nak buat buku

>> Friday, February 29, 2008


Sebahagian daripada koleksi buku yang saya kumpul


Bulan ini saya amat gembira kerana dihadiahkan 2 buah buku dari dua orang insan seIslam.
Terima kasih yang tak terhingga kepada kak Zalisa di atas hadiah buku 'Balqis & Pukauan si Jelita.'
Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Dr Danial Zainal Abidin atas hadiah buku 'Minda Muslim Super.'

Kak Zalisa menghadiahkan saya buku sebagai motivasi untuk saya menulis sehingga berjaya menulis buku.
Dr Danial pula sebagai ucapan terima kasih di atas tugas saya yang menyelia beliau sewaktu seminar Al-Quran diadakan di Universiti saya.

Continue Reading...

Read more...

Jawlah satu kemestian?


Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah SWt dengan kebesaran dan keagungannya.
Di atas rahmatnya jua kita dapat menempatkan diri kita dalam iman dan ketakwaan.

Terdapat persoalan yang berputar-putar di atas kepala saya tentang Jamaat Tabligh.
Pada mulanya saya tidak memandang kisah tentang Jamaat ini sehinggalah saya pernah di ajak untuk menghadiri 'khuruj'(keluar)oleh seorang junior.
Oleh kerana telah banyak pro dan kontra yang saya dengar tentang Jamaat ini maka saya mengambil keputusan untuk mengikutnya.
Tetapi saya tidak berkesempatan kerana memikirkan cuti saya bersama keluarga lebih perlu lagi dimanfaatkan.

Saya pernah berdialog dengan beberapa orang insan yang saya suka minta nasihat daripadanya. Saya menyuarakan pendapat saya untuk khuruj barang sehari dua.
Ada yang membenarkan jika tujuan saya adalah untuk memantopkan iman. Tetapi ada juga yang membantah.
Ini perkara menarik yang saya ingin suarakan.
Alasan bantahan adalah banyak tertuju kepada individu.
Izinkan kiranya saya dapat listkan 'ketidak berkenannya' beliau pada tabligh;


Saya menghormati Jamaah ini, Ulama’-ulama’ serta ustaz-ustaz di dalamnya.
Tidak dinafikan banyak sumbangan Jamaah ini dan kebiasaan insan tak lari daripada kesilapan. Cuma segala pendapat fanatik, taklid buta, berhujah dengan hadis dhoif serta tidak bermatan, serta jua kisah-kisah orang-orang soleh dan sahabat-sahabat yang bercampur aduk membuatkan pemikiran saya yang suka ketertiban dalam berilmu, mengambil ilmu serta membawa ilmu menolaknya.


Continue Reading...

Read more...

Takutkan rahmat?



Mengapa mahu bercakap besar?
Adakah kerana diri ini tahu apa yang ada dihadapannya? Atau merasa selamat daripada ancaman Allah SWT? Sedarlah bahawa jangankan murka Allah kita takut. Tetapi rahmat Allah pun kita takut. Kerana kita ini hamba. lemah dan tak berdaya. Semua yang kita peroleh adalah nikmat Allah yang dipinjamkan kepada kita sahaja. Continue Reading...

Read more...

meruntuhkan lebih mudah!

>> Sunday, February 24, 2008




"Semalam kau punyalah bertungkus-lumus buat hiasan pentas ni. Hari ni masa nak buat 'clearance' kejap je dah selesai!" Ujar rakan rakan saya kepada seorang rakan yang lain.

Pelik?

Itu adalah sunnatullah!
Sememangnya memusnahkan adalah lebih mudah dari membina.
Sebuah bangunan yang tinggi adalah memakan masa yang lama untuk disiapkan. Tetapi untuk meruntuhkan hanya tak sampai 10 minit atau lebih pendek daripada itu.
Satu masakan yang enak mungkin mengambil masa yang lama untuk dimasak, tetapi sekejap sahaja untuk selesai disantap.
Menyimpan duit di dalam bank mungkin bertahun-tahun, tetapi menghabiskannya sekejap sahaja.
Karier politik Dato' Seri Anwar Ibrahim dibina bertahun-tahun dan beliau disingkirkan dalam waktu yang sekejap sahaja.
Dan sememangnya Allah SWt menetapkan begitu, malahan sejak awal-awal penciptaan bumi dan langit Allah menciptanya secara berperingkat-peringkat. Tetapi untuk memusnahkan atau berlakunya kiamat sekejap sahaja.

Continue Reading...

Read more...

mengidola diri berbanding idola

>> Thursday, February 21, 2008


Saya hairan apabila berjumpa dengan orang yang suka memperkatakan tentang orang lain.
Seolah-olah tiada apa yang menariknya untuk bercakap melainkan orang yang dikaguminya.
Dan lebih menjadi jelek apabila ada perdebatan membandingkan 2 tokoh.
Kedua-duanya Islam. Dan masing-masing ada sumbangan dalam Islam.
Tetapi mungkin idealism atau fikrah perjuangan berbeza.

Contohnya dahulu..Apabila membandingkan antara Dr M dan Nik Aziz.
Wah, berapi-api debatnya! Silap-silap boleh bermasam muka.
Walhal tahukah diorang yang 2 orang ini menggengam tangan erat bila berjumpa.

Aduhai diri. Bukankah lebih baik menilai diri sendiri.
Dan sesama ukhwah dirantai dimesrai.
Kelak yang didebatkan akan berlalu pergi.
Topik debat pun dah naik basi.
Lalu masa itu kita akan menilai diri sendiri. Kerana sifat ego dan keras kita dibenci.
"Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang memberikan keputusan di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang selalu mereka perselisihkan padanya. " As-Sajadah, ayat 25.
Continue Reading...

Read more...

Sifat dengki itu menutup cahaya

>> Wednesday, February 20, 2008



Apa yang tak kena?
Tak tahu..
Saya tak tahu....

Antara perkara yang menjadi masalah dalam hati orang-orang kita termasuk diri saya sendiri mungkin adalah 'dengki dengan orang beriman'.
Ya, dengki dengan orang beriman adalah sifat yang merbahaya. Ianya mungkin menarik kita kepada jalan salah. Menutup hijab kita kepada kebenaran. Membuat sesuatu bukan kerana Allah swt. Dan paling ditakuti membawa orang kepada kesesatan.

Layakkah kita untuk dengki?
Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Untung dan rugi. Peluang dan tak berpeluang. Dan kebiasaannya orang yang dengki ini sentiasa mahu lebih. Tak tahu kelebihan diri, malah tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada dalam diri.

Padahal bukankah di atas kekuasaan Allah menganugerahkan sesuatu nikmat dan kelebihan?
Allah berfirman dalam surah an-nisa' ayat 54, "....ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran karunia yang Allah telah berikan kepadanya?.."


Continue Reading...

Read more...

Main ikat-ikat...

>> Thursday, February 14, 2008


Saya ditanya oleh rakan, apakah dia konsep tunang?

Tidaklah diri ini punya ilmu tentangnya, tetapi dapat juga sedikit pedoman hasil bacaan di Saifulislam, Zaharuddin.net, buku motivasi dan sedikit nasihat daripada orang-orang sekeliling saya yang Thiqoh.

"Bertunang adalah lesen untuk taaruf(kenal-mengenal)!"

"Hah?" Rakan saya sedikit kaget.

"Bukan ke tunang ni menghantar tanda ?" Rakan saya menyatakan pendapatnya.

"Ya, betul. Tetapi hakikat bertunang adalah untuk saling kenal-mengenali. Tetapi tetap ada batasnya. Nak berbual ada batasnya. Nak berSMS ada batasnya. Nak keluar kena bermahram. Nak bertukar gambar kena berhati-hati. Tetapi kelebihan ini hanya ada pada tunang sahaja tau!"

"Cuba bayangkan jika bertunang barulah adalah lesen untuk kenal-mengenal, apa status couple pula?" Saya menguji kembali rakan.

Rakan saya terdiam..tanda berfikir..

Ramai yang menyalah anggap pertunangan. Tak kurang juga yang memandang negatif tentang pertunangan. Ada yang nak tunang 1 minggu je. Ada yang nak tunang lama-lama.
Tak nak bertunang langsung. Ada yang kalau nak bertunang hantar berderet-deret kereta. Pasang khemah. Habis beribu ringgit...Bertunang dah habis beribu ringgit???
Continue Reading...

Read more...

Cerpen: Adikku Sayang; Episod 1.

>> Monday, February 11, 2008


"Banjir di Kedah!"

"Banjir akan berlaku dihampir 80% negeri Kedah."

"Kawasan yang dijangka teruk adalah daerah Kuala Muda dan Baling."

"Justeru, orang ramai diminta bersedia di atas sebarang kemungkinan yang berlaku."

Pembaca berita memberikan pengumuman.
2 orang adik beradik tekun mendengar.


Radio lama model Penn State Mk III yang dikeluarkan pada tahun 1985 itu seolah-olah memberikan harapan kepada mereka.


"Sekian. Berita Radio RTM.”

"Wah, hang dengar tu Man! Tak lama lagi tempat kita ni akan naik bah." Terang Munir kepada adiknya.

"Ha ah. Best tu." Jawab Azman.

Kedua-duanya adik-beradik. Anak Along Kadir. Munir berusia 11 tahun.
Manakala adiknya Azman berusia 5 tahun.


"Abang ada plan best!"

Continue Reading...

Read more...

Kenapa bawa motor laju-laju?

>> Sunday, February 10, 2008


Kenapa perlu bawa motor laju-laju?
Sedangkan diri ini tahu yang ditunggangnya hanya sebuah jentera tampalan skru dan nat.
Ditegakkan atas dasar balance badan yang belum tentu balance rohani dan jasmaninya.

Aku hampir dilanggar!!!!!
Aku suka bawa motor, tapi aku tak suka jatuh motor.
Kata kawan aku yang bangga bawa motor laju-laju, jatuh motorlah menggambarkan perempit sejati.

Ho! Macam tu yek? Syabaslah kepada perempit sejati yang hakiki lagi tulen dan tak perlu cop halal JAKIM.
Anta telah memenangi pakej percutian melawat alam kubur.
Anta tak perlu bawa apa-apa. Sebab pemergian anta di sana di taja oleh Mak dan Bapak anda yang menangis sedih. Lebih sedih daripada Mak Bapak yang nak hantar anaknya pergi belajar jauh kat oversea nun. Anta juga akan lebih popular.
Satu kampung akan tahu. Orang yang kerja satu kilang dengan anta pun akan tahu. Yang tak kenal pun akan buat-buat tahu, sebab mungkin mak bapak anta nak buat kenduri arwah dan takut-takut mereka tak dijemput.
Anta akan gembira dengan percutian ini. Dan berita gembira, seperti yang selalu dikatakan oleh orang-orang yang gembira melancong bahawa mereka rasa tak nak balik. Ya, anta pun sama! Malahan anta bukan rasa-rasa dah. Anta memang dah tak boleh balik.
Continue Reading...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP