Bertemu cikgu Mohd Isa

>> Tuesday, March 3, 2009

Perjalanan pulang dari Ipoh ke Kuala Lumpur pada hari Isnin 2 Mac 2009 jam 1530.

Saya membuat keputusan untuk pulang awal sehari walaupun cuti MC saya tamat keesokan harinya. Tidak sanggup saya meninggalkan bilik kuliah hanya untuk melayan demam campak 'malu-malu'(kerana tanda ruam tak kelihatan sangat).

Bas mini berwarna hitam putih yang sarat dengan penumpang berhenti di bahu jalan. Dari perut bas inilah saya keluar dengan perasaan bercampur baur. Malas dan gembira. Telan sahaja perasaan itu, saya mengagahkan diri melintas jalan menuju ke Terminal Bas Medan Gopeng.

Saya mengambil tiket Plusliner, bernombor seat 2D.

"Harap-harap bukan di duduk di sebelah wanita," hati saya bermonolog sambil saya mencari-cari tempat yang sesuai.

Pertemuan yang tidak disangka

Saya gembira kerana kelihatan seorang pak cik yang bakal menjadi teman seperjalanan saya. Tetapi, apa yang mengejutkan pak cik itu adalah seorang yang saya amat kenali. Pak cik itu juga menunjukkan respons kaget apabila melihat saya.

"Ya Allah, Cikgu Isa ke ini?" saya menunjukkan reaksi terkejut, satu kebetulan yang sukar dipercayai.

Lantas saya mencapai tangannya, terasa ingin memeluk insan ini yang merupakan antara watak utama kepada hijrah hidup saya. Saya hampir tidak mengenalinya kerana sekarang dia sudah berkopiah putih serta berjanggut. Tidak lagi bermisai seperti dahulu. Baru balik haji tahun lepas khabarnya.

"So, macam mana sekarang? Girlfriend orang mana?" cikgu Isa bermukadimah, soalannya yang kedua itu seperti mahu menguji.

"Mana ada girlfriend cikgu, saya pegang nasihat cikgu dahulu." Saya menjawab ringkas sambil tersenyum malu, alhamdulillah cikgu bukan individu terakhir yang menasihatkan saya supaya menjauhi couple di bangku Universiti.

Perjalanan kami ke Kuala Lumpur petang itu di penuhi dengan saling bertukar-tukar soalan dan pandangan. Saya cukup gembira. Kami tiba di perhentian puduraya, sebelum sama-sama bersolat asar qasar dengan dia menjadi imam. Saat berpisah, saya sempat memeluknya menandakan perasaan rindu yang teramat sangat. Terima kasih cikgu!

Oh ya, siapa cikgu Isa?
Beliau adalah cikgu dan juga warden yang saya amat anti sewaktu di asrama sekolah dahulu. Saya tidak menyukainya kerana dipaksa bangun awal untuk subuh berjemaah. Juga saya sering dihambat untuk turun prep awal. Dia tidak memukul tetapi gemar menggunakan pendekatan psikologi. Saya antara anak murid yang degil ketika itu, tentunya saya banyak menentangnya dari belakang. Namun, ajaibnya saya menurut sahaja segala nasihatnya. Kerana saya tahu semuanya itu akhirnya bakal membuahkan kebaikan. Saya kutip tips-tips belajarnya, kerana saya tahu itu azimat berguna. Sekarang, dalam keadaan matang untuk berfikir saya menyedari betapa bernilainya pengorbanannnya dalam mendidik dan merubah anak bangsa walau tindakannya bukan tindakan popular.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana menemukan insan pendidik seperti ini di dalam diari hidup saya.


MS Rizal,
Kuala Lumpur,
3 Mac 2009/6 Rabiulawal 1430H
Home

7 comments:

lelucon March 3, 2009 at 6:42 PM  

alhamdulillah. berkat niat ikhlas cikgu mengajar, dpt murid yg baik, jasa dikenang anak murid sampai mati...
bagus juga kita ingat/muliakan cikgu, mudah2an berkat ilmu sampai anak cucu...

:)

MS Rizal March 3, 2009 at 10:11 PM  

Alhamudulillah, rezeki Allah mengatur pertemuan yang tidak terduga. Satu bas dan satu tempat duduk pulak tu. Sebetulnya saya memang bercadang untuk menemuinya pada hari yang sama di sekolah, tetapi terpaksa dibatalkan. Ajaib sungguh apa yang dikatakan 'pertemuan'.

InsyaAllah en. Lelucon. Kalau tidak silap En. Lelucon ini pensyarah bukan?

syamimi March 5, 2009 at 8:43 PM  

laa yeke ko jumpe cikgu isa..
rindunye aku kat die..
kalo bukan sebab die...
mungkin aku x meneruskan pengajian aku dalam bidang elektrik gak...
terima kasih cikgu...
teringin gak nak g jumpe die...
tapi aku dah jauh skrg...
susah nak travel...

MS Rizal March 5, 2009 at 11:06 PM  

InsyaAllah kalau ada rezeki mesti jumpanya mimi. Guru pendidik yang amat berjasa.

lelucon March 8, 2009 at 7:03 PM  

pensyarah? belum lagi. mudah-mudahan.ya allah, amin. :)

shahmivec October 29, 2009 at 12:45 PM  

salam

aku lah insan yang rapat dengan beliau...
tapi sedih kerana aku belum lagi dapat membanggakan beliau...

zam January 6, 2010 at 10:30 PM  

now,i,m his student for spm 2010...
rupe nye style n care2 nye spt dl.
byk mmbr nsht n pndoman.!

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP