Main ikat-ikat...
>> Thursday, February 14, 2008
Saya ditanya oleh rakan, apakah dia konsep tunang?
Tidaklah diri ini punya ilmu tentangnya, tetapi dapat juga sedikit pedoman hasil bacaan di Saifulislam, Zaharuddin.net, buku motivasi dan sedikit nasihat daripada orang-orang sekeliling saya yang Thiqoh.
"Bertunang adalah lesen untuk taaruf(kenal-mengenal)!"
"Hah?" Rakan saya sedikit kaget.
"Bukan ke tunang ni menghantar tanda ?" Rakan saya menyatakan pendapatnya.
"Ya, betul. Tetapi hakikat bertunang adalah untuk saling kenal-mengenali. Tetapi tetap ada batasnya. Nak berbual ada batasnya. Nak berSMS ada batasnya. Nak keluar kena bermahram. Nak bertukar gambar kena berhati-hati. Tetapi kelebihan ini hanya ada pada tunang sahaja tau!"
"Cuba bayangkan jika bertunang barulah adalah lesen untuk kenal-mengenal, apa status couple pula?" Saya menguji kembali rakan.
Rakan saya terdiam..tanda berfikir..
Ramai yang menyalah anggap pertunangan. Tak kurang juga yang memandang negatif tentang pertunangan. Ada yang nak tunang 1 minggu je. Ada yang nak tunang lama-lama.
Tak nak bertunang langsung. Ada yang kalau nak bertunang hantar berderet-deret kereta. Pasang khemah. Habis beribu ringgit...Bertunang dah habis beribu ringgit???
Salah ke?
Apa status bertunang.?
Yang jelas ianya tak membawa kepada haram. Ada pendapat mengatakan harus dan ada pula yang memberikan hukum sunat. Dalam arab ianya lebih dikenali sebagai 'khitbah'.
Ada disebut dalam Al-Quran dan ada pula disebut dalam hadis.
Ianya bertujuan untuk kedua-duanya mengenali serba-sedikit dan latar belakang pasangan juga menimbulkan keinginan untuk meneruskan perkahwinan.
Saya ada buat perbincangan dengan rakan yang lebih alim tentang hal ini.
Katanya;" Cukup sekadar akad di telefon pun sudah dikira tunang. Jadi selebihnya hanyalah adat sahaja."
Tempohnya?
Seelok-eloknya disingkatkan. Tetapi ianya kadang-kala bergantung pada adat dan kebiasaan sesuatu tempat.
Saya nampak bahawa 'tunang secara Islam' adalah antara alternatif mengatasi masalah couple.
Walaupun Ustaz Maszlee Malik pernah mencadangkan 'nikah khitbah'. Tetapi bukan semua orang bersedia untuk itu. Dan bukan semua Universiti menggalakkan pelajarnya berkahwin semasa belajar. Kalau Universiti tempat saya belajar ni lagilah. Langsung tak dibenarkan.
(Saya menggunakan istilah 'tunang secara Islam' untuk menyatakan bahawa bukan bertunang mengikut kefahaman orang sekarang)
Takut putus?
Sebab itu saya pernah nyatakan pada rakan, bertunang ini berada di antara putus dan meneruskan.
Jadi jika si pasangan sedar mereka berada di dalam situasi ini, maka adalah patut tidak menghebahkannya. Ianya lebih afdal disembunyikan, orang terdekat sahaja yang tahu. Yang patut dihebahkan adalah Walimatulurus.
Tidak payahlah nak buat kenduri sederhana besar(sebab kahwin nanti nak buat besar-besaran) demi untuk menghebahkan yang diri ini telah bertunang. Kelak kalau putus, nak pasang khemah kenduri untuk memberitahu dah putus?
Cara Memikat?
Saya pernah diasak oleh rakan-rakan tentang cara saya memikat dan bagaimana caranya saya nak memperolehi calon Isteri. WallahuTalaa'lam, saya merancang tetapi Allah menentukan.
Yang saya pegang, bahawa saya tidak dan akan berusaha untuk beristiqomah tidak bercouple!
Jalan yang saya nampak adalah meminta orang yang saya percayai untuk mencarikan saya jodoh apabila sampai masanya nanti.
"Susah, orang carikan takut tak puas hati nanti!" Seorang kawan meluahkan pendapat.
Tak puas hati? Disinilah terletaknya asbab pertunangan...
Lagipun sebelum bersetuju, pastinya saya akan minta pertolongan pada Allah dan yakin bahawa janji Allah SWT itu benar.
“Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula.
Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia." Surah An-Nur, ayat 26
Saya nak menyambung lagi, tetapi cukuplah ini sekadar mukaddimah artikel pertama yang berkisar tentang Ikhtilat...
1 comments:
pe ikat2....huhu
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...