Kenapa bawa motor laju-laju?

>> Sunday, February 10, 2008


Kenapa perlu bawa motor laju-laju?
Sedangkan diri ini tahu yang ditunggangnya hanya sebuah jentera tampalan skru dan nat.
Ditegakkan atas dasar balance badan yang belum tentu balance rohani dan jasmaninya.

Aku hampir dilanggar!!!!!
Aku suka bawa motor, tapi aku tak suka jatuh motor.
Kata kawan aku yang bangga bawa motor laju-laju, jatuh motorlah menggambarkan perempit sejati.

Ho! Macam tu yek? Syabaslah kepada perempit sejati yang hakiki lagi tulen dan tak perlu cop halal JAKIM.
Anta telah memenangi pakej percutian melawat alam kubur.
Anta tak perlu bawa apa-apa. Sebab pemergian anta di sana di taja oleh Mak dan Bapak anda yang menangis sedih. Lebih sedih daripada Mak Bapak yang nak hantar anaknya pergi belajar jauh kat oversea nun. Anta juga akan lebih popular.
Satu kampung akan tahu. Orang yang kerja satu kilang dengan anta pun akan tahu. Yang tak kenal pun akan buat-buat tahu, sebab mungkin mak bapak anta nak buat kenduri arwah dan takut-takut mereka tak dijemput.
Anta akan gembira dengan percutian ini. Dan berita gembira, seperti yang selalu dikatakan oleh orang-orang yang gembira melancong bahawa mereka rasa tak nak balik. Ya, anta pun sama! Malahan anta bukan rasa-rasa dah. Anta memang dah tak boleh balik.

Apa nak jadi kat aku ni???
Maghrib tadi aku bawa motor menuju ke Masjid Amru Ibnu Al-AS, Sentul.
Sebenarnya baru kali pertama aku menjejakkan kaki ke masjid ini.
Suka mendengar nama masjid ini. Sahabah yang memeluk Islam setelah berpergian dengan Khalid Al-Walid dan Othman bin Talhah menuju ke kota Madinah.
Terkenal dengan kelantangan dan kefasihannya.
Aku mencari jalan masuk ke masjid.
Yes! Jumpa satu simpang. Dan tanpa ragu-ragu terus membelok.
Tapi tiba-tiba aku terasa ada kereta yang menuju ke arahku dari arah sisi.
Nasib baik dia sempat membrek. Terdengar bunyi tayarnya mencengkam jalan.
Aku memang tak toleh. Confirm pemilik kereta ni marah kat aku.
Kesilapan yang pada mulanya aku sangka kecil. Tapi boleh bawa kepada kecelakaan besar.
Walaupun jalan itu kurasakan lengang, bukan lesen untuk aku tak tengok cermin sisi dan tak beri signal untuk membelok.

Aku ketakutan!!!
Kuambil wudhuk.
Aku masuk kecelah soff.
Selesai solat, kusambung dengan solat Rawatib.
Kutadah tangan.

"...Ya Allah, janganlah engkau matikan diri ini akibat kecelekaan jalan raya.
Hamba mohon diri ini dimatikan di tengah-tengah perang. Kerana kurasakan alangkah ruginya Islam ini jika pemuda-pemuda yang masih engkau berikan kekuatan tapi mati bukan pada medan jihad demi memenangkan Islam...."


0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP