Jawlah satu kemestian?
>> Friday, February 29, 2008
Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah SWt dengan kebesaran dan keagungannya.
Di atas rahmatnya jua kita dapat menempatkan diri kita dalam iman dan ketakwaan.
Terdapat persoalan yang berputar-putar di atas kepala saya tentang Jamaat Tabligh.
Pada mulanya saya tidak memandang kisah tentang Jamaat ini sehinggalah saya pernah di ajak untuk menghadiri 'khuruj'(keluar)oleh seorang junior.
Oleh kerana telah banyak pro dan kontra yang saya dengar tentang Jamaat ini maka saya mengambil keputusan untuk mengikutnya.
Tetapi saya tidak berkesempatan kerana memikirkan cuti saya bersama keluarga lebih perlu lagi dimanfaatkan.
Saya pernah berdialog dengan beberapa orang insan yang saya suka minta nasihat daripadanya. Saya menyuarakan pendapat saya untuk khuruj barang sehari dua.
Ada yang membenarkan jika tujuan saya adalah untuk memantopkan iman. Tetapi ada juga yang membantah.
Ini perkara menarik yang saya ingin suarakan.
Alasan bantahan adalah banyak tertuju kepada individu.
Izinkan kiranya saya dapat listkan 'ketidak berkenannya' beliau pada tabligh;
1. Jamaat Tabligh tak cukup ilmu.
2. Ada segelintir Jamaat Tabligh yang ekstrim dengan Jamaat ini sehingga beranggapan orang lain tidak mengamalkan dakwah jika tidak menyertai mereka atau mengikut cara mereka.
3. Ada kalangan Jamat yang pengotor; pakai kayu sugi, gosok-gosok lepas tu letak celah serban atau letak dalam poket. Itukah yang Nabi SAW ajar?
4. Jamaat Tabligh hanya ajak orang pada yang maaruf. Yang mungkar mereka tak tegah.
5. Khuruj hanya bercakap tentang usaha atas iman sahaja. Perkara lain tidak dititikberatkan.
6. Orang Tabligh pantang ditegur kesalahan. Alamat 'bersilatlah' mereka.
7. Alasan paling kukuh yang beliau rasa adalah, para Imam, Ulama'-ulama' dan para daei dahulu banyak tertimpa oleh ujian-ujian getir. Ada yang dibunuh, ada yang dipenjara, ada yang disiksa dan berbagai-bagai lagi. Tetapi lihat pada Jamaat Tabligh? Bukti gerakan ini ditentang? Ada tak 'Buzruq'(Ulama Tabligh) mereka ditangkap? Adakah 'Bayan'(Majlis penerangan tentang usaha tabligh,biasanya menerangkan tentang 6 prinsip asas) mereka pernah dihalang?
*Tolong baca dengan teliti dan concentrate tentang 7 kritikan di atas ini, risau anda juga termasuk dalam golongan yang cepat 'bersilat' kalau ditegur!
Dan banyak lagi sebenarnya. Tetapi selebihnya adalah kritikan terhadap individu.
Saya hanya sekadar mendiamkan diri apabila insan ini mengkritik Jamaat ini. Sudah menjadi tabiat saya tidak suka mencelah apabila orang bercakap. Atas rasa biadap jika mencelah walaupun perkara itu saya tidak setuju.
Izinkan saya memberi komentar jawapan;
1. Saya menolak semua hujah berkaitan individu. Saya tidak suka menyalahkan sesuatu sistem hanya kerana kesalahan ahlinya.
2. Saya meraikan Jamaah ini, tidak menolak dan tidak juga terasa ingin jadi ahli. Jamaah Tabligh tidak dinafikan banyak sumbangannya. Kepada Allah jua saya bergantung hidayah.
3. Tidak cukup ilmu adalah kekurangan individu, bukan semua orang ada ilmu yang mantap. Tetapi mungkin ada orang yang tidak berpuas hati apabila seseorang yang kurang ilmu mengajak orang kearah kebaikan dengan menggunakan hujah dangkal, hadis-hadis dhoif, riwayat kisah-kisah sahabat yang bercampur aduk dan celaru. Serta bercakap seperti orang yang lebih berilmu.
4. Mencegah mungkar? Bukti mencegah mungkar adalah kesan-kesan yang terkena pada diri sendiri.
5. Kebanyakan Tabligh percaya bahawa amalan 'Jawlah'(ziarah) adalah yang paling mendekati sunnah dan paling berkesan. Saya akan jawab persoalan ini dibawah.
6. Pantang ditegur kesalahan. Ego manusia itu bermacam-macam. Orang dakwah yang bukan Tabligh pun ada yang pantang ditegur kesalahan.
7. Tabligh tak pernah kena ujian? Melaka telah mengharamkan Jamaat ini pada 11 Mac 1992. Begitu juga 2 orang anggota mereka dari Malaysia iaitu Abdullah Jamaluddin dan Zaki Che Hussein ditembak di Philiphina pada 29 Jun 1987.
Saya adalah orang yang berfahaman salafi tetapi bukan ekstrim-salafi@Wahabbi. Saya suka cara dakwah Ikhwanuil Muslimin. Saya cuba bersangka baik dan selalu berdoa kepada Allah SWT supaya tidak timbul dalam hati saya sifat 'dengki dengan orang beriman.'
Kenapa saya tak join Tabligh?
Saya lebih gemarkan cara dakwah Ikhwanul Muslimin, Itu sahaja!
Saya tak cegah orang daripada kemungkaran? Allah jua yang mengetahui dan kepadanya jualah saya berserah.
Saya tak ajak orang kepada kebaikan? Kepada Allah jualah kita kembali.
Seperkara yang menarik yang mahu saya bincangkan adalah amalan Jawlah(ziarah). Jamaat Tabligh beranggapan bahawa cara inilah yang paling berkesan dan paling mengikut Sunnah.
Sungguh apabila Syeikh Muhammad Salih al-Uthmain(anggota Ulama' Arab Saudi) apabila ditanyakan tentang amalan ini benar-benar mengikut sunnah atau tidak. Pertama-tamanya beliau memuji Jamat ini. Tetapi tentang Jawlah, beliau menjawab yang beliau tidak mengetahui dalilnya. Adapun Jawlah adalah wasilah sahaja. Dan sesiapa yang mengatakan ini adalah amalan Nabi SAW dan para Sahabat maka dia perlu mengemukakan dalil! Dan jika ini berdalil maka tentulah ulama' dan Tabein-Tabein dahulu lebih awal menyambutnya.
Salih al-Uthmain menambah bahawa penggunaan satu kitab sahaja iaitu Riyadus Salihin(di jazirah arab) dan Fadhilat Amal(majoriti negara) menyebabkan ilmu mereka tidak berkembang dan tidak mengetahui kitab lain selain daripada itu.
Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz(Mufti Arab Saudi) memuji jamah ini dan tidak menafikan sumbangan mereka dalam Islam. Cuma saya pernah mendengar ceramah daripada Ustaz Rasul Dahri yang mengatakn Bin Baz telah menyesatkan Jamaah Tabligh dan Ikhwan Muslimin. Tetapi saya tidak beberpa menyenangi dakwaan Ustaz Rasul Dahri keran beliau berpemikiran keras.
Utusan Malaysia bertarikh 3 April 1987, Jumaat; Wakil Syeikhul Azhar, Prof. Dr. Syeikh Rauf Shalaby mengkritik Jamaat ini dengan mengatakan ianya hanya mengajar orang menjadi malas. Dan cara dakwah ini disukai oleh orang-orang malas.
Saya menghormati ulasan Syeikh Shalaby. Syeikh Shalaby adalah ulama' kotemporari yang dihormati di zaman ini. Namun kritikan ini juga mendapat ulasan membela tanda belas kasih kepada Jemaah ini.
*Dan hujah yang paling setuju sekali adalah Fatwa Ustaz Wan Muhammad bin Wan Muhd. Ali, M. Litt. Beliau menentang dakwaan anggota Jamaah ini yang mengatakan orang lain tidak berdakwah mengikut cara sunnah kerana tidak melakukan Jawlah. Dan juga menafikan bahwa amalan Jawlah adalah amalan paling berkesan.
Imam Ghazali r.a. pernah mengesyorkan di dalam kitab Ihya supaya tiap-tiap orang alim menjaga sesebuah kawasan dan berdakwah di dalam kawasan itu. Di dalam sejarah Islam kita dapati banyak Ulama melakukan hal demikian dan mereka tidak menyeleweng daripada ajaran sunnah.
Jawlah adalah salah satu cara untuk menjemput orang ketempat dakwah, dan bukanlah satu-satunya cara dan yang paling utama. Ia bukanlah pula tulang-belakang dakwah dan suatu syarat yang tidak dapat tidak , bagi dakwah. Sekira-kiranya orang ramai berbondong-bondong datang ke tempat dakwah walau hanya membuat pengumuman dikhalyak ramai, maka tujuan dakwah itu sudah tecapai.
Tentang cubaan, caci-maki, rasa tidak tenang, rasa tidak best dan rasa bersalah tidak mengembangkan syiar jika tidak ber'jawlah', maka ini tidak dikurniakan Allah SWT kepada orang yang dalam jawlah sahaja.
Jikalau benar! Maka ramai benarlah para Awliya', Tabie-tabiein, para Salihin, Ulama'-ulama' muktabar dari zaman-berzaman, kurun-berkurun kerugian pahala atau tidak terangkat darjat mereka semata-mata tidak melakukan Jawlah...
Saya menghormati Jamaah ini, Ulama’-ulama’ serta ustaz-ustaz di dalamnya.
Tidak dinafikan banyak sumbangan Jamaah ini dan kebiasaan insan tak lari daripada kesilapan. Cuma segala pendapat fanatik, taklid buta, berhujah dengan hadis dhoif serta tidak bermatan, serta jua kisah-kisah orang-orang soleh dan sahabat-sahabat yang bercampur aduk membuatkan pemikiran saya yang suka ketertiban dalam berilmu, mengambil ilmu serta membawa ilmu menolaknya.
Apa yang baik itu datang dari Allah. Dan keegoan, kesombongan dan kehinaan pada diri itu datangnya dari saya sendiri..Saya cuma menyatakan pendirian tidak menentang dan suka bekasih sayang sesama makhluk. WallahuTaala'alam...
Akh Shah Rizal Al-Banjari.
1.12 am 29 Fabruari 2008 bersamaan 21 safar 1429H
Nota kaki...
*Kesemua sumber maklumat ini saya dapati daripada hasil kajian daripada laman-laman web yang Thiqoh, pengalaman-pengalaman yang cetek serta buku Gerakan Islam Tradisional di Malaysia, Sejarah Pemikiran Jama'at Tabligh dan Darul Arqam, karya Abdul Rahman Haji Abdullah, Edaran Karisma Publications Sdn Bhd.
*Dalam artikel ini saya hanya menyentuh bab Jawlah kerana ada hamba Allah yang saya sayangi menyentuh bab ini di dalam fikrah pemikiran saya.
1 comments:
tiada manusia yang sempurna
di dunia ini.
jawlah satu kemestian untuk
yang tidak sempurna ini.
kenapa??
it's work very well with
little sacrifice..
like Nabi SAW dies..
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...