Jangan malu untuk kembali mengaji
>> Thursday, October 30, 2008
Sesetengah rakan yang saya kasihi, amatlah dikagumi semangat islam mereka. Malah adakalanya saya malu pada diri sendiri. Saat saya yang kerap masbuk hadir ke masjid, mereka tegar hadir pada awal waktu.
Saya sedar ada kalangan mereka yang masih tidak mahir mengaji Al-Quran. Saya tidak menyalahkan kerana saya juga adalah mangsa pendidikan sekular ini. Tika rakan-rakan berkenduri khatam Al-Quran saya hanya melihat sahaja. Sehingga tingkatan 4 barulah saya berjaya khatamkan. Tetapi ada hikmahnya, saya lebih bersungguh untuk mempelajari Al-Quran dan sejak itu saya tidak menoleh belakang lagi. Ya, sesetengah orang cukup mengenali Al-Quran setakat khatam sahaja.
Saat diri memulakan langkah ke menara, sang guru berpesan untuk sering membacanya. Nasihat itu berupa amanah yang dijunjung. Sejak itu saya berazam belajar dan terus belajar. Bukankah hadis Bukhari merakamkan, "Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya."
Untuk rakan yang meminta nasihat, panduan arah saya berikan. Tiada manusia yang terus pandai sejurus lahir ke dunia. Proses pembelajaran itu sepanjang hayat. Ada beberapa tempat di Kuala Lumpur ini yang menyediakan sekolah belajar mengaji secara percuma. Yang saya sempat berkunjung dan menjadi murid adalah di dua tempat ini.
1) Saya menaiki LRT dari Sg Besi ke stesen Bandaraya. Terpaksa berjalan sedikit. Saya lupa nama bangunannya. Tetapi sekolahnya berada di tingkat 7. Sekolah mengaji di sini bagus dan effisen. Walaupun saya bermula terus dengan kelas Al-Quran namun suka saya nasihatkan jangan malu untuk bermula dengan iqra' satu. Dan jika umur sebaya saya, anda akan dapati anda adalah yang termuda. Kelas pengajian pada hari Sabtu dan Ahad.
2) Kelas mengaji di PERKIM ini juga bagus. Cuma saya tidak pernah masuk kelasnya sahaja. Saya hadir ke kelas pengajian akhlak, fiqh dan sirah sahaja. Ada juga kelas bahasa Arab di sini, tetapi memerlukan disiplin kehadiran yang tinggi. Untuk ke sini saya turun di stesen LRT Titiwangsa. Kelas pengajian adalah pada hari Sabtu dan Ahad. Kelas di sini adalah juga gratis.
Tema menuntut ilmu itu rajin dan tidak malu bertanya. Hendak seribu daya....
MS Rizal,
Kuala Lumpur,
30 Oktober 2008,
http://msrizal.blogspot.com/
2 comments:
ana setuju..bak kata upin, betul3!
belajarlah mengaji, jangan malu..
tidak tahu, buatlah cara seperti org tdk tahu iaitu belajar.
sudah tahu, buatlah cara spt org sudah tahu iaitu mengajar.
da'i perlu rapat kpd masyarakat. masyarakat kian semakin buta al-quran krn pendidikan sekular semakin diagung-agungkan. maka kita perlu mahir ilmu al-quran spy boleh menjadi guru kepada masyarakat. dan lebih penting guru kepada ahli keluarga dan bakal2 ahli keluarga kelak.
tanggungjawab kita besar,,
"bermalu-malu dahulu, bermudah-mudah kemudian" insyaALLAH...
Syukran Ustazah eng.
Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina. Ramai yang berlagak tahu dan pandai mengaji, tetapi sebenarnya tidak.
Ini munngkin disebabkan ego atau merasakan diri sudah tua dan tak patut berlagak mengaji.
Sebab itu jika ada yang datang bertanya kepada saya, saya akan suggest untuk bermula iqra' satu..
Malu untuk sering menjadi penghalang kejayaan..
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...