kalau tak sarapan. Alamat tak keluar rumah la. Bukan aku tak tau hang ni." Booraq mencelah, diiakan oleh Rosman sekali.


Akh Janji tersenyum tersipu-sipu. Lakonannya tak menjadi.
Booraq dan Rosman memang agak rapat.
Semasa kecil dahulu Booraq selalu diejek dengan panggilan 'BURUK'.
Rosmanlah yang selalu mengejek.

Selalunya Booraq buat biasa sahaja. Tetapi suatu hari dia naik angin pulak.
Habis ditamparnya Rosman dan rakan-rakan yang mengejek.
Sejak hari itu Rosman lebih senyap.

Tapi akhirnya boleh jadi kawan baik pulak dia dan Booraq.

"Aku nak buat sampan!" Jawab Munir.

"Hah!". Serentak sahutan oleh yang lain.

bersambung....

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP