Sifat dengki itu menutup cahaya

>> Wednesday, February 20, 2008



Apa yang tak kena?
Tak tahu..
Saya tak tahu....

Antara perkara yang menjadi masalah dalam hati orang-orang kita termasuk diri saya sendiri mungkin adalah 'dengki dengan orang beriman'.
Ya, dengki dengan orang beriman adalah sifat yang merbahaya. Ianya mungkin menarik kita kepada jalan salah. Menutup hijab kita kepada kebenaran. Membuat sesuatu bukan kerana Allah swt. Dan paling ditakuti membawa orang kepada kesesatan.

Layakkah kita untuk dengki?
Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Untung dan rugi. Peluang dan tak berpeluang. Dan kebiasaannya orang yang dengki ini sentiasa mahu lebih. Tak tahu kelebihan diri, malah tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada dalam diri.

Padahal bukankah di atas kekuasaan Allah menganugerahkan sesuatu nikmat dan kelebihan?
Allah berfirman dalam surah an-nisa' ayat 54, "....ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran karunia yang Allah telah berikan kepadanya?.."


Umum mengetahui betapa bahayanya sifat dengki.
Dalam berdiskusi atau berhadapan dengan hakikat mengajak orang kepada kebaikan, pastinya muncul pelbagai kaedah dan cara.
Mungkin bagi pendukung salafi caranya begini. Pendukung khalaf caranya begini. JIM begini. Tabligh caranya begini. 'AJK masjid' UPNM macam ini. Malah orang yang tidak diberi kesempatan nafsu pada diri untuk datang ke masjid pun ada caranya tersendiri.
Dan sudah pasti, "Man Jadda Wa Jadda'... Siapa bersungguh dia dapat. Sesiapa yang bersungguh dalam hal ini akan berjaya.
Walaupun tak dapat semua, mungkin dapat menarik sedikit orang ke arah kebaikan. Walaupun ia sekadar membetulkan cara makan sesama ikhwah dan akhwat.
Bukan saya nak mengatakan ianya sebagai persaingan, tetapi akan ada wujud perasaan tercabar pada diri individu yang berideologi lain pula.
Lebih-lebih lagi sesiapa yang suka 'gemar-tak gemar' dengan mana-mana pergerakan dakwah.
Label-melabel. Berhasad dengki!

Selalunya wawasan orang berhasad dengki adalah kabur, arah tuju tak menampakkan sinar. Niatnya bercampur aduk. Kejayaannya adalah kekalahan orang lain.
Mahu salahkan Melayu? Kenapa tak pernah tuding jari pada diri sendiri?

Tidak sedarkah kita bahawa sifat hasad pada orang beriman adalah sifat Nasrani dan Yahudi sebenarnya.


Alangkah buruknya (hasil perbuatan) mereka yang menjual dirinya sendiri dengan kekafiran kepada apa yang telah diturunkan Allah, karena dengki bahwa Allah menurunkan karunia-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya diantara hamba-hamba-Nya. Karena itu mereka mendapat murka sesudah (mendapat) kemurkaan. Dan untuk orang-orang kafir siksaan yang menghinakan. Al-Baqarah, ayat 90.

Mereka adalah orang yang suka apabila orang yang beriman itu terpesong pada ajaran sebenar. Dan mengikut jejak langkah mereka. Padahal mereka adalah orang yang terdorong oleh hawa nafsu semata-mata.

Kita petik beberapa hadis;

Sabda Nasbi SAW "Manusia ini terus berada dalam kebaikan selagi mereka tidak dengki-mendengki" (Riwayat al-Tabarani, disahihkan oleh al-Albani).
Hadis lain: “Tidak akan terhimpun dalam jiwa hamba Allah iman bersama dengan hasad” (Riwayat Ibn Hibban dihasankan oleh Al-Albani).

Pergilah jauh-jauh wahai hati yang dengki! Apa yang dirisaukan diri ini menjadi salah seorang orang yang menjadi cubaan bagi orang beriman bagi memenangkan agama Allah ini.
Dan ketahuilah sifat ini sia-sia sahaja. Ibarat menyiram pasir di atas pancaran cahaya. Tidak semua pasir menutup dan tidak semua cahaya tertutup.

"Ya, Allah jauhkanlah aku sifat dengki dengan orang beriman!"

1 comments:

Anonymous February 20, 2008 at 10:27 PM  

salam juara.. tq share idea bernas

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP