nak buat buku
>> Friday, February 29, 2008
Bulan ini saya amat gembira kerana dihadiahkan 2 buah buku dari dua orang insan seIslam.
Terima kasih yang tak terhingga kepada kak Zalisa di atas hadiah buku 'Balqis & Pukauan si Jelita.'
Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Dr Danial Zainal Abidin atas hadiah buku 'Minda Muslim Super.'
Kak Zalisa menghadiahkan saya buku sebagai motivasi untuk saya menulis sehingga berjaya menulis buku.
Dr Danial pula sebagai ucapan terima kasih di atas tugas saya yang menyelia beliau sewaktu seminar Al-Quran diadakan di Universiti saya.
Saya minat membaca daripada kecil lagi. Hakikatnya sifat suka membaca mungkin saya warisi daripada sifat ayah saya.
Tetapi di waktu kecil dahulu, tiada banyak bahan bacaan di rumah. Yang saya selalu baca adalah majalah Mastika, Cermin, Pesona dan lain-lain lagi majalah yang seangkatan dengannya.
Itupun kerana ayah saya memang peminat majalah-majalah ini.
Nak jumpa bahan bacaan English memang tak delah. Mungkin ini salah satu sebab English saya masih berada ditahap biasa lagi.
Bayangkanlah semangat membaca ini sehinggakan bil air dan elektrik rumah pun saya baca dan saya belek.
Saya ulat buku? Saya tak sampai tahap tu lagi.
Tetapi apa yang kelakar sewaktu di sekolah dahulu saya suka mengulangkaji pelajaran di bilik sakit.
Dan ianya semakin menjadi-jadi sehingga saya tak turun bersukan langsung selama sebulan sebelum exam bermula sebagi langkah persediaan awal.
Ada rakan saya yang baru balik bersukan menjenguk saya. Diambilnya buku lapor sakit ditulisnya sesuatu. Dia pun senyum sambil menunggu di muka pintu.
Saya menghampirinya dan melihat apa yang ditulis.
Nama: Shah Rizal Jenis Sakit: 'Sakit asyik nak study'... macam-macamlah..hehe
Saya sedang berkira-kira sekarang. InsyaAllah bulan 4 dan 5 ini saya akan menjalani latihan industri di Taman Melawati.
Saya berazam mahu mengikuti bengkel menulis Puan Ainon PTS jika berkesempatan. Dan saya memang betul-betul berhasrat ingin menghasilkan sebuah buku suatu hari nanti..InsyaAllah..
Sekarang apa yang saya buat adalah memperuntukkan sejumlah wang setiap bulan untuk membeli bahan bacaan ilmiah.
Kerana kepuasan membeli saya terdapat pada membeli buku-buku....Biar penuh rumah saya dengan buku..haha!
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...