Adakah tema hidup ini adalah menjadi popular, dipuji dan merasa bangga?
>> Wednesday, October 8, 2008
1) Saya menjadi lemas dengan keadaan sekarang, terutama berada di dalam organisasi yang masih utuh terpengaruh dengan barat dan pemimpin berlatar belakangkan barat. Apa sahaja produk daripada barat diagungkannya. Saya mungkin terpengaruh sama, tetapi bukannya semua dari barat itu bagus. Dan bukan semua graduan lulusan universiti/akademi barat itu bagus.
2) Umumnya manusia itu sukakan pujian. Manusia tidak sukakan kutukan. Kutukan itu meruntuhkan tetapi pujian membuatkan hati besar. Namun jangan ditagih-tagih pujian. Kerana ianya bisa membinasakan. Pujian melahirkan rasa bangga. Bangga itu bukan tiket untuk kita masuk syurga. Tuhan tidak hitung pujian yang dikenakan kepada kita berbakul-bakul itu.
3) Saya perasan yang orang yang tegar dirinya dikutuk adalah orang yang tabah sebenarnya. Orang seperti ini akan sentiasa bertenang di waktu-waktu goyah. Orang yang biasa dan suka dirinya dipuji bukan seorang yang kuat mentalnya. Dia tidak dapat dan tidak ingin bertemu dengan waktu susahnya akan datang. Dia mahu orang yang memujinya tetap terus memujinya walhal mungkin situasi ini akan berbeza. Mungkin dia akan dikutuk dan dihina walaupun dia rasa dia tak buat salah apa-apa.
4) Saya rasa yang saya ini kurang berdoa. Ini membuatkan saya bermasalah. Doa adalah ubat yang mujarab. Tali ikatan al-hubb kita dan sang pencipta terentang di antara doa. Doakan orang sekeliling kita nescaya mereka juga akan mendoakan kita. Hmm..untuk wujudkan tali al-hubb antara kita dan orang lain, banyakkanlah memberi. Saya rasa memberi hadiah adalah sesuatu yang bermakna walaupun bukan pada hari lahirnya.
5) Manusia sombong itu ramai. Maka hati-hati apabila bertemu dengan mereka. Mereka akan mempengaruhi kita untuk turut sama angkuh dan sombong. Manusia yang merendah diri itu sedikit, sebab itu kita akan teruja apabila terserempak dengan mereka. Cari dan dampingi mereka yang sedikit ini sekerapnya, mereka akan memandu kita bagaimana nak jadi manusia yang hanyalah manusia.
6) Manusia bodoh itu juga ramai. Dan saya adalah salah seorang daripadanya. Orang bodoh sering mengikut sahaja kehendak dan cakap-cakap orang ramai. Maka dengan ini mereka bergolok bergadai untuk menentukan mereka berada dalam apa yang orang ramai katakan berjaya dan menjadi ternama. Jangan biarkan pemikiran kita dicorak sewenang-wenangnya oleh kata-kata orang ramai. Tak berprinsip namanya!
7) Jangan merasa bangga walau setinggi mana pangkat, setebal mana poket, sebesar mana kereta. Dan jangan hina orang yang bawah pada kita. Mungkin dia adalah orang yang akan tolong angkat jenazah kita suatu hari nanti, bukan rakan-rakan yang kita selalu bertepuk tampar dengan mereka.
8) Terkadang saya berfikir, adakah bakal calon isteri saya nanti akan menerima saya seadanya jika dia mengetahui bahawa suatu hari nanti mungkin sayalah orang yang akan kena fitnah, dizalimi dan masuk penjara. Jadi mungkin saya akan berpesan bahawa dia sebenarnya tidak berkahwin dengan seorang pegawai tentera tetapi banduan pada bila-bila masa sahaja.
9) Hari raya kelima, seorang lagi guru saya telah meninggalkan dunia. Ramai orang menyanginya dan saya pasti mereka mendoakannya. Bagaimana pula dengan saya nanti?
MS Rizal,
Kuala Lumpur,
http://msrizal.blogspot.com/
2 comments:
Several thoughts on some of your points:
2 & 3. Orang yang tawadhuk itu adalah yang tidak terkesan dek pujian atau kutukan. Dipuji tak bangga, dikutuk tak marah. Susah tu. Susah nak biasakan diri untuk kembalikan pujian kepada Allah dengan ucapan Alhamdulillah. Lagi senang cakap 'terima kasih'and diam-diam rasa proud of what you have.
4. Pesan seorang ustaz, berdoalah untuk sahabat-sahabat dan orang lain, kerana orang yang mendoakan orang lain, wajiblah didoakan kembali oleh para malaikat.
7. Kata Syed Mokhtar Al-Bukhary yang saya selalu kenang: Kalau ada banyak-banyak rumah pun, at the end, in one night whe can only sleep in one. Ada banyak-banyak kereta pun, we can only ride one at a time. Ada banyak makanan pun, we can only feed ourselves up to a certain limit only. Lagi satu: Jangan kedekut dengan makanan, kenikmatan yang ada pada makanan itu cuma beberapa saat masa dalam mulut, after that, it's nothing.
Thanks for the comment sis Afnizar,
Syed Mokhtar banyak belajar daripada kesusahannya diwaktu silam. Beliau adalah salah seorang contoh orang kaya yang humble. Walhal ramai lagi orang yang kaya di Malaysia ni. Tetapi kenapa dia yang kita kagum? Sebab point 5; Manusia sombong itu ramai!
Saya menulis point-point ini sewaktu berfikir, apa akan jadi jika saya ini bukan orang yang masuk U?
Ni sebab tengah tension-tension nak siapkan projek final year la ni...fuh!
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...