Kapatalisme cemarkan disiplin ilmu
>> Thursday, February 19, 2009
Tanah gersang semenanjung arab....
Kemungkinan tanahnya gersang disebabkan air dibawahnya mengalir ke semenanjung Malaysia. Lihatlah tanah kita yang subur!
Sehinggakan jika dipacakkan tongkat sekalipun di tanah yang subur ini, ianya mampu menghasilkan daun dan juga buah.
Kita punya gunung-ganang yang menyedut awan. Lalu membentuk sebuah tadahan. Mengalirkan sungai buat mengairi tanam-tanaman. Kita punya hasil galian yang mampu mengilaukan mata buat khazanah kebendaan. Namun sayang, semuanya itu dikikis oleh rasa tamak manusia. Baik lanun yang menjajah kita, mahupun sebahagian pemimpin dan rakyatnya.
Sesuatu yang sukar diubah...
Seorang sahabat saya berkongsi masalah dengan seisi kelas. Dia menyuarakan kekesalan kepada sikap seorang pelajar inovasi(salah sebuah unversiti di ibu kota) yang tidak cermat menyusun kata. Ketika itu berlangsungnya pameran rekacipta. Pelajar inovasi ini memberitahu bahawa dia tidak sudi berkongsi hasil buah tangannya dengan rakan-rakan sepasukannya yang lain. Ini kerana memikirkan ianya merupakan aset inteleknya. Berkongsi bermakna hilang keistimewaanya. Iakah Salmah? Siapa lagi yang dapat membantumu mengembangkan lagi ciptaanmu jika bukan rakan sepasukan? Sahabat saya cukup anti dengan sikap menyembunyikan idea baru semata-mata demi keuntungan.
Apabila sahabat saya mengemukakan pandangan ini saya dengan sendirinya berfikir. Oh, zaman sekarang sukar untuk mencari ahli ilmu yang benar-benar berkhidmat untuk kebaikan manusia. Mungkin ini yang menjadi suatu polemik oksidentalis kebaratan yang dipersoalkan Jalal Al-e-Ahmad seorang pemikir intelektual Iran. Dari sisi pandangan beliau ternyata benar, pelajar-pelajar tidak lagi berniat memiliki diploma atau ijazah melainkan sebagai wahana mendapatkan pekerjaan. Ilmu dituntut semata-mata material kebendaan. Saya juga mungkin berfikiran begitu dahulu dan terkesan juga untuk sekarang.
Ulama' dan kemiskinan
Ahli fikir budiman dan ilmuwan sifatnya amat zuhud dalam menuntut ilmu. Mungkin kerana itu keilmuwan mereka datang dengan cahaya hidayah Allah yang bisa mengegarkan dunia. Lihatlah, alangkah indahnya perilaku mereka dan betapa perit perjalanan hidup mereka. Semuanya demi memartabatkan ilmu di puncaknya. Tanyakan dimanakah kemiskinan itu di zaman mereka. Nescaya ada yang menunjukkan,
"Oh, kemiskinan itu terselit di celah-celah serban mereka!"
Mahu tahu betapa hebat pengaruh mereka? Lihatlah peristiwa sungai Tigris yang menjadi hitam dek kerana tinta kitab-kitab yang disepahkan oleh penakhluk Mongolia semasa kejatuhan Baghdad. Manifestasi kemuncak kelimuwan Islam pada zaman mereka.
Kita bukan guru silat yang kedekut mengajarkan anak buahnya(Mungkin sebab ini generasi sekarang hanya mewarisi buah bunga sahaja). Kita adalah guru mukhlis dan muhsin yang mahu anak murid lebih jujur dan bijak daripada kita. Disinilah asal tamadun Islam terbina.Salim r.a. mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda, "Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela penzinaan dan kejahatan, serta banyaknya haraj."
Seseorang bertanya, "Apakah haraj itu ya Rasulullah?"
Jawab baginda," Begini!" (Nabi SAW memberi isyarat dengan tangan seolah-olah terjadinya suatu pembunuhan)-Hadis Riwayat Bukhari.
MS Rizal,
Kuala Lumpur,
20 Februari 2009/24 Safar 1430H
Home
6 comments:
Patutnya org yg berinovasi itu patut berfikir,
"kalau kau tahu semua dari aku, pasti aku akan keluarkan inovasi terbaru
Yang itu kau belum pasti dapat."
Ya, benar itu En. Sebol. Masalah kedekut berkongsi ilmu selalu menimpa orang-orang yang dianugerahkan Allah kebijaksanaan.
Masih segar ingatan saya sewaktu di bangku persekolahan, spontan rakan yang tidak mahu membantu menyelesaikan masalah matematika apabila ditanya. Risau si yang bertanya akan score tinggi-tinggi di dalam peperiksaan. ~Pro KOntra sistem kedudukan nombor di dalam bilik darjah.
"... Masalah kedekut berkongsi ilmu selalu menimpa orang-orang yang dianugerahkan Allah kebijaksanaan."
bukan semua :) byk tokoh saya jumpa sedia kongsi ilmu. Kdg2 tak tanya pun dia ajar hehehe.
dan selalunya yg kdekut sbb dia tak berilmu! (tak tau faedah dan tamak dunia je). brader tu ada kepentingan, tu psl la.
istimewanya ilmu, makin diberi pd orang lain, secara langsung makin bertambah pd kita dan makin berharga. ilmu tak ada yg berkurang, melainkan bertambah-tambah. insya'allah.
'dunia ajar manusia jd tamak, akhirat ajar manusia jd pemurah. pilihlah...'
ops, tambah sikit... saya nak berpandangan positif
mungkin orang yg 'kedekut' ilmu ini pemikirannya lebih bersifat objektif. Jadi dia tak hiraukan keperluan lain (buat amal jariah) selain matlamat yg difokus (nak dpt untung dr paten).. mungkin.. lbih elok bersangka baik... :)
En. Lelucon. Saya tahu memang niatnya untuk paternkan hasil kerjayanya. Tetapi ini tidak bermakna dia perlu menyembunyikan terus ideanya. Saya tidak nampak orang lain yang berhak tahu idea kita sebelum dibentangkan selain penyelia dan rakan sepasukan.
"Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (An Nahl 16:96)
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...