Ingatlah walau di mana jua akan kedahsyatannya!
>> Thursday, March 5, 2009
3 sifat neraka yang perlu manusia ingat dan gerun mendengarnya;
*Ianya naik menjulang hingga ke hati.
* Sesungguhnya api neraka itu ditutup rapat kepada penghuninya.
* Sedang penghuninya diikat pada tiang yang panjang.
* Sesungguhnya api neraka itu ditutup rapat kepada penghuninya.
* Sedang penghuninya diikat pada tiang yang panjang.
1) Ianya naik menjulang hingga ke hati.
Hati cukup signifikan dengan kehalusan perasaan manusia kerana disitulah bersarangnya iman atau kufur, akhlak baik atau buruk, mulia atau hinanya manusia. Justeru cukup halus pengertian api neraka yang menjulang sehingga ke hati. Kengerian yang tidak tergambar oleh kata-kata.
2) Sesungguhnya api neraka itu ditutup rapat kepada penghuninya.
Pintu neraka ditutup rapat. Sedangkan neraka tidak punya jendela. Neraka itu akan menutupi rapat penghuninya. Setiap kali penghuninya mahu keluar lantas akan dikembalikan kepadanya.
3) Sedang penghuninya diikat pada tiang yang panjang.
Neraka terdiri daripada palang-palang panjang melintang yang mempunyai pengikat yang kukuh. Muqatil berkata: "Pintu-pintu neraka ditutup rapat terhadap mereka(penghuninya), ia diperkuatkan dengan pasak-pasak besi. Pintu tersebut tidak akan dibuka, hatta angin tidak dapat memasukinya.
Inilah gambaran Al-Hutamah. Hasil tadabbur surah al-Humazah. Peringatan besar buat si pencela dan pengumpul harta(yang sombong dan kikir atau kedekut).
Beringat, ghibah(mengumpat) itu hukumnya tercela!
Pening daku pening. Duduk berkumpul itu bagus, namun selingannya itu tidak bagus. Mudah sahaja nama seseorang itu dibangkit buat modal diskusi. Sedap memang sedap, siapa bilang mengumpat itu tidak sedap? Huh, berpadalah mengata orang. Kerana diri mungkin tak sebagus apa yang kita sangka.
Apakah orang lain memandang kita cukup bagus sepertimana yang kita sangka?
"Aku tak buat apa, aku cuma duduk mendengar sahaja!"
Bahaya!
Mendengar sesuatu diskusi memburuk-burukkan orang lain akan membuatkan kita terjerat untuk menilainya buruk. Secara tidak langsung kita membenci seseorang tanpa sebab yang adil. Apa perasaannya jika terkena balik pada diri kita. Malangnya saya seringkali berada di dalam situasi ini. Istighfar....
"Eh, kau tahu tak Salmah! Si Roziah itu tadi mengata engkau!"
Jahat!
Kita memang jahat jika pernah berbuat begini. Melaporkan percakapan Roziah kepada Salmah, dengan niat untuk sengaja membiarkan Salmah sakit hati dengan Roziah. Walhal jika ditutup, Salmah tidak tahu dan tiada siapa yang akan terganggu. Tutup aib orang lain, insyaAllah aib kita akan ditutup di akhirat kelak.
Peningnya daku dengan karenah mulut manusia...
Bukankah kerananya sahaja sudah cukup untuk kita terhumban ke dalam neraka? Nauzubillahhiminzalik...
Ibnu Mas'ud pernah berkata:
"Kami pernah berada di tempat Nabi s.a.w., tiba-tiba ada seorang laki-laki berdiri meninggalkan majlis, kemudian ada seorang laki-laki lain mengumpatnya sesudah dia tidak ada, maka kata Nabi kepada laki-laki ini: Berselilitlah kamu! Orang tersebut bertanya: Mengapa saya harus berselilit sedangkan saya tidak makan daging? Maka kata Nabi: Sesungguhnya engkau telah makan daging saudaramu." (Riwayat Thabarani dan rawi-rawinya Bukhari)
Satu iklan popular yang baik untuk tontonan;
MS Rizal,
Kuala Lumpur,
6 Mac 2009/9 Rabiulawal 1430H
http://msrizal.blogspot.com/
4 comments:
salam rijal, btui la..tp kekadang kita sendiri x sedar kita tu mengumpat atau bercakap mengenai seseorang..mungkin dh rancak bercakap baru kita tersedar.."opss aku tgh mengumoat org ni"..apa komen ko......ipissz
sori mistype..bkn mengomuat..tp *mengumpat
Hmm...tu lah sebabnya kita kena berhati-hati di dalam berkata-kata. Apabila telah tersedar yang kita sedang mengumpat, cuba diam atau alihkan topik, atau buat-buat blah...
Mesti seseorang akan sedar bahawa prinsip kita tidak suka menceritakan hal orang lain.
Ambil iktibar akhlak luhur Rasulullah SAW. Baginda tidak suka mendengar seseorang memburuk-burukkan sahabatnya. Nanti dirisaukan baginda akan memandang benci sahabatnya yang diumpat itu. Wallahutaala'lam..
Kerana mulut badan binasa...
akhirnya dilontar ke neraka...
nauzubillahi min zalik...
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...