Allah mengilhamkan sumber kefasikan dan ketaqwaan

>> Saturday, March 7, 2009

Bagaimana mahu menghadirkan jiwa yang mandam kepada zat Allah Taala?

Mungkin salah satu caranya dengan mendongak langit melihat kebesaran Allah Taala. Lihatlah kebesaran yang terbentang luas di hadapan mata ini. Ini semua adalah 'ayat' kebesaran Allah Taala.



Di dalam Al-Quran, perkataan 'ayat' digunakan sebagai menunjukkan makna mukjizat yang diberikan Allah kepada Nabi dan Rasul. Ini sebagai bukti kepada risalah kebenaran yang dibawa mereka. Lihatlah penggunaan perkataan 'ayat' ini bagi menunjukkan mukjizat;



Dan masukkanlah tanganmu ke leher bajumu, niscaya ia akan ke luar putih (bersinar) bukan karena penyakit. (Kedua mukjizat ini) termasuk sembilan buah mukjizat (yang akan dikemukakan) kepada Fir'aun dan kaumnya. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik." An-Naml, 12

Perkataan 'ayat' juga digunakan untuk merujuk kepada tanda-tanda kebesaran Allah.


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (Al-Imraan 190)

Signifikannya kaitan ini adalah apabila kita membaca Al-Quran yang juga merupakan salah satu mukjizat besar yang diberikan kepada umat ini. Kita juga disaran untuk turut merenung satu lagi 'ayat' iaitu alam ini. Ringkasnya apabila mula membaca Al-Quran lihatlah juga alam. Peredaran bumi, malam dan siang semuanya itu merupakan tanda-tanda kebesaran Allah yang Maha Hebat.

Merenung alam membuatkan kita rasa kerdil dan murba. Semuanya ini adalah nikmat gratis yang diberikan kepada kita. Maha suci Allah tidaklah engkau jadikan ini dengan sia-sia.


Demi Matahari,
dan sinarnya di pagi hari.
Demi Bulan apabila ia mengiringi,
Demi siang hari
bila menampakkan dirinya,
Demi malam apabila ia menutupi.
Demi langit beserta seluruh binaanya,
Demi bumi serta yang ada dihamparannya,
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya,

Allah mengilhamkan
sumber kefasikan dan ketaqwaan,
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya
(Surah As-Syams(matahari): 1-10)





MS Rizal,
Kuala Lumpur,
07 Mac 2009/10 Rabiulawal 1430H
http://msrizal.blogspot.com/

4 comments:

Mohd Syauqi March 8, 2009 at 12:49 AM  

salam. gambar gunung tu saya kenal, dan selalu kelihatan dari rumah saya. namun, sekali pun, saya belum berpeluang untuk mendakinya.

Allah Maha Besar, yang menjadikan gunung-ganang sebagai pasak dan paku bumi. Allah jua Yang Berkuasa menjadikan hancur lebur berterbangan pada hari penghabisan nanti.

MS Rizal March 8, 2009 at 5:10 PM  

Maksud akhi, Gunung Kinabalu? Oh, mungkin kerana terlalu dekat. Maka, tidaklah menjadi sesuatu yang mengujakan untuk anta memanjatnya. Kali terakhir ana panjat gunung ini ketika awal tahun 2005. Tapi ini bukan gambar ana, ini gambar hiasan sahaja.

Terima kasih untuk komen.

Anonymous March 10, 2009 at 4:42 PM  

wah, saya juga baru sahaja habis ke ESQ training..pengalaman paling berharga sepanjang hidup saya

MS Rizal March 11, 2009 at 11:00 AM  

Tahniah Fareed kerana berjaya mengikutinya,
cuma saya yang tidak berkesempatan kerana masih belum sampai rezeki.

Saya pernah terbaca orang hebat yang pernah berkata: "Pada tahun 1970-an kita takkan hebat jika tidak berguru deng Zig Zigler, Robert Pont'e dan Stephen Covey. Era 1980-an kita tidak akan hebat jika tidak berguru dengan Tom Peters dan Jack Trout. Era 1990-an kita tak nampak hebat jika tidak berguru dengan Anthony Robbins dan Robert Kiyosaki. Dan masuk ke alaf 21 kita takkan hebat jika tidak berguru dengan Dr. Ary Ginanjar dan para trainer ESQ."

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP