meruntuhkan lebih mudah!

>> Sunday, February 24, 2008




"Semalam kau punyalah bertungkus-lumus buat hiasan pentas ni. Hari ni masa nak buat 'clearance' kejap je dah selesai!" Ujar rakan rakan saya kepada seorang rakan yang lain.

Pelik?

Itu adalah sunnatullah!
Sememangnya memusnahkan adalah lebih mudah dari membina.
Sebuah bangunan yang tinggi adalah memakan masa yang lama untuk disiapkan. Tetapi untuk meruntuhkan hanya tak sampai 10 minit atau lebih pendek daripada itu.
Satu masakan yang enak mungkin mengambil masa yang lama untuk dimasak, tetapi sekejap sahaja untuk selesai disantap.
Menyimpan duit di dalam bank mungkin bertahun-tahun, tetapi menghabiskannya sekejap sahaja.
Karier politik Dato' Seri Anwar Ibrahim dibina bertahun-tahun dan beliau disingkirkan dalam waktu yang sekejap sahaja.
Dan sememangnya Allah SWt menetapkan begitu, malahan sejak awal-awal penciptaan bumi dan langit Allah menciptanya secara berperingkat-peringkat. Tetapi untuk memusnahkan atau berlakunya kiamat sekejap sahaja.


Boleh sahaja Allah SWT menetapkan membina lebih mudah daripada memusnah.
Tetapi bukankah itu bermasalah?
Bayangkan proses melahirkan bayi ditukar masanya dengan proses mematikan manusia.
Jika untuk menghadapi sakratulmaut mengambil masa 10-15 minint. Bayangkan ditukar masanya dengan proses mengandung dan melahirkan. 9 bulan mengahadapi sakratulmaut. Bukankah perit tu?
Ataupun proses mengandung dan melahirkan sekejap sahaja. Memakan masa 10-15 minit. Memang tak seimbang betul.
Apabila ramai bayi dilahirkan, sedikit pula orang yang mati. Maka tak mustahil bumi yang pada masa itu sedang dalam proses kiamat berperingkat-peringkat, membina bangunan tinggi dengan hanya 10 minit, dan pelbagai keterbalikan akan sesak dan tak seimbang!

Saya keliru!
Saya jadi dungu!
Untuk saya menulis di dalam blog ini dengan idea dan kajian adalah sukar dan memerlukan inisiatif untuk meneroka tajuk-tajuk baru.
Bukan itu sahaja. Saya juga mungkin memerlukan rasa mahu dan keinginan untuk membaca perkara yang diluar bidang dengan penerimaan positif.
Setakat ini saya tiada masalah untuk membaca buku-buku berilmiah Islam.
Tetapi, untuk saya membaca buku motivisi inggeris contohnya; memerlukan daya tahan yang tinggi. Boleh sahaja saya menutup buku dan mencapai buku-buku lain.
Bukankah sukar untuk saya menulis atas kajian dan inisiatif sendiri?

Tetapi nyata menulis untuk mengkritik lebih mudah.
Semangat untuk mengkaji dengan niat mengkritik lebih bernafsu.
Kealpaan apakah ini?
Saya jadi tak keruan...Melihat jari-jemari yang menari di atas keyboard ini.
Saya boleh penuhi entry saya dengan kritikan yang penuh.. Setiap cabang dan ruang saya boleh kritik.
Tetapi saya akan mempersoalkan balik diri sendiri. Apakah engkau tahu mengkritik sahaja?
Dan begitu juga pembaca, jika idea kritikan ataupun tulisan saya yang menghentam seseorang individu maka tulisan itulah yang laris dan dipuji.
Maka tidak hairanlah media cetak dan media elektronik yang biasa mempunyai pengisian kritik dan fitnah laris.
Tetapi jika berisikan pengetahuan agak lembap penerimaannya.

Justeru, berhati-hatilah dengan sunnatullah ini..Iman yang dibina bertahun-tahun tak mustahil runtuh hanya dengan satu dosa sahaja.
Bukankah Iblis telah membuktikannya?

3 comments:

Anonymous February 29, 2008 at 1:36 PM  

Assalamualaikum.. smua org ada time kejatuhannya sendiri..
apabila saat itu tiba, kita seharusnya bersyukur krn itulah salah satu tanda kasih sygNYA terhdp kita..DIA mnguji tahap keimanan kita sedangkan ramai lagi hambaNYA yang terbiar dilalaikan.. Hanya yang terpilih sahaja di antara bjuta mendapat rahmatNYA.. Jd bersyukurlah, Alhamdulillah=)

MS Rizal February 29, 2008 at 10:02 PM  

Sama ada sampai atau tidak maksud saya ini tak tahulah..
Yang saya jadi takut adalah diri saya yang ringan tangan menulis untuk mengkritik, tetapi jika untuk menghasilkan buah fikiran...hampeh...

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP