mengidola diri berbanding idola

>> Thursday, February 21, 2008


Saya hairan apabila berjumpa dengan orang yang suka memperkatakan tentang orang lain.
Seolah-olah tiada apa yang menariknya untuk bercakap melainkan orang yang dikaguminya.
Dan lebih menjadi jelek apabila ada perdebatan membandingkan 2 tokoh.
Kedua-duanya Islam. Dan masing-masing ada sumbangan dalam Islam.
Tetapi mungkin idealism atau fikrah perjuangan berbeza.

Contohnya dahulu..Apabila membandingkan antara Dr M dan Nik Aziz.
Wah, berapi-api debatnya! Silap-silap boleh bermasam muka.
Walhal tahukah diorang yang 2 orang ini menggengam tangan erat bila berjumpa.

Aduhai diri. Bukankah lebih baik menilai diri sendiri.
Dan sesama ukhwah dirantai dimesrai.
Kelak yang didebatkan akan berlalu pergi.
Topik debat pun dah naik basi.
Lalu masa itu kita akan menilai diri sendiri. Kerana sifat ego dan keras kita dibenci.

Teringat diri pada suatu kisah pada zaman pemerintahan Khalifah Hisyam bin Abdul Malik pemerintah pada dinasti Bani Umaiyyah.
Diceritakan baginda mahu sejarah keutamaan Usman Bin Affan r.a dibukukan menyamai sejarah keutamaan Ali bin Abi Talib Karamallhuwajhah.
Ketika itu sejarah keutamaan Ali telah pun tersiar.
Maka baginda pun mahu sejarah ini dikarang oleh seorang ulama' yang terkenal pada masa itu bernama A-A'masy.
Lalu dihantar utusannya.

Berkatalah utusan; " Wahai Syeikh! Amirul Mukminin meminta tuan agar menulis sejarah Usman Bin Affan r.a menyamai sejarah Ali bin Abi Talib Karamallhuwajhah.."

Al-A'masy tidak terus menjawab tetapi terus mengambil sehelai kertas lalu membawa utusan itu ketempat gembalaan kambing.

"Mari lihat sini!" Kata Al-A'masy kepada utusan Khalifah sambil memasukkan kertas yang telah dilipat-lipatnya itu ke dalam mulut seekor kambing.
Si kambing lalu terus mengunyah kertas sehingga lumat sambil diperhatikan oleh para utusan Khalifah.
Mereka bingung, hairan dan tak faham akan tindakan ulama' itu.

"Katakan kepada Amirul Mukminin, inilah Jawapannya!" Bertambah bingung para utusan. Takkan kambing yang menjawab permintaan khalifah.

Maka didesaklah mereka dengan rayuan kepada Al-A'masy supaya dijawab permintaan itu.
Dan akhirnya Al-A'masy mengambil sehelai kertas, lalu ditulis sepucuk surat kepada Khalifah Hisyam Bin Abdul Malik.

"Bismillahhirahmanirrahim.Amma ba'du.

Wahai Amirul Mukiminin! Adapun Khalifah Usman bin Affan r.a. mempunyai manaqib(sejarah keutamaan) sepenuh penduduk dunia, ia tidak akan memberikan manfaat kepadamu.
Demikian juga sekiranya Khalifah Ali bin Abi Talib r.a. mempunyai manaqib sepenuh penduduk dunia inipun tidak akan memudaratkan kepadamu. Hendaklah Amirul

Mukminin memerhatikan diri sendiri sahaja. Wassalam."

Maka tanyalah diri siapa yang benar dalam perdebatan ini.
Walau apapun dan kemana pun keputusannya dibawa pergi, kepada Allahlah diserah segala urusan;

"Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang memberikan keputusan di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang selalu mereka perselisihkan padanya. " As-Sajadah, ayat 25.



2 comments:

Anonymous February 22, 2008 at 12:27 AM  

syukran ya akhi. tulisan yg sesuai bg tiap2 insan.. jgnlah berfanatik terhdp individu sampai terabai amalan diri..

MS Rizal February 22, 2008 at 8:24 AM  

hmm...yang jelas fanatik itu merosakkan kebenaran..

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP